KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS DAN BAKAR - masam manis f

Breaking

Apr 19, 2012

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS DAN BAKAR

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu ita nak mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan yang telah meninggalkan pesanan untuk ita.
Sebenarnya ita bukanlah nak percaya pada mimpi..

Dulu ita tak percaya pada mimpi. Pada ita mimpi hanyalah mainan tidur..
Mak ita pula kalau ita kata ita mimpi yang bukan-bukan dia mesti kata ita tidur tak baca Bismillah atau tak cuci kaki..
Kerana itu ita tak berapa indahkan mimpi hinggalah ada satu peristiwa.. yang buatkan ita mula tertarik untuk menilai apalah erti mimpi itu..


Dulu masa ita berjiran dengan Yatie, kami selalu berborak di telefon. Walaupun rumah kami terlalu dekat, tak sampai berapa langkah tapi.. rasanya berbual di telefon lebih seronok pulak terasa..
Tak de bual apa2 pon.. biasanya kita bercerita pasal masalah anak2 di sekolah..pasal resepi.. dan yang paling ita seronok bila Yatie selalu bercerita tentang mimpi dia..


Ita masih ingat lagi Yatie bercerita tentang mimpinya dengan ita pada suatu hari.. kata Yatie dia bermimpi dia ada sepasang kasut tapi dia hanya ambil sepasang aje.. yang sepasang lagi ditinggalkan.. hihi masa tu kita gelak aje lah kan..

Tidak lama selepas itu ita mendapat perkhabaran bahawa Yatie akan berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya yang akan menyambung pelajaran. Sedih kerana ita bakal kehilangan seorang rakan dan jiran yang baik.. jiran yang sentiasa menemani ita berbual.. Dan yang lagi ita tersentuh kerana Yatie terpaksa meninggalkan anaknya Hafiz yang kebetulan berada di asrama dan akan  menduduki peperiksaaan PMR pada tahun itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..


Kemudian ita teringat akan mimpi Yatie.. adakah mimpi itu memberi pertanda yang Yatie terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.. sejak itu ita mula percaya pada simbolik mimpi.. Pada ita setiap mimpi yang baik datangnya dari Allah dan mimpi yang buruk adalah mainan Syaitan.. Kemungkinan ada maksud yang tersirat atau tersurat dalam mimpi itu.. Wallahualam..
Semoga semuanya baik-baik belaka dan kita semua dilindungi Allah.. dari segala musibah..



Ok lah kita lupakan mimpi ita tu.. Sekarang kita kena kembali ke alam realiti.. ye masak.. masak dan makan.. hihi

Sebagaimana yang ita janjikan hari ini ita kongsikan resepi yang dah lama ita teringin nak buat.. Cuma ita masih belum punya kekuatan untuk mencuba dan belum berkeyakinan untuk mencuba.
Akhirnya ita kumpulkan juga kekuatan dan semangat untuk mencuba juga walaupun hasilnya tidak berapa memuaskan hati..
Tak pe... nanti kita cuba lagi ye.. practice make perfect!



Pada ita kalau nak buat kek lapis ni perlukan kesabaran yang tinggi. Mesti memberikan 100% komitmen pada kek itu tanpa meninggalkannya walaupun sesaat.. hihi

Macam mana pula cara ita membuatnya.. emmmm... disebabkan ita terlalu sibuk keluar masuk.. keluar masuk.. kejap ambil Dalili kejap hantar dia sekolah.. pas tu ambil lagi.. dan hantar pulak ke tusyen.. aiii.. oven tu asyik on dan off aje.. sampai ada masa ita terlupa dah berapa kali ita lapis.. aduyaiiii...
Inilah jadinya...


Kepada yang nak mencuba nanti pastikan anda tidak berganjak dan jangan meninggalkan kek yang dalam oven tu ye! buat cantik.. cantik tau!

Resepi macam biasa hasil selongkar di My Resepi. Ita guna 2 resepi dari insan yang sama... siapa lagi kalau bukan kak Fida. Kedua-dua resepi pon sedap.. apalagi bila digabungkan.. alahaiii.. sedapnya!! memang sedap sangat!! puas hati sangat dengan rasanya dan teksturnya yang lembut, lembab dan gebu! hilang rasa penat bila dapat menikmati kek yang sedap!!
Terima kasih kak Fida..

Ada sedikit ubah suai pada resepi tapi tak menjejaskan rasanya yang sedap tu.. Ita buat kek ni kukus dan bakar.. emmm... macam mana tu... nanti kita cerita ye!!


