PUDING LAICI DANGDUT - masam manis f

Breaking

Jun 28, 2012

PUDING LAICI DANGDUT




Assalamualaikum
Apa khabar semua hari ni ?
Besar harapan ita agar semuanya sihat dan sentiasa ceria. Alhamdulillah ita sihat dan semakin bertambah-tambah sihat pulak sejak kebelakangan ni.. aduyaiii.. tak taulah kenapa selera nak makan ni bertambah-tambah pulak sejak ita di Madinah lagi.. ita asyik makan dan makan dan makan.. tah kenapa ita cukup berselera pulak bila makan disana, sampai terbawa-bawa bila kembali ke tanah air ni..


Bayangkan semasa di sana, para jemaah di beri makan 3 kali sehari. Dari pagi sampai malam semua hidangan di sajikan dengan nasi. Seawal subuh lagi kita dah makan dan makan malam pula agak lewat iaitu selepas waktu Isyak. Bila perut dah kenyang apalagi teruslah kedebammm.. tidur.. tu lah yang buat badan ni.. alahaii.. segan nak cakap!


Mula-mula ita ingat nak posa masa disana, tapi memandangkan cuaca yang sangat panas dan waktu siang yang agak panjang, berapa kali ita hanya dapat puasa separuh hari sahaja, sebab tak tahan terlalu dahaga.. Tapi ada juga para jemaah yang dapat berpuasa penuh.. Alhamdulillah 
Tak lama lagi, umat Islam pun akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Ada juga yang dah mula berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Bagi kaum hawa yang masih belum ganti puasa tu.. segeralah gantikan puasa yang tertinggal tu kan.. nanti kalau ditangguh-tangguh takut terlupa pulak !

Menu ita pada hari ini adalah hidangan 'pencuci mulut' kalau kata orang Melayu. Orang Inggeris pula lebih selesa memanggilnya 'dessert '.
Apa-apa lah kan yang penting ianya adalah sajian yang selalu ita sediakan terutamanya pada bulan puasa kerana suami ita amat gemar makan manisan, lebih-lebih lagi yang lembut-lembut dan dingin.


Hari ni ita sediakan Puding Laici Dangdut. Resepi ilham dari tukang masak kesayangan ita, juga  kesayangan semua peminat dunia masakan. Siapa lagi kalau bukan Kak Hanieliza. 

Kenapa ianya di panggil Puding Laici Dangdut??  emmmm...  kot-kot masa kak liza mencipta puding ni era zaman kegemilangan dangdut kot.. atau masa tu kak liza sedang asyik mendengar alunan lagu dangdut di corong radio, itu yang timbul nama tu.. tapi pada firasat ita kerana puding ni lembut dan bergoyang-goyang ala-ala Inul gituuu.. tu lah yang membuatkan kak Liza mengambil keputusan untuk meletakkan namanya puding laici dangdut... kot wallahualam.. nak tau lebih lanjut kena lah tanya dengan kak Liza..


Sebelum ita pergi umrah hari tu, ita ada ternampak Yatie buat. Masa tu ada keinginan nak buat, entah macam mana tak berkesempatan nak buat. Bila balik umrah hari tu memang teringin sangat nak makan puding laici ni.. tu lah ita merajinkan diri melayan anak tekak yang dah lama sangat mengidam ni..

Kepada yang belum cuba, mesti kena cuba! sedap tau puding ni.. Lembut dan halus aje.. Bila lalu kat anak tekak ni terasa licin aje.. seakan ia melompat-lompat dan bergoyang dangdut pula dalam mulut ita ni.. alahaiii.. lega rasa bila dah dapat menikmati segelas puding yang dingin..

Untuk membuatnya ita cadangkan untuk buat dalam gelas, mangkuk kaca atau dalam bekas kecil. Ini kerana puding sangat lembut. Kalau nak buat dalam acuan, kena lebihkan sedikit agar-agar supaya ia keras sedikit. Tapi kalau selera ita, memang ita sangat suka puding yang halus dan lembut macam ni..

Adunan dapat banyak, jadi pada yang tak besar anggota keluarganya tu buat lah 1/2 adunan sahaja. 
Ita kisar sekali sedikit buah laici dan masukkan dalam adunan. Itu terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Terima kasih ita kepada kak Liza selaku penyumbang resepi dan juga kepada Yatie yang telah mewar-warkan tentang ke sedapan puding laici dangdut ni.
 

PUDING LAICI DANGDUT
By : Kak Hanieliza
Rujukan : Yatie

10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
1 tin susu cair

Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.


23 comments:

asyifamustaffa said...

menu wajib buat tiap kali pose ni kak...:) mmg sedap..!

Azie said...

As salam Ita. Boleh cuba biasa ni. Jemputlah Ita singgah dapur kita, Azie Kitchen. Dapur kita tak lah femes macam dapur ita

Choco Ani said...

Cak Cak Itaaaa Ani singgah ni.. ada lagi ke puding Laici ituhh.. kalau dah bis tak pa lah.. bebila saya buat ya.. trima kasih resepinya ;)

ibundo said...

salam ita. Sejuk terasa puding tu dalam tekak ni. Boleh buat menu untuk ramadhan. tq ita.

Unknown said...

sangat terliur....

sure tekak sejuk dan nyaman...

faa.rosli said...

nmpak sedap je..dah laa tgh dahaga..hihi

ibh_sue said...

Aslmkum kak ita.
Rindu dgn gambo masakan akk.
Puding tu kalo mkn sejuk lg sedap kan. Dah terasa2 pulak puding laici akk tu.

Anonymous said...

sedapnya kak ita

musim2 panas dapat makan ni best ni

misshannajr said...

aduh kak ita..sedapnya puding ni..dah la putih suci jer kaler dia..mana akak dpt laici fresh siap ada daun lagi tu kak? ada kebun laici ke hehe

Amie said...

Bestnya! Nak berdangdut dulu.. lepas tu baru nak slurrppppp slurrrpppp

norhanim md zain said...

as salam ita selamat kembali memeriahkan alam masakkan. Kena secawan puding laici adus sejuk aja tekak nie..cantik semua photo photo :-)

Salmi Khairil said...

ermm..sedapnya, segar plak tu

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

Nampak menyelerakan, puding laici ni memang kesukaan family my hubby.....:)

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

nampak menyelerakan dan cantik gambarnya, puding laici ni memang kesukaan family my hubby......:)

IELA said...

my fav nie! dah lama xbuat.. yumm!:)

fazian.batrisyia said...

Sedapnya puding ni...laici tu yg membuatkan lg sedapppp

ummiaisyah said...

sy pon minat puding ni....mmg berdangdut sakan kalo dpt makan..muahaha

Yatie said...

mmng sedapkan puding ni Ita, dahlah sedap..senang pulak tu buatnya...ntah dah berapa kali Yatie buat puding ni gara2 layan tekak sendiri....kih3...

Kak Nik Ja said...

salam ita...gembira ita dah kembali...photo2 ita begitu menenangkan..SubhanaAllah!!

Love2cook Malaysia said...

Memang favourite puding laici Kak Hanieliza ini...and you made it sooooooo perfect la kak! Love the photos!

Nur-nba said...

Salam.. Gambar puding Kak Ita sangat cantik dan semestinya rasanya sedap sangat...

rahel said...

Salam Kak Azlita...
Puding laici sentiasa nyaman....

monasrie said...

salam kak..GD dah try dan memang sedap..minta halal GD sharekan dlm blog ye.. terima kasih
http://monasrie.blogspot.com/2013/04/puding-laici-dangdut.html

Post Top Ad

test