STEAM BUTTERCREAM - masam manis f

Breaking

May 9, 2012

STEAM BUTTERCREAM

Assalamualaikum


Selamat pagi semua..  Dah sarapan ke??
Eh.. takkkk.... ni bukan untuk sarapan... mana lah boleh sarapan dengan kek kan.. kalau pagi-pagi biasanya kita kenalah ambil makanan yang banyak kalsium, protin dan karbohidrat.. supaya kita sentiasa cergas sepanjang hari..

Ada yang berkenan ke dengan kek comel ni..?
Uiiii... ramainya yang anguk-anguk kepala.. aiiikkk.. ada jugak yang geleng-geleng... tengah diet lah tuu.. 

Hari ni ita bukanlah nak cerita tentang kek ni.. tapi tentang Steam Buttercream yang tengah 'Hot and Spicy' sekarang ni kan.. Sana sini orang dok tayang kek-kek yang menggunakan steam buttercream.. sampai naik juling bijik mata ita melihatnya.. cun.. cun pulak tuuu.. alahaii geram sungguh..

Ita ni mmg pantang nampak sesuatu yang baru.. nak sangat mencuba.. tapi manalah nak dapatkan resepinya dan bagaimana pula cara nak buatnya tu..
Apalagi ita godek-godek lah cik google akhirnya pencarian ita berakhir di SINI
Alhamdulillah ada juga insan yang sudi kongsikan resepi yang memang ita nak cari sangat ni.. dengan penerangan yang sangat jelas dan step by step yang sangat mudah difahami..
Terima kasih Shuhairi, kerana sudi kongsikan resepi yang tengah hot ni.. Semoga dengan keikhlasan Shuhairi berkongsi ilmu,  dimurahkan pintu rezeki dan sentiasa berada dalam rahmatNya.


Singgah di blog Juicy Cafe  buatkan ita terlopong sekejap! nasib baik tak de lalat kalau tak..
Macam-macam resepi yang menarik ada di sana. Lebih menarik bila tuan rumah tidak lokek berkongsi ilmu..
Teruja sangat macam-macam resepi yang ita nak cuba!
Insyaallah jika ada kesempatan ita akan cuba juga satu persatu..
Semoga Shuhairi izinkan ita panjang-panjangkan perkongsian ini dengan rakan-rakan yang bertandang ke dapur ita ni pula lah ye.. ^o^





Untuk resepi kali ini ita menggunakan resepi kek coklat. Sebenarnya kek coklat ini lebihan kek yang ita buat untuk kek b'day Dalili. Sayang pula kalau nak buang, jadi ita buatlah kek mini yang comel ni..

Kalau ada yang berhajat nak buat, resepi kek tu boleh lah buat ikut mana-mana resepi kek yang kita suka. Nak kek span pon boleh dan kek buah pon boleh.. tak kisah.. ikutlah citarasa masing-masing, mana yang selesa.


Oleh kerana kek ita ni kecil aje. Jadi adunan tu ita hanya buat 1/2 adunan sahaja dapatlah 3 biji mini kek yang comel ni.. . Itu pun ada baki lagi.. rasa-rasa kalau buat lagi 2 biji yang kecil barulah ngam kan!

Pada yang nak buat kek yang sebiji, kena lah buat 1 adunan. Adunan memang kena buat lebih sebab bila nak curah atas kek tu dia kena lah banyak supaya nampak cantik dan licin bila dia turun.


Ok kek tu ita bahagi 2. Lepas tu ita letakkan inti kat tengah. Inti ganache krim aje.. Kalau nak letak nutella atau whipping cream pun ok kot! tengoklah awak suka apa.. nak letak filing bluberry pun ok! nak sapu jam pun ok! jugak.
Jangan lupa licinkan setiap bucu kek bagi dia bentuk  bulat. Tak mau ada bucu yang tajam.. tak kira lah kek bulat ke.. 4 segi ke.. bujur ke.. pastikan bucunya tu bulat dan licin.. Ini supaya mudah buttercream tu mengalir.. tak lah tersekat-sekat di mana-mana..

Macam mana dah tak sabar nak belajar car-cara membuat Steam Buttercream.. Emmm.. ita pon dah tak sabar jugak ni.. nak tengok jugak lah kan bagaimanalah hasilnya nanti.. Jom.. jom.. jom.. apa tunggu lagi.. yok kita masuk dapur..


STEAM BUTTERCREAM
By : Shuhairi Shuhaini

500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

* Semua bahan di atas boleh di dapati di kedai menjual bahan membuat kek

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit
Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


Beginilah rupanya bila adunan itu telah sebati. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk lain. Ini adalah untuk di sapukan pada kek sebagai base dan juga kita akan gunakan untuk buat deco bunga atas kek kita tu nanti. Tujuan kita ambil sedikit dan larikan dalam bekas lain juga supaya adunan buttercream yang nak kita stimkan tu tidak bercampur cebisan kek semasa proses kita melempa kek kita tu nanti.


Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua  bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang. 



Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.


Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja. 
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair. 
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. 
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.



Buttercream akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair

* api jangan tutup ye.. bukak api yg paling kecil aje.. ita tutup api ni sebab nak ambil gambar kalau tak nanti camera tu berpeluh-peluh pulak! hihi


Beginilah rupanya bila adunan buttercream itu telah mencair. Bila kita angkat spatula tu.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih likat, licin dan berkilat.
Segera lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek.


Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. 
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
Biarkan adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti.
Masukkan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras.
Alihkan atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti.


Lebihan buttercream itu jangan di buang. Ia boleh dikitar semula bila kita nak buat kek yang lain.
Ita gunakan lebihan steam buttercream untuk deco atas kek ita. Untuk jadikan bunga dan anyaman. 
Mungkin adunan agak sedikit lembik, jadi ita terpaksa keluar masuk peti ais  untuk dapatkan bentuk bunga. 

Kalau nak dapatkan bunga yang cantik, singgahlah ke blog Shuhairi, beliau ada sertakan resepi untuk bunga dan cara step by step nak buat kelopak bunga itu sekali. Cantik sangat bunga yang Suhairi buat tu.. aduyaiii.. bilalah ita nak dapat bunga yang cantik macam tu.. siap ada embun lagi di kelopak bunga tu tau! Jom lah singah.. mesti tersangkut!










38 comments:

Qasey Honey said...

asslm kak Ita...cantiknya kak kek tu...comeiiii2...

Nazrah said...

sungguh cantik dan kreatif serta punya seni dan citarasa yang amat tinggi...tahniah kak ita... memang marvelous berkongsi ilmu

senseiisya11 said...

Salam Kak Ita...
Cute sgt kek ni...Kak Ita, nk tumpang tanya...krimwell tu apa?

Ell Joella said...

salam k.ita.. JC n MM ni antara blog yg mmg ell akan menyinggah n mengintai.. blog k.ju sebab ada byk resepi baru..tips n teknik..sgt telus.. dan k.ju sgt2 membantu..blog k.ita plak cam biasa la, cuci mata sambil menitikkan ailio..hehehe..dan juga resepi yg mengancam.. tujuan n matlamat yg sama..berkongsi bersama2..tak gitu.. :)

mashitah said...

kak ita...saya belum sarapan lagi....nak kek comel nie....ooo selama nie saya tak tau nak ratakan kek mcm mana....tq kak ita

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wow! wow! wow!!!! kelu lidah tak terkata..

salina said...

terima kasih byk..umpama org ngantuk di sorongkan bantal..info yg sgt bergua..tqqqqq....

MANISMANIS said...

aduh imut banget keknya,gemesin...maksih ya kak Ita uda share cara bikin steam buttercream...kapan kapan ayin mau praktekin..dulu uda cari dimana mana tapi tak dapat,akhirnya ketemu disini...thanks ya..

idafirdausi said...

thanks for sharing... TERBAEK!!

norhanim md zain said...

eh..eh.. cantiknya...tak tau nak kata apa dah..cantiknyaaaaaaaaaa

Anonymous said...

Cantek sungguh kek tu sis...mmg akak ni kreatif dan tangan yang berseni...mmg pro...speechless...

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
cantik dan bersenilah Ita ni, sungguh berbakat besar buat kek..pasni mmng dah leh bukak bakery..kalau ada perasmian kedai tu, jngn lupa jemput Yatie ya..he3...tq coz wish birthday Seri, tulah pening nak wat kek apa..yatie nak beli je, tapi dia takmo..nak suruh mama buat je..kalau yatie buat kek gondol je takde deco2..mmng tak berseni..kalau Seri nmpk kek Ita ni, mesti dia teruja nak suruh mamaNya buat gak..adoyaiii..tngklah kek apa yg jadi nanti..hehehehe..

Kek Kawin said...

Salam kak Ita..cantik n comel kek tu..tergoda nengok.sayang nak masuk mulut gitu..

CEOMesinTaip said...

assalamualaikum dan morning sis..aduhai...geramnya.......nanti nak try..butdaway tq sis sudi kongsi ngan kami2 ni yea... *hug*

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ....

Nina yg dok melopong tengok kek kak Ita. Mujur si kecik Nina nie tolong tutupkan. Hehehe ....
Cantik sekali !!!!!!!
TQ kak for the info ;)

Hody Loh said...

so cute and pretty......love it so much...

Wanie Daud said...

As Salam Kak.... Comey sungguh kek akak..... thanks juga share resepi... nanti nak cuba buat la.. =)

Watierman said...