Kepada yang teringin mencuba boleh lah mencuba! Cuba dari sekarang.. nanti boleh buat raya.. manalah tau kalau nak ambil tempahan..

Untuk resepi ni ita buat 2 jenis kek. Satu Kek Kukus Velvet Hawflakes. Kek yang ni dikukus. Yang satu lagi ita buat Kek Lapis Evergreen Ekonomi yang ni pula dibakar.. Nak tau caranya.. jom ikut ita masuk dapur..

Mula-mula kita sediakan dahulu Kek Kukus Velvet Hawflakes ~ kek ni dikukus


KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus atau
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap  bahagian itu dengan pewarna yang disukai.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama.
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya

Setelah kek sejuk kita potong kek anggaran 1 inci setiap keping. Ita gunakan alat yang biasa digunakan untk memotong kek lapis Sarawak.


Sekarang kita sediakan pula adunan untuk Kek Lapis Evergreen Ekonomi ~ kek ni dibakar
Resepi kek ni ita dah ubah suai sikit. Kalau nak buat Kek Lapis Evergreen Ekonomi sila rujuk di My Resepi seperti link yang ita catatkan dibawah.



KEK LAPIS EVERGREEN EKONOMI
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi

250 g mentega
3/4  cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk Holick
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang ukuran 8x8 inc
Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja
Alas dasar loyang dengan baking paper
Ketepikan


Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan
Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang
Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati.
Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati.
Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula
Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati
Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.



Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan
Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan


Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya.
Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah permukaan senduk yang rata untuk menekan.
Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan
Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja.
Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah.
Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.


Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.



Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi.
Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak sama besar dengan kek kukus ita tadi.
Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek
Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis

Peringatan
Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik.

Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan adunan pada celah-celah kek tu.
Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi.
Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi
Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan..

Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu.
Tuang adunan dan bakar semula
Buat lah hingga habis.
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang udara.
Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat.
Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah.
Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak sepenuhnya.


Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.




Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan..





29 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita.. berdebar-debar hati kita tengok kek Kak Ita ni, teringin nak mencuba.. hehe

Nazrah said...

rajinnya kak ita , sungguh kreatif

norhanim md zain said...

Assalam Ita..cantik tengok hasil kerjatangan ita..lembab dan gebus ..mesti cuba ni..thanks for sharing the recepi

* SHEILA AZHAR * said...

cantiklah ita.. akak nak cuba buatlah... loyang tu size berapa?

ummiaisyah said...

Salam kak Ita..cantiknya kek kak Ita ni..camni rupanya buat asamnya tersusun tegak..br tau...takde kekuatan le nk buat secanggih ni..ada kekuatan nk makan je..hehehe

kakna said...

salam ita..
wah.. rajinnya dia! mengalahkan kek lapis sarawak.sedapkan masam-masam manis.dah lah cantik memandang.repaut di hati.

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Pertama kali tngk kek ni wat mata yatie tak kelip2 taww..rajinnya Ita buat kek yg berlapis2 ni...yatie mmng suka sangat kek ada asam manis..tapi takmo buat sendiri, nak rasa yg Ita buat gak..he3..seronokkan masa berjiran dulu, dapatlah merasa kuih masing2..leh tukar2..indahnya saat itewwww..

Terharu Yatie bila Ita masih ingat lagi kisah dulu2 Yatie....tulah seronok masa tu asyik sembang citer pasal anak2 dan resepi..he3..yg takleh lupa kuih kaswi dan kuih nangka comel Ita tu...mmng sedap betul dan tetap menjadi pujaan hatiku...walau terpisah jauh buat sementara waktu, kita di temukan di alam maya pulak..minat yg sama plk tu...cuma Yatie taklah berseni mcm Ita..asal boleh je..ngeeee...

Tentang mimpi tu mainan tidur je Ita, tapi tulah makin kita dewasa makin kita memahami erti hidup..bila mimpi tu kdng2 ada petanda juga yg kita tak ketahui samada baik dan buruk...Ita jngnlah risau sngt, banyakkan berdoa dan pertingkatkan amal ibadah...moga kita sentiasa dlm peliharaan Allah SWT. Aaminnn..

Yatie bahagia memiliki kawan sebaik Ita..luv U..muahhhhh..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita.. haduii sha belum ada kekuatan lagi nak membuat kek lapis macam kak Azlita buat tuu... hehehee... lecehkan.. tapi Insyallah bila dah tengok kek lapis kak Azlita yang cantik tu hati meronta2 nak cuba... tq for the recipes and all the yummy photos! superb!

