Kampung Senibong yang terletak dipinggir bandaraya Johor Bahru, adalah salah satu destinasi makanan laut yang cukup terkenal dikalangan masyarakat setempat dan warga Singapura amnya. Dari dulu hingga kini Senibong sentiasa dikunjungi pengunjung dan pelancung terutamanya pada waktu malam dan hujung minggu. Kalau berkunjung ke Johor pastilah tidak akan lupa untuk singah di sini bagi melayan selera anak tekak yang kadang kala terigin bertukar selera.
Pelbagai makanan laut terjual disini. Dari yang biasa kita lihat seperti, udang, ikan, ketam dan lain-lain hinggalah kepada yang jarang kita dapat nikmati seperti belangkas.
Terdapat banyak restoran di sini yang menjanjikan hidangan yang membuka selera. Layanan juga sangat baik dengan harga hidangan yang sangat berpatutan.
Dan sudah semestinya Restoran Nasi Lemak menjadi pilihan kami sekeluarga.
Selain makanan laut terdapat juga makanan sampingan seperti satay, otak-otak, rojak dan lain-lain yang perlu di cuba
Pemandangan di Senibong sangat cantik pada waktu malam. Cahaya lampu dari Singapura, kapal-kapal yang berlabuh, bot-bot kecil, kelong dan lampu neon dari Bandaraya Johor Bahru
Sebelum pulang jangan lupa untuk dapatkan cendaramata sebagai buah tangan.
13 comments:
waaa..teringat kenangan lama.time practical kat pasir gudang dulu.. baru sekali je ica dapat makan nasi lemak kat sana waktu mkn. sedaaaaaaaaappp! tu pun housemate belanje sbb dia nak pindah ke pahang. kenangan..kenangan...
Bestnya, tahun lepas ada juga ke senibong..
Memang best, sekali-sekala dapat makan kat sana..
Bilalah nak pergi lagi, hehehe..
Cak! Senyum selalu ('',)
salam, silent reader kepada blogger yang manis dan kreatif ini... terpanggil utk komen disini kerana senibong ni dekat sangat dengan rumah suatu waktu dahulu... Permas 12/12 adalah lorong taman rumah kami dan nasi lemak tu memg nostalgia bagi kami sekeluarga... kini tinggal kenangan saya dan anak menerus kehidupan di Pulau Pinang... suami lebih dikasihiNya... sesekali kami balik juga menjenguk mak disana...
Salam dan maafkan saya selama ini menghendap blog tanpa izin..
Norma JKDM, Pulau Pinang
Salam Kak Azlita..bestnya jalan2 kat senibong..meriah nampaknya..nanti nak jugak jalan2 ke sana..
for me kukup is my senibong and i get fresh seafood from laut pontian from nelayam yg juai ikan at pekan ayer baloi either pagi @ 8 or ptg @ 4.30...love the life there. hubs cousins org singapore loves senibong, so we must go one day :p
amboi, lame betul x menyinggah ke senibong ni..boleh masuk 'to-do-list' next month ^^
Terima kasih Kak Ita atas info ni. Satu destinasi yang pasti kami sekeluarga kunjung, Insya'allah. Nampak menarik. Sebab kami selalunya bercuti menghala ke Utara ataupun Pantai Timur saja. Puas berfikir, kalau ke Selatan, terutamanya Johor nak pergi ke mana selain dari Singapura. Terima kasih sekali lagi.
wahhh... rugi nyer..sya baru balik dari jb. next kalau saya ke sana saya pastikan singgah di sinabong ni sebab byk tempat makan ... thank for info
wah..kak ita..tak taulah ada tempat camni kat Johor..sb ritu pi Johor x singgah pun sb tak tau..hehehe
Best tu...ada kenangan di situ..
As'salam Ita
Rindunya dengan suasana di JB...lama betul tak ke Senibung tu...
cuti2 nanti nak singgah juga dah berlainan sungguh rupanya. apa taknya sudah 4 tahun ct tak jejak ke situ Ita :)
Hi Ita, nice pictures. Selalu saya pegi kat Senibong nih ngan family bila hari minggu. Yang kedai nasi lemak kukus tu pun not bad kalu dah boring ngan seafood2 kat sebelah tu. Kalu Ita ada time jenguk2 la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com tentang tempat2 makan menarik yg saya pegi dan dan sembang2 dengan bloggers lain yg suka makan hehe...dan jangan lupa yer Ita register sebagai follower maklum la blog baru buat 3 bulan lepas nih sunyi skit TQ TQ TQ. Wife saya suka blogwalk baca2 post2 Ita.
wahhh teringin sungguh nak mkn kat sini lagi.dlu waktu bljr kat UTM, slalu dtg sini lepas final exam. last month sy pegi bdr seri alam, teringin nak ke senibong. dekat je dah tp tak jumpe sampai sudah.hampeh sungguh.arap2 satu ari nanti ada kesempatan berkunjung ke sini lg
Post a Comment