Anak merbah di pohon cemara
Terbang kumbang mencari makan
Pemanis kalam pembuka bicara
Awal Bismilah kami mulakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang setia menemani dapur Masam Manis.
Sebenarnya hari ni adalah hari yang sangat mengembirakan ita.. Teruja rasanya hendak berkongsi rasa gembira ita kepada semua teman-teman yang menjadi tulang belakang ita selama ini. Teman yang banyak memberikan ita inspirasi dalam berkarya, yang sentiasa memberikan ita kata-kata semangat, dan rakan-rakan yang sentiasa mengiringi ita dengan doa yang tidak putus-putus..
Alhamdulillah, sekali lagi Masam Manis tampil di majalah SAJI kesayangan ramai. Penampilan kali ini lebih istimewa kerana ita kongsikan 5 resepi yang tidak pernah lagi ita kongsikan di blog masam manis. Apa yang paling buatkan ita sangat teruja dan terharu bila gambar masakan ita telah terpilih untuk menjadi cover majalah SAJI bulan Jun ini.
Tak tau bagaimana perasaan ita ketika ini.. gembira, terharu dan bangga beradun sekali dalam bekas hati. Semuanya secukup rasa dan beraroma rasa syukur dan gembira.
Siapalah yang tak rasa bangga, gembira dan terharu, bila mana hasil usaha kita di hargai dan dinilai. Hilang penat bersilat di dapur bagi menyediakan hidangan. Hilang rasa penat tergolek, terlentang mengambil gambar.. bila melihatkan ianya menjadi penghias muka hadapan majalah masakan yang cukup popular di Malaysia.
Sekali lagi ita panjatkan rasa syukur, rasa-rasanya inilah pencapaian terbaik Masam Manis selama ita berblog hampir 1 1/2 tahun.
Sekali lagi ita kalungkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua team majalah SAJI yang bertungkus lumus, dan bekerja keras bagi melahirkan sebuah majalah masakan sebagai panduan buat semua peminat dunia masakan. Kepada Utusan Karya Sdn. Bhd khusnya, serta semua Unit Sidang Redaksi, Unit Kreatif, Pihak Pengurusan dan Unit Juru Gambar terima kasih daun keladi daripada ita di Masam Manis. Dan jutaan terima kasih kepada wartawan Rosparadila Abdul Rahman yang telah menyunting ita dan memberikan kepercayaan untuk menampilkan gambar ita sebagai penghias majalah SAJI bulan ini. Alhamdulillah..
Penampilan majalah SAJI kali ini semestinya di tunggu-tunggu jutaan peminatnya. Tampil dengan lebih 70 resepi menarik untuk di cuba. Resepi kali ni hasil perkongsian chef-chef yang tersohor di Malaysia dan sememangnya Chef yang ita kagumi bakat dan kreativiti beliau dalam menyediakan sajian. Siapa yang tidak kenal dengan Chef Hanieliza atau lebih mesra di kalangan bloger di sapa sebagai Kak Liza. Kali ini kak Liza sekali lagi berkongsi resepi berasaskan buah tamar.. nampak sangat menarik dan pasti akan ita cuba!
Kalau selama ini beliau dikenali sebagai Chef Coklat, kali ini Chef Amer tampil istimewa bersama hidangan dessert dan rasa enak bersama resepi Masam Manis. Adoiiii... meleleh air liur membelek setiap helaian SAJI bulan ini.
Jangan ketinggalan untuk sama-sama merebut peluang dalam peraduan Kumpul dan Menang bersama Chef Amer. Hadiah cukup lumayan.. 15 pembaca bertuah akan memenangi hadiah bengkel sehari bersama Chef Amer yang bernilai RM 600 setiap seorang... Apa tunggu lagi.. jangan lepaskan peluang untuk menyertainya.. borang penyertaan ada di dalam majalah SAJI
Bagi mereka yang ingin berkenalan dengan pelantun di sebalik nama LOVE2COOK MALAYSIA, jangan lupa dapatkan majalah SAJI bulan ini. Pasti teruja nak menatap wajah manis Love bersama anak-anaknya yang comel dan keluarga bahagia mereka.
Akhir kalam dari ita,
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
39 comments:
Salam K.Ita,
tahniah....msti beli lgi nie..
Waalaikumussalam..
Terima kasih Asyifah
jangan lupa sertai peraduan kumpul dan Menang ye!
Tahniah sekali lagi Ita cayang....mmg patut pun..tgk gambar cover tu dah mengancam...! Akak tau dah yg Love akan keluar....hehe
Semoga Ita terus sukses....x sabar nak menatap gambar2 cantik dan resepi2 Ita kali ni.... ^__^ muaaahhh!