Okay Tata.. heehe.. muahhh

Ribbon and Circus said...

Kak Ita,

Rajinnya.. saya penah buat skali kek ni, n hasil dia lagi tak berseni dari Kak Ita nye he he

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita...Tak tau nak cakap apa cumanya bila bersinggah sini pasti meninggalkan rasa kagum ngan idea dan inspirasi yang Kak Ita cetuskan...

mashitah said...

saya mmg suka kek lapis masam manis...........nie kak ita

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam ita...
kalau dtg dari air tangan ita... mata yang mengantuk pun boleh jadi luas balik... hehehe...

memang cantik sesangat!

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...waduhhh duh...sgt rajin akak buat kek lapis ni...mpk pon sgt sedap kek ni...nk tiru jugak ker x ekkk....hehehe...fikir dlu la..

ogyep yummy mellow said...

Ogy selalu teruja tengok hasil tangan kak Ita... Thumbs up 2 u..

ibh_sue said...

Aslmkum kak Ita..
Kalau singgah mesti nak tgk video kat header tu dulu..Hehehehe..suka tgk the making nak ambik pic tu.
Akk..apa saja akk masak semua menyelerakan. Kek pun hasilnya cantik2..i like it. (^_^)

Fafau de Craft ( Zana ) said...

huhhh rajinnya Sis...compem sy xterbuat..

Arizakiah said...

Salam buat Ita....

akak tak pernah ketinggalan masuk ke blog ita kalau ada entri baru. selalu saja tidak mengecewakan....

Ain Fajar said...

cantik, menarik dan mesti sedap bila mkn kek cantik mcm 2..nak cuba.. nak cuba..

Nur-nba said...

Memang super duper rajinlah Kak Ita ni.. Terliur kami dibuatnya..

Unknown said...

Rajinnya Ita ni, untunglah encik hubby dan anak2 dpt isteri dan ibu yg terlebih rajinnya...hehe...betul ni, bukan perli.
Kek lapis hawflake ni kakak pb pandai buat, selalu org order utk raya atau ada apa2 event. Tapi adik dia tak ambik pun resipi dia.

AQ Eyfa said...

wah sedappp nyeww tpi ca leceh ar nak wat..org2 yg sabar cam kak ita jek yg leh wat nih.Bgus2 kak ita

The Cendol Champion said...

Saya nak cuba...waaaa...

MfR said...

anggunnya kek itu!!!! thumbs up [bukn takat jari2 tgn, kaki skali mau angkat nih] tuk kak ita!!!

Unknown said...

salam kak ita,
dah 2 resipi dari blog kak ita zul cuba....
dan ini resipi ke 3
thanks kak ita sebab sudi kongsi ilmu..
insya allah mudah mudahan berjaya

Unknown said...

salam Kak Ita
sy mulakan dengan ucapan jutaan terima kasih sebab sudi kongsi banyak ilmu di sini.
Terima kasih juga pada staff di ofis yang dah kenalkan Zul dengan blog yg sangat menarik nih...
utk pengetahuan akak ita..dah 2 resipi dr akak yg Zul cuba..alhamdulilah hasil cantik..dan dapat sambutan ramai :-)
insya allah Zul akan cuba resipi nih jugak,nampak complicated tp menarik perhatian...x ada benda yg susah dalam dunia Kek ni hehehe...
Terima Kasih kak ita

Unknown said...

Cedapnye kak ita,da cm org srwk wt kek.lapis

Jacqueline Yong said...

I just stumbled upon your blog, and must say I am really impressed with all your wonderful recipes and beautifully taken photos. Great job! Love your food presentation and enjoyed your blog.

Unknown said...

Kak Ita,, sya skrag tgah mencuba kek ka ita nie,, xsabar nk tggu skrh tgah buat lapisan atas bwah,, yg kukus dah siap,,, cantik sgt...kita nk tukar ckit corak buat mcm kek anyam tue,,, huhuhu

Unknown said...

Kak Ita,, sya skrag tgah mencuba kek ka ita nie,, xsabar nk tggu skrh tgah buat lapisan atas bwah,, yg kukus dah siap,,, cantik sgt...kita nk tukar ckit corak buat mcm kek anyam tue,,, huhuhu

Post Top Ad

test