Terima kasih LISA - masam manis f

Breaking

Mar 7, 2012

Terima kasih LISA

Assalamualaikum


Lengkap Informasi Sumber Aspirasi Istimewa untukmu.. LISA
Majalah LISA versi Malaysia hadir sebagai sahabatmu berkongsi pengetahuan dan keprihatinan yang merangkumi skop fesyen, kecantikan, perhubungan, kewangan, undang-undang, kediaman, kesihatan dan teknologi. 

Kali ini Lisa tampil bergaya di bulan Mac dengan artis jelita Fasha Sandha sebagai cover. Nampak lebih ceria Lisa boleh dikategorikan sebagai sebuah majalah santai untuk remaja yang gemarkan berfesyen, walau hidup dalam era kemodenan namun  dalam masa yang sama masih berpegang kepada budaya tradisi. Dengan harga yang sangat berpatutan ita rasa pasti ramai yang  ingin mendapatkan majalah Lisa sebagai teman di waktu sengang.

Semalam, ita menerima perkhabaran gembira dari seorang rakan FB adik Aslinah yang menyatakan blog ita ada tersisip dalam majalah Lisa keluaran Mac ini. Mula macam rasa antara ya atau tidak! akhirnya ita dapatkan senaskah majalah Lisa di pasaran. Alhamdulillah... dan terima kasih kepada adik Aslina yang menyampaikan berita gembira ini.

Jutaan terima kasih juga daripada ita di Masam Manis buat Izza Safinaz Ibrahim, selaku Editor Pengurusan majalah Lisa dan semua barisan krew penerbitan majalah Lisa yang terlibat. Sekali lagi terima kasih kepada Majalah Lisa di bawah penerbitan  HPB Press Holding Sdn Bhd, kerana sudi memilih Masam Manis untuk dimuatkan dalam segmen Dunia Siber kategori Blog Masakan.

Peluang untuk muncul dalam majalah Lisa memang cukup dinanti-nantikan oleh setiap bloger. Inilah peluang untuk mereka mempromosikan blog mereka disamping berkongsi minat dan bakat dari yang Maha Esa.. Alhamdulillah dengan adanya ruangan seperti ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat bloger-bloger semua untuk memberikan yang lebih baik kepada semua. 

Terima kasih LISA kerana memberikan kami bloger-bloger sedikit ruang untuk mempromosikan dan mengetengahkan bakat yang tak seberapa ini. Ita berharap ruangan seperti ini diteruskan lagi oleh pihak penerbitan majalah Lisa, dan diharap ramai lagi bloger-bloger diluar sana yang akan diberikan peluang  bagi menghiasai halaman Lisa pada setiap keluaran.

Terima kasih juga daripada ita kepada semua rakan-rakan yang awal-awal lagi sudah memberikan ucapan Tahniah walaupun majalah Lisa belum berada dalam gengaman ita lagi. You all are the best!

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga


Tahniah juga kepada bloger-bloger dari pelbagai kategori yang turut sama terpilih untuk menghiasi ruangan dalam naskah bulan Mac ini. 

Terima kasih LISA

30 comments:

khairiah khaizu said...

tahniah ita....memang patut pun masam manis diberi peluang....sbb....semua org tau kot...kalau saya editornya...setiap keluaran ade jer masam manis punya n3 kt situ...hahaha...boleh gitu tuan tanah...

eliyaezlinalias said...

Tahniah kak ita!!!

Chah said...

Wahhh kak ita, sikit lagi nk jadi retis...semua magazine ada kisah masam manis..hihihi...tahniah dr saya...jgn serik berkarya n berkongsi....aii suker

MizzTina said...

tahniah kak... makin berkembang nmpknya..

Ummi said...

Tahniaaahh lagi dan lagi Ita cayang...semoga makin mantopsss dan lebih dikenali dan akan memanjangkan lagi perkongsian Ita di segenap lapisan masyarakat....Lepas ni kasi mantops2 lg eh...akak akan memandang dr kejauhan....salam sayang, muaaahhss!

Yatie said...

