CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE - masam manis f

Breaking

May 25, 2012

CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE

Assalamualaikum


Selamat pagi semua....
Dah sarapan?
Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di hari Jumaat.
Jumaat pertama di dalam bulan Rejab.

Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang pada ita sangat unik! Apa yang uniknya ?? Resepi kek kali ini tidak menggunakan telur dan butter. Aik??? pelikkan kan..
Mula ita pun rasa ragu-ragu juga dengan resepi ni, masa mula-mula ita terpandang di dapur Yatie. Tapi bila ita fikirkan kembali kandungan Mayonnaise, rasanya tak menghairankan kerana dalam kandungan mayonnaise itu sendiri dah tersedia ada telur dan butter.


Melihatkan kejadian kek yang yatie hasilkan terasa macam tu jam aje ita nak mengodek di dapur. Nampak sangat lembab walaupun kek ni sebenarnya di bakar. Tak tertahan dengan godaan, akhirnya ita tewas juga. Hari ini berpencak bersilatlah ita di dapur..

Tapi ita buat dalam cawan kertas. Ita hanya buat 1/2 adunan sahaja. Mula tu ita bimbang takut ianya tak menjadi. Satu lagi ita bimbang ianya tak habis di makan. Anak-anak ita ni nampaknya dah mula muak makan kek.. hehe ialah maknya  asyik buat kek aje.. sampai masing-masing dah mula teras jemu..

Kek ni pula menggunakan kopi atau nescafe segera. Ita ni mmg tak boleh minum kopi atau nescafe.. nanti kepala ni senoneng dan berdeyut-denyut pulak.. pas tu mula lah badan terasa seram sejuk macam nak demam.. macam-macam aje ita ni kan.. haha

Tapi bila kek dah siap di masak.. adoiii.. tak sabar pula ita nak merasa.
Kek ni boleh tahan juga sedapnya.. Keknya lembab sangat.. bila makan tu terasa macam melekat-lekat kat lelangit ni.. Suami ita suka akan rasa kek ni, katanya macam kek mat salleh... ye lah tu.. dia dah lama dok sana... tau lah tu kan.. lain lah ita ni yang dok kampung..


Kek ni pada ita sedap di makan bersama topping coklat. Tak kisah lah nak makan bersama coklat buttercream atau ganache. Kedua-duanya pada ita sedap!

Kali ini ita hiaskan kek cawan ita dengan coklat rama-rama.  Entahlah... dah berapa hari ni kemaruk pulak nak membuat coklat.. haha layan aje le kan..
Tapi seronok pula bila bermain dengan coklat ni.. mulalah macam-macam idea berlegar-legar dalam kotak ingatan ita ni..

Idea  coklat rama-rama ni ita rujuk dari majalah SEDAP. Nanti ita tunjukkan bagaimana caranya nak buat rama-rama ni.  Sebelum tu kita buat kek dulu ye!


CHOCOLATE MAYONNAISE CAKE
By : Amber
Source : Yatie 

 Ingredients:
2 cups flour*
1 cup sugar
6 Tbsp cocoa powder*
1/4 tsp salt*
2 tsp baking soda*(*stifed)
1 cup mayonnaise
1 cup cold coffee-Yatie guna nescaffe 3in1 bancuh dngn air
1 teaspoon vanilla

Method:
Preheat the oven to 350 degrees (175 degrees C) and grease two 6″ rounds, two 8″ rounds, or a 9×13″ baking dish.
In a large bowl, whisk together the flour, sugar, cocoa powder, salt, and baking soda.
In another large bowl, stir together the mayonnaise, coffee, and vanilla.
Beat in the dry ingredients gradually, scraping down the sides of the bowl often.
Pour the batter into the cake pans and bake 25-35 minutes. Keep an eye on the cake and don’t let it over-bake, otherwise it’ll be dry.

