PUDING COKLAT SALJU - masam manis f

Breaking

Apr 24, 2012

PUDING COKLAT SALJU

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat ita bersiaran hari ini. Sebenarnya minggu ni terasa sangat sibuk memandangkan anak ita Dalili ada exam. Jadi terpaksa ruangkan sedikit masa buat ulangkaji bersama Dalili. Sebelum ita terlupa, ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ucapan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan atas tersiarnya artikel blog Masam Manis dalam majalah SAJI bulan Mei. Terima kasih sekali lagi, ita juga mohon maaf andai ada ucapan yang tak sempat ita balas.


Kemunculan ita di majalah SAJI bukanlah untuk mengejar glamor jauh sekali untuk tampil popular. Ita hanya memenuhi permintaan dari pihak SAJI yang ingin memperkenalkan blog Masam Manis dan meminta ita memberikan pandangan tentang dunia blog masakan dan pengalaman ita sepanjang ita berblog untuk dikongsikan kepada pengemar-pengemar dunia masakan diluar sana.

Alhamdulillah sepanjang ita berblog, belum ada lagi insident yang menguris perasaan, kalau ada pun ianya adalah adat dalam dunia blog yang harus kita tempuhi dengan sabar. Buangkan jauh-jauh perasan syak wasangka, kerana ita tak suka ianya menganggu rutin seharian ita.


Sepanjang berblog banyak pengalaman suka duka yang ita timba. Sebenarnya banyak yang ingin ita kongsikan, tapi ada masa ita bimbang ianya akan disalah ertikan. Cukuplah pengalaman yang sudah-sudah..
Ita hanya mahu blog masakan diangkat sebagai antara blog yang berkualiti, yang dijadikan rujukan oleh semua untuk mendapatkat bahan, resepi atau tip dan panduan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.
Bukanlah mahu ianya disanjung, cukup sekadar ianya di hargai dan kewujudannya membuka mata semua bahawa blog-blog masakan di Malaysia juga adalah yang terbaik!


Keseronokan berblog hanya mereka yang benar-benar minat dan memahami sahaja yang dapat merasakannya. Berblog perlukan minat yang mendalam.. komitment yang tinggi, dan yang paling penting sabar dengan segala kerenah...
Sebagaimana kita lihat sekarang banyak blog yang tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, tak kurang juga yang hanya  hangat-hangat tahi ayam..
Oleh itu sebelum berblog tanya pada diri.. apa tujuang utama kita berblog?


Bila kita dah selalu berblog ianya telah sebati dan dah menjadi rutin seharian kita. Kalau tak jenguk blog sehari rasa macam ada yang tak kena... Seperti ita juga, sehari tak jenguk blog rindunya rasa bagaikan bertahun... Yang paling ita seronok bila blog ita disayangi oleh suami dan anak-anak. Suami ita pagi2 sebelum pergi kerja mesti nak tengok blog dulu dan balik kerja blog  juga yang di cari.. macam jadi satu terapi pula bagi kami sekeluarga.

Anak-anak pula penuh dengan idea.. macam-macam yang nak dibuat kat blog maknya ini.. hihi tapi ada masa ita tak lah izinkan bimbang ada yang tak dapat terima idea anak-anak sekolah ni kan.. hihi


Panjang pulak ita membebel pagi ni. Apa kata bila dah banyak sangat mengomel kita basahkan anak tekak ni dengan puding coklat yang sejuk dan dingin.. walla.. sedap dan nyaman terasa bila dinikmati.

Resepi puding ni sekali lagi ita selongkar di My Resepi. Resepi sekali lagi hasil sentuhan dan idea kak Fida. Sedap tau puding ni.. Ianya tak macam puding sebenarnya kerana tak menggunakan agar-agar atau jeli. Teksturnya juga sangat lembut macam dadih pun ada.. tapi rasa coklatnya.. walla!! kalau tak mengenangkan berat badan yang dah naik melambung2 macam harga ayam daging ni.. aduyaiiii... alamat tak sempat sejuk dah licin..
Ada yang nak cuba? pasti nak lagi dan lagi..
Bagi pengemar coklat apa tunggu lagi.. Dapatkan segelas untuk rasa nikmat yang tak terkata.. slurrrppp....


PUDING COKLAT SALJU
By : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

500 ml susu segar
80g-100 g gula halus
25 g mentega
100 g choc masakan-dipotong kecil
1 sudu besar serbuk koko ~ ita tambah
25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu

Susu, gula, mentega dan choc masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin. Matikan api.
Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.
Hias dgn choc. putih parut, choc. rice, kekacang cincang atau apa saja ikut selera.
Simpan di dlm peti sejuk.
Sedap disajikan sejuk. 
 
Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong, tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar masa menghidang, kenalah cedok dgn sendok)
klau menggunakan serbuk koko, lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil
 

Sebelum ita terlupa, bagi pengemar-pengemar coklat atau yang berhajat untuk mengetahui cara dan teknik pembuatan coklat yang betul. Atau ingin mengetahui rahsia coklat.  Jom kita sama-sama terokai rahsia coklat bersama Chef Coklat kita siapa lagi kalau bukan Chef Amer..

Ya, Chef Amer sekali lagi akan turun ke Johor untuk bertemu anda dan menyelongkar rahsia coklat bersama-sama. Bagi merekan yang tinggal di Johor  atau mereka yang tinggal berhampiran.. Jangan lupa untuk mengikuti kelas Coklat Chef Amer seperti yang tertera dibawah.


Jumpa disana....

20 comments:

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ...

Lately cuaca yg amat HOT pasti akan terasa sejuk lagi nyaman tatkala memandang puding kak Ita.
Itu belum makan lagii~~~~

Aduhh .... nyaman nyerr~~

asyifamustaffa said...

As salam Kak Ita,
wow ! sedapnya la puding....makan sejuk nie..lalu kat anak tekak....huhuhu.....mmg yummy lah !!!

mimie said...

congratz kak ita sayang atas kemunculan blog masam manis di saji.
i'm happy for you... :)
memang layak kak,....
selain resepi yang mebeles...foto tu yang sangat cantik..
tak jemu mimie ke blog kak ita..
semoga trus berkarya ya kak....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam ita.First sekali kak Ros ucap congrat ya.Puding ni mesti sedap dimakan dimusim panaskan...memang sah nak kena buat.

Mas said...

cantikknya gambar puding tu kak...
menggoda betoiiii...

mama ju said...

Salam Ita

Mama pundah tgk ita kat Saji. wah lawa!

sabar dubai said...

salam kak ita...congratz.....akak mmg deserve ....jgn isau...itu bkn namenye kejar glemer tp sbg pemangkin buat semua blogger dan wanita2 kt luar spy lebih minat memasak...rugi kite kt dubai..kalo kt malaysia sure da dpt grab majalah saji dah..

ermm puding tuh nmpk mengancam...mesti sedap bile makan time cuaca terik gini kannn

faa.rosli said...

salam kak ita..

kalo faa, nak 5 gelas..

haha..tomakninah x?hihi

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...QH sokong cakap akak tu semua...tujuan bblog ni bukan la utk kerja glamour semata tp utk membuka mata yg lain2 tu...yg lebih mnumpukan pd blog gosip aje...blog masak2 pon ade valuenye yg tersendirikan...

ape2 pon puding coklat tu sgt menawan hati QH...nmpk sedap sgt...dgn cuaca yg panas skrg mmg sesuai sgt menu tu...

tika hapsari nilmada said...

Masya Allah...those are breath-taking photos, Ita.
They all look so lovely.
I'm kind of amazed by the chocolate pudding color. It turned dark chocolate on the dark background and it turned light chocolate on pink background.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saalam kak ita,

Sedap mata memandang, belum lagi mencuba makan, pasti nyaman di tekak.. alolo.. minta satu kak ita :))

Watierman said...

Assalam Dik Ita terasa nyamannya ditekak!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam kak Azlita sedapnya!! juling dah bijik mata sha ni hehee... tahniah kak!

ummiaisyah said...

sayang kak Ita...pencetus semangat utk sy berblog..mmg terapi masak dan berblog! caiyok Kak Ita!

Unknown said...

salam Ita cantik nya puding tu sayang rasa nak rosak kan nya dengan sudu tu kan....tahniah ya dari kak noor masuk saji tu tapi akak belum berkesempatan utk beli sbb habis je kat sini

Gee® said...

Heeeee...kita suka Ita membebel... sehari tak masuk blog Ita rasa tak keruan... suka tgk masakan yg cantek2, sedap2, kaler maler... aww!! salute la kat Ita...

rahel said...

Kak Fida punya resepi memang terbaek...suke la tengok puding tu..tapi lg suka klu dapat dua glas tu..hehe..

mashitah said...

kak ita....sedapnya klu ptg2 nie makan puding coklat....kak ita teringin sgt nak tgk kak ita buat kek in a jar..yg tgk popular skrg..

Kek Kawin said...

Salam kak Ita...betul kata2 kak ita tu,bagi iza,dalam berblog nilah Iza dapat mengasah bakat dlm bidang masakan yg selama ni yg x berapa pandai masak,dan berkenalan dgn kawan2 blogger dari berbagai latarbelakang.
Dapat mencuba berbagai resepi yg enak2 belaka.

Choco Ani said...

Assalamualaikum Ita.. wahh cantik nya corak kat atas puding tu sekali Ani pandang macam ikan yang sedang berenang.. kreatif Ita ni.. aduhai bagi penggemar coklat spt Ani ni sekali tgk trus terliur.. tentu sedap tu..

Post Top Ad

test