Selamat petang semua.. Maaf hari ni lewat sikit bersiaran. Ada hal sikit yang terpaksa di dahulukan..
Tika dan saat ini, hujan lebat dengan guruh sabung menyabung diluar. Terasa sejuk dan nyaman walaupun sesekali ngeri juga bila kilat memancar.
Dah minum petang? Apa juadah yang disajikan untuk keluarga petang ni. Kalau hujan-hujan ni mestilah cari yang hangat-hangat untuk membasahkan tekak kan..
Petang ni ita buat kek lagi. Suami ita yang minta buatkan. Biasa ita kalau buat apa2 makanan selalu kirim pada suami untuk pekerja dia menjamah.. Bila dah lama tak buat mula lah adik-adik tu berbunyi.. Lama akak tak kirim kuih.. hihi
Hari ni ita buatkan lah kek untuk adik2 ita tu.. kesian kat dorang..
Kek ni resepinya ita ambil kat My Resepi. Nampak macam mudah aje kan kek ni, bahan pun sangatlah simplenya.. Rasa-rasa semua pun boleh buat ni. Walaupun bahannya mudah dan simple tapi jangan pandang pada luaran sahaja.. Rasanya tetap umpph! sedap tau!
Kek yang lembut, gebu rasa pun sedap.. lemak manis pasti disukai ramai.
Kek hasil kiriman dari Cutie Winkle, dan di beri nama Kek Kukus Susu. Terima kasih pada Cutie Winkle atas perkongsian resepi kek yang mudah dan sedap ni.
Ada beberapa penambahan yang ita lakukan, tapi jangan bimbang ia tidak sedikit pun mencacatkan rasa kek yang sememangnya telah tersedia sedapnya ni..
Terima kasih pada Cutie Winkle dan My Resepi yang sebenarnya telah banyak membantu ita menyediakan juadah untuk keluarga setiap hari.
Ita minta izin untuk kongsikan resepi ni di sini pula sebagai panduan buat adik2 atau anak-anak ita yang mungkin berhasrat untuk mencuba.
KEK KUKUS SUSU RINTIK
Olahan dari resepi : KEK KUKUS SUSU
By : Cutie Winkle
Rujukan : My Resepi
250 g butter ~ suhu bilik
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air ~ ita gantikan 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
1/2 cawan manik gula berwarna ~ ita tambah
Panaskan kukusan
Sediakan loyang berukuran 9 inc
Oles loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Dalam bekas mangkuk mixer, pukul butter dan gula hingga kembang dan memutih
Masukkan ovalate dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan telur sebijik demi sebijik ~ pastikan telur telah bergaul sempurna baru masukkan satu lagi telur
Tambahkan esen vanila dan pukul adunan hingga rata
Masukkan susu pekat manis dan terus memutar
Tutup mixer
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan manik gula dan gaul rata ~ proses ni kena buat cepat2 supaya manik tu tak turun warnanya
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit hingga 1 jam
Bila kek dah masak tunggu ia sejuk sebentar
Keluarkan dari loyang dan sedia di nikmati.
25 comments:
blurppp lapar la k.ita,tgk kek petang2 ni....izin copy yea.
Assalamualaikum akak ita cayang...
kat sana hujan yer akak? kat cnie mendung tapi terasa bahang...
wah cantik sgt ler kek tu akak... nampak menarik sungguh... ada lg x nie? sedaapnya nie makan masa petang2 gini...
As salam Kak Ita. Hujan begini, nama kek pun kebetulan ada rintik hihi.. Hasil kek Kak Ita Oeya suka :-)
selamat petang ita...
Wau......set yang sangat menawan ditambah dengan kek yang cantik...
sedapnya..tengok kek tu..mesti cuba ni..
nice blog with nice pictures. love your tea-set ceramic.
As'salam Ita
Cantiknya kek, tabah cantik pic2 semua tu...hehehe
kat area rumah ct ni hari ni baru hujan, alhamdulillah sejuk sikit nak tidor malam ni, selalunya bukak aircond pun macam tak rasa jer..hehehe
salam Ita,cantik keknya secantik tuannya...nampak manis warnanya
asslm kak...
patut la hrni lmbat bersiaran...rupanya nk menayang kek yg gojes ni..
suka sgt tgk kek...nmpk sedap lak tu...
dtambah coklat pink tu...naik seri kek ni..gebu...
terasa nk mcuba skrg juga rasanya...tp xde loyang yg cntik cmtu...bhn2 pon xcukup...
tq yea kak resepi....
Salam kak Ita :)
Canteknyaaaa kek tu!Bila blah tu full of suprises sbb warna wrni kat dalam.pretty :D
Kaaaaaak...cantik sekali cakenya. Apalagi propsnya, kereeeeeeen banget!
adoiiiii...tgh lapo ni..telan ayoq liuq je la....
your cake looks fabulous so festive! and the photos makes the cakes even special.
i love the lighting in every picture they are great!
isy....drooling tgk kek k Ita...dok posing plak kt tepi tingkap...sukernya tengok!
Ita cayangggg...x tahan la tengok kek cantik2 mcm ni...rasa nak duk bersila je kat pangkin tu haa...pi ambikkan kerusi tuk akak...dah la rupa kek menarik, acuan cantik... :)
Adoyaiiii...hari2 ada kek mengancam betol laaa...
Ita, cepat bukak kedai kek... boleh gee tolong promote...heeeee
salam kak ita .. cantik sungguh kejadian kek... lagi2 gambar yg sentiasa menawan .. kak ita ni boleh buka phorography class hihi
nampak macam senang dan sedap kak!!! nak cuba la weekend nie... =)
Salam Ita..
kat sana pun hujan ye petang semalam? kat Pj pun sama hujan mencurah2.. hinggakan akak balik kerja menjemput anak di sekolah.. sampai rumah pukul 8.30 malam dek kerana jem teruk! macam nilah dok kat bandar besar.. bila hujan je gerenti jalan jem teruk! hmmm... sampai maghrib pun wassalam.. hehe.. terpaksa qada ajelaa..
comel betul kek yg ita olah tu.. daripada kek kosong jadi kek yg sangat elegant gitu.. ita guna manis yg ita tempek sebagai hiasan kek tu ke? mmg cun & nampak sedap apalagi dibakar dlm SM & dihias sebegitu rupa.. bertuah pekerja2 suami ita.. errrr... ada kerja kosong lagi tak cer tanya cik abg ita tu... heheheheeee.....
sodapnyo kak...meleleh air liur tgk gambo nih......
salam k Ita...kak Ita mungkin x prasan sy...kita dh lama fren kt fb..dulu2 ada gak kita bertegur sapa kt fb..anyway thanks coz sudi singgah dapo saya! x sempat nk hidang ayor tadi...
ummiaisyah@aisyah mohamed yeop
huhuhu CK tak pndai masak.
leh bljr msk2 kt cni kn? :D
pkai telur ayam gred ape?
as salam Ita..cantik kek n menarik..dah byk resepi dari Ita akak cuba..mudah n sedap..nanti nak try yg nie plk..tentu anak2 akak suka..tq share resepi ye...
salam kak ita..google2 kek kukus kuar kek kukus kak ita ni..hehe..nak tny kalau xletak susu pekat xpe ke??manis sgt tak kek ni??
salam..saya dah try...memang best dan sangat gebu. tq for the good recipe
Post a Comment