Dah sarapan semua?
Sarapan apa pagi ni?
Sarapan di mana?
Ita sarapan di rumah aje. Pagi ni ita buat Char Kuetiau Mamak Style. Ita masih lagi menggunakan resepi dari Chef Hanieliza. Resepi asal menggunakan mee kuning dan namanya pun Mee Goreng Mamak. Tapi ita tukar dari mee kuning kepada Kuetiau sebab ita sekeluarga suka makan kuetiau. Sebenarnya suami ita yang suka sangat makan kuetiau dan kerana dialah ita dah pandai makan kuetiau.
Dulu ita mmg tak tau makan kuetiau ni, mak ita tak pernah masak guna kuetiau, biasa guna mee kuning atau mee halus. Biasalah mak ita kalau yg pelik2 sikit dia mmg tak mau masak.. apalagi nak mencuba. Kadang-kadang bapa ita selalu suruh mak ita cuba masak sesuatu yang lain sikit.. mungkin nak merasa kelainan. Tapi mak ita tetap tak mau cuba.. katanya nanti sayang kalau di masak tak de orang nak makan.. dah membazir makanan tu..
Sebab tu lah ita adik beradik ni memilih sangat bab makan.. itu tak makan ini tak makan. Tapi bila ita berkhawin dgn suami ita ni, dia selalu bawa ita gi makan kat luar dan banyak perkenalkan ita dengan makanann yg kadang kala ita tak pernah jumpa. Selalu suruh ita cuba dan rasa. Mula-mula ita tak boleh lah terima sebab kita ni macam ayam kampung dah biasa makan padi bila di tabur gandum ada masa pelik jugak kan..
Lama-lama bila selalu sangat di sogokkan dengan makanan lain ita jadi seronok pulak! semakin hari ita semakin suka nak merasa makanan baru. Rasa kan kelainan setiap bahan dan rempah ratus yang di guna pakai dalam setiap masakkan. Disamping dapat juga mengenali masakan dari setiap pelusuk dunia yang kebanyakkan menggunakan bahan yag berbeza-beza
Bila ita kedapur ita juga selalu nak mencuba kelainan bila memasak. Ita suka sangat aroma setiap bahan masakan yg di gunakan. Setiap bahan tu aromanya berbeza-beza..
Sekarang bila ita ada anak sendiri ita selalu suruh anak ita cuba semua masakan. Pada ita sangat mudah jika dia dah biasa dengan masan-masakan tu.. nanti mudah dia nak membawa diri ke tempat orang. Jangan jadi macam ita kalau gi negara orang hari-hari ita dok makan roti aje.. sebab makannan yg lain ita tak biasa makan.. dan tentulah ita sukar nak menerima
Eh dah panjang pula ngomelan ita pagi ni.. sebenarnya pagi-pagi ni tugas ita sebagai suri rumah sangat sibuk.. banyak sangat tugas yang menanti hingga dini hari. Ita tinggalkan semua dengan Char Kuetiau Mamak Style ni ye..
CHAR KUETIAU MAMAK STYLE
Olahan dari resepi : MEE GORENG MAMAK
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
16 comments:
morning kak ita....
hmmmm..pepagi dah tergoda nengok kuewtiaw goreng mamak tu....
mas pun peminat no 1 kuewtiaw tau...
jadi memang terliur sangat nengok kuewtiaw akak tu....
boleh try la nanti..
salam ita..
kakna pun suka kuewtiaw.sedap nak sepiring.
kakna pun sama dengan ita.masa belum kawin tak pandai nak makan.bila suami ajar makan itu ini mula la nak cuba resepi apa yang ada dalam ni..
salam ita..sedap dimata, pasti sedap dirasa...nway saya duka yang basah basah berkuah tuh..banyak kerang dan udang...yummmmeh :))
As'salam Ita
Selamat pagi..menu sangat sedap fav ct juga char kuetiau ni. Kalau makan kat luar ke Jom Bali tu Hubby dan anak2 dah tahu apa menu yang ct nak makan. memang tak jemu. Tapi kena jugalah menjamah makanan lain..kang jadi macam Ita, makna roti kembang jer masuk dalam perut..hihihi
Okey..ct pun banyak benda nak buat ni Ita..esok ank dara balik bercuti kena kemas bilik dia tu. Jadi balik Kg ker Ita..? Jumpa nanti..daaaa
sedapnya kak ita, mmg peberet ni kuetiau ni, tak kiralah yg jenis basah tu ke, yg mcm ni ke, mmg suka
sebab kurang gemar mee, jadi kuetiaw jadi penganti =)
Ita, tumpang sarapan sini boleh...? perut sudah main lagu keroncong ni... terlior la tgk char kueteow mamak tu
Assalamualaikum akak ita..
mengoda betul ler char kuetiau tu akak... kalau dapat makan sepiring nie.. waaah!! sedap2!!
Kakak sgt suka char kuetiau kat pasar mlm tpt kakak .heem sedap!
Azlita ni memang hebatlah..
Selamat pagi Kak Ita,sukanya Rahel tengook char kuehtiau dalam pinggan tu..bole join sarapan k? lapar lapar..
salam kak ita...nak sikit kuetiau tu....Liza dah siap bawak piring ni....hihiihihi
salam kak ita
alhamdulillah ......... ada resepi kue teow goreng ni. hanim mmg tak pernah pass goreng kue teow. huhuhuhu .....
copyright resepi yer kak ita
Kalau mi mamak ni, saya suka sangat jemput2 dia. Kalau boleh lain-lain semua tak nak. Tapi tiap kali order dapat dua tiga hiris je...
Salam Azlita, gambar tu menggoda.. best shoot gitu
salam kak ita..
peminat setia kak ita ni,kak ita xnak try masakan korea dgn jepun pulak ke?mesti best kalau masakan korea dan jemur diberi sentuhan melayu..byk je resepi tp memandangkan duk negara orang ni so payah la sikit saya nak cuba n nak cari bahan sume,harap kak ita cuba la,dpt tgk kak ita masak pun saya dah happy..ni link kak ita ble rujuk kalau free http://www.youtube.com/user/Maangchi?feature=g-user-a dan yang ni http://www.youtube.com/user/aeriskitchen?feature=g-all-u
typo jepun jadi jemur lak..sorry2
As'salam Kak Ita
Sy dah cuba resepi ni pagi tadi utk jamuan minum pagi di ofis sy, alhamdulillah mmg terbukti sedap...kawan2 semua bg thumbs up!!!..this version of yours is definitely a keeper...tak sempat nak ambik gambar tadi...
Post a Comment