BANANA CHOCOLATE RICE CAKE - masam manis f

Breaking

Jan 16, 2012

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE

Assalamualaikum...
Emmmm... sedapnya dapat menghirup udara segar pagi ni... Alhamdulillah masih dapt lagi bernafas di bumi Allah yang indah ini.
Semoga hari ini menjanjikan yang lebih baik dari semalam..
Selangkah lagi ke minggu baru pasti terasa debaran baru yang menanti sepanjang minggu ni..
Semoga setiap apa yang kita lakukan sentiasa mendapat keredaan dari Nya..


Seronok bercuti sekarang kita mulakan semula ruti harian.. yang bersekolah dah ke sekolah yang bekerja dah mulakan tugas dengan semangat baru mungkin inilah masanya nak meningkatkan kualiti kerja yang mungkin semakin mencabar.. dalam arus pembangunan sekarang..
Walau apapun tugas dan matlamatnya.. mulakan dengan lafaz Bismillah.. insyaallah semuanya sentiasa diberkati..

Bagi surirumah macam saya... tugas tidak pernah bernoktah. Setiap detik, setiap saat, setiap masa.. rutinnya tetap sama.. selagi tulang empat kerat ni mampu berfungsi... selagi degup jantung masih berdenyut.. tugas tetap tugas dan amanah tetap amanah..


Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang kini dah menjadi kesukaan ita. Sejak ia di perkenalkan di alam maya ni oleh Kak Ummi ita terus jatuh cinta dengan kek ni.. rasanya yang lazat, teksturnya yang lembut, keknya yang gebu dan selitan coklat dan kacang pistchio memang membuatkan ita aduh! terasa terawang-awang di saat mengunyah setiap cebisan..... lazat tak terkata.. seolah ia menari-nari dan melompat-lompat dalam mulut saya....

Ita memang sukaaaaa... sangat kek pisang
" eh! sama dengan mama kitaaaaaa..... mama boboyot  pon suka makan kek pisanggggg.... "
adoiiii!! menyampok pulak boboyot ni.. gi main jauh-jauh.. tak nampak orang tua nak berbual ni..hihi


Ita rasa ini adalah antara the best kek pisang yang ita dah buat. Mula-mula ita buat 1 adunan bila masak aje dah tak tahan baunya yang menusuk ke hidung ita yg tak berapa nak mancung ni.. emmm... harumnya bau kek ni.. dan.. dan tu jugak ita potong dah tak sabar nak merasa.. bila dah rasa alahai... sedapnya... alamak! gambar tak snap lagi dah berpotong-potong masuk dalam mulut berlumba-lumba pula dengan cik abang kita..


Kerana sedap ita godek lagi satu adunan, kebetulan kek ni tak gunakan pisang yang banyak.. dan cara membuatnya pon cukup mudah! Mudah di masak dan sedap di makan..
Kepada yang suka makan kek pisang ita rasa anda pon mungkin seperti ita.. pasti akan jatuh cinta dengan kek ni.. Terima kasih ita yg tak terhingga kepada kak Ummi yang telah memperkenalkan kek ni di alam maya.. Ita minta izin dari kak Ummi untuk sharekan di sini pula ye kak sebagai panduan dan rujukan pada sesiapa yang sudi mencuba.


BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee 
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.

25 comments:

Mas said...

kak ita...
first sekali nak tanya bekas telur tu...
cantikknya...
beli kat mana kak....


hmmm..kek pisang tu..
gebusssnya tengok....
cantikk jerk kejadiannya......

Azlita Aziz said...

hihi..
Pagi Mas...
Akak beli kat SSF

kek ni pon sedap mas!

CT Delima said...

As'salam Ita

Menari2 dalam mulut, awat tak suapkan dalam mulut ct sekali..hehehe

ct pun suka dan gemar kek pisang. selalunya beli pisang ni memang kena sorok sikit untuk buat kuih atau kek. kalau tidak anak2lah yang makan hingga tak perasan pisang dah tinggal tandan jer..hehehe

cantik bekas telur tu..sukaaaa! kek pisang simpan 2 potong eh, jap lagi nak lending depan umah..hehehe

nonierahman said...

sedapnya kek pisang nie kak ita.ada kacang pistachio pulak tue.nnt nak kena cuba lah

Mas Sani said...