Tahniahh....... ^___^
wah ada love2 kat saji ...pasti kena beli...keluarga ita kak dah kenal...tapi entah bila kapan bertemu.. dek ita..malam tadi kak ilah mimpi bertemu ita dlm suasana santai tak dirancng kak ilah teruja..pastu terjagaaa soiii aiii mimpi rupanya..
Tahniah Kak Ita...kau memang inspirasi masakan ku. Good job!
asslm kak Ita...TAHNIAH kak...kagum n bangga dgn pencapaian akak stakat ni...
tahniah ita... memang cantik gambar tu... dah lama akak katakan gambar2 ita memang layak berada dimajalah.. hehe...
Tahniah kak Ita.. x sabar nak beli :)
Assalamualaikum kak ita..
tahniah kak ita , mula2 majalah Eternity , majalah lisa , majalah jelita , majalah wanita , majalah saji untuk kali ke 2....semoga akak terus succes ye...
Tahniah kak ita..good job..saya mesti beli..hehe
Salam Kak Azlita..
Tahniah..semakin mantap dan meletops...cayo..cayo..
Assalamualaikum,
Tahniah Ita, syukur alhamdulillah penat lelah Ita selama ini mendapat pengiktirafan..sememangnya Ita mmng layak...yatie tumpang gembira dan berbangga...moga terus sukses..
Tahniah... hebat betul kak ita ni..
tahniah kak ita...
Tahniahhhh ita,, kakwan hrp satu hari nanti ita publish buku masakan sendiri pula.. Tumpang bangga ;)
As'salam Ita
Alhamdulillah.. syukur dan tahniah juga dari CT, semoga segala karya Ita yang disumbangkan selama ini mendapat keberkataan hendaknya.. Insya'Allah :)
salam ita..tahniah ye! suker banget..mesti akak beli majalah saji ni!
Tahniah Kak Azlita..:))
Nanti nak gi beli majalah SAJI.. tiap bulan memang tak miss.. tahniah!!!!
congrats dari fnf ;)
Tahniah kak Ita!..teruskan perjuangan..
Tahniah.. Truskan kecemerlangan.. ;) tumpang bangga..
tahniah kak ita ;p
memang bangga sekali...jadi follower masam manis.... tahniah...
tahniah kak ita :)
Tahniah kak Ita ^__^ moga terus berkarya dalam bidang masakan...
TAHNIAH ITA. TUMPANG BANGGA DENGAN KEJAYAAN ITA...
Assalamualaikum....
Tahniahhhhhhh itaaaaaaa....
Ita menggoda akak lagiiiiiiii.... aduhyaaiii... kena g cari plak SAJI bulan Jun yang Cun tu... Nanti Ita taw... klu akak jumpa ita nanti akak cubit cubitan bibir yang celoteh sungguh klu menggodaaaaaaa... aikkk.. jangan sedih... akak suke kata2 Ita nie.. "Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman"... betul tu Ita... "simpan buat pendoman"...
Tahniah...TAhniaH...TaHniAh kak ItA.MasaM ManiS adalAh sumBEr inpirasiku...
Yeayyyy... Saya dah beli! Foods akak memang mabeles! Congrates kak!!!
salam kak ita..tahniah...pasti akan dicari SAJI ni..
Kak Ita..Alin nak ty boleh tak? Blh tak bg resepi kek yg akak buat masa hari guru ritu
Kak Ita memang hebat! Berkat kegigihan dan usahamu sendiri, tahniah!!
Hi Kak Azlita...congratulations dear! Your boxing chicken made me drool nonstop..it deserved the front cover. And not forgetting the desserts..oo lala!! I finally got my copy today and was extremely happy that you are in it too. Really from the bottom of my heart...congratulations!
Thanks for mention abt Love2cook too kak ;)
tahniah k.ita..
sy baru jumpa blog ni beberapa hari lps sb kwn share dkt fb..
terus jatuh cinta ^^,
tahniah k.ita...sy mesti cr buku saji bln nie..ade idola saya..
Salam. Untuk kesekian kali, tahniah diucapkan.. Moga Kak Azlita sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan dan kelapangan masa untuk berkongsi resepi2 menarik dengan semua peminat blog ni.. Mesti beli majalah ni..
Tahniah! Semoga terus berjaya!
Alhamdulillah..tahniah kak...semoga segala usaha akak berkongsi resepi akan sentiasa diberkati Allah swt..insyaAllah:)
Tahniah akak n masam manis... Moga akan terus berjaya lagi... Diana dah cari dah tp lom smpi lg kat labuan... Huhuu... Harap c terlepas edisi yg nie....
Post a Comment