Salam di hari Jumaat..
Lewat bersiaran.. maklumlah bila hari Jumaat ni sibuk lah sikit, terkejar-kejar menguruskan anak-anak. Dengan keadaan cuaca yang hujan lebat lagi lah kelang kabut jadinya..
Lebat betul hujan tadi, dengan guruh dan kilat sabung-menyabung. Ita ni kalau hari hujan payah sungguhlah nak bawak kete, mata ni tak berapa awas, lagi pulak bila cermin kereta berkabur dengan air hujan yang turun mencurah-curah.. Bawa kete pon main agak-agak aje.. hihi nasib baik jalan tu dah biasa lalu jadi dah hafal lah kat mana ada lopak dan lubang.. biasa lah jalan kat M'sia ni..
Hujan-hujan ni perut memang cepat benarlah mengalunkan irama keroncong.. kalau dapat makan apam panas dan secawan kopi hangat.. aduyaiii... segar terasa..
Bila kita bercerita pasal apam.. terasa dah lama benar ita tak mengapam. Ita memanglah peminat tegar apam.. suka sangat makan apam, tak kiralah yang tradisional atau yang telah dimodenkan.. semua sedap aje pada ita. Untuk melepaskan kerinduan dan melayan anak tekak yang dah mula memanggil-manggil... ita pun mulalah menyelongkar di My Resepi untuk mencari kalau-kalau ada resepi yang berkenan di hati..
Cari punya cari akhirnya ita berkenanlah dengan resepi apam ni, yang di kongsikan oleh Cikpuan Mieza. Resepi yang telah ramai juga yang mencuba. Reaksi yang diterima cukup positif membuatkan hati ita terpanggil untuk mencuba. Menurut Cikpuan Mieza resepi ni beliau ambil dari MamaFami dan Mamafami ambil dari Blackmore Forum Cari. Terima kasih kepada tuan empunya resepi yang sedap, terima kasih juga kepada Mamafami dan Cikpuan Mieza kerana memanjang-manjangkan lagi resepi yang tersangatlah sedap ni..
Kepada peminat-peminat apam apa tunggu lagiii.. jom lah cuba resepi apam baikkk... punya ni.. Betul tak tipuuu!! sedap! lembut dan gebussss.. sekali. Teksturnya sangat halus.. bila makan terasa macam makan kek pun ada. Apam yang tidak kering lembut dan lembab. Dah simpan semalamam pun masih lembut dan enak di makan..
Apam ni tak payah makan dengan kelapa, makan macam tu pon dah terasa nikmatnya.. bertambah nikmat bila di makan bersama secangkir kopi.. fuhh! terasa terawang-awang diudara.. rasanya tak terlalu manis sedang-sedang aje.. dan menepati selera ita yang memang gemarkan apam..
Resepinya cukup simple dan bahan-bahan pon cukup mudah didapati di dapur rumah anda.. cara membuatnya pun cukup mudah! Resepi ni ita rasa berasal dari Indonesia.. kerana itu ianya di panggil Apam Indon. Orang Indonesia ni memang terkenal mahir dan berseni, dalam pembuatkan kek dan kuih muih. Banyak sangat resepi dari Indonesia yang memikat selera ita. Pasti ini juga telah memabat selera kami sekeluarga.
Untuk adunan resepi asal memang dapat banyak! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 daripada adunan sahaja. Tapi kalau nak hantar surau atau nak buat kenduri bolehlah buat satu adunan atau gandakan adunan untuk dapat hasil yang lebih..
Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan. 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purpple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla. Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Bila dah masak apa lagi.. emmm.... soooo.. yummYY!!
APAM INDON
By: Blackmore Forum Cari
Disumbangkan oleh : MamaFami
Rujukan : Cikpuan Mieza My Resepi
5 iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna
32 comments:
wah Kak Ita sgt menraik apam ni...sgt cantik jugak kejadiannya...mcm kek span...gebu...mesti sedap juga rasanya...
suka betol jamu mata dengan gamba2 kak ita ni..betol2 inspired me :D nk gosip sikit,esok saya nk try resipi kek kukus susu rintik kak ita plak...TAK SABAR!!!!!
menariknya apam indon yg Ita buat ni..kreatif betullah..leh tiru ni..tapi ntah jadi ntahkan tidak mcm ni..he3...
sekali pandang nmpak mcm kek je...
resepi yg org lain buat nmpak biasa bila sampai ke tgn ita... semua nampak luar biasa menawannya.. hehehe... mmg menarik!
Lapor la perut tengok apam indon Ita ni.. cecah lak dengan air teh 'o'kat cawan sebelah tu ^__^
Nak cuba lah... macam senang jer..
Wahhhh cantik cam kek xmcm apam po hehehe.
