Assalamualaikum
Salam di pagi Jumaat. Apa khabar rakan-rakan ita tersayang?
Besar harapan ita agar semua berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu.
Hari ni sekali lagi kita bertemu dihari yang ditunggu-tunggu, penghulu segala hari..
Semoga hari ni bertambah-tambah lagi keimanan kita dan segala amalan yang kita laksanakan.
Bagi kaum Adam hari ni lah kita dapat berkumpul di rumah Allah berjemaah bersama saudara sesama Islam.
Esok sekali lagi kita bertemu penghujung minggu. Hari dimana semua merebut peluang untuk berehat bersama keluarga tersayang. Mungkin banyak perancangan yang telah diatur sebagai aktiviti hujung minggu. Harap2 setiap apa yang kita lakukan sentiasa dibawah redaNya.
Mungkin ada yang bercadang untuk menyambut ulang tahun hunjung minggu ni. Kepada rakan-rakan ita yang menyambut ulang tahun pada bulan February ni, selamat ulang tahun dari ita, semoga semakin bertambah usia kita, semakin matang pemikiran kita. Sentiasa ceria dan dimurahkan rezeki oleh yang maha kuasa.
Hari ni ita sediakan sebiji cheesekek. Sebenarnya dah berapa hari ni tekak terasa macam nak makan cheese cake aje. Takut sebenarnya nak makan cheese kek ni, almaklumlah berat badan pun dah semakin bertambah. Tapi sebab nak makan punya pasal pejam mata lah sekejap.. hihi
Tapi kek ni tak lah besar sangat kecil aje. Ita guna loyang 5 inc aje ni.. jadi keknya comel aje.. Cukuplah untuk ita 3 beranak ni.
Kek ni ita ambil dari dapur Zack. Masa jalan2 kat dapur Zack ternampaklah cheese cake yang meruntum kalbu ni.. dan ita pun terus aje salin resepinya. Buatnya pun mudah aje sebenarnya tak payah nak panaskan oven atau kukus, semua masuk peti ais aje.. mudah kan??
Rasa tak payah cakap lah kan.. kalau nama cheesecake.. adoiii.. kuat tak kuat aje lah iman ni melihatnya.. rasa dan dan tu jugak nak di ngap sampai licin.. memang mantop! sedap sangat..!!
Terima kasih ye Zack atas perkongsian ilmu ni.. Sebenarnya Zack ni memang pandai buat kek, banyak sangat kek yang bakal mengoncang iman setiap kali ita melintas di dapurnya.. adoiii.. haiii.. Rasa macam nak cuba aje.. semua kek tu.. tapi bila kenangkan badan ni yg semakin hari semakin debom ni.. urut dada aje lah nampaknya..
Jom lah... rasa semua dah tak sabar nak tahu resepinya kan..
Ita minta izin ye Zack untuk sharekan resepi ni disini pula, sebagai rujukan dan panduan buat ita dan mungkin juga buat rakan-rakan ita yang teringin mencuba.
CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE
By : Zack Zachoes
Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper
Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar
Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan
Untuk resepi cheese cake ita ni, bahagian atas atau filing yang atas tu, ita gantikan dengan blueberry jelly.
Caranya sama sahaja macam kita buat jelly. Ambil sedikit serbuk jelly anggaran 1 sudu kecil, larutkan dalam sedikit air anggaran 400 ml dan letakkan 1 sudu besar gula. Masak hingga gula dan jelly larut.
Bila dah larut ita letakkan sedikit filling blueberry dan sedikit pewarna purpple.
Kacau rata
Kemudian ita tuangkan ke dalam loyang yang berisi cheesecake tadi
Ita susun blackberries atas jelly ketika jeli masih cair
Simpan dalam peti ais hingga jelly mengeras
Ita tak guna hair dryer, ita tolak aje dasar loose pan perlahan-lahan ke atas hingga kek dapat di keluarkan
Kepada semua 'Selamat Mencuba'
40 comments:
wahhhh!!! bestnya cheesecake with fresh fruit ni... rindu mau makan blueberry & cherry fresh :)
Assalam ita..salam pagi jumaat yang penuh dengan jutaan rahmat.
Awal bersiaran pagi ni..
Wah excellent..terpegun tengok teknik photograpy dan set Ita..cheese kek tu x yah cakap le my feberet..mesti cuba nanti.
Kak Ita, wah pepagi dah tayang cheesecake..asal seme org duk tayang cheesecake ni..he he Saya ni dah la batuk..tgk je lah..sambil telan air liur he he
cantik gambar.. black n white..contra..:)
NyumNyum sedapnya... macam senang. nak try la jugak..
salam ita....wah pepagi dah di hidangkan ngan cheesecake...sedapnya...
salam pagi jumaat ita. Terpesona menengok segalanya....
Assalamualaikum...
nampak sangat cantik dan sdah pastinya sabngat sedap.
salam..
nak tnye la, katne nak cr gelatin tu?? kalu xletak gelatin bleh x
slm kak ita...
betul2 tergoda di pagi jumaat ni...
wah..sedap nya kak.. sy mmg suka buat chilled cheese cake ni..tq bg inspired tmbh yogurt dlm cheese cake ni.. nnti sy nk buat jgk..;)
pagi2 dah tergugat iman tgk ciskek ni..huahua
Cantik, black and white. Meriah dengan blackberry lagi..
Saya pun baru buat cheese cake bluberry ni
no word to say...(ternganga...terpegun)
As'salam Kak Ita,
Aduyaiii ~~~~ memang meruntum kalbu nengok nyer... Aduhzz !!
