Sehari di bengkel coklat Chef Amer - masam manis f

Breaking

May 14, 2012

Sehari di bengkel coklat Chef Amer

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu yang lalu ita sempat menghadirkan diri ke kelas Coklat Chef Amer, walaupun ita sampai agak lewat dan kelas telah pun bermula..
Minta-maaf banyak-banyak pada Siti selaku penganjur, pada Chef Amer juga rakan-rakan yang lain.


Biasa pada hari Sabtu ni, ita agak kelang kabut sikit, pagi nak kena hantar Amirul dahulu pergi kebengkel, kebetulan pula dia pegang kunci hari tu dan kena buka bengkel awal.. jadi kenalah hantar Amirul dahulu. Selepas tu kena hantar anak dara ita pula ke tusyen. Tusyen pun bermula pukul 9. Kelas tusyen tu pula selagi tak pukul 9 selagi tu lah pintu tak buka terpaksa tunggu sekejap bimbang juga akan keselamatan anak dara tu.. atau bimbang bila tinggalkan dia merayap-rayap pula di block kedai 2 tingkat tu.
Lepas settel semua terus pecut kereta untuk sampai seberapa cepat yang boleh. Tersangkut pula di Tol Plus.. sabar je leee..


Alhandulillah.. kelas coklat kali ni sangat seronok. Walaupun ita ada sedikit asas membuat coklat yang ita pelajari daripada  buku Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer dan juga sedikit ilmu yang ita kutip dari Yutube dan pertanyaan daripada rakan-rakan, tapi rasanya banyak lagi yang ita perlu tahu dan pelajari dari Chef yang sememangnya terkenal dengan pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang ini.
Ibarat kata perpatah :

Kalau berburu ke tanah datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Kalau berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi. 




Kecerian kelas bermula apabila Chef tidak putus-putus mengusik setiap peserta. Ada sahaja gurauan dari Chef yang boleh tahan  juga pak lawaknya ni, yang membuatkan setiap peserta tidak kering gusi mendengar lawak daripada beliau. Ita cadangkan Chef Amer untuk join Maharaja Lawak untuk episod akan datang.. macam mana Chef? Ok la tuuu.. hehe



 Walaupun penuh dengan gelak tawa dan gurau senda namun ita pasti, setiap peserta dapat mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang telah Chef kongsikan. Walaupun proses pembuatan coklat kadang kala terasa sukar namun bila telah menghadiri kelas ianya terasa amat mudah sekali. Pasti setiap peserta tidak sabar untuk mencubanya sendiri dirumah. 

 

Walaupun ada yang menyatakan kelas coklat semuanya sama sahaja.. Namun rasanya sangat berbeza bila kita menghadirkan diri ke kelas mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini. Setiap penerangan diberikan dengan cukup teliti ditambah dengan tips dan teknik yang betul. 




Semoga Chef Amer http://www.chefamer.com/v3/  dan pihak Oliez Academy  dapat teruskan kelas ilmu sebegini lagi di masa akan datang. Kepada semua yang hadir dan turut sama menjayalkan kelas kali ini,terima kasih banyak-banyak dan semoga kita dapat bertemu lagi.. insyaallah..


 Jom kita intai-intai aksi dan gelagat para peserta

 emmmmmm.... sedapnya..

sedapnya bau dia....


 waaaa... dah pro dah semua peserta .. lepas ni dah boleh ambil tempahan.. 


 Tekun dan khusyuknya diaaa... 

Coklat yang sangat sedap! tak puas makan... huhu tak sabar ita nak buat..

Suatu yang baru.. kat coklat untuk Mother's Day Waaaaaaa.... 

 Setiap perserta mendapat sijil dari Akedemi Chef Amer.. Terima kasih Chef..
Ini adalah salah seorang peserta lelaki.. sangat cekap dan cukup berbakat.. kagummmm!!

Cef Amer dikerumuni peminat untuk mendapatkan tandatangan.. hihi
Tandatangan Chef Amer yang sangat unik dan menarik.. kalau nak dapatkan tandatangan daripada Chef tersohor ni jangan lupa sertai bengkel beliau.. 
Kata Chef makan coklat tak gemuk tau!! ye ke Cheffff..... hehe
Apa tunggu lagi...
Yok kita buat coklat!






20 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita.. wow! bestnya..
sha nak jugak sertai apa jua bengkel.. tapi apakan daya langsung tidak berkesempatan sibuk manjang... ingat nak sertai kelas membuat kek dan aising pun asyik tertunda.. hmm...

tengoklah jika ada kelapangan Insyallah nak join sekali... :))
tq kak Azlita...:))

Anonymous said...

salam kak ita, bestnya dpt join kelas chef amer

boleh tau tak, chef guna coklat jenama apa ye kat kelas tu

Unknown said...

best nya Ita kalau dekat akak pun nak ikut jugak gi kelas2 macam tu seronok sangat dpat ilmu yg baru yg boleh di manafaatkan utk family kan

mashitah said...

bestnya...........belajar bengkel coklat bersama chef Amer...mesti seronokan kak ita....bukan senang nak dpt peluang nie....

Ummi said...

Assalam Ita, waaaah bestnya masuk kelas coklat pulak ey...x sabar la pulak tunggu Ita kongsikan resepi coklat pulak pasni....kasi tips free eh Ita..hehehe...

ibundo said...

salam ita. pertanyaan yang sama juga dengan tina, coklat jenama apa yang sedap untuk buat coklat ni.

fazian.batrisyia said...

bestnya berpeluang join clas chef. bila la turn sy ni...sy mkn coklat sangat2 sama mcm anak2 sy juga...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lepas ni mesti banyak resepi choc muncul di Masam Manis :-)

asyifamustaffa said...

Salam K.Ita,
seronoknya dpt join clas2 mcm nie..
sy pun kadang teringin gak...tp bnyk keadaan bnyk membataskan....

rahel said...

Waw..bestnya masuk kelas coklat..pasni bole la buat macam2 resepi dari coklat yea kak..hehe..

Leen Loyangkuih.com said...

Kak Ita...leen sibuk dengan tempahan, ingat nak join jugak mula2...kalau tak boleh jumpa kak ita..heee...pasni boleh ambik order choc kak..:-)

darin ulfah said...

Best jumpa kak ita..hehehehe

darin ulfah said...

Best jumpa kak ita..

Rozie said...

Pernah terlepas join kelas ni dulu masa Chef datang Penang... emmm pasni kak ita jelah yg ajar kat blog ni yer...

Nadiah Sidek said...

seronoknya dapat join bengkel macam ni

Zack said...

as salam,

wahh bestnya kak Ita..dpt berguru dengan yg pakar. sy pn ada buku dia, mmg banyak tip2 dia beri. tp kalau dpt berguru dpn2 mesti lagi best..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waah... bestnyerrr leh buat coklat sendiri nnt... mesti dalili tak sabar2 mintak ita buatkan coklat utk dia nnt.. hehe...

Anonymous said...

Wah..that me the only male participant..tq kak..nice to meet u...

adyna AB said...

best nyer, bile lah nak ada kesempatan g bengkel mcm nie ;)

sue said...

as salam kak...
sy dah lama jd silent reader blog akak..seronok baca n banyak info yang sy dapat..thanks kak..

kak ita..semalam(5 feb 2013) sy berkesempatan join kelas coklat with chef amer dengan linda...tersangat best kelas chef..seperti yang akak tulis before nie..in syaa Allah..sy akan join kelas lanjutan coklat chef amer bulan 6 nie :)

Post Top Ad

test