KEK COKLAT NUTELLA - masam manis f

Breaking

Mar 8, 2012

KEK COKLAT NUTELLA

Assalamualaikum



Selamat pagi semua..
Dah bersarapan? Sarapan apa ye hari ni..?
Ada yang puasa ke hari ni.. baguslah kan kalau puasa dapat juga pahala sunat puasa hari Khamis ni. Puasa ni selain dapat pahala ianya juga baik untuk kesihatan. Kita juga dapat kawal nafsu makan dan dapat mengurangkan sedikit berat badan..

Sebelum ita melangkah lebih jauh lagi dalam bicara pagi ni.. ita mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah pada Masam Manis kerana muncul dalam sisipan majalah Lisa bulam Mac. Terima kasih banyak-banyak ye! Ita juga memohon  keampunan kerana tidak sempat membalas setiap msg kerana ita memang betul-betul sibuk semalam kerana terpaksa menyiapkan 2 biji kek yang di order oleh cikgu Dalili.


Masa pula tersangat lah suntuk dan terpaksa menyiapkan dalam masa-masa penamat. Alhamdulillah dapat jugak ita siapkan kek itu dengan deco yang cukup sederhana. Harapan ita biarlah kedua-dua cikgu berpuas hati dengan hasil kerja ita yang tak seberapa ni.. 

Terima kasih juga pada cikgu berdua, jika ada salah dan silap atau kelemahan dimana-mana ita menyusun 10 jari memohon kemaafan.. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari kealpaan ita..
Terima kasih sekali lagi ye cikgu..


Sebenarnya, ita memang tidak mengambil tempahan untuk buat kek. Biasa ita buat untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Itu pun jika ita mempunyai kelapangan. Ita ni mmg tak boleh ambil tempahan.. sebab ita ni kalau buat sesuatu tu ikut mood, jika ita suka dan terasa nak buat ita akan buat.. sungguh-sungguh..kalau ita tak de mood, pastilah hasilnya tak seperti yang ita harapkan.

Ramai kawan-kawan yang minta ita buatkan kek, ita minta maaf banyak-banyak kerana terpaksa menolak, sebab ita memang tak punya banyak masa. Tapi sebagai manusia kadang-kadang hati ita ni.. cepat sangat rasa kasihan lebih-lebih lagi bila orang yang teringin tu berbadan 2. Alahai.. tak sampai hati rasanya..

Teringat masa ita mengandungkan anak-anak ita dulu.. masa mengandungkan Amirul ita nak sangat makan buah delima. Cari di JB masa tu payah sangat nak dapat. Sampai mak mertua ita minta pada jirannya yang berbangsa Cina. Kebetulan orang Cina ni mereka sangat suka tanam pokok delima. Bila dia tau ita mengidam nak makan buah delima dia terus petik dan bagi buah delima itu pada mak mertua ita untuk diberikan pada ita.. baik sungguh hati nyonya tu..


Masa ita mengandungkan Azrul pula ita nak sangat makan burger yang dalamnya berintikan inti murtabak, kemudian dibalut dengan kulit popia dan digoreng. Ita pernah makan sekali masa tu ita tak mengandung lagi, ita beli kat pasar tani. Tapi bila ita mengandungkan Azrul, puas cari tapi tak jumpa-jumpa jugak org jual burger tu.. sampai lah Azrul dilahirkan dia tak dapat merasa burger tu..

Kesian Azrul.. pas tu mula lah air liur dia meleleh.. hihi betul jugak kan... kadang-kadang kata org tua-tua ni..

eiii.. apalah pulak ita ni melalut sampai ke mengandung pulak kan.. hihi sebenarnya kek ni ditempah oleh cikgu Dalili yang sedang berbadan 2.. hihi

Sekali lagi ita nak ucapkan terima kasih pada sifu ita Chef Amer yang telah berikan tunjuk ajar cara buat kek ni dengan betul. Hihi... kalau tak selalu ita main belasah aje.. Harap Chef halalkan ye ilmunya.. Dan semoga rezeki ita kali ini mendapat keredaan darinya. Semoga rezeki Chef juga semakin bertambah.. itu lah janji Nya

Untuk kek ni ita gunakan kek coklat, ita layerkan dengan krim coklat dan di salutkan dengan ganache. Resepi ita masih lagi menggunakan resepi yang Chef Amer sharekan dalam majalah Saji. Cuma ita tambahkan sedikit Nutella untuk menambahkan lagi kelazatan ganache tu dan memnambahkan lagi perisanya yang lemak manis. Dua-dua adalah kek yang sama sebab kedua-dua cikgu Dalil nak kek coklat.