Pagi kak Ita.. Melly suka makan cheesecake kalo badan masih langsing dan cepat gemuk memang makan hari2 pun ngga bosan di buat nya.. hehe
Cantik cheesecake nya, rasa ingin potong nya.. Happy weekend yah kak. ;)
waalaikum salam wwb.
picnyaaaaaaaaaaaa....
waaaaaa...... suka lah kak ...
ibu jari...mana ibu jari...pinjam ibu jari jiran2...nak bagi tumbs up kat kak ita ni...100 tumbs kak.....^_^
cake tu pun....eit dah.. cakep banget ....
Uwaaa...pagi2 dah tayang cheesecake...saja la tu..nak godain gue lagi..
Lamanya tak ke sini. Februari kali ini Amie penuh dengan aktiviti sekolah & kekeluargaan sebab FIL baru meninggal.
Amie cerita sedikit tentang Melayu Cocos sebagai maklumat untuk Ita ye. Masyarakat Melayu Cocos berasal dari Kepulauan Cocos-Keeling (dahulu wilayah ini milih John Clunies Ross di bawah pentadbiran Inggeris, dan kemudian diambil alih oleh kerajaan Australia). Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Melayu Cocos dipindahkan ke pelbagai wilayah Inggeris untuk menurangkan masalah kepadatan penduduk, dan sebahagian kecil memilih untuk ke Pulau Christmas, Singapura, Tanah Melayu dan Borneo. Sebahagiannya lagi memilih untuk ke Australia Barat dan menetap di beberapa daerah di Kattaning, Geraldton dan juga Perth dan menjadi warganegara Australia. Apabila Sabah & Sarawak merdeka melalui Malaysia, secara automatik, Melayu Cocos yang pada mulanya warga British / Inggeris dari Pulau Cocos terus menjadi warganegara Malaysia. Asal-usul masyarakat Melayu Cocos sebenarnya bermula dari sejarah yang panjang, dari zaman Rajah Brooke di Sarawak, dan ada kaitan dengan Alexander Hare. Orang Melayu Cocos bukannnya lain dari rumpun Melayu kerana mereka di datangkan sebahagiannya dari Kalimantan, Betawi, Tanah Melayu, Singapura. Mereka di bawah pentadbiran kolonial Inggeris sejak abad ke 18. Amie ada tulis tentang asal-usul dan budaya masyarakat Melayu Cocos dalam novel Teritip, yang diterbitkan oleh DBP Kuala Lumpur cetakan 2007 dan 2009. Dengan kata lain, pengulas dan ahli panel telah merumuskan novel Teritip merupakan terjemahan sejarah dan budaya msyarakat Melayu Cocos. Walaupun novel ini hanya mendapat hadiah penghargaan oleh DBP Sabah sempena 40 Tahun Sabah Merdeka Melalui Malaysia, namun Amie sangat gembira dapat menyumbang sesuatu melalui penulisan mengenai sebuah komuniti yang kecil dan unik ini. Sayangnya, sumber utama Amie iaitu FIL... telah kembali ke rahmatullah pada 2 Februari lalu. Sebenarnya FIL & MIL(allahyarhamah) adalah insan yang paling banyak memberi sumber dalam penulisan Amie mengenai masyarakat ini kerana mereka dilahirkan di Pulau Cocos dan merupakan penghijrah pertama belayar ke Borneo dengan menaiki kapal Islander.
Banyak lagi yang ingin Amie kongsi, tapi setakat ini dulu ye Ita, ada masa boleh sambung lagi. Kejap lagi nak masuk kelas ni....(sekarang waktu rehat).
paling senang lihat cake bikinan kak azlita...cakep2 semua....
salam kak Ita,
tq sebab sudi mencuba ;) tp akak buat jauh lg cantik dr sy punya la, hehe.. ;)
wowwwwww kek lagi....bestnya tngk kek2 yg Ita buat ni...kalau dpt rasa lagi besttttt...
Salam Kak Ita...
Seperti biasa cantiknyaaaa cheesecake Kak Ita. Terlebih lebih fotonya. Supeeer cute!
Itaaaaaaa...gambar makin mantopsss dah lain dr yg selalunya...mmg tip top tul Ita ni...selalu serlahkan kelainan baik dlm resepi dan food styling...adeeei.. Xkan mudah jemu dgn gambar2 Ita... Ni dah puji seikhlasnya taaauu..mintak la sepotong kat akak ciskek tu...buah2 tu semua kasi lebih eh.. :)
tergoda! esok nak pi cari the berries!
As'salam Ita
Wow! nak kek sepotong nak makan dengan Hubby tersayang..hehehe
black n white, emm.. menarik tu :)
kek yg sangat cantik..kak ita boleh bukak bakeri dah ni...:)
rse cam syg je nk mkn kek tu,cantik sgt.. :)
saya klau buat cc ni asyik x jadik aje..geram sungguh
teringinnya nak berjiran dgn ita. Hihi.
b'day CK bulan 3 nanti boley kak ita buat kn? :D
Gorgeousnya.....terliur tgk gambar
perghhh mantop...kak ita mintak share yea
Aslmkm Ita. Along suka tengpok video kat header tu, brilliant! Dtg nak ucap tq sbb Along buat pattern mini rossette macam Ita ajar kat cistat tu.
kayane rasane enak sung
visit me gan
http://www.centplay.com/affiliate/id_1198/
Adohaiiiii nak phengsan tengok cheesecake bluebery....
superb mama namanya nie... bessshhh...
photo2 yg superb.....
wahh..sedapnye..nak try resepi nie..tq for sharing ;)
wah akakkk...gmbr tak hingatttt! dasatnye...mcm kat kitchen anna olsen dah.gojes betol.kagum neh!
ni baru nak kagum ngan kek akak.simpel dehh kek nih.bleh try.thx kak share resepi nih.
Post a Comment