Chocolate buttercream frosting (for a 6″ cake):
1 cup solid vegetable shortening
1 cup butter, softened
3/4 cup cocoa powder
6-7 cups powdered sugar

To make the frosting:
Cream together the butter and shortening. Gradually beat in the cocoa powder, powdered sugar, and rum. If the consistency is too stiff, add a dash of milk to thin the icing.
To decorate the cake, first apply a thin layer of frosting to the cake. It should be a little thicker than a normal crumb coat so that you don’t see the colour of the cake underneath. Then, using a 1M decorating tip, work from the inside out to create the roses, piping in circles around the centre point and spanning the side of the cake. Create the roses on top with the same method, making them about the same size as the ones along the sides. Fill in the holes with simple stars or swoops.

Resepi yang di bawah ni, ita buat 1/2 adunan sahaja.


CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE

1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh Baking Powder
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan nescaffe segera yang telah di bancuh bersama air
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven pada suhu 175C
Sediakan cawan kertas secukupnya.
Letakkan cawan kertas dalam muffin tray
Ketepikan

Ayakkan tepung, serbuk koko, garam, dan baking powder.
Dalam bekas lain, satukan mayonnaise, nescaffe dan esen vanilla.
Tuangkan dalam adunan tepung tadi
Pukul adunan hingga bergaul sempurna.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 cawan.
Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 ~ 35 ninit.
Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.

* Masa membakar jangan terlebih bakar kerana kek akan kering nanti jika over cook.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk memastikan kek telah di bakar sempurna. Jika lidi keluar licin bermakna kek telah di bakar dengan sempurna.

Untuk toping atasnya ita gunakan ganache chocolate cream. Resepi di bawah ni untuk satu adunan. Kalau buat 1/2 adunan cup cake, ganache coklat ni buat 1/2 adunan pun ok!


GANACHE CHOCOLATE CREAM

250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~  Dairy Whipping Cream
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila

Panaskan krim tenusu bersama  sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
Tambahkan butter dan gaul rata
Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
Kemudian putar adunan hingga adunan kental
Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk membuat butterfly, boleh rujuk cara-cara membuatnya seperti di bawah

CHOLOLATE BUTTERFLY

150 gm coklat susu kompaun ~ cairkan secara double boiler
150 gm coklat putih kompaun ~ cairkan secara double boiler

Kertas minyak
Plastik keras

Cairkan kedua-dua coklat di atas dalam bekas yang berasingan
Letakkan dalam piping bag.




Lukiskan corak rama-rama di atas kertas minyak.

Kemudian terbalikkan kertas.

Dengan menggunakan coklat masakan yang telah di cairkan dan diletakkan didalam piping bag, mulakan mencanting atas kertas.

Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.





Keluarkan dari peti ais dan cantingkan pula coklat masakan putih.

Buatlah corak atas kepak rama-rama jika suka.

Simpan semula dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah mengeras putuskan kedua kelopak tadi.




Sediakan plastik keras.
Lipat 2 plastik keras tersebut
Letakkan atas bekas telur.

Letakkan kedua-dua kepak rama-rama tadi atas plastik keras.

Dengan menggunakan coklat masakan letakkan badan rama-rama untuk melekatkan antara 2 kepak tersebut bagi membentuk rama.

Setelah siap simpan dalam peti ais hingga keras.



Bolehlah di jadikan hiasan atas kek atau atas kek cawan. Selamat mencuba!

Oleh kerana ada yang bertanya apa beza antara coklat COMPOUND dan coklat COUNVERTURE di sini ita terangkan secara ringkas apa yang ita faham dan apa yang telah ita pelajari. Sebenarnya ita masih lagi cuba memahami dan banyak lagi yang ita tak berapa faham. Ita harap nota ini nanti sedikit sebanyak dapat membantu mereka di luar sana yang masih keliru.

Coklat terbahagi kepada beberapa jenis, mengikut kualiti koko dan bahan yang di gunakan.