Selamat pagi kak ita... kat mana sy nk cari kek pisang gebu mcm kak ita punya ni ye hihihi... terliur sudah :)

Unknown said...

Selamat pagi k.ita..gebus nye..menarik sggt ..dpt pulak ade kcg2 pistachio tue..mesti la berderap2 bile mkn...hehe....

mimie said...

assalamualaikum kak ita...
eit dah.... #logat jakarta..
menawan sungguh kek tu...
semalam br tebang pisang mas ,kak ita..
cucok bebenor lah dgn N3 kak ita hr ini..
nak try juge...
trimaksh dah share kak ita... ^_^
nak tanya sikit lah kak..
apasal kalau letak irisan pisang tu, irisan tu tenggelam kak ita..
ada cara tak biar pisang tu menten aje kat atas kek tu kak????

Attila razmie said...

wahhh sedapnye kak, slalu iela kalau ada pisang kat umah wat cekodok je, xpenahnye ada masa nak buat kek pisang..huhu nampak berselera betui la..aduhhh...;)

icaland pelangi indah said...

...hebat betul ayam tu.. ayam kecil..tp..telur dia besar2. cantik tmpt telur tu. gambar2 yg kak ita ambil pun cantik. nnt nak cuba resepi kek pisang yg ni pulak la.
nmpk menarik!!!

fazian.batrisyia said...

Sedapnya laa hai nampak kek tu...mcm nak buat skrg

Kak Nik Ja said...

mcm2 resepi kek pisang nih..nanti mokwo nak try yg ni plak

azira said...

cantik betoll bekas telo akak...kalo gitu kite pun nk cari jgk kat SSF la....hihi..tq ats info k.ita

Leen Loyangkuih.com said...

Kak Ita, nak cuba gaklah yang ni..huhuu...banyaknya copy, buatnya lum sempat..hee...

Wanieyra said...

Salam rindu buat kak ita....

lama tak singgah sini, almaklumlah dah lama dapur tak berasap...hehehe

Kak Nita said...

nampak macam gebu...mesti sedap ni ...nnt nak cuba la...

rahel said...

Salam Kak Azlita...
baru je singgah kat dapur Kak Ct Delima..ada keknya yang cantek...pastu terus ke sini tengok2 kek pisang..mana tau kot2 ada lagi..boleh tumpang sekaki..

Anonymous said...

memang feveret nie...nanti nak try gak ler...

Ummi said...

Muahahahhaha...tu dia Ita cayang...sampai 2x buat sehari...hahahaa...so, mmg confirmed sedap la tu kan...Sesungguhnya, rugilah kepada orang yang belum membuatnya, dan x dapat lah merasa..kan..kan...*ayat kasi acum org suruh buat la ni..hehe. Thanks Ita sudi aje selongkar dapur akak..mmg berbaloi resepi tu kan..lenkali wat 2 adunan terus..hahahaa, muaahhss!

Attila razmie said...

kak ita, iela dah cuba buat petang td..tp macam lembik sket la dia punye kek dalam tu dah jadi mcm kueh pulak..kenapa ye? :(

Juwita Jamaludin said...

salam kak ita.. sedapnya nampak kek pisang ni.. tambahan ada pistachio tu lagi la mengoda jiwa nak makan.. huhuu..

p/s: cantiknya bekas telur akak tu.. geram

sarah said...

hahahha saya suka kek pisang..bleh ler cuba..saya amik yer resepi nih...

Nur-nba said...

Salam.. Kak Ita, cantik bekas telur ni.. Kek pisang tu pun apa kurangnya.. Mengancam habis!!

suzy said...

salam,
kak, nak tanya r..
klu nak wwat kek pisang, guna pisang apa yg sedap ek??
saya budak baru belajar...hehe
TQVM kak...(@_@)

suzy said...

salam,
kak, nak tanyalah...
klu nak wat kek pisang seelok-eloknya guna pisang apa ek??
TQVM kak...(@_@)

faa.rosli said...

akak..faa buat kek ni guna resepi akak..sedapp sangat!jemput lah singgah..hehehe

http://faafeefoo.blogspot.com/2013/02/banana-choc-chip-cake.html

Post Top Ad

test