DIY FOOD STYLING - masam manis f

Breaking

Feb 6, 2012

DIY FOOD STYLING

Assalamualaikum..
Selamat malam...
Haiii... ada yang dah nak masuk tidur ke??
Maaf ye hari ni tak de resepi istimewa dari blog Masam Manis. Tuan rumah lagi sibuk bertukang.. hihi
Sebenarnya hari ni ita sedang menyiapkan prop baru.. Ita ni kan mmg cepat jemu.. dan mudah bosan dengan props yang sama aje.. kadang-kadang ita terfikir jugak kalau ita sendiri mudah bosan dengan cara yang sama aje.. pasti lah pengunjung Masam Manis pon dah bosan jugak kan.. sesekali kita kena jugak lakukan perubahan. Agar lebih ceria, lebih segar dan terkini..

Hari ni ita nak sharekan DIY cara bagaimana ita buat lapik alas untuk food styling ita. Mungkin dalam fikiran semua.. aii.. ita ni beli aje.. kan yang dah siap.. ooooo tidak sama sekali.. semuanya ita buat sendiri tau! untuk menghasilkan gambar yang menarik dilihat.. Sebenarnya ia adalah untuk kepuasan ita sendiri juga..

Rasanya dah banyak kali juga ita ulang.. Ita mmg seorang yang minat pada seni.. Ita paling suka melukis, mendeco rumah, mengubah bunga.. dan apa-apa juga yang berkaitan dengan kerja tangan.. Pada ita gambar juga adalah sebagai sebuah lukisan. Perlu ada penceritaan dalam setiap gambar.. Bagaimana seseorang boleh menangis dan ketawa bila menatap gambar.. Jika Yuna menyatakan "....dalam setiap gambar ada laguu..." pada ita dalam setiap gambar itu ada ceritanya.. ada memorinya yang indah untuk dikenang..

Setiap kali ita nak ambil gambar pasti ita akan bayangkan  memori ita bersama makanan tu.. dari situ barulah lahir mood dan emosi ita dalam gambar yang ingin ita ambil.. Kebiasaannya gambar yang ita ambil banyak mengimbau kenangan ita.. bersama keluarga dan anak-anak.. Memori2 yang tak pernah padam dalam kotak ingatan ita.

Bubur buat ibu...
Bekalan Pak Tua
Bahagiakah aku...
Setiap gambar membawa seribu maksud yang tersirat dan tersurat. Contoh gambar di atas.. mungkin ada yang melihatnya sebagai sebuah kek. Ada pula yang nampak mawar merah di jambangan dan mungkin juga yang menyatakan ianya sebuah majlis merisik atau pertunangan kerana ada cincin di situ.. Kalau kita pandang pada simboliknya.. Bahagiakah aku.. walaupun telah bertunang tapi masih ada permainan cinta tiga segi di situ.. haha jiwang karat pulak lah macik ni malam-malam buta ni..

Ok lah kita jangan buang masa lagi.. malam pun dah semakin larut.. lagi larut malam lagi mengarut pulak mak cik ni karang.. hihi tau tak pe.. Kita teruskan projek DIY kita malam ni..
Ok mula-mula bahan yang kita perlukan mestilah kayu. Kalau tak de kayu macam mana nak buat kerja kan..??


Kayu yang ita guna selalunya kayu palet.. ala kayu yang biasa orang buat kotak. Kayu pine yang lembut dan ringan. Mudah di potong dan dipaku. Kayu ni biasa ita kecek daripada kedai atau kilang berdekatan rumah ita ni.. eeemm.. buat muka tak malu aje.. hihi
Kalau yang ada duit lebih tu boleh lah kalau nak beli.. yang beli lagi bagus sebab bersih tak de bekas paku dan sudah di ketam

Bila dah dapat kayu tu kita cabutlah segala paku yang ada. Bersihkan dulu, ambil papan yang cantik aje lah.. kalau boleh cari yang banyak urat dan mata kayu.. lagi cantik!

 Bahan-bahan tambahan yang kita perlukan, paku, tukul besi dan gergaji


Letak tulang dia dulu kiri dan kanan. Lepas tu susunlah papan tadi satu persatu. Lepas tu lekatkan dengan paku. Buat kemas-kemas. Lebihan paku tu kita kelepetkan supaya tidak merbahayakan dan mencederakan kita nanti. Lebihan kayu dipotong kemas


Ok bila dah siap, ini pula bahan-bahan yang kita perlukan untuk mencantikkan kayu kita tu. Apa yang kita perlukan ialah varnis yang tak kilat, tiner, berus cat dan bekas mangkuk untuk mengisi varnis kita tu nanti..


