KEK KEJU OREO - masam manis f

Breaking

May 22, 2012

KEK KEJU OREO

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu di bulan Rejab. Kemunculan bulan Rejab haruslah kita syukuri, kerana kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah S.W.T, masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan, keselesaan dan rezeki oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Rejab adalah salah satu daripada 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam Islam. 


Bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Marilah kita sama-sama melipat gandakan amalan yang dituntut dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya


Alhamdulillah rasa-rasa ramai yang berpuasa kerana menyambut awal Rejab. Kadang kala bila orang berpuasa kita terasa serba salah pula untuk menayangkan resepi yang bakal mengugat keimanan. Tapi jika niat kita untuk sama-sama berkongsi ilmu insyaallah harap-harap dapat keredaanNya jua 

Sebelum melangkah jauh ke resepi kita hari ini, ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah yang tak putus-putus ita terima daripada rakan-rakan.. Alhamdulillah dan syukur.. semoga ianya menjadi semangat untuk ita berusaha lakukan yang terbaik.. doakan yang baik-baik ye..  semoga ita diberikan kesihatan dan keselesaan untuk terus berkongsi..


Kita berbalik pada resepi yang pernah tersiar dalam majalah SAJI bulan May. Resepi yang dah lama bersarang tapi tak dapat nak di publiskan kerana ita menghormati pihak penerbitan. 
Rasa ramai juga yang telah mencuba kan? Ita harap sangat resepi kali ini dapat memenuhi selera semua pembaca SAJI. 


Ramai juga yang menghantar email dan PM di FB, menyatakan rasa terkilan kerana masih lagi tidak dapat memiliki majalah SAJI keluaran bulan May. Katanya majalah SAJI cukup laris di pasaran hingga semua kedai yang di kunjungi habis berjual. Alahaiii.. kesian sungguh pada adik-adik akak ni.. Macam mana ye akak nak tolong.. cuba hubungi Unit penerbitan SAJI dan dapatkan maklumat bagaimana caranya untuk dapatkan majalah SAJI keluaran May. Rasa-rasanya pihak penerbitan sedia membantu.


Ok lah kepada sesiapa diluar sana yang masih tak berkesempatan melihat resepi ita dalam majalah SAJI bulan May, di sini ita kongsikan sekali lagi.


KEK KEJU OREO
Majalah SAJI MAY 2012

Mula-mula kita sediakan kek span coklat

KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012 

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak

Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

* adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji


KRIM KEJU

1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan

Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik. 
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna

Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
Kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
Masukan adunan kedalam piping beg


Potong kek span kepada 3 lapisan
Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek
Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc
Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.


Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika
Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat
Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.




Tuangkan selapis lagi krim keju
Dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.


Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju
ratakan permukaannya
Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
Keluarkan kek dari loyang
Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
Hias kek mengikut kreativiti anda


Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek.
Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus.
Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas.
Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur.
Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.


32 comments:

Rahel said...

Wallaaaaaa...mengancamnyer...sedap hingga menjilat jari...mantap..

aDhani DaNi said...

nyum ~ ^^

aDhani DaNi said...

nyum ~ ^^

Unknown said...

salam 1 rejab buat kak ita skluarga..

terima kasih berkongsi, ayu tumpang gembira bila kak syer ttg SAJI pikat hasil air tanganmu..
tahniah..

kak. lama dh ayu terfikir mcmana nak dapatkan hasil potongan yang halus u kek, skrang dh dapat dah... thanks laling..
kena buat mcm tu rupanya kat pisau...

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...slmt bposa sunat jugak di bulan Rejab ni...wah kak sgt cantik n kemas kek keju oreo ni...QH blum penah cuba lg ape2 jenis kek keju ni...tkut kejadiannya smemeh aje...hihihi...ape kata kita bertukar2 menu nk x kak..hehehe...tringin juga nk mrasa kek keju tu...

Jie Tailor said...

wowww.. mengancam..

Jie Tailor said...

woww...ni bru best..

daridapurjaja said...

Kak, nak sikit..

= RATU CRiSTAL said...

Kenyangnye tengok gambar kek nih...hehe...BEST sangat2!

nak kena carik ni sebijik...
nak buat takde mase...hehe

Kek Kawin said...

Salam kak Ita...mengancam gitu,Iza ada beli gak buku saji hari tu,rasa nak cuba buat,tapi x terbuat-buat pun lagi.

saya_arief said...

sedappp.
:)

Zai said...

saya dah try resepi utk besday ank bln lepas...wowww sedap sgt..tq k.ita

Unknown said...

kak ita, kek tu kalau 1/2 adunan.. telur nak buh brape biji.. 2 1/2 biji lak ke..

Nur-nba said...

Dah baca dalam Majalah SAJI bulan Mei.. Memang mengancam kek ni.. Bilalah daku nak cuba sendiri.. ??

ishiko said...

nyummm... me love it

Kit @ i-lostinausten said...

Wow! These is simply gorgeous! Very beautifully presented & such a decadent cake! Love to try this soon! Looks so tempting! Have a nice day! :)

ibundo said...

Nampak dalam majallah saji haritu memang dah set dalam otak nak buat tapi belum sempat sempat lagi. Akan buat juga nanti. nampak tersangat sedap.

Hesti HH. said...

Aduhaiiiiii...nampak lezat sekali kek Kak Ita...

mashitah said...

assalamualaikum kak ita,
selamat berpuasa di bulan rejab...sedapnya klu dpt berbuka dgn kek oreo nie kan, semoga bulan nie kita semua umat islam mendapt ganjaran dgn berpuasa di bln rejab..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita Tahniah sekali lagi.. waduhh memang cantik dan mengancam! kecurr sudahnya ni.. :))

idafirdausi said...

dah try and semua member cakap sedap.. thanks kak ita :)

Ummi said...

Fuuuuhhhh!! Mengancam habisss la Ita...x tahan, kena balik cepat...nnt menitik air liur kat sini...nnt buatkan tuk akak kalau akak singgah rumah eh...hehehhee

cahayahidupku.blogspot.my said...

Mengiurkan betul lah kek akak ni... sungguh yummy melihat nya, belum lagi makan kan...

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ..

Salam Rejab utk kak Ita sekeluarga. Nina belum pernah buat cheese cake. Insya'Allah satu hari nanti pasti nina akan mencubanyer. Suka ngan entry kak Ita yg penuh ketelitian dan penuh tips dan jelas ;)
Sayang kak Ita ~~~

MamaFaMi said...

Waalaikumussalam Ita...

Kalaulah boleh seluk ambil kek ni... sah kosong je gambar kat blog Ita ni... ahaks...

IELA said...

Salam Kak Ita..

Boleh tahu yang susah nak dapatkan Majalah Saji tue dekat area mana? Nanti kami cuba c'firmkan dengan bahagian dan pihak yang berkenaan tentang masalah tersebut... Thanks Kak Ita..

:)

Sem said...

oh, cantiknya, may i know how to decorate the top like yours, so even.

wawo said...

Kak, mcm mana nak potong kek kepada 3 lapisan yang sama tebalnya?

miss nana said...

salam,sy nk tnye kalo kite tkar krim keju kpd krim vanila bole tak??kerana sy kurang ske keju

miss nana said...

salam,sy nk tnye kalo kite tkar krim keju kpd krim vanila bole tak??kerana sy kurang ske keju

kyo said...

salam.. nk tanya.. mana nk beli gelatin halal tu ye? brand apa??

Qisone said...

sedap sangat

Post Top Ad

test