GULUNGAN IKAN SERAI BAKAR BEREMPAH - masam manis f

Breaking

Jan 24, 2012

GULUNGAN IKAN SERAI BAKAR BEREMPAH

Assalamualaikum


Minggu ni cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Ramai yang mengambil peluang cuti panjang untuk pulang ke kampung.
Ada juga yang merebut cuti panjang ni untuk makan angin dan bercuti bersama keluarga. Ita tak ke mana-mana cuti kali ni, masa hanya di habiskan di rumah melayan anak-anak. Suami ita tak boleh bercuti panjang walaupun anak-anak semua pulang bercuti. Projek baru bermula dan perlu di siapkan segera. Jadi Hari Raya Cina pun dia masih sibuk uruskan kerjanya.
Nak buat macam mana, kita ni ibarat kais pagi makan pagi , kais petang makan petang. Kalau tak pecahkan ruyung manalah kan dapat sagunya.. 

 

Bila tiba tahun Baru Cina, kawasan rumah ita ni memang sangat meriah dan macam pesta bunga api. Sana-sini kita boleh lihat orang main bunga api, kadang kala terasa macam berada di medan peperangan pulak!. Sana sini terdengar dentuman bunga api.
Sebenarnya kawasan perumahan ita ni memang boleh dikatakan majoritinya berbangsa Cina. Penduduk Melayu boleh di bilang dengan jari aje ramainya. Kerana tulah tahun Baru Cina terasa lebih meriah berbanding sambutan Aidil Fitri.
Walau bagaimanapun, rata-rata penduduk di sini baik-baik belaka. 


Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah dan ringkas. Kalau tengok pada gambar pasti semua ingatkan ianya di buat daripada ayam. Sebenarnya ia di buat menggunakan ikan. Ita gunakan ikan merah, boleh juga jika nak gunakan ikan tenggiri, kalau boleh biarlah ikan yang tak banyak tulang. Kalau ada tulang susah pula nak lilit pada batang serai dan payah juga nak makan.


Satu ekor ikan merah ni kita akan dapat 4 gulungan ikan. Lebihan ikan tadi jangan di buang nati boleh digunakan untuk buat sup ikan atau masak asam pedas, taklah membazir lagipun ikan sekarang boleh tahan juga mahal harganya.

Untuk memfillet ikan merah ni kena berhati-hati. Tekstur isi ikan merah sangat lembut, kalau silap percaturan nanti hancur jadinya.
Carilah ikan yang segar jangan guna ikan yang frozen kerana ikan frozen ni kalau dah mencair isi ikan tu lagi lah lembik dan mudah hancur.


Gulungan ikan ni boleh lah dimakan bersama nasi. Biasa kalau ita buat anak-anak ratah macam tu aje sebab tu ita buatkan salad nenas untuk dimakan bersama.

Kalau rajin boleh lah sediakan air asam atau kuah cili untuk dimakan bersama ikan ni. Sedap di makan panas-panas.
Rempah yang telah menyerap dalam ikan menambahkan lagi keenakan ikan tu.
Mudah anak-anak nak makan kerana hanya isi ikan sahaja yang di gunakan.


Kita buat sedikit kelainan lah kan, asyik ikan di bakar sekor aje.. kali ni kita buat dalam bentuk gulungan, lebih menarik dan mudah juga di makan.
Anak-anak pun teruja dan lebih gemar makan ikan cam ni sebab mudah tak de tulang..
Sebenarnya bila memasak kita boleh gunakan pelbagai kreativiti kita dalam setiap masakan yang kita nak hidangkan. Walaupun kata orang nak buat apa lah di hias lawa2 nanti masuk perut pun hancur jugak! tapi pada ita kalau di hias cantik lagi bertambah berselera kita nak menghadap hidangan tu.. dan pastilah ianya juga buat mereka-mereka yang kita sayang..

Ok lah ita pon tak boleh nak bebel lebih-ebih cuti sekolah ni, nanti menjerit pulak anak-anak bila lihat dapur maknya tak berasap lagi.. Jom kita intai-intai resepi yang mudah dan ringkas ni..
 