COKLAT TULEN

Coklat tulin juga di kenali sebagai COUNVERTURE  dan ia di bahagikan kepada 3 jenis iaitu :
  • Coklat Gelap
  • Coklat Susu
  • Coklat Putih
Coklat ini di hasilkan daripada penggunaan bahan utama , asanya di buat daripada :
1.   4 bahan utama
  • masa koko
  • lemak koko
  • gula
  • susu tepung
2.   2 bahan penambahan
  • soya lesitin 
  • vanillin / vanila (perasa) 
Rupanya yang berkilat, rangup dan kualiti mencair pada coklat tulin adalah disebabkan oleh penggunaan LEMAK KOKO, tanpa penambahan lemak dari sumber lain.
Disebabkan lemak koko tidak mudah teroksida, rasa coklat akan terbentuk semasa proses ' Conching'
Biasanya coklat jenis ini digunakan oleh golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.


COKLAT TIRUAN

Coklat tiruan juga di kenali sebagai COMPOUND atau biasa di panggil coklat masakan dikalangan suri rumah.
  1. Coklat tiruan pula mengantikan masa koko dengan serbuk koko.
  2. Lemak koko pula di gantikan dengan lemak sayuran ( lemak kelapa sawit)
  3. Coklat tiruan tidak memerlukan proses pengkristalan (tempering), menyebabkan ia mudah untuk digunakan.
  4. Coklat tiruan mudah di temui kerana ada banyak dalam pasaran.
  5. Kegunaannya pula adalah untuk menyalut biskut, ais krim dan amat sesuai di negara beriklim tropika.
  6. Sebahagian coklat compound yang tinggi mutunya, boleh menandingi rasa dan tekstur coklat konverture
Coklat ini di hasilkan daripada penggunaan bahan utama, asasnya di buat daripada :
1.   4 bahan utama
  • serbuk koko
  • lemak sayuran
  • gula
  • susu tepung

2.   2 bahan penambahan
  •  soya lesitin
  • vanillin / vanila (perasa)
Terdapat 2 lagi coklat iaitu Coklat Tanpa Gula dan Coklat Berperisa
Nak tau lebih lanjut tentang rahsia coklat boleh lah dapatkan buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer atau mengikuti kelas coklat yang Chef kendalikan.

Rujukan :
http://blog.chefamer.com/wp/
Buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer






39 comments:

laskar pelangi said...

alahai..comel sangat..sampaikan sayang nak makan =D

Heeee~

asyifamustaffa said...

Waaaa...comelnya rerama tu...
K.Ita mmg kretif ler...:)

Anonymous said...

Kak, you made cooking look so easy and not mission impossible. I have a potluck coming for alumni..definitely going to try this cup cake. My first attempt using your recipe for Best Ever Carrot cake was excellent! Thank you.

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita cyggg...terpegun kejap tgk hasil kerja airtangan akak ni...mmg superb...rajinnye akak nk buat sekor2 butterfly tu...hihi...mmg cantik..suka...

Lily said...

rajin nyer akak nih...rama2 tu cute sangat.....saya????leh ker buat????

idafirdausi said...

oh my GOD! so cute... nak try gaklah.. thanks for sharing kak Ita :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita wahhhh cantiknya!!! comeynyaaaa suka la!!! sukaaaa!!!!

terus kecurr... haishhhh

liemaopurut a.k.a ana said...

comel nya rerama tu kak....x sanggup rasa nya nak makan ;p

ida said...

comelnya..mesti buat ni...coklat mmg sedap...

Cik Puan Izan❤ said...

terima kasih share cara buat rama2 tu... :)

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
wow...menarikya cupcakes mayonis ni..ada rerama lagi..mmng betul2 cute betullah...terbeliak mata yatie nengok kek Ita ni....mmng suka tngk apa2 menu yg Ita kongsikan kat blog...dari biasa menu tu jadi luar biasa bila di tangan Ita..seronok melihatnya...

