AYAM MENTEGA RANGUP - masam manis f

Breaking

Feb 4, 2012

AYAM MENTEGA RANGUP

Assalamualaikum

Malam ni ita nak share satu lagi resepi yang sedap!.. Manalah tau kalau ada yg teringin nak mencuba atau nak sediakan untuk keluarga sempena sambutan Maulidur Rasul esok..
Sebenarnya dah lama ita intai resepi ni.. Tapi bila dah banyak sangat resepi beratur nak menunggu giliran masing2 ita terus terlupa akan resepi yang satu ni.. hingalah ita terpandang kat blog Love2Cook baru-baru ni.. mula ita teringat resepi ni yg  belum ita cuba lagi.. Itu lah ita ni sekarang makin pelupa pulak.. banyak sangat resepi yg nak di cuba.. nampak yg tu sedap yang ni pun sedap.. akhirnya.. semua terlupa..


Resepi daripada Diana yang pandai memasak tu.. Kalau pergi blog Diana semua nak di cuba. Nampak sangat menarik dan memikat selera.
Resepi ni dah jadi kesukaan anak ita, Dalili. Mungkin rasanya yang rangup dan sedikit rasa pedas2 daripada rempah kari dan cili padi buatkan laju aje dia makan..
Sekarang hari2 dia suruh ita buat.. Padahal sebelum ini dia tak suka sangat makan ayam.. Dia lebih suka makan ikan.. macam ayahnya jugak..

Kalau abang2nya ada mesti lagi lah berebut2 nak menghabiskan ayam goreng ni.. Macam makan KFC pulak hihi
Ayam ni kalau makan cam tu pon sedap! cicah dengan sos.. memang menjilat jari lah!
Tapi ita makan dengan Nasi Goreng Bollywood.. sambil makan sambil tonton cerita Hindustan.. boleh gitu..??


AYAM MENTEGA RANGUP
By : Diana

2 keping dada ayam ~ dihiris
2 tangkai daun kari ~ dihiris halus
4 biji cili padi ~ di cincang
60 gm mentega ~ boleh tambah jika ingin kuah lebih menyaluti ayam
1/2 biji bawang besar ~ dicincang
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk mengoreng terendam
Sedikit gula


Bahan Perap
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix
2 sudu teh gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Gaul ayam bersama bahan perap dan perap ayam sebentar selama 20 minit
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung
Kemudian goreng terendam
Setelah ayam masak kuning keemasan anagkat toskan minyak dan ketepikan

Dalam kuali cairkan mentega
masukkan bawang, daun kari dan cili padi
Tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan ayam dan gula
Gaul sebati
Angkat dan sedia dihidangkan



Terima kasih ye Diana atas resepinya.. Terima kasih daun keladi.. nanti jap lagi nak selongkar lagi dapur Diana cari resepi yang sedap-sedap!
Resepi di bawah ni pula telah ditranslatekan oleh Love2Cook, terima kasih love sebab translate kan mudah utk kawan2 yang kurang faham Bahasa Melayu untuk mencuba!
Kepada semua selamat mencuba.. cuba jangan tak cuba..

 

CRISPY BUTTER CHICKEN
Translate by : Love2Cook
Includes my additions. Please double the ingredients if using whole chicken 
 

Ingredients
2 chicken breast steaks ~ sliced ( I used whole chicken, cut into smaller pieces) 
2 stalks curry leaves ~ sliced    
4 nos bird's eye chillies ~ chopped
1 no green chilli ~ sliced ( my addition )   
60 gm butter ( add more as desired )   
1/2 large onion ~ chopped
2 tbsp chilli sauce ( my addition )  
A little sugar ( I used honey )
Sufficient cornflour ~ to coat the chicken before frying
Oil for frying



For marinating ~ mix together
1/2 tsp chicken stock  
2 tsp sugar   
1 egg   
1 tbsp corn flour   
1/2 tsp black pepper powder   
1/2 tsp white pepper powder   
Salt to taste

Method 

Marinade chicken with ingredients (B) for 20 minutes. 
Coat chicken pieces with prepared cornflour and deep fry in oil until cooked. Set aside.
In another sauce pan, melt butter. Stir fry onions, curry leaves and all chillies until fragrant. 
Add chilli sauce and sugar (honey), mix and add fried chicken pieces.
Stir evenly. Add more chilli sauce and honey if needed. Serve


9 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wow..nampak sedap sangat Kak Ita...kena cuba ni...InsyaAllah esok nak cuba...mmg nampak menyelerakan...

Kak Sam said...

Assalamualaikum....
Bila saya baca entry akak mesti terfikir macam mana le akak bertungkus lumus nak menghasilkan gambor2 yang dikongsikan. Ye la nak susun, nak ambik gambor dan yang paling penting nak kemaskan balik. Hishhhh tak mampu saya kak. Semoga segala usaha akak ini akan sentiasa diberkati oleh-Nya.

Qasey Honey said...

asslm kak...
alamak sama la citarasa kita...sya bru plan masak resepi sok..hehehe..tp kt blog lmbt lg la nk update...

tika hapsari nilmada said...

Hi Ita...salam kenal juga dari saya di Jakarta :)
Thanks for leaving comment on my blog and has led me to this beautiful blog. You're a talented food stylist and food photographer. I do enjoy the photos so much !

husnul said...

Salam maulidur rasul k.ita..sy dh lame silent reader akak..mcm sdp je ayam tuh..leh sy try..sy ni xpndai pon msk memasak ni tp bile terjumpe blog akak jd berkobar-kobar nk buat sbb canteekkkk sgt!!byk dh resepi sy buat n menjadi semuanye..mekasih ye akak..

Aini Iskandar said...

Sedapnya ayam goreng tu Kak ita!!! Anak2 sy pun suka ayam goreng. Sy mesti Cuba nie.. Nyum2...

Sheery Dream Cakes said...

Alamak... Diana lambat sampai.. Huhuu... Pasti dah abis kan ayam tu akak... Cantiknya tgk ayam tu akak cucuk mcm satay... Nampak menarik sgt... Terima kasih akak sudi cuba resipi nie...

Marlina Mohtar said...

saya dah try resepi k.ita ni, cuma saya olah sedikit mengikut bahan2 yg ada di rumah :)

Post Top Ad

test