GULUNGAN IKAN SERAI BAKAR BEREMPAH

1 ekor ikan merah
Ikan merah ni di filletkan ambil isinya sahaja. Buang kulit nya. Cuci bersih dan ketepikan.
Kita akan dapat 2 keping fillet ikan. Potong 2

4 batang serai
2 helai daun pandan
Daun pisang
Aluminium foil

Bahan Rempah
5 tangkai cili kering ~ dikisar
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc kunyit ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1 kiub ikan
Garam secukup rasa

Campurkan semua bahan kisar dengan serbuk ketumbar, jintan manis, kiub ikan dan garam
Kemudian lumurkan pada filet ikan dan perap sebentar anggaran 20 - 30 minit

Panaskan oven ~ suhu mengril
Sediakan loyang dan lapik loyang dengan daun pisang
Balut ikan pada batang serai dan ikat kemas menggunakan daun pandan yang di siat halus.
Susun ikan atas daun pisang
Balut batang serai dengan aluminium foil supaya batang serai tidak hangus.
Bakar dalam oven selama 30 minit dengan pintu oven direnggangkan sedikit
Selepas 20 minit membakar sapukan sedikit minyak zaitun pada ikan dan teruskan membakar hingga ikan masak sempurna.
Bolehlah dihias kan dengan limau nipis dan di makan bersama nasi atau pineapple salad


PINEAPPLE SALAD

1/2 biji nenas ~ di potong dadu
1 batang timun kecil ~ di belah 4 dan di potong dadu
1 labu bawang besar di potong baji
1 biji tomato ~ buang biji dan potong dadu
1 batang lada merah ~ buang biji dan racik kecil
1 batang lada hijau ~ buang biji dan racik kecil
garam dan gula secukup rasa ~ jika suka

Bakar nenas atau gril atas pan hingga sedikit kehitam - hitaman
Tambahkan sedikit minyak zaitun
Masukkan bawang dan tomato masak sekejap aje dan angkat
Masukkan dalam mangkuk dan masukkan timun dan lada
Gaul rata
Jika suka boleh tambahkan garam dan gula secukup rasa

11 comments:

Natt_Alias said...

teringinnye nk buat tp kat sini 1btg serai dl 2aud..mhl sgt2..msk pn pki serai yg dh siap blend n frozen je..huhu

mimie said...

kak itaaaaaaaaaaaa
suka lah dgn pic tu...
still life photography tu kak...
susah wooo....
daebak kak ita #bhs korea...^_^

kak...boleh tak akak ajar kat blog..buat N3 ke ttg cara nak shoot gambar yg macam ni????
pleaseeeeeeee....
bila..jam berapa??? pakai cahaya apa??
latar belakang nya...some thing like that lah kak....
pleaseeeeeeee..... #tayang muka memelas

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ita resepi ni datang tepat pada masanya.Kak Ros simpan beberapa batang serai dan berangan nak buat kebab dengan batang serai tu.Pokok serai tumbuh merimbun kak belakang dapur.So kak Ros ambil resepi ya.

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita..
Waaa...macam nak suruh Rahel buat je...hehe..kat sini ada pokok serai..memang wangi je klu bakar mcm ni...

Qasey Honey said...

wah sedapnya...mesti kena cuba ni...terliur tengok...hehehe

Shasha Mohamed said...

Nampak cantik dan unik ;)

Ein said...

Wah kak ita, buleh jd menu org dlm pantang juga ni. Cuma kena adjust lada tu je. Nak cuba la.

Anna said...

Sedapnya Ita, selalu tengok je tak pernah nak bagi komen. Ur cooking really inspire me. Salam kenal dari London.

Gee® said...

huh..!! terkesima tgk ikan kena gulung... rasa nk cubit2 jer tukang masak yg kreatif banget nih...

Ribbon and Circus said...

Salam K Ita,

nak tanya..dapat brape ketul kalau pakai ikan satu ekor eh?

Ummi said...

Assalam Ita cayangggg...waaaah rasa luas mata akak masuk dapur Ita hari ini...cantik la dah tukar langsir baru..untuk CNY eh? Sukaaa, sukaaa...Hehheee.. Alahaaii tengok gambooor2 ni sumenya terasa ada dpn mata jek...byk akak ketinggalan entry Ita.. :)), Moga Ita sihat2 selalu..

Post Top Ad

test