Apakahabar semua hari ni.. Harap-harap sihat lah ye.. Kepada yang kurang sihat cepat-cepatlah makan ubat..
Sebenarnya hari ni hati ita tak keruan.. ita masih dok memikirkan mimpi ita malam tadi.. Walaupun ramai yang mengatakan mimpi hanyalah mainan tidur.. tapi mimpi ita kali ini buat hati ita terasa sayu sangat.. sampai ita tak boleh nak buat kerja.. pegang itu tak kena.. capai ini tak kena.. ingatan ita asyik terarah kepada mimpi yang tak tahu apalah maksudnya tu..
Semalam ita bermimpi...
Ita berjalan di kawasan lerengan bukit.. Ita memakai pakaian serba putih seakan pakaian pengantin pula.. Dengan tudung daripada kain sutera yang sangat lembut..
Ita menaiki kereta kuda.. tapi bukan ditarik oleh kuda tetapi ditarik oleh 2 orang budak yang ita pon tak pasti lelaki atau perempuan.. budak itu pula nak kata macam mat saleh pun ada macam orang Arab pun ada.. berambut perang dan ikal mayang beralun rambutnya..
Kedua-dua budak itu pula memakai pakaian ikhram putih dan ada kalungan bunga kemboja yang melilit di kepalanya..
Dia menarik ita melalui lereng bukit.. dibawah pohon-pohan besar yang sangat rendang.. Cuaca pula sangat redup dan dingin..
Jalan yang kami lalui pula dipenuhi oleh taburan kelopak-kelopak bunga yang harum mewangi baunya.. Macam-macam bunga ada.. dan ada bunga yang tidak pernah ita lihat pon ada..
Tiba-tiba kain selendang sutera yang membalut kepala ita terbang dibawa angin..
Ita lihat di leren-lereng bukit yang ita lalu penuh dengan kuburan Islam..
ya.. ini adalah kawasan perkuburan..
Tiba-tiba dua orang budak yang menarik kereta kuda tadi melepaskan kereta kuda yang membawa ita melunsur sendiri.. melalui lereng bukit yang dipenuhi tanah perkuburan itu.. dan akhirnya ia berhenti sendiri..
Ita turun dari kereta kuda itu dan cuba memanjat bukit.
Payahnya ita nak panjat bukit itu kerana ia sangat licin dan berlumut..
Ita terpaksa berpaut pada akar-akar kayu yang menjalar di lereng bukit itu..
Walaupun dengan seribu kepayahan.. akhirnya ita berjaya juga sampai diatas bukit itu..
Di atas bukit itu, ita lihat emak dan kakak-kakak ita semua sedang menunggu ita..
Yang menghairan kan mereka memakai pakaian biasa, sedangkan ita seorang sahaja memakai pakaian putih..
Bila ita sampai mereka kata mereka nak pulang kerana dah lama menunggu..
Ita pun nak pulang jugak.. malangnya ita cari kereta ita tak jumpa..
Puas ita mencari kereta ita di semua kawasan letak kereta.. ditemani 2 orang anak sedara ita.. namun ita tak jumpa jugak..
Akhirnya mereka pulang meninggalkan ita keseorangan ditanah perkuburan itu..
Hati ita sangat sayu melihat mereka pergi...
Ita menutup muka ita dengan 2 telapak tangan dan mula menangis..
Tiba-tiba sayup-sayup ita terdengar bunyi Azan berkumandang...
Amat merdu dan lunak sekali laungan Azan yang ita dengar kali ini..
Ita membingkas bangun...
Ya Allah aku bermimpi rupanya... dah Azan subuh rupanya..
Ita terus mengejutkan Dalili untuk kesekolah..
Dari ita bangun hingga kini ita masih memikirkan mimpi ita.. apakah maksundya.. Adakah ianya sebagai satu peringatan.. supaya ita tidak leka dan alpa..
ya Allah ampunkan dosa ku...
Semua gambar ikhsan google
20 comments:
asslm kak Ita...seram pula terasa bile QH baca psl mimpi akak tu...sayu juga terasa bile QH mbaca diakhir perenggan tu td...seolah2 QH yg berada disitu pula...terus tringat dgn mak abah kat kampung...ianya juga sbgi peringatan utk QH jugak supaya tidak lalai dan sentiasa ingat padaNya...
