WHIPPING CREAM - masam manis f

Breaking

May 6, 2012

WHIPPING CREAM

Assalamualaikum

Masih keliru.. tidak dapat membezakan antara Non Dairy Wipping Cream ( Krim putar bukan Tenusu) dan Dairy Wipping Cream (Krim Putar Tenusu)
Marilah kita sama - sama dapatkan sedikit info tentang kedua-dua bahan tersebut untuk kita mudah memahami akan fungsi dan kegunaannya.

Whipping Cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. Biasanya Krim putar tenusu Dairy Wipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu Non Dairy Wipping Cream yang perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama.  Krim ini dijual di dalam kotak. Krim ini bewarna putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. Tapi jangan salah faham, kerana terdapat perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi kegunaan.
Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua bahan krim  tersebut

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairi Whipping Cream


Non-Dairy Whipping Cream ~ Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja


Kegunaan dan cara menggunakannya

Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama. Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. Tapi pastikan bukan pada suhu bilik ya.. ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk.
Oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalam freezer.
Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. Untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.
Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim.

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.
Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus.
Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?

Krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

Di bawah ini adalah beberapa pruduk Non Dairy Wipping Cream yang selalu ita gunakan


Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan juga oleh kebanyakan. Kita hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna pakai untuk hiasan kek.


Yang ini pula sama juga seperti di atas tapi ia ada perisa coklat. Ini selalu ita guna untuk base kek sebelum ita tuangkan ganache. Atau boleh juga untuk disalutkan pada permukaan kek jika inginkan kek yang berkrim coklat.



Ini pula ita guna pakai bila ita inginkan perisa pada topping cake. Cara menggunakannya sama cuma kaedahnya sedikit berlainan. Ia menggunakan kaedah 2:1, dimana 2 cawan Whip Topping dan 1 cawan jus atau susu atau apa2 cecair yang kita inginkan.

Dairy Wipping Cream ~ Krim Putar Tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Thick cream atau Double Cream

Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.


 Kegunaan dan cara menggunakannya

Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.


Cara memutarnya perlulah dalam kadar sedrhana, tapi pastikan adunan tidak terlebih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti  pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat

Antara contoh product Dairy Whipping Cream di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. Hanya Anchor sahaja yang ita pasti boleh digunakan, 2 lagi jenama tidak pasti pula tanda halalnya.

Terima kasih kepada sumber rujukan :
http://citarasawan.blogspot.com/2010/03/whipping-cream.html
 http://zachoes.blogspot.com/2011/05/cara-guna-simpan-dan-warna-fresh-cream.html
http://resipimamaleza.blogspot.com/2008/09/mengenai-whipping-cream.html
http://www.motherearthnews.com/Real-Food/2007-09-01/How-to-Make-Butter-at-Home.aspx
http://myzajresepi.blogspot.com/2011/11/perihal-krim-putar-atau-whipping-cream.html 




79 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...akhirnya dpt penjelasan secara terperinci tentang krim ni....saya adalah org yang paling keliru....tq sis...Info yang sangat² berguna utk org baru seperti saya yang baru nak berjinak² dlm membuat kek mengunakan frosting ni...

Tq sis Azlita...♥

ogyep yummy mellow said...

TQVM for d info...

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...terima kasih sbb sudi berkongsi info ni...mmg QH masih lg keliru dgn kedua2 whip cream tsebut..lps ni dh fhm dh...

kak nk tnye...bleh x QH nak amik info ni utk letak kt blog pula...bkn ape sng utk rujukan diri sdri nti...tq...

mohon akak jwp yer..nk minta keizinan...:)

Nazrah said...

Terima kasih atas perkongsian ini..kadangkala bila dah ke bakery jadi konpius gak nak memilih yang mana sesuai

Nieda said...

TQ berkongsi maklumat.

Smlm tersilap beli kek dah jatuh krimnya

Nieda said...

TQ berkongsi maklumat.

Smlm tersilap beli kek dah jatuh krimnya

Azlita Aziz said...

sama2 ummiakid @ lily

sama2 kita berkongsi info

Azlita Aziz said...

sama2 ogy

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam..QH
ramai yg masih keliru dan selalu tanya akak apa beza antara kedua2 bahan tersebut
harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu

Boleh QH.. boleh silakan..berkongsi maklumat untuk rujukan kita bersama

Azlita Aziz said...

Sama2 Nazrah..