Assalam Dik Ita..terima kasih buat paparan ilmu ni di sini Dik..teruja dan sangat kagum....memang Adik punya anugerah kretivity yg sgt tinggi dari NYA...TQ again ya Dik! Tak tahu bila nak guna pakai ilmu ni lagi tapi pasti berterima kasih sebab Adik telah sudi berkongsi di sini!

Liza said...

salam kak ita....wowwww, speechless...
akk, masa kita letak atas dapur utk kali kedua dan seterusnya tu, api mmg tak yah bukak ye..guna air panas dlm periuk tu je..

Ayam said...

salam Ita...cute la kek nie. cantik bila guna steam buttercreme nie tapi jika kita sorang buat alahai teruk juga nak mencuci nya...siap berminyak ahhh hanya orang yang sabar saja yang dapat buat begini siap dgn gambar sekali. Semuga rezeki awak bertambah sebab awak tak lokek dengan ilmu. Amin.

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita
hanim mmg dah lama nak belajar buat steam buttercream ni. Rasa sedap dan kek pun nampak cun ala2 fondant gitu. Tima kasih kak ita sebab sudi berkongsi maklumat
mmmuuuahhh kat pp kak ita

Ain Fajar said...

comelnya kek...tq k.ita sudi syer aising steam nie..memang sy teringin nak tau aising nie..tq2

Akak Kembang said...

selalu kalau Alin nak mudah & cepat buat kek...Alin buat steam bc jek..mudah dan senang

cikNor said...

ai,kak ita cayang...nor pun baru jer try buat steam buttercream, maklum ler tgh glamer pasal steam buttercream siap google lg nk taw apa bendanya...hehee last week ada kwn tmpt keje oder kek bfday anknya so dipraktikknnya lah.saja nk try sbb tgk mcm cantik...yer la memang berbaloi cantik nmpk mcm fondant...
p/s - cumell kek cilik kat ita tu, bunga pun cantekk

Ummi said...

Assalam Ita cayang...eh akak rasa macam dah letak komen pagi2 tadi masa baru publish...xda pulak eh..lupa nak tekan publish ker? Aiseeeyyy... Satu je nak kata, mmg cantik, mmg berseni, mmg berbakat, mmg terbeliak mata akak, mmg rasa nak pengsaaan la sudaaahhh...hadeeeiii ^_____^. Thanks Ita jugak sudi susah payah upload gambar n kongsikan ilmu ni...nak buat x tau la bila...hehe

rahel said...

Selamat petang Kak Ita,
terpegun gue nampak kek yg cantik tu..wallaa..cream dia memang spesial la..

suraya said...

askum kak ita cantik sgt kek ita kreatif sgt2 kak ita buat kek semua cantik tahniah yer kak ita

CIK MOON said...

so sweet kak ita....nnt sy nak share dlm blog dan fb sy boleh tak?...tq 4 ur info dear...

Acik Mano said...

Ita untung u jumpa org yg sudi share ilmu ni.. dulu akak pi belajar nak tau berapa hg dia.. RM 250.00 tau.. so yg datang belajar tu ada juga toke2 kedai kek.. lepas tu dia org buat kelas plak .. chargenya sama gak..ni .... terima kasih atas ilmu yg dikongsi.. selamat duit

Unknown said...

as-salam..
tahniah tahniah sis, bukan semua org yg buat ikut step by step boleh jadi, alhamdulillah u buat menjadi, memang btol2 study nih hehhe..knp x letak embun2..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terima kasih ita berkongsi ilmu yang madihaa tercari2 selama ni... maklum sajalah.. nak masuk kelas deko kek kurang berkemampuan.. nak tanya kawan2 pun tak mungkin nak diberitahu sebab semuanya ilmu berbayar.. syukur ada yang sudi berkongsi kan... walaupun tidak berbayar dengan wang ringgit.. insyaAllah... ada ganjarannya di'sana' kelak pada mereka yang sudi berkongsi ilmu sebegini.... kek ita hasilkan tu cantik sgt2..

Mamalinda said...

Kak Ita .. cantik sungguh hasilnya

Nur-nba said...

Tersangatlah cantik..

Memang tak pernah mencuba buat kek yang renyah seperti ni.. takut tak menjadi. Tapi bila Kak Ita dah tunjukkan step by step, insya-Allah bila ada kelapangan akan cuba juga buat. Tq kak atas perkongsian ilmu.

Mycake2u said...

Suka la tengok kek ni cute dan comel. Tengok resepi kat internet dah boleh buat kek Cantik mcm ni. Creative la ita ni.

Nor Lailee Ahmad said...

Terima kasih sudi share..detail pulak tu.moga dimurahkan rezeki...

Unknown said...

aslmkm..nak tnya..bole guna salted butter x?

Unknown said...

assalamualaikum kak...nk tnye klu kite bt steambutter cream bleh ke die menghilangkan rase bpasir kt buttercream kite tu?

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita. Boleh tau bekas plastik yang Kak Ita guna tu?

Post Top Ad

test