Papan yang telah kita siapkan tadi tu.. kita ketam dulu bagi licin. Kemudian kita sapukan tiner dulu. Tujuan tiner ni disapu supaya bila kita sapu varnis ia mudah menyerap dalam kayu dan ia akan menimbulkan urat kayu.


Bila tiner tu dah kering, barulah kita mula menyapu varnis pada kayu kita tu. Sapu rata-rata tau! haha jangan terkejut pulak bila tengok papan ita ni dah berubah jadi warna The Incredible Hulk

Kemudian kita jemur biar dia betul-betul kering. Bila dah kering kita kena gosok pulak dengan kertas pasir supaya papan kita tadi tu tak berkilat. Papan yang berkilat buatkan kita sukar nak dapatkan gambar yang cantik! sebab papan yang berkilat ni dia memantul atau membalikkan cahaya dan menganggu gambar kita nanti.


Bila dah siap kita bersihkanlah papan kita tu.. Dah boleh guna buat prop. papan yang merah tu ita belum gosok kertas pasir, dah petang sangat tadi tak sempat kita sambung esok pulak hihi


Beginilah yang selalu ita lakukan untuk setiap food styling ita. Mula-mula ita akan lakarkan dulu bagaimana imiginasi ita terhadap gambar yang ita inginkan nanti. Kemudian barulah ita susunkan props. Susunan props pun nak kena betul dan nak kena seimbangkan warnanya antara panas dan sejuk. Padanan warna yang betul dan seimbang dapat menzahirkan satu kombinasi warna yang menarik dan indah dipandang. Contoh boleh rujuk carta colour di bawah : 



Bila dah dapat padanan warna yang betul dan angel yang menarik barulah ita letakkan masakan ita. Tujuannya supaya masakan tu tak terbiar lama sangat dan kering. Biarlah ia kelihatan segar bila kita ambil gambarnya nanti.
Jangan lupa pastikan plating sentiasa bersih dan kemas supaya sedap mata yang memandang.
Begitulah serba ringkas cara yang ita gunakan untuk merancang food photo ita. Harap sedikit sebanyak dapat membantu..

Bye!...



45 comments:

Ida,Japan said...

mak aii k'ita, sampai cam ni sekali, really hardworking tul kakak sorang ni..siap bertukang anak beranak lagi tu..haii, ida lambat lagi la nk buat sampai cam ni..tapi kan kak, rasa puas hati sgtkan bila dpt tgk hasilnya kan..pengunjung pun puas hati dpt cuci mata dgn pic2 akak yg superb ni...

Nuri said...

Assalamualaikum kak Ita...

Patut la akak xde masa.. bnyk btol yg akak nk buat tu amik satu2 pic..

cam sya ni.. setakat bleh je.. hehehe..myb sya x la sekreatif kak ita..

tp klau dh minat mmg xkn puas hati klau x dpt amik pic yg btol2 cantik kn...

Smoga kak Ita sntiasa diberi idea2 kreatif.. sya just jd tukang tgk & puji je la ye.. hehehe...

Zue El Razak said...

slm kak ita..

memang tabik spring ting tong betul.. Betul bila tgk gambar kak ita ni rs puas.. seolah2 hidup.. anyway tahniah pada kak ita yg memang blogger masakan yg terbaik..

Mat Gebu said...

Nice....bayangkan betapa memerlukan masa, mana lah tak hangin kalau orang curi hasil blog...mereka2 yang suka pandang remeh, harus baca dan lihat entri ini....

ummiaisyah said...

tabik spring kt kak Ita..siap ketam kayu tu lagi..mmg handy la akak ni..sy ni setakat angkut papan dr kampung..xde touch up dah...teruskn produce pics yg cantik2 ye k ita...love u

Anonymous said...

memang tabik spring toing² kat akak tau...begitu sekali komitmen akak...saya x terbuat rasa...amek pic pun asal boleh jer...apapun ini info yang amat berguna utk memotivasikan diri...tq sis.

apapun hasil yang akak perolehi mmg superb...dan bagi mereka yang sesuka hati copy pic org...mmg tak ada akai le org itu...

cik cek said...