Harap2 lepas ni tak kompius lagi.. sebab sayang kalau tersalah beli.. ^_^

Azlita Aziz said...

sama2 Nieda..
Alahai.. sayangnya.. tak pe lepas ni pasti tak silap lagi kan..?

Mat Gebu said...

Very good entry Puan...ok share kat wall saya kejap..yea...terima kasih.

Sebona said...

oh.. kite tak tahu lah kenapa masa pukul whipping cream tu kan, dia cair balik. sedih betul. lepas tu last2 hampa. terus buat buttercream.. :(

Acik Erna said...

salam ita..terima kasih banyak..selama ni acik lansung tak faham..apa bendanya dan perbezaannya 2 benda tu..acik suka simpan resepi dan bila ada je dua benda tu tak pernah cuba buat..tak berani sebab tak faham dan tak tau mana nak cari..
lagi sekali terima kasih.

Ribbon and Circus said...

Kak ita,

Thanks for sharing this. very informative and details! Bravo!

MamaFaMi said...

Tak kiralah apa jenis krim pun... mama tetap phobia. Ntahlah, bila tiba masa nak kena putar krim, mesti terpikir... jadi ke tak cream aku ni... pengabisnya beli yang tube punya je.. pancit terus!

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ....

Jutaan Terima Kasih for the INFO.
Sangat bagus dan mudah difahami terutama sekali orang yg baru berjinak dlm dunia baking macam Nina nie...

Insya'Allah lepas nie tak terkeliru lagi hendaknya .....
hhehee . . .

ijan nizam said...

boleh komen mengenai heavy cream? adakah dia sama dgn dairy cream?

Suliana said...

tq kak ita kongsi pasal benda ni. non dairy tu mmg susah nak dapat, su kena gi kedai bake with yen baru jmpa tapi yg ada kat situ ialah Top pride kalau tak silap. dairy WC plak selalu belu jenama emborg kaler biru tu, mmg pernah terover pukul terus jadi butter, terus buang je. hehe..

Nor said...

salam kak ita, saya dah cuba oreo cheesecake yg kak ita buat dlm majalah saji tu. gigih saya gi cari majalah tu kat kedai huhu...
Alhamdulillah sedap sangat kek tu, cuma saya modify guna dark chocolate (takde white choc) hihi... tapi tak secantik kek yg kak ita buat.
Tq for sharing!

Edi said...

tq kak ita.. good info

edi

asyifamustaffa said...

Salam K.Ita,
tq share info nie....
whip/cream nie selalu buat sy keliru...kadang dah baca 2 ke 3 kali...pgi kedai msti lupa juga...
kak...sy share kat fb...
tq.

aiman yusoff said...

Salam K ita, sy ada beli whipping cream ari tu. Rupanya is like soft marjerin, light yellowish dan ia tak diletak dlm fridge. Tapi it stated as whipping cream dan ini yg jenis dipkt dlm container. Takde brand.
So sy tak sure yg jenis sy beli ini is jenis double cream/ dairy WC or jenis apa?
Pls kindly advise.
FYI, sy guna utk buat cheese frosting for red velvet cake.

aiman yusoff said...

Salam K ita, sy beli whipping cream ari tu. It looks like soft marjerin, light yellowish dan tidak disimpan dlm fridge. Tp takde brand, sbb yg ni dipaket dlm bekas container.
So sy tak sure samada sy beli jenis yg betul for dairy WC/double cream or not?
Pls kindly advise...
FYI, sy nak guna utk buat cheese frosting for red velvet cake..

Tq very much K Ita..

wardahkamaruzzaman said...

Assalam kak ita..nk guna post ni letak kat blog gak boley?senang nk rujuk nnt..sbb bila tgk resepi yg guna whipping cream ni slalu xingt jenis mna satu nk guna huhu..
Makaseh byk2 ya..

illia said...

Salam K.ita,

Tq bg info2 ni..mmg confuse pun slalunye..sy pnh gner dairy whip cream utk buat ganache nape mcm mencair yer biler nk pipe?tgk kt resepi kek dalili tu kak ita pn guna dairy cream jgk. tp sy x letak butter n glukos..

-illia

Natt_Alias said...

Salam k.ita..

sy sgt2 nk tahu..soklannye..

