Assalamualaikum
Selamat pagi.. dan salam 1 Malaysia kepada semua..
Minggu ni memang tekak ita terasa nak makan kuih muih tradisional. Ialah dah berapa hari makan kek aje kan.. kali ni ita buat lah kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Pada ita kuih tradisional ni bukan sahaja mudah cara penyediannya tapi rasanya juga enak.
Kalau masa dahulu ita lihat bagaimana sukarnya mak nak buat kuih, nak parut kelapa, nak perah santan kemudian nak tumbuk daun pandan untuk dapatkan aromanya. Ini tidak termasuk lagi proses membakar kuih yang menggunakan sabut dan arang. Berpeluh-peluh meniup bara api supaya kuih tak rentung.
Teknologi kini telah banyak membantu para ibu, menyediakan juadah untuk keluarga dengan lebih mudah, pantas dan bersih. Segalanya di hujung jari. Tak perlu nak parut kelapa dan memerah santan.. semuanya dah tersedia yang segera untuk diguna. Dah tak de alasan lagi untuk diberi jika dapur tak berasap!
Walaupun segala kemudahan asas tersedia, yang lama juga yang ita suka. Kuih lebih sedap dan lemak jika menggunakan santan asli. Bau aroma kuih akan lebih harum jika menggunakan daun pandan begitu juga lemak manisnya. Membakar kuih dengan arang dan tempurung kelapa lagi menambahkan kenikmatan pada kuih itu sendiri.. aduh.. rindu sungguh dengan kuih tradisional lama..
Hari ni, ita nak kongsikan satu lagi kuih tradisional yang telah di modenkan. Tapi walaupun di modenkan rasanya tetap juga sama, lembut, lemak manis dan aroma yang yang terhidu semasa proses membakar memang mengasyikkan.
Sampai jiran sebelah pun datang tanya, "emm.. sedapnya bau.. ita masak apa hari ni.."
Resepi kuih ni resepi mak ita, yang selalu digunakan ketika membuat kuih Bakar Pandan, seperti biasa sukatan dari mak ita memang menggunakan kampit. Kali ni sekali lagi ita olah kepada sukatan cawan untk lebih mudah. Ada beberapa penambahan yang ita lakukan, tapi tak lah sampai menjejaskan rasa kuih yang sememangnya asli sedapnya. Ita tambahkan roti dalam adunan kuih ni... hihi sebenarnya ita nak habiskan roti butterscotch yang ita beli. Takut rosak baik ita tambahkan dalam adunan kuih bakar ita ni.. nak juga rasa bagaimana teksturnya selepas diletakkan roti ni..
KUIH BAKAR ROTI HARUM PANDAN
6 keping roti Butterscotch
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 biji telur
5 helai daun pandan
1 cawan air
2 sudu makan minyak masak
2 cawan santan dari 1 biji kelapa ~ boleh guna santan KARA 1 kotak + air jadikan 2 cawan
secubit garam
Pandan emulco ~ jika sukakan lagi aroma pandan
Sedikit pewarna hijau ~ jika kuih kurang hijaunya
Sedikit bijan ~ untuk hiasan
Sediakan acuan untuk kuih bakar
Sapukan minyak rata-rata
Panaskan oven pada suhu 170 C
Panaskan dahulu acuan dalam oven untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan nanti
Daun pandan di racik halus
Masukkan daun pandan dan 1 cawan air dan kisar dalam blender hinga halus
Tapis dan ambil 1 cawan air pandan sahaja
Dalam bekas yang besar, satukan tepung, telur, gula, santan, garam, minyak masak dan air daun pandan.
Kacau hingga adunan rata.
Roti di potong kecil
Masukkan roti kedalam blender dan masukkan adunan tadi, kisar hingga halus
Campurkan pandan emulco dan pewarna hijau
Kacau rata
Tapis adunan kedalam acuan yang telah dipanaskan tadi
Taburkan bijan diatasnya
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kuih di bakar sempurna.
Sejukkan kuih atas redai setelah masak
Acuan dan dulang yang ita gunakan adalah bahan daripada tembaga. Ini adalah bahan lama yang di gunakan oleh atuk nenek dulu kala. Acuan tu dan dulang tu nampak macam karat kan..? tapi bahan tembaga sebenarnya tak berkarat barang ni dah lama dan warnanya memang macam tu.. Nak kilatkan boleh tapi ita lagi suka lihat warnanya yang rustik tu..
Feb 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
23 comments:
Assalamualaikum akak ita cayang...
sekarang nie mmg jarang tgk org buat cara tradisional gini kan akak.. ngan cara tradisional nie kuih nie pasti lagi sedap... kalau aunty diana.. smpi skg masih lg mengekalkan cara tradisional buat kuih2 melayu.. memang terbaik... rajin akak ita cayang nie tau...