Gulp..telan air liur jap...adoai! memang sungguh byk vitamin R kat dalam bdn Ita ni...fuhhhh...tak terbuat la kat akak dik oiiii!...he he...apa2 pun syabas atas kerajinan dan ketekunan Ita tu....dan thanks berkongsi ngan kita sume...:)

Qasey Honey said...

asslm kak...rajinnya akak bertukang yea...mmg tabik spring la dgn komitmen akak ni...bersungguh...sya pon ade jugak mintak hubby buatkn...sbb tertgk kt blog Bakers Royale...hehehe...

Zaihashim said...

kreatif betulla kak ita ni.., patutla gambar semua cantik2 belaka.. bila la saya nak kreatif mcm kak ita ni...

ezlin said...

wow....tak sangka sampai begitu skali, siap ada colour reference untuk gambar nampak cantik, saya selalu admire gambar yang akak amik, now i know what goes behind scene. you are doing a great job, congrats!

ezlin said...
This comment has been removed by the author.
faa.rosli said...

akak memang rajin! sebab tu blog akak awesome!

maybe sebab tu x ramai jenguk blog faa. bosan ngan gambar makanan yg faa buat. prop yg sama. hehe.

boleh blajar dari kak ita ni. :)

Cheq Sue said...

aduhhh... speechless sat dengan n3 ni. saya pun ada obses dengan kayu kak ita... memang suka sangat bertukang, tapi dengan kekangan masa, memang buat apa yang sempat dan termampu aje...

syabas kak ita, TQ atas tips ni

Iylia said...

wow! kagum jap dgn akak.xsangka akak kena sketch dlu cmne rupa gambar yang akak nak.sy igt slame ni akak main snap je sume gamba tu

Melly Octaviana said...

Wow..speachless.. betul2 di rancang sebelum ambil photo nya. memang terlihat kalo Kak Ita buat kerja nya to perfection. Melly selalu admire photo2 kak Ita.. All the best yah Kak, di tunggu masakan dan photo2 menarik nya. :D

zuwaidah said...

all i can say, very professional, detail...buat homework lagi. terbaek lah.

Ummi said...

Alahaaaiii...terbaaaiiiikkk lah Ita nih....mmg salute abis akak kat Ita, wpun Ita duk rumah dan masa mmg selalu x cukup jgk kan, still ada masa nak menukang mengecat segala...adeeei mak oii! Sakit lg pinggang akak...hehe. Pada akak, Ita mmg seorang yang begitu teliti, cerewet dan mahukan kepuasan berganda dalam food styling Ita dan mahu dan mahu memberikan yang terbaik selalu....

Betul cakap Mat tu...mmg jenis hati kering hati batu la kalau org yg suka2 hati amik gambar2 Ita nih...dasar perampookkk! Kalau dia baca ni dan x reti2 bahasa gak...xtau la nak kata apa...!

Terima kasih Ita sudi dan ikhlas membuat perkongsian ini...nampaknya lepas ni, kak rebit masak, abg rimau kena bertukang la nampaknya....hahahha, waima makan maggie jek puuun...hehe

ms_potato said...

no wonder semua makanan dlm blog ita nampak menarik..rajin dan berbakat...

MrsAziran said...

Awesome!!
Kita share minat yang sama (photography, masak tu kureng sikit) tapi Ita sangat rajin dan kreatif. Kalau ada masa jenguk-jenguk la blog saya, boleh mintak tolong tunjuk ajar.

Messy Mummy said...

Kagum. Susahnya nak wat ehh.. Tengok hasil kak ita cukuplah.. nak wat sndr tak ckup rajin :)

Gee® said...

masam manis memang POWER!!

icaland pelangi indah said...

gagahnye kak ita ni. siap bertukang lg.. patutla setiap gambar yg di ambil sgt2 menarik. rupa2nya..siap buat lukisan dulu. kena fikir kombinasi warna lg. susah2. org kreatif dan minat seni je buleh buat mcm kak ita buat ni. tahniah ye sbb selalu memberikan yg terbaik utk para pembaca.
ica yakin..hasil kerja kak ita ni..dah taraf international. mmg mengkagumkan!!!

Ibu Darwisy said...