KEK COKLAT NUTELLA

KEK SPAN COKLAT
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku masakan FRUITY CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor

Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko

Bahan D
70 gm mentega dicairkan
Mentega cair mestilah panas
Boleh juga gantikan dengan minyak sayuran

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper

Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang atau berbuih.
Masukkan gula castor dan pukul lagi hingga kental
Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik hingga sempurna.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kaup balik dengan rata.
Masukkan mentega cair dan kaup balik sempurna

Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C  selama 20 minit atau sehingga kek di bakar sempurna.

GANACHE COKLAT NUTELLA
Adaptasi dari resepi GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
2 sudu besar Nutella ~ ita tambah
20 gm butter ~ ita tambah

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan Nutella dan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat

Bahan Krim Coklat
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ ita guna Rich

Putar whipping cream hingga kembang
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata

Cara melapis kek
Potong kek kepada 3 kepingan yang sama besar
Letakkan sekeping lapisan di atas lapik kek
Pancitkan atau sapukan sedikit air kopi cair atau air lemon
Letakkan lapisan krim coklat dan ratakan
Letakkan selapis lagi kepingan kek span coklat
Ulangi langkah yang sama hingga habis
Akhir sekali salutkan kek dengan krim coklat
Simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam
Keluarkan kek dari peti ais dan letakkan atas redai
Tuangkan ganache coklat diatasnya hingga bersalut sempurna
Alihkan kek atas lapik kek semula ( ita gunakan 2 spatula untuk mengangkat kek dari redai ke atas kek)
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit ~ paling kurang 1 jam
Kemudian barulah dihiaskan kek menmgikut kreativiti masing-masing.



35 comments:

Qasey Honey said...

asslm kak Ita...wah kak terpegun tgk kek2 akak ni...
xtahan nk tgk lama2...QH mmg suka kek coklat cengini...
plan nk wt kek ni utk besday QH la nti...hehehehe...

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam Ita :)
terpegun melihat keanggunnan kek coklat nutella Ita nie.. mmg best lah semua hasil tangan Ita nie..segan pulak mama...

Gee® said...

Subhanallah.... cantek sungguh

mama4A's said...

kak ita, nak tnya, sirap glukos tu apa ek? huhu

Zack said...

assalamualaikum kak Ita,

sedapnya kek tu kak..cantik sungguh, setanding dgn namanya..ni terus masuk list Must Do sy ni ;)

psst.. kak Ita, sy terperasan satu benda..yg bahan A tu sepatutnya 4 biji kuning telur kan? bukan 4 biji telur? hehe, sori kalau tersilap..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita.. kita pun sedang berbadan dua ni.. teringinnnnn nak makan kek Kak Ita, hehehehe (berbadan dua dengan lemak sebenarnya.. kih kih kih)

Kak Ita, burger yang Kak Ita nak tu, ada rasa teringin lagi tak. Agak2 kalau air liur Azrul masih meleleh smpi skrg (hihi) bolehlah cari kat Pasar Malam Taman Teratai, namanya Roti Khurasan.

leen said...

Untung cikgu dalili...dapat kek nie..kaya dengan coklat rice...kak ita burger salut popia...tu ada jual kat pasar lambak Parit Sulong Batu Pahat...setiap pagi Sabtu...memang sedap...tapi jauh pulak kan...Kak Ita tryla buat...hasilnya mesti lagi kreatif...

Yin Areesa said...

Assalamualaikum
Wah, lepas ni kena mengandung lagilah kalau nak merasa kek coklat kak ita ni kan? :P
Cantiknya decoration kek, saya ni tak berseni. Terasa lama sangat tak mengekek, selalu buat kek coklat kukus. Terasa nak buat kek la pulak bila tengok kek kak ita ni. Dah la besday anak pun tak sediakan kek, apalah ibu ni kan.. Pasni saya ngandung lagi nak buat2 ngidam kek kak ita lah, boleh ? :)

Salam perkenalan (wah, dah jadi cam nak mengayat la pulak)

rahel said...

Uwaw...memang cantek la kak Ita...gue suka ni...yang satu tu buat Rahel kan...

mimie said...

waaaaaa.......
sedap cake tu kak....
macam bolu hongkong kan kak...
beza sikit ...
tp mimie gerenti...cake tu lembut dan moise.... gebus2 gimana gitu...

CT Delima said...

As'salam Ita

itulah kalau kesibukkan buat apa semuanya terkejar2 aje kan, cantik kek tu sesuai dan mendapat citarasa pemgemar kek2 coklat, canti tu Ita.

ct pun ada jiran yang nak amik temahan, tapi ct tolak dengan cara baik. bukan tak nak buat ct memang tak punya masa. kalau buat untuk makan sendiri pun ikut mood gak lah..penat sebenarnya kan Ita..hihi

Arora's said...

kak ita.. mmg superb la akak ni.. dan burger tu kalau di kawasan benut dulu masa sekolah dipanggil roti baghdad.. dan ada sekali saya jumpa di pasar malam parit raja dekat lorong balai polis lama..