Linda Syead said...

cantiknya... nak buat souvenir leh tak? huhu

Unknown said...

salam Ita,memang superb lah Ita lagi kreatif kalau akak mmg tak sanggup nak buat rerama tu sekor2 tabik hormat sangat2 di atas kerajinan Ita patut lah Ita berada ditempat skrg ni masuk majalah sana sini kan..

Ummi said...

Subhanallah....cantiiknyaaa kejadian butterfly di atas cc tu Ita ooiii...rajin x sudah Ita ni tauu...mmg tabikkk springggg!! Fengsaann jap.... ^___^, thanks berkongsi segalanya Ita cayang..

farina said...

Wow...excellent job! You are my idol..

daridapurjaja said...

Cantiknya Kak Itaaaaaaa..............

fazian.batrisyia said...

fuhhh...menariknya rerama tu. Anak sy suka ni...

AGAS said...

being a silent reader. but today can't resist to give you a comment.

Aduhai! cantiknya. Subhanallah! kreatif sungguh.

Anonymous said...

Cantik sungguh butterfly tu . must be very deli your cake. wish can have some your chocolate cake and mayo , first time dengar cake and mayo hehehhe .

Aliyaa said...

salam kak ita..kek ni tak guna byk bahan..i LIKE..! tapi saya tak berapa gemar kek yg dibakar..kalau nk kukus kek ni boleh tak? agak2 jadi cmni tak?

Zareena Bt Shahmarudin said...

Kreatifnye kak ita nie....tq sbb sudi share all the recipes..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ita...
Wah comelnya cc tu... Rama2tu cantik sgt.... Suka diana tgk...

mashitah said...

SALAM KAK ITA
SEDAPNYA KEK NIE...DECONYA PUN CANTIK ADA RAMA-RAMA....RASA LAPAR LAH PTG2 NIE..

noorhayati harun said...

Mmg moist chocolate cake nie,mlm tadi pas tgk k.yatie buat terus yatee bake gak Tuk little twin celebrate party kat sek rinie..tapi kak ita buat lagi menarik..aduss...

fiedafrieda said...

nice artworks, sgt cantek...respectla kak ita ,well done :)

fiedafrieda said...

nice artworks, chantekk!!, respectla kak ita, well done :)

FnF Simple Life said...

kalau fnf...harus butterfly tu tak makan...sayang sbb comel sgt

Unknown said...

cantik! terpegun sekejap tgk cc dgn rama-rama tu:)

Nur-nba said...

Salam.. Kak Ita, Cantiknya hiasan kali ni.. Melopong saya melihatnya.. Terlalu cantik.. Akak memang teliti orangnya..

Senorita Nadira said...

akakkkkkkkkkkkk!! shuke gila cupcakes ni comel sangattttt !!! nk try buatlah.. ermm sirap glucose tu syrup yg kite minum coffee tu eh?

mzlynn110672 said...

cantiknya...leh buat projek untuk cuti sekolah ni...esok nak cuba apam ais krim azlita aziz...nak bd kakak ipar rasa...sekarang ni tak abis2 cuba resepi azlita..seronok sgt...

Ummi Nur said...

Akakkk!!

Sang rama-rama tu bole makan tak?heehehe

Ummi Nur said...

Akakk!!

Sang rerama itu boleh makan tak?hehhe

dapurCikWan said...

comelnyer...sayang la nak makan rerama tu...kreatifnye kak Ita ;))

Unknown said...

Nak try la buat rama-rama comei tu...

http://purple-mommy.blogspot.com/2012/05/oreo-cheese-cupcake.html

Unknown said...

Nak kena tryla rama2 tu...comei

http://purple-mommy.blogspot.com/2012/05/oreo-cheese-cupcake.html

IELA said...

untung chef Amer ada student rajin cam kak ita nie.. betul2 mengaplikasikan apa yg diajar.. cute betul rama2 tue! :)

Love2cook Malaysia said...

CREATIVE AND GENEROUS!!! That's you kak! :)

nurainieys isa said...

Somey lah rerama akak niee... cute rajinnyer lah akak ita nie... :)

Post Top Ad

test