1. dairy whipping cream/ thicked cream masih blh dibuat kek deco kan?sy di aussie cuacanye sejuk...adakah cream akn cpt air jgk?

sgt nk tau sbb nk buat kek birtday ank june ni..n by that time tgh winter..sbb kat cni non dairy whipping cream xde..ada yg dairy whipping cream xhalal..so sy ingt nk guna thicked cream je even kaler agak kekuningan..

trendy collection said...

salam kak ita,

mekaseh info diatas, nak tanya
kalo gune non dairy whipping cream utk wat kek black forest pastu nak hanta kampung tahan x perjalanan,adakah ia nya akan cair..saya dari kl ke lanhang pahang

Yus Nila said...

time kasih kak ita atas info yang sgt2 berguna buat saya.. smlm sya beli 2 jenis whipping cream.. anchor n emborg.. anchor ada tanda halalnya.. tapi emborg sya x jumpa tanda halalnya.. aduss.. nak faham kandungan wc tu lagilah tak paham.. udahnya asben kata buang jer lah.. huhu..

Mikah Lurima said...

Terima kasih, kak! Agak banyak membantu sebenarnya bagi peminat kek berkrim seperti saya ni.

Zania.biz said...

good info..

Unknown said...

info yg berguna. yana baru tahu .. selama nie mmg xdpt bezakn. TQ ^^

Unknown said...

Tkasih bru le akk faham..lau tak, konfius sbb tak tau fungsi setiap cream tu utk apa...tkasih ita!

Nissa said...

Terima Kasih atas info berguna ini..

mama hannan said...

assalam kak ita, kenape masa tgh salut kek, cream ni cepat cair. trpaksa keluar masuk kek dlm freezer sbb x nak bg cream cair. tq

SweetRoz said...

AsSalam ... Tima kasih Akak on the useful info :D

SweetRoz said...

AsSalam .... Tima kasih Akak for the useful info. Masih baru lagi dlm dunia baking-membaking nih :D

Rabia Sensei said...

Salam..Thank you so much for the info. Saya ini baru jer berjinak2 dalam bab membuat kek ini. Mohon share info yer! =D

Unknown said...

as salam.krim yang da tersedia dalam botol spray tu boleh guna tuk hias cup cake x?

puspawangi said...

Salam Kak Ita, kalau non dairy whipping cream mcm jenama rich's gold tu, memang tak boleh digunakan untuk buat chocolate ganache ke? Saya ada baki lg..taktau nk guna buat apa...so igt nk buat coklat ganache...tak boleh eh? Harap respon ye..time kasih byk2...

Azlita Aziz said...

Wasalam, boleh juga tapi ramai yg tak guna sebab ianya lebih mahal..

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

aslm! kalau untuk durian krip, guna yg mana eek? non-diari atau yg diari?

english teacher said...

Assalamu'alaikum kak ita
Salam kenal
Saya suka sekali berkunjung ke blog kak ita walaupun kadang2 tidak terlalu paham 1 atau 2 istilah yang kak ita pakai he..he..
Boleh tanya ya kak, kalau whipping cream yang bubuk gimana perlakuannya?
Bagaimana cara membuat ganache menggunakan yang bubuk ini?
Terimakasih
Salam
Resa

ummuatikah.wordpress.com

nurinsyafiqah said...

ohh patutla..hr 2 sy ada buat pavlova gune rich's yang base punye...sy putar2 mcm biasa tp dia jd berketul....terime kasih ats pnjlasan y tperinci xD

DK Fareedah said...

Salam kak Ita..

Bestnye jumpe blog kak ita ni masa blogwalking.. byk sgt ilmu yg saya boleh belajar kat sini..

Alhamdulillah sebab kak ita ikhlas berkongsi ilmu dgn kami2 ni yg kurang mahir...

Saya akan jdkan blog ni sbg sumber rujukan saya. Terima kasih banyak2 kak...

lilieyz said...

Salam kak ita. Terima kasih berkongsi ilmu. Rasa lebih yakin nak buat kek guna topping whip cream nanti. Saya selalu tsalh beli dan whip cream akan berketul2 jd butter. Sgt kcw tp bila tbaca penerangan begini sgt bguna utk org yg bru nk belajar masak mcm sy.

Unknown said...

tq kakita sangt berguna utk sy..

Unknown said...

tq kakita sngt berguna utk rujukan sy..<3

ratukissdaniella said...

sgt2 brterima ksih pada k.ita...sy nk bt ganache...bru tau anchor ada whipping cream..mtk2 la ada kt kuantan ni tkt xde je...

BamBam said...