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita tersayang ...

Apa khabar orang disana?
Orang di sini nak beli kek orang di sana dengan tuan punya kek dan anaknya Dalili sekali buat teman sepermainan anak orang disini...

Heheheee ....

Rindu kak Ita ...
mmg cantik kek yg kak Ita buat tuk Cikgu Dalili. Pastinya Cikgu Dalili berpuas hati. Senyum sepanjang hari ..... tu ru tengok kek nya, belum
rasa lagi. Mau Cikgu Dalili 'fengsan' saat merasa kesedapannyer nanti. ..

DaRi DaPuR LiZa said...

nampak cantik dan menyelerakan...ni mesti dah dapat sijil dri chef amer...pastu dah dapat pinjaman rm1000 rbu....untuk bukak kedai kek...hehehe...

MANISMANIS said...

Selalu kalo lihat setiap foto cakep gini dalam hati pertama bilang hmm pasti bikinan kak Azlita(padahal belum liat yang punya foto siapa),lalu liat yang punya ternyata benaran kak Azlita...bikinan selalu cakep,rapi dan mengiurkan...

Hesti HH. said...

Waaaaaa...cuman bisa melongo lihat kuenya kak Ita, cantik sekali *speechless*

sabar dubai said...

cantiknyee kek akak.....tak terkata tgk...syg nk makan..

roti inti murtabak akak ckp tuh..kalo kt kemaman die inti daging burger balut dgn kulit popia tp panggil roti kurasan...

suraya said...

askum kak ita kek nie cantik la akak yang nie berapa kilo

Unknown said...

Assalamualaikum Ita

Rupanya seindah namanya...cantik dan sedap ni...kalau makan pasti menjilat jari...

ayieda said...

salam kak ita...
wah!!! tergoda ida tgk kek nih!!
terasa terpanggil2 utk mencuba.. hehe..

mohon syer resepi yer.. n yang mana utk tempahan, kekadang ida syare gmbar kak ita. mohon share jgk ye. maklumlah, xde bakat dlm bidang fotographer nie. amik pic guna hp jek..

boleh jgk wat tempahan.. utk tmbah pendapatan
bnyak jgk resepi kak ita ida try.

tq sifu!!

ummiaisyah said...

memang terbaik dr Kak Ita...teruskan mene'kek' dan mendeko Kak Ita..

Nur hasanah said...

sedapnnya..<3

nina said...

wahhh...akak sedpnyeeee....trase gler nk cbe bat..,tp mse xmngizinkan la...huhuhuhu..,terbaiiikk la...;)

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
mlm2 ni baru sempat nak tinggal jejak..btw cantik betullah kek2 yg Ita buat ni...alaaaa mana aci, meh tlng buatkan utk Yatie rainbow cake..boleh kan..alaaa bolehlahhhh..bolehlahhhh....cian kat yatie ni..he3..alahai saje je guwau2..

kalau jumpa Ita rasanya semua kek yg kat blog ni Yatie nak suruh buatkan...terliur tngk semuanya tawwww..

Nur-nba said...

Kak, cantik sungguh kek2 ni. Tentu cikgu2 Dalili tersenyum dan sangat berpuas hati. Tentang roti khurasan yg akak mengidamkan dulu tu memang sedap... Nur pernah juga makan masa zaman sek sebab ada dijual di pasar malam kat kg. Ada yg kata boleh cari pasar malam Taman Teratai.. Bila Kak Ita cerita pasal roti tu, rasa teringin juga nak makan.. :)

Nur Kasih Abadi said...

Terbaiklh kek akak ni...knapalh sya x jd ckgu.daili...mesti best bleh tmph kek ngn akak..

Sheery Dream Cakes said...

Waaaah sungguh cantiiiik kek nie akak.... X berkelip mata nie tgk.. Hehee... Mmg kagum ler ngan hasil kerja tgn akak... Cantik!

HazirahFadillullah said...

Salam. Kak ita. Mcm mane care nk tabur chocolate rice kat tepi kek ye? Saye buat x kemas la

Unknown said...

ni kalau oder brape rm kak?

fuzidss said...

syabas kak ... sumber inspirasi

fuzidss said...

sumber inpsirasi

SUHANA SHUKOR said...

Salam..1st time bukak blog ni..tu pon sebab pagi ni beli majalah SAJI..hehe..esok nak try resipi kek coklat nutella la..:)

qistyanie said...

As Salam, Kak tepung tue guna tepung gandum ke?

qistyanie said...

As Salam, Kak tepung tue guna tepung gandum ke?

Cik Bungaa said...

Wah, cantik & kemasnya akak. Nak makan pun sayang.

Post Top Ad

test