Ke Tangkak meminang Tuan Puteri... - masam manis f

Breaking

May 29, 2012

Ke Tangkak meminang Tuan Puteri...

Assalamualaikum

Rasa-rasanya ramai ibu bapa yang sibuk menghantar anak-anak mereka ke Matrikulasi semalam. Kepada semua bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi sekalung tahniah dari ita buat semua yang berjaya tak kiralah ke Matrikulasi, IPTA atau IPTS. Tahniah!


Rasa-rasanya macam baru semalam ita menghantar Amirul ke MRSM, rupa-rupanya telah 6 tahun ianya berlalu. Kini anak emak dah meningkat dewasa. Kini dah melangkah pula ke farsa baru. Kehidupan di kampus yang mungkin satu pengalaman berharga yang amat di impi-impikan.

Besar harapan emak, ayah dan adik-adik untuk melihat abang berjaya. Berlajarlah bersunguh-sungguh anakku.. semoga setiap apa yang diimpi-impikan akan tercapai. Emak dan ayah hanya mampu mendoakan dari kejauhan.

Tekun dan usaha , tangga kejayaan. Jadikan ianya satu semangat untuk menerpa kejayaan yang lebih baik. Jangan di persia-siakan peluang yang ada.. Berusaha , berdoa dan bertawakal.. insyaallah kejayan akan sentiasa bersama mu..

Sebelum pulang kami sempat singgah di Kolam Air Panas Gunung Ledang atau Air Terjun  Air Panas Gunung Ledang yang terletak di Sagil, Tangkak. Nama sahaja air panas tapi airnya tidak lah panas. Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung tidak kiralah dari dalam atau dari seberang tambak untuk berkelah dan mandi manda.

Walaupun ita ni tinggal di JB, tapi ita tak pernah lagi berkesempatan ke Gunung Ledang. Selalu dengar suami ita cerita aje.. Suami ita ni dah 3 kali mendaki Gunung Ledang semasa beliau belajar di MRSM Muar. Ia adalah aktiviti kokorikulum di MRSM  yang pernah di ikuti dan amat di minati oleh suami ita. Kalau dengar cerita dan pengalaman beliau semasa mendaki Gunung Ledang, terasa seram pun ada juga. Katanya pelbagai peristiwa aneh yang beliau dan rakan-rakannya alamai sewaktu berada di Gunung Ledang.

Salah satu peristiwa yang masih segar dalam kotak ingatan beliau dan sering di ceritakan pada anak-anak ialah..
Penemuan belalang mekah yang berwarna-warni, bukan seekor malah beratus2 dan beribu2 ekor.
Sewaktu berkemah pada waktu malam yang gelap, beliau melihat banyak sangat kerdipan lampu seolah lampu pelita yang di nyalakan pada malam 7 lekor. Sedangkan kawasan itu adalah kawasan hutan yang tak berpenghuni.
Kawasan di atas gunung yang dikatakan sangat sejuk, seperti berada di Cameron Highland. Sehingga semua peserta terpaksa menyarungkan baju sejuk.
Beliau dan rakan-rakannya juga menemui satu kawasan yang lapang dan bersih seakan tempat bersembahyang kerana terdapat batu yang seakan mimbar masjid. Dan banyak terdapat pokok senduduk putih yang tumbuh di celah-celah batu di situ.
Beliau juga menyatakan seorang rakan beliau terkena demam panas kerana mematahkan pokok senduduk di situ.
Sewaktu berkhemah pada malam hari, seorang rakan beliau juga demam panas yang teruk kerana beliau ternampak kelibat Sang Belang.. uiii... meremang bulu tengkuk!!
Ada berani??

Gunung Ledang seringkali di kaitkan dengan unsur mistik lagenda Tuan Puteri Gunung Ledang yang menolak peminangan Sultan Melaka. Penolakan secara baik Tuan Puteri Gunung Ledang yang meletakkan beberapa syarat yang tidak masuk akal, masih lagi menjadi satu cerita dongeng yang hingga kini masih lagi diceritakan pada anak-anak kecil.

Kedatangan tuan hamba ke Gunung Ledang bukanlah untuk meminang Tuan Puteri Gunung Ledang untuk anak teruna hamba.. Aii.. Tuan Puteri anak hamba baru sahaja nak melangkah ke alam Matrik.. macam mana lah nak meminang tuan puteri yang cantik rupawan..

Kenapalah tuan puteri letakkan hantaran yang mahal.. kan.. sekarang semua gadis-gadis di Malaysia ni turut meletakkan hantaran yang mahal tuan puteri Oiiii...

Batu kikir jomatan bosi
Gulai udang sebelangor
Cubooo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo ayiiih....
Tapi kedatangan ita ke Gunung Ledang bukanlah untuk mendaki, sebaliknya untuk meninjau-ninjau lokasi yang menjadi tarikan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka mandi manda dan berkelah terutamanya pada musim cuti sekolah ini.
Masa ita pergi ni, memang ramai sangat orang, maklumlah musim cuti sekolah.