Blog yg jujur..

diahiffat said...

mohon share ye kak.ilmu yg brgune sgt.

diahiffat said...

mohon share ye kak.ilmu yg brgune.sy bdk br blajar.

Unknown said...

tq untk info yg sgt bguna ni...adoii dah 2 kali salAh beli..nk beli non dairy whipping cream tp terbeli yg whipping cream uht..eemm tp msh bolh guna untk coklat ganache kan sis...puas belek cari pktaan pda kotak non dairy ingtkn betol dh to salah lg...hmmm nasib sis dah senarai antra brand non dairy lpas ni senang nk cari.tqvm sis

Unknown said...

Tq for gud info.pnglmn prtme buat kek hiasan fresh cream,smua jd kelam kabut sbb slh buat.huhuhu..tp akhirnye jd jgk.tq sgt2.
*jom sihat brsme vitamin shaklee. Layari www.facebook.com/shakleeproducts4u untuk mendapatkan info dan membuat pesanan.

Unknown said...

salam kak, nk tanya dry crim tu klu x de boleh tukar dngan bahan apa ye??

fina.S said...

thanks tuan blog :D

fina.S said...

thanks tuan blog :D

lyeza said...

salam... sgt menarik pasal ini..tp sis sy nk tnye sy ade buat pavlova.. tp nape fresh cream dia cair cpt sgt...thnk sis....

Milla Jamil said...

info yang sangat berguna.

Sabby 🌹 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

time kaseh atas info yg diberikan sgt2 membantu.... skng ni saye dah tahu perbezaan dan kegunaannya.. :)

Unknown said...

Saya puas mencari non dairy.. mane nak cari yer sis.. tesco giant kedai bakeri pon xde..

Unknown said...

Assalamualaikum...saya nk Tanya kenape bila saya putar whipping cream ada keluarkn air?

Unknown said...

Assalamualaikum...saya nk Tanya kenape bila saya putar whipping cream ada keluarkn air? Maksud saya whipping cream uht

Unknown said...

Assalammualaikum kak ita.. akk buat pavlova pakai yg diary @ non diary? Sbb sy tgk akk mcm pakai diary punye je.. then ade tambah ape2 tak mcm gula dan esen vanilla ke

cikNisa said...

assalamualaikum kak. nak tnye. ape kita boleh buat dengan krim masakan ye? sy xde idea la. tq

Sara Ghafar said...

Tma ksih admin

Unknown said...

assalam..terma kasih kak ita..byk info beguna saya dpt dr blog akak..murah rezeki akak n fmily..

Unknown said...

Kak ita..Rich versatie cream non-dairy or dairy type? Bole guna utk topping cake x?

Cik Ash said...

Thank kak ita baru taw pasal whiiping cream ni

Unknown said...

Assalam Kak Ita,, kalau ikut recipe barat, bila mention heavy cream, adakah tu dairy whipping cream (mcm jenama Anchor) tu?

Unknown said...

Nk tnye bole x sis? Kalo cooking cream emborg tu bole x kita buat utk non bake cheese cake??

Unknown said...

Tq 4 info semoga murah rezeki

Unknown said...

Tq 4 info semoga murah rezeki

Unknown said...

Salam kak ita..salam perkenalan dari saya..sy selalu mengikuti perkembangan kak ita..cantik2 kek yg kak selalu post..sy nak tnya,whipping cream yg berbentuk spray tu mcmana kegunaan nya?

siti zubaidah bt basrah said...

Terima kasih k.ita. sangat jelas dan faham. Saya memang nak cari info perbezaan yang lengkap macam ni. Semoga murah rezeki k.ita. terima kasih.

Bintang Autrus Selatan said...

Terima kasih ya atas perkongsiaan sis. Sangat bermanfaat.

Unknown said...

As'salam sis sy nk tnya sy rajin jgk buat kek tp sy masih x mahir lagi pasal krim kek ni sy suka beli freshcream ble dh mixer masa nk deko kat kek kadang kala dia jadi lembik & cair boleh x bg petua camne nk buat ngan krim kek camni @pun cream jenama mne yg lagi bagus

Unknown said...

As'salam sis sy nk tnya sy rajin jgk buat kek tp sy masih x mahir lagi pasal krim kek ni sy suka beli freshcream ble dh mixer masa nk deko kat kek kadang kala dia jadi lembik & cair boleh x bg petua camne nk buat ngan krim kek camni @pun cream jenama mne yg lagi bagus

Post Top Ad

test