Kak Ita...QH nk ucapkan TAHNIAH pd akak...sbb td tgk majalah SAJI utk bln Mei ni...akak muncul dlm majalah tu...QH tumpang gembira dgn kejayaan yg akak kecapi...semoga akak terus sukses dan sukses lg...
hmmmm biasanya kalau mimpi budak kecil ustaz - ustaz cakap ada benda halus nak kacau, tapi mimpi kak ita ni macam complicated juga...apa pun teruskan beramal, banyakan zikir, insyaAllah semuga dipermudahkan segala urusan.
Salam Kak Ita,
Sebaik baik doa adalah mendoakan agar mimpi itu mendatangkan kebaikan...maaf jika silap, harap tiada yang mensalah tafsir mimpi kak ita...umi cuma harap ia membawa kebaikan pada kak ita..amin
kak ita,
cubalah tanya ustaz2@ustazah yg lebih arif ttg mimpi kak ita ni...tp slalunya mimpi dekat2 time subuh adalah mainan syaitan yg cuba menyesatkan kt...
jgn biarkan kak ita diselubungi perasaan gundah gulana ini..
Salam, kata orang mimpi adalah mainan tidor... walaubagaimanapun sebagai umatNya, berdoalah semoga semuanya sejahtera....... :)
salam Ita...mimpi mainan tidur..jgn difikirkan sangat..sebagai manusia biasa kita tak pasti apa yg tersurat & tersirat disebalik mimpi itu..harap2 semuanya selamat ya Ita AMIN.
Assalam Dik Ita...Banyakkan bezikir...moga lebih tenang....Jangan difikirkan sangat...nanti menjejaskan kesihatan...Moga Allah berikan ketenangan buat Ita dalam meneruskan urusan keluarga...Insyaallah!Amin!
assalam ita..
akak memabaca tiap patah perkataan & perenggan yang ita tulis tu umpama akak juga sedang berada dalam mimpi ita.... mula2 terasa damai & sedikit saspen... tiba2 terasa seram pula... penghujungnya perasaan sedih pula terasa...
harap2 mimpi tu hanyalah mainan tidor semata2... mungkin ita terbawa2 selepas melihat sesuatu yg berkaitan dgn mimpi tu dari mana2 sumber umpamanya melihat gambar, menonton movie, membaca novel atau sebagainya.... bagi akak mimpi hanya mainan tidor.. harap2 ia tidak membawa apa2 petanda atau kejadian yg tak diingin berlaku.. cuba2lah tanya pada ustaz atau orang yg pakar pasal perkara ni..
jaga diri & sentiasa ingat padaNYA semoga ita sentiasa dlm peliharaanNYA.. amin..
Salam Puan Azlita..
Hmm takpe lah kak, kadang2 kita memang tak pasti apa maksud mimpi yang kita alamai, saya dulu pernah juga bermimpi, mandi kan mayat orang yang saya tidak kenali, dan orang2 yang tolong mandi juga bukan dari kalangan orang yang saya kenal, jauh sekali penduduk kampung. Lepas tak berapa lama secara kebetulan dan sudah ketentuan Ilahi abang saya meninggal dan saya salah seorang yang turut memandikan jenazah arwah...ntah lah mimpi...betul atau tidak itu semua rahsia Allah swt. Moga Akak diberi kesejahteraan hidup, dipanjangakan usia dan dijauhkan dari segala malapetaka....amennn....releks dan bertenang ok ^__*
Assalam Ita cayang, eeemmm...sesungguhnya mimpi mainan tidor yang sangat lena, semoga ianya tiada kaitan dengan apa-apa yg tidak baik dan hendaknya kalau ada untuk yg baik-baik sahaja, insyaAllah.
Seharusnya kita berasa bersyukur kerana tidur kita masih sempat dibuai mimpi, sedangkan ada di kalangan kita yang hidup melarat dan susah, tidak sempat bermimpi, tidurnya dibasahi hujan kerana bocornya atap, atau berbumbungkan langit, bahkan jugak ada yang tidak dapat tidur terus lantaran menangisi nasib dilanda kemelut peperangan atau sebagainya...Nauzubillah...