Jom lah kita tinjau-tinjau kawasan sekitar kolam air di kaki Gunung Ledang ni.. manalah tau kot-kot ada perancangan untuk membawa anak-anak berkelah semasa musim cuti sekolah ni..
 
Gunung Ledang silamnya dipanggil “Mount Ophir” oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang menguasai negeri Melaka pada tahun 1511. Merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, 4,187 kaki (dari aras laut) Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
  
Di kawasan gunung ini juga pernah diceritakan wujudnya emas dan pernah ditemui di suatu kawasan gunung yang dinamakan Gunung Gemih. Cerita orang dahulu,, ketika Gunung Ledang masih baru didaki orang dan belum mendapat jalan mendaki seperti sekarang. Sesiapa yang sedang mendakinya akan merasakan sesuatu yang luarbiasa seolah-olah sedang berada di suatu tempat yang sangat indah. Maknanya semangat Puteri Gunung Ledang masih wujud di Gunung Ledang. 
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Kepada yang berhajat untuk mendaki Gunung Ledang, ada 3 runut untuk mendaki :

1. Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.

2. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.

3. Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

ANTARA MAKLUMAT PENTING BERKAITAN SEJARAH GUNUNG LEDANG YANG BELUM DI KETAHUI UMUM IALAH 

  1. Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.

  2. Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.

  3. Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.

  4. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.

  5. Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.

  6. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai “GUMMAY” yang bermaksud sebuah pusat perusahan emas.

  7. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

  8. Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Ada sesuatu yang istimewa di Gunung Ledang yang penuh dengan legenda ini, iaitu terdapat 3 puncak yang salah satunya dinamakan sebagai Puncak Mahligai, dipercayai puncak tempat Puteri Gunung Ledang bersemayam dan bermain-main dengan dayangnya. 

Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.
 
Penemuan taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi oleh Alfred Wakauce, seorang sejarahwan British pada tahun 1854, tidak boleh dianggap sebagai biasa. Mungkinkah di tempat itu tempatnya Hang Tuah bertemu Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hajat hati Sultan Melaka hendak meminang puteri yang cantik dan jelita itu? Ataukah di situ tempat Puteri Gunung Ledang menyamar sebagai perempuan tua yang menguji kesabaran utusan Sultan Melaka ini, hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui..

Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Ledang
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoLedang.htm
http://lusuh.multiply.com/journal/item/230/Maklumat_penting_sejarah_gunung_Ledang_yang_terpendam...





26 comments:

Elyani Rosli said...

Assalamualaikum Kak Ita..Saya pembaca setia blog kak ita...nak minta tolong bole x??? kak ita ada amek tempahan untuk red velvet cake x??? Actually 2 Jun ni my bestfriend birthday...so..dye prnh ckp teringin nak mkn red velvet cake... puas ktorg cari kt SDS, Secret Receipe, Season..tp xde jual...So..sempena birthday dye 2 Jun nie...teringin nk wt surprise kt dye,....Bole x kalau yani nak order red velvet cake for birthday cake?????

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah Amirul semoga berjaya, menjadi harapan ayah dan bonda serta pemangkin buat adik-adik mu...

Seronoknya bila dapat berkelah sambil mandi manda ni kan kak.. saya lalu jer tempat perkelahan ini bila pergi kerumah mak itam di sagil ni..

InsyaAllah jika kelapangan hendak juga pergi cuti sekolah ni..

asyifamustaffa said...

Salam K.Ita,
tahniah pada Amirul...semoga berjaya jadi insan yg berguna....:)

bnyk info akak kongsikan nie...kadang ada gak part yg sy x brapa nak tau juga....

tq infonya sis....

Nurul said...

best kak dpt daki gunung ledang tu..
sy da pernh daki skli..bsama team jpam..hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita Tahniah yaa Berjaya mendidik anak... Tahniah juga buat Amirul..

Amboii piknik sakan yaa... di Gunung Ledang.. sha beberapa minggu ulang alik ke sana tapi tak sempat singgah.. sebab jengah Abang Amin di Kem PLKN.. Insyallah nanti nak singgah juga...:))

Tahniah! Tahniah!

Unknown said...

Salam kak, love your blog.. love the pics ! And all the info.

FnF Simple Life said...

salam kak ita...tahniah buat azrul...wah...best betul destinasi percutian kak ita nih...hijau dan mendamaikan...destinasi percutian dimalaysia memang terbaik....

MamaFaMi said...

Tahniah buat anak teruna Ita. Semoga berjaya dengan cemerlang.

Office mama dulu di Tangkak. Dah lama tak ke sana... hanya tinggal kenangan...

roziahojijie said...

setiap tahun , gunung ledang ni menjadi tempat wajib gathering keluarga sy .. Thun ni belum pergi lg .. kalau pergi , tingkat 5 mmg port kami lah :)

Kak Rose said...

Tahniah buat Amirul dan ita sekeluarga jugak...semuga terus berjaya.

bergenang air mata kak rose... teringat masa hantar anak ke matrik dulu.... sekarang anak bujang di UTeM.