Salam Kak Ita,
Betul kata Kak Ita tu, kue terbaik dihasilkan dari bahan bahan segar dan berkwalitas dan diolah dengan cara tradisional. Wangi bakaran dari kayu bedalah dengan kompor. Jelas lebih wangi yang tradisional...lezat sangat kuenya kak!
Assalam Kak Ita..
Sedapnyer nengok kuih bakar ni..
asslm kak...
kuih favret jugak ni..nmpk sedap sgt...
loyang yg akak guna tupon sya suka...klasik...
As'salam Ita
Wahhh...bila tengok acuan kuih bakar lama tu teringat zaman dulu2 tiup guna serombong besi panjang tu. sampai tersedut abuk kayu pun pernah Ita, lepas tu hujung bibir cantik jer bentuk bulat hitam bekas besi tu..betul tak...hahaha. kenangan tu semua.
suka kuih bakar, lagi banyak kerak lagi itu yang dikejar..
Waaaa....mabeles...
salam ita..
kakna pernah rasa kuih ni.
macam bingka tapi tak pernah cuba.rasa hati teringin juga.
Ololololoooooo....sukanya akak tgk kuih pandan dengan presentation yg sungguh nostalgic betuiii laaa...acuannya tu cantik nampak suasana dan citarasa kg tu Ita...siap dgn bamboo lak....adeeeii, gambar terbaik!! Kuih bakar pun mmg fav...nnt akak try ni.. :) Thanks sudi share resepi bonda Ita tu yeaaa, muaaahh cayang..
Sukalaa tengok gambar2 kak ita, cantik2.
As'salam buat My Luvly Kak ITA,
sedappp nyer nampakk ... bak mai Nina sikit sepotong tuuu (nak yg banyak kerak ehh)
Heheee . . .
nampak sedap sangattt...
kalau kami di dumai...panggil cetakan tu cetakan bolu kemojo kak...
yg macam tu takda lagi dah....
dah jd barang antik kak...
yg ada yg dr alumunium tebal kak..itu pun mahal level aherat..
dah lama nak beli...ehehe...tp blm tebeli jugak..
tengok kue ini...aishhh...mesti beli nih....
nak try...hadohh... kak ita hari2 N3 kue sedap2...tak tau yg mana satu nak mimie try.... ^_^
terbaiklah kuih bakar pandan Ita ni..siap buluh segala...tersangatlah rajinnya kawanku sorang ni..sayang sangat2..meh bagi kuih bakar tu sikit..terliur je dari tadi tngk...
feveret kalo kueh rase pandan2 nih...
salam kak...
loni mana le ada org bakar mcm ni kak, semuanya guna oven...bukan kat kl je bakar guna oven, bali kat kg pun dia org bakar guna oven gak...
Menarik...yg lama dan yang baru digabungkan...selalu buat kuh bakar ni guna tepung..santan...telur...pandan...
sedikit serbuk kayu manis...versi ni campur lak ngan roti butterscotch yg sedap tuuuu..emmmm..bako lak dalam acuan antik kuih bako...wah! bestnya...:)
akak mmg superb! kuih bakar pndan (radisional) + btterscotch(moden)..mesti best rase dia
Salam Kak Ita,sampai ke dapur Rahel terhidu bau wangi kuih bakar bakar roti harum ni,tapi Rahel nampak mcm kecik jer saiz kuih bakar tu kak..hehehe..cukup buat Rahel je ni.
alamak...rajinnya buat kuih klasik ni...siap ada buluh rentung lagi!
Assalamualaikum Azlita Apa Khabar?
Kak Lin Pernah Dapat Kuih Bakar Ni Masa Majlis Kahwin...Di Beri Pada Tetamu Sebagai Hadiah...Sedap!
*Maaf Kak Lin Lama X Berkunjung Kesini...
Assalamualaikum Azlita Apa Khabar?
Kak Lin biasa dapat kuih bakar ni masa pergi Majlis Kahwin...buah tangan untuk tetamu...sedap!
*Maaf...lama Kak Lin x berkunjung kesini...
Sedapnya kuih bakar...suka tgk gambar2 akk ni...nostalgia gitu, nmpk gayanya nak kena pi selongkar dapur nenek ni hehehe....
salam k.ita...sori nk bertanya berkenaan dgn entry cheese tart....blh x ajar macam mana cara nak isi cheese filling dlm pastri supaya nmpk rata dan sekata je?sbb bila sy guna piping bag jg xsekata n rata....tq kak
thumbs up!!
Post a Comment