Mee Kari, memang dah sinonim dalam keluarga ita. Setiap kali musim perayaan pasti mee kari antara juadah wajib yang harus ita sediakan.
Bila tiba Hari Raya, mee kari pasti akan disebut-sebut oleh tetamu setiap kali ita ingin mengadakan rumah tebuka atau sekadar makan-makan bagi menjamu kawan-kawan.
Resepi mee kari ini ita dapat dari kakak ipar yang sememangnya pandai memasak. Bukan sahaja pandai memasak beliau juga cukup tangkas di dapur macam lipas kudung. Bila melihat aksinya didapur kita seakan bersemangat nak belajar memasak.
Dulu ita pernah juga mencuba untuk menjadi tangkas macam kakak ipar ita.. hihi
Tapi lepas tu ita kepenatan.. haha tak boleh bangun.. adoiii... manalah dia dapat tenaga seumpama itu.. boleh memasak banyak2 untuk majlis yang besar..
Semangat ita untuk memasak timbul, bila ita sering kali membantu kakak ipar ita memasak di dapur, melihatkan kecekapan dan kepantasan beliau di dapur buatkan ita seakan berminat untuk mempelajari lagi selok belok dunia masakan..
Setiap kali memasak bersama beliau, beliau sentiasa ingatkan supaya bijak merasa masakan yang di sediakan . Deria rasa kita kena peka terhadap rasa masin, manis, masam dan kelemakan sesuatu hidangan.. barulah masakan yang terhidang itu mencapai selera mereka yang menikmatinya.
Bukan mudah sebenarnya. Bayangkan kenapa resepi yang sama tapi dimasak oleh org yang berbeza akan menghasilkan rasa dan aroma yang tidak sama.
Ada kala seseorang itu cekap didapur, tapi masakannya tidak menepati selera..
Ada yang tak berapa pandai memasak, tapi hasil sentuhannya akan kita ingat setiap kali kita menikmati juadah yang sama..
Kerana itulah sering kali kita dengar..
Kenapa saya buat tak sama macam yang awak buat??
Awak kata sedap sangat!! tapi kenapa saya rasa biasa aje..
Air tangan mak sayalah yang paling sedap!
Sebenarnya kita kena bijak bila memasak. Walaupun resepi yang diberikan itu sama tapi kita kena tau apa yang kita suka, kalau kita suka masin kita lebihkan garam, kalau tak suka manis kita kurangkan gula. Begitu juga dengan rencah dan rempah ratus yang digunakan, kita kena tahu deria rasa kita dan mereka yang nak merasa, yang mana kita perlu tambah kita tambahkan dan yang mana kita perlu kurangkan kita kurangkan..
Berbalik pada resepi hari ini, masih lagi menggunakan resepi yang sama cuma kali ini ita tambahkan kerang. Kebetulan ada permintaan supaya ita sediakan mee kari kerang.
Sebenarnya mudah sahaja.. memasak ni..
Dari resepi yang sama kita boleh pelbagaikan.. contoh resepi mee kari, kalau kita letak udang ianya dah jadi mee kari udang, kalau kita tambah ayam pula ianya dah jadi mee kari ayam, begitulah jika kita nak sediakan mee kari kerang.. apalah susah, masukkan aje kerang dah pon jadi mee kari kerang.. haha.. tak payah nak pening2 nak mereka cipta resepi yang lain..
Jom kita selongkar dapur ada lagi tak baki mee kari ni yang tinggal..
MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - ita guna batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng
Bahan dimakan bersama
Mee kuning
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka
Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai.
Masukkan air dan biar ia didih.
Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali).
Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih.
Masukkan udang, kerang dan fish ball.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tauhu sponge.
Biarkan kuah mendidih
Sedia dihidangkan
Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.
25 comments:
Ita, k.gee nak mee kari semangkuk yer... sedap tuuuuu
Assalam Ita cayang...amboiii berselera betul tengok mee kari nih pepagi....cantik dan persembahan memikat....weeee, cantik kuah mee kari duk dlm piyuk gitu...berseni nampak...adeeeeii sampai ke kuah dalam piyuk tu kita rasa nak hirup...hehehee *Nak pi cari piyuk gitu baru akak buat la eks...hehe
Assalamualaikum...
alahai sedapnya pagi2 cuci mata dengan mee kari akk :)))) terliur sudah....
Kalau la dihulur semangkok kerumah kami, confirmm hubby tak tdo mlm...sb dia suka sgt mee kari, kerang pulak tu..
salam ita....
sedapnya mee kari,dah lama tak buat mee kari.
terbaekkkkk.....tengok gambo jer dh tau mesti sedappp...sslluurrpppp...
terbaekkkk....tengok gambo jer dh tau mesti sedap....sslluuurrrpppp.....yum yumm
Assalam Dik Ita....memang terbaeklah dari dapur Dik Ita ni....menyelerakan!
tengok pon dh terasa kelaparan cena tu akak..heheh
kak ita meningatkan saya resepi mee kari chef wan..apa2 pun kak sedapnya mee kari akak nie walaupun dlm blog je...
dh terbau wangi mi kari atas dapo kak Ita tu...!
Salam Kak Azlita balas kunjungan ni..terima kasih kak Azlita kerana sudi berkunjung di blogs masakan sha yang tak seberapa tu... cayang kat akak... wahh kak... gambar memang cantik! meletop! rasa dah tentu tentu ler terbaik! <<< komen ala-ala chef Zubir hehehee...:))
sedapnya mee kari..
lama dah mas tak buat...
asslm Kak Ita...tliur tgk mee kari tu kak...myelerakan...mmg fav QH ni tau...bile la QH nk buat pulak ni...QH simpan dlu yer resepi ni...
pastinya enak banget..nak oder semangkuk mee kari..
kak ita...saya mmg suka mkn mee kari...sedapnya
salam Ita, yg komen semua nya panggil kat Ita tapi rasanya kak noor lebih tua dr Ita heee so Ita saja lah ya,terbaikkkkkkkkk mee kari ni dari gamba nya pun menarikss tentu rasanya pun sedapppppppp kan
Wowww...meriahnya me kari.... kita kutp kerangnya dulu! Sedapnya...
Mee kari kerang? Wah! Sedapnya.
Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi, semoga lebih ramai lagi yang akan dapat merasai kenikmatannya ;)
Kagum melihatkan perlatan lama yg digunakan. Syabas. Do visit my blog ya
Salam kak ita....nampak sedap dan nak buat pun nampak mudah.....nak trylh....
salam k.ita.. i nak try resepi nie tau.. mintak halalkan ek..
Meletop!!!!!!.....kalau dekat nak jugak rasa...i mmg penggemar mee kari.....mee kari yang betul2 mee kari...cayalah..
Meletop!!!!!!! Kalau dekat2 blh minta beli semangkuk.....saya mmg penggemar mee kari yang betul2 rasa mee kari....cayalah...!!!!
Mmm. Memang sedap mee kari..tq for sharing
Post a Comment