1 jer perkataan yg terbit kat bibir sy tatkala membaca entry ni..

TERBAIK

CT Delima said...

As'salam Ita

rajin sangat Ita ni. Selalunya idea tu boleh datang dengan sepotan. dan kadang2 ambil masa berhari2 nak menyiapkan satu prop tu kan. Selalunya ct pun akan ambil masa 2-3 hari berbincang dengan Hubby. Samalah kita bertukang segala untuk membuat sesuatu yang nampak lain dari yang lain. Cayaaalahhhhh! :)

RYOVZHVR said...

mak aiiii...gigih nya mak budak ni ye..haha

tahniah ye kak ita..mmg chantek lakaran dan hasilnya...nanti kalo terbit buku sendiri jgn lupa bak sini sebijik ye..ahaks..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak.. Kagum.. Akak memang teliti orgnya dati hasil masakkan sampai la ke gambar.. Admire betul..:) goid luck kak

Nur-nba said...

Wah sampai macam tu sekali.. Kagumnya dengan kegigihan Kak Ita nak beri kelainan pada semua pembaca.. Memang banyak yang saya belajar dari entri akak ni. No wonder hasil gambarnya sangat cantik..

bobiedanbad said...

nice job kak! amazing & salute :)

Sufaini Bidin said...

Mak ai..byknyer kerja kak

quinnie said...

kak ita..dia kalau dah minat benda yg berat pun jadik ringan rasanya kan kak....rajin betul akak...memang patut la hasil gambar akak cantik2 belaka....tahniah atas kerajinan akak sekeluarga..:)

Moonirah said...

Mun salute la dgn akk! tbaek!!

Anonymous said...

As Salam....OMG!!!!U really mean business don't u..hehe...tabeks n congrats..berbaloi... : )

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ...

TAHNIAH !!!!
tak terkata dibuat nyer ~~~
kagum dengan Kak Ita. Bila lah dapat bertemu bertentang mata dan merasa ait tangan kak Ita ....

kakwan said...

Salam Ita,, food photography kemas dan cantik,, di rancang begitu teliti,, smpai skrg K1 x leh nk wat cam ni hya tau pakai auto snap jer hee hee :) macehh bgi tutorial yg berguna ni..

Anonymous said...

superb!

memang berseni kak ita ni..bkn jer dari segi masakan tp dari segi nak photo styling :D

esh said...

salam kenal kak ita. :D

selalu skodeng gambar n salin resepi, ni tgk entry ni, takleh nak tahan. kena komen tinggalkan jejak jugak!

salute la kak ita!! sangat2.... ada satu entry, kak ita kata tak edit gambar, upload as per it's. rupa2nya proses tu mmg dah kaw-kaw, dah cukup asam garam. takyah nak edit. dah cantik :D

terima kasih sharing the tips ....

saadah amran said...

wow!!!superb la hasil tangan k.ita;masakan,gambar,bertukang...idea mencurah2 tuk beri yg terbaik

supermama :)

cek chun said...

this is awesome kak ita. silent reader yg selalu dok belek blog ni akhirnya terpaksa bersuara.
moga diberi kemudahan dan idea untuk buat yang terbaik setiap hari.

ziracraftncuppy said...

what an amazing job sis..

Noorul0206 said...

wah... sampai gitu sekali...tapi hasilnya memang awesome, bila tgk gambar kat blog akak mesti nak masak sebab nampak real..mengoda u.... tahniah kak.....

Aida Lela said...

salam kak ita,

tiap kali masuk blog ni. selalu je speechless. kagum sangat dengan bakat yg akak ada. tak kedekut ilmu :)

*teruskan berkongsi ilmu dengan kami semua. TQVM atas semua ilmu masakan, fotografi etc

farouq said...

kak, mane nak dapat kayu pine/pallet yg baru ni? nak buat projek wagon utk si kecik.

farouq said...

kak, mane nak dapat kayu pine/pallet yg baru ni n mcm2 saiz? nak buat projek wagon utk si kecik. susah nak cari kedai yg jual kayu ni

Green Tech Mobile said...

Salam kak, kat mana nak dapatkan kayu jenis ni? sebab sy nak buat katil utk baby girl sy yg baru lahir.. :)

nida79 said...

Assalam..mana nak dpt kayu pine mcm ni..

Post Top Ad

test