Kita manusia memang selalu terleka, moga kita terus menjadi insan yg sentiasa memanjatkan syukur dan bermunajat kepadaNya...amiiinn
Salam sayang dan tahniah in advance atas terbitnya resepi Ita di dalam majalah Saji bln Mei ini...nak pi terjah nnt... ^__^
salaM. Kak Ita..tak tau nk ulas apa.kita doakan yg baik2 saja ye..semua yg berlaku dlm perancanganNya
SAlam Kak Azlita..
Sedih, Seram, Sayu, Panik semuanya bercampur menjadi satu bila sha baca luahan cerita akak tu....
Kak Azlita... anggaplah mimpi itu hanya mainan tidur... yang penting akak sabar.. banyakkan istaghfar... sha pun selalu jugak mimpi yang menakutkan bila bangun pagi.. mood terus berubah.. terfikir-fikir.. apa agaknya??? apa agaknya...???
dan akhirnya segala mimpi buruk itu berlalu begitu sahaja.. hati tenang setiap kali memohon simpati dari yang MAHA ESA.. Wallahualam.. yang menulis ini pun masih cetek ilmu dunia dan akhirat... Wallahualam
Kak Ita, sy bln berniat nak ganggu fikiran Kak Ita. Tapi sy pernah terbaca n dengar syarahan ustaz kat TV, ini tandanya ada gangguan pada Kak Ita. Maaf kalau pandangan sy salah. Akak leh tengok link ni http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/gangguan.php. Sy doakan akak sentiasa dilindungi Allah.
Salam kak ita..Iza doakan akak sentiasa dilindungi Allah sentiasa.Amin
Salam Kak Azlita...saya mendoakan semoga akak sentiasa dilindungi olehNYA...banyakkan berdoa yer kak..
Salam Ita,
Anggaplah mimpi itu permainan tidur dan kita jangan mempercayai mimpi kerana ini akan membuat hidup kita tidak keruan apabila kita semakin cuba untuk mentafsir mimpi itu. Apa yang kita mimpi itu adalah dengan keizinanNYA jua dan hanya DIA sahaja yang maha mengetahui. Justeru itu kita sebagai hambanya banyak-banyaklah berdoa supaya diri dan keluarga kita senantiasa dilindungiNYA.
askum, kalau kite bermimpi kat2 wktu subuh, tu pntunjuk... wallahualam, tpi tu la yg sy slalu dgr, smoga kak ita mendpt hidayahnyer... amin, mari kite same2 mempertingkatkan amalan kite, smoga slmat di dunia dan akhirat.. amin ya rabbal alamin
As-Salam Kak Ita, saya ni silent reader blog akak. Smlm baru jer baca citer akak di Majalah Saji keluaran bulan Mei. Kak, mak saya kata kalau mimpi lps kol lima tu, biasanya mimpi mainan syaitan, dan dari citer akak ni, nmpknya mimpi dh dkt suboh dah.... Insha ALLAH kak tak ade ape2 tu, or maybe ALLAH nak kejutkan akak untuk Solat Subuh....Kak, lagi satu mak saya kata kalau mimpi buruk, sebaiknya jgn diberitahu pada orang lain n mak saya pesan juga kalau boleh buat solat sunat tolak bala, WALLAH hua'lam....Semoga komen saya ni dpt bantu lega/tenangkan hati akak sntiasa n jgn risau2 yer kak...
Allah mengizinkan kita diganggu mimpi supaya kita sentiasa ingat kepadanya...tak kiralah mainan tidur atau gangguan makhlus halus, teruskan beramal dan zikir kepadanya semuga kita sentiasa dibawah lindunganNya.
wah cam baca cite lam novel lak.Takpe kak ita mmg mimpi mainan tido tapi kdg2 dr mimpi memberi kite kesedaran dgn apa yg kite mimpi.MOga kite x abai tanggunjawab pada YANG MAHA ESA.Moga kak ita sentiasa dirahmati & diberkati Allah SWT selame nye.
Post a Comment