AreNieZa said...

salam kak.. waa, tahniah yek kt amirull okey.. nieza org tangkak.. so, welcome to Tangkak.. =)
akk sempat shopping kain tak kt pekan Tangkak??

Mat Gebu said...

Tahniah Amirul dan entri akak yang ini palingg INDAHHH...sekali..terutama kesah2 mengenai sejarah dan lagenda Gunung Ledang.

Unknown said...

salam Ita,pertama nya tahniah utk anak Ita Amirul semoga terus sukses jugak dalam hidup nanti..
best dapat berkelah kat gunung ledang tu sambil mandi manda,anak2 kak Noor memang suka snagat air kalau picnic tak mandi tak sah lah..

mashitah said...

Tahniah ye amirul, adik saya pun dpt juga matriks kat tangkak semalam pendaftaran pelajar baru, dulu tingkatan 4&5, dia sek MRSM Alor Gajah...teringat kembali mata pelajaran sejarah ttg Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang....

Kek Kawin said...

Salam kak ita...Tahniah buat amirul...seronok baca tentang sejarah gunung ledang tk berkongsi info tu,yg iza tahu kisah Hang Tuah melamar Puteri Gunung Ledang je..yg lainnya x tahu.tk kak

Nur-nba said...

Salam. Kak Ita, tahniah buat Amirul. Semoga peluang yg ada tidak disia-siakan dan dapat mencipta kejayaan khas buat ibu dan ayah tercinta.

Pernah juga merasai pengalaman bermalam di Gunung Ledang sewaktu zaman persekolahan dulu. Macam2 cerita yg rakan2 kongsikan, tapi syukurlah diri sendiri tidak mengalami atau melihat sebarang kejadian pelik.

Bila ke tempat2 seperti ini, perlu membaca ayat2 utk pendinding.. Air terjun di atas gunung ni sangat cantik... :) memang betul2 menggamit memori silam.. Banyak info tambahan dari Kak Ita.. Tq so much.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Gunung Ledang antara air terjun yang paling dekat dengan rumah akak kat Pahang tu berbanding dgn air terjun yg lain.. memang femes sejak dulu lagi.. kalau nak mandi air terjun.. mesti G.Ledang lah tempatnya.. hihi.. rasanya.. dah beberapa kali juga akak pegi ke GL ni selain pegi dengan rombongan sekolah.. beberapa kali pegi dengan keluarga masa akak belum berkahwin dulu.. tp sejak2 dah kahwin & bermastautin di Selangor.. memang tak pernah jejak lagi GL ni.. tak cukup masa.. hihi..

CA said...

Salam kak Ita,

Tahniah buat anak kak Ita..sejuk perut ibu mengandung...

Kak Ita..nice pic.skill kak ita amik gambo makin mantap La...caya la..bravooo...sungguh berseni..muahhh!

Unknown said...

Tahniah buat Amirul semoga berjaya lagi nanti. saya dah lama tak pergi ke tempat air terjun tu.dulu masa study kat melaka selalu juga ke sana dengan kawan-kawan:)

CiK Nik @ keNek :) said...

Amboi kak ita, tajuknyer..mcm tak sabar nk dpt menantu jer bunyi nyer...anak bujang dh besar....Amirul, belajar rajin rajin.. :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Assalammualaikum Kak Azlita masuk sini lagi baca N3 kak Azlita hahaha.. sebab apa tau.. sebab esok nak singgah di Gunung Ledang.. cuci2 mata aje.. alang2 ke sana tu kan.. tq for the full info.. tq so much kak.. muahhh

Lily said...

Assalamualaikum...tahniah yer kak.... knp tak bg tau awal2...hihihihihi bleh la singgah rumah saya kat muar.... husband saya juga bertugas di KMJ.....kalau ada rezeki dapatla kita berjumpa kan kak......belajar rajin2 yer amirul...

anymz said...

anak ita pun ke matrik ya..anak akak wazir ke matrik n.sembilan..anak lelaki yg kelima merangkap anak lelaki bongsu..tengah tulis ni dah terasa rindu..wazir tukang segala tukang di rumah maknya ini..terasa sgt bila dia tak ada..abgnya dulu belajar di matrik tangkak..akak suka tmpt tu..redup aje kan?..
jambatan bosi di bt kikir dah ganti jambatan batu ita..jalan pun dah lebar..hehe

all the best buat anak bujang tu ya..

fazian.batrisyia said...

Tahniah Amirul & kak ita sefamily. Tumpang gembira. sy pernah gak ke g ledang tu manda manda...suka kat tempat batu besar2..air deras...kalau skrg tak layan sgt cam tu kot!!!skrg penakuttt! x tau nape...

Yatie said...

Tahniah Amirul, moga dapat menyesuaikan diri ditempat baru. Moga doa dan harapan kedua ibubapamu menjadi kenyataan. Aamiin..

Reen Tart Nenas said...

teringat plak saat2 saye masuk Matriks Melaka dulu. masa tu berdebar kottt, sbb itu kira fasa pra Univ :)

Post Top Ad

test