Tahniah Ita, Yatie tumpang gembira dan berbangga dngn kejayaan demi kejayaan yg Ita dan Masam Manis kecapi..moga terus maju jaya...sememangnya kamu layak sahabatku....

Qasey Honey said...

asslm kak Ita...
tahniah kak...skali lg blog akak muncul di majalah...
lps ni agknya smakin banyak pihak majalah yg mengejar blog Masam Manis ni...

norhanim md zain said...

tahniah..Ita..memang setiap resepi resepi Ita mengkagumkan..

Tahniah sekali lagi.

Mat Gebu said...

Tahniahh!!!..... ^__^

Gee® said...

Tahniah...!!

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita...
Tahniah...maju trusss..

Ida,Japan said...

wahhhh...k'Ita..masam manis semakin mendapat perhatian pihak majalah...alhamdulillah. Sekalung Tahniah dari ida...k'ita mmg hebat!!

Chik Att said...

Tahniah ...

CA said...

Bravooo...bravooo. Tahniah kak Ita.memang layak memang sajak..perghhh...x lama lagi tarap retis la ekk...alhamdulillah..teruskan perjuangan akak....tetap pengunjung setia belog akak ni walaupun jarang tinggalkan jejak..tapi menten setiap hari singgah..muahhh!

Senora Homemade Kek said...

Tahniah!!

Unknown said...

Assalamualaikum Ita...

Salam Tahniah daripada Kak Lin :-) semoga terus berjaya..Insya Allah...Amin..

dapurmerahibu said...

Tahniah kak ita..slmt bkenalan.

Nuridah said...

Assalamualaikum Ita,

Tahniah Ita,memang tepat penghargaan ini diberikan pada Ita...tiada ragu2 dan sangsi...memang Ita yg terbaik.

IeRA said...

Tahniah ye kak ita..

geez said...

Tahniah kak ita.....^_^

Anonymous said...

wah kak ita sekarang memang kebab0m lah....teruskan blogging tau!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

sekalong tahniah dari akak buat ita... dari dulu lagi dah akak katakan.. foto2 ita memang layak masuk majalah... siapa yg tak terpaku melihat seni kreatif foto2 karya dari ita yang penuh gaya tersendiri disamping foto yang mementingkan kualiti... tak siapa yg berani menyangkal akan kehebatan ita menghasilkannya... bukan saja masakan2 yg ita masak yg berseni & berhalus.. tapi foto itu sendiri pun cukup dgn seninya... keep it up ya.. akak sentiasa menjadi peminat setia ita..

p/s: akak jarang2 masuk blog ita bukan sebab apa.. sebab pc akak yg selalu buat hal bila masuk sini.. terus dia hang.. now dah dpt pc yg baru.. so dptlah akak melawat ita selalu.. hehe.. rinduuuu nk bw ni tau.. hehe..

Nur-nba said...

Tahniah sekali lagi buat Kak Ita.. Semoga terus maju dan lebih mantap lagi.. Hari2 mesti singgah sini. Terpukau dengan gambar2 juadah lazat dari akak.. Memang selayaknya akak dapat perhatian dari editor majalah ni..

Maksu Ros said...

Tahniah dan semoga terus maju...setiap hari akak singgah dan teruja dgn sajian Ita, berkualiti dan hebat-hebat belaka.

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

tahniah kak ita.... memang patut pun tu... berbaloi atas usaha kak ita selama ini...

luv ya...

Anonymous said...

tahniah k.ita!

blogresipi.com said...

Tahniah sekali lagi kak Ita! :)

* SHEILA AZHAR * said...

Tahniah Ita... Setiap resipi ita amat mengkagumkan akak.... ditambah dengan gambar2nya yang mantap gitu...

HazirahFadillullah said...

Salam kak ita. Tahniah sgt. Sy peminat setia blog kak ita. I will always support u. Love uuuuu

fazian.batrisyia said...

Tahniah kak ita...mlm td dok pegang majalah tu kat 7e...kalau tau sy beli terus. da tinggal 1 ntah ada lg ke tak

Post Top Ad

test