As'salam Kak Ita,
memang meletop! Kalau kena ajer dengan air tangan dan sentuhan kak Ita sangat menakjubkan.
Terkesima Nina.... Masa mula-mula tengok gambar Nina pun ingat kek, rupa-rupanya apam. Cantiknya~~
Tahniah kak ..
Owh ini lah apam yg Ita duk kukus petang smlm masa akak call yea...hehee..rajin sungguh teknik dan cara Ita tuh..kalau akak harus akak bedal kukus gitu jerk...jenis x berseni akak ni...hehe..
assalamualaikum kak ita...
akak ada tak resepi chocolate homemade? klu ada leh share ngn sy ?
menarik sangat sangat ....
Assalamualaikum Ita
Kak Lin tak pernah merasa lagi apan Indon ni..
Selamat Menjamu Selera :)
Salam petang jumaat kak ita...cantik hasil kreativiti kak..nak juga cuba,tapi jadi ke idak
dulu-dulu resepi ni sgt fofular kak ita...mmg sedap dan gebu...tp baru2 ni buat x brp gebu plak...
Apam kesukaan gue...harus ditry lagi ni..tima kasih Kak Ita kerna sudi share resepi apam yang cantek banget kejadiannya ituu..gue suke.
Assalam Ita.. dulu kak zah pernah buat. resepi dpt dari rancangan radio spura. tahun 2006. Memang sedap dan lembut. Jika ada lebihan kuih apom ni, hendak lah dibungkus dgn kertas timah dan dimasukkan dlm peti sejuk. Bila nk mkn bolih dikeluarkan. Memang sedap dan rasanya tetap lembut. Style ita melapisnya.. wow rasanya nk buat lagi ikut cara ita melapis..Thanks Ita..
salam k.ita..cantiknya apam k.ita..mcm teringin nak buat jg..tp xtau bila..rajin toi akk ni..
Salaam Kak Ita, thank you so much for sharing this wonderful recipe. It tastes just nice and incredibly easy to make. Definately a must keep apam recipe.
salam dek ita
apap jua yg sampai kat tangan dek ita..pasti tidaka pernah mengecewakan peminat2 macam kak nie hehe..giler kak dibuatnya memandang kesemua gmbr.. kak baru beli dslr canon baru 4,5 hari.. tak pandai nak guna kretif lagi tak deee huhuu nak masuk kelas belajar dgn ita lah..hehehe jauh nunnnn selatan nak p...
Cantiknya Kak Ita apam tu... Gebuss lagi...
semuanya mengancam..tergugat iman
Akak dah try.TQ to Ita berkongsi resepi.
Presentation kak ita selalu tak mengecewakan. Tgk ja semua org akan jatuh hati nak mencuba.
Hanim suka idea2 kak ita. Keep it up kak ita.
Salam Ita,
Got to know about your awesome blog from CikMat (Gebu). He spoke highly of your blog, so much so that once I'm home with my desktop, the first thing I did was to look you up. I'm so glad I did.
xoxo
Salam kak,
Terang mata saya melihat apam indon ni. Sungguh berseni. :))
Saya copy resipi gerang asam, mohon halakan ya kak. Terima kasih banyak2.. masin, masam, pedasnya semua ada. :))
Assalam Dik Ita...dah lama Akak dok selak-selak laman blog Dik Ita ni..sangat kagum dengan kreativity Dik Ita...Salam perkenalan Akak hulurkan moga Akak dapat mempelajari banyak perkara yang Ita kongsikan di laman ini...mohon izin ya Dik Ita...Terima kasih!
Ya ampun, naper lawa sangat eh? Mama rasa mama buat dulu, 3 kaler je.. ala ala traffic light. Memandangkan Ita dah menderhaka dan telah buat dengan tersangat cantiknya... hukumannya.. eh bukan diri luar kelas... tapi buat sebuku hantar sini... hehehe...
kak ita memang kreatif...teruja cikwan tengok.. =)cantik!
btw...baru perasan...dah takde lagu season in the sun... =(
kelakar tengok kak ita tangkap angry bird tu =)
Salam..Kak Ita, cikwan dah cuba.. sedap2..tapi macam biasala ada ubah2 ckit warna2 tu... ampun ye! =)
ini link nye kak.. jemput jenguk ye! =)
http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html
kak ita, saya dah try buat. tp entah di mana silapnya.. apam dah bantat laa.. sedih betul.. rupe dah ada.. rase dah ok.. bantat2 pun mkn jugak la separuh.. lenkali nk try lagi la..
sala kak ita
hanim dah cuba buat apam ni. mmg gebus. suka sangat.
sebab kesuntukan masa hanim tak sempat nak buat corak2 mcm kak ita buat. Hanim buat corak marble ja. Insyaallah lepas ni nak cuba buat mcm kak ita pulak. Amin .....
Post a Comment