Semoga kita bertemu kembali... - masam manis f

Breaking

Jun 4, 2012

Semoga kita bertemu kembali...

Kehadapan saudara-saudaraku yang ku kasihi, sahabat-sahabat yang ku hormati dan sayangi..
Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh..

Sahabatku, 
Alhamdulillah, terlebih dahulu ita panjatkan rasa syukur kerana masih lagi berkesempatan untuk melayangkan warkah buat semua..
Mungkin ketika warkah ini kalian tatap dan baca, besar kemungkinan ita sudahpun berangkat ke Tanah Suci untuk menyahut panggilan Illahi bagi mengerjakan ibadah Umrah dalam bulan Rejab pada tahun ini.

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, ita diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Sesungguhnya telah lama ita menyimpan hasrat untuk menziarahi Kota Suci dan bumi Para Anbia disamping melakukan ibadah Umrah. Ita berharap ita diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi dan dipermudahkan segala urusan ita disana kelak. Mudah-mudahan ibadah dan amalan ita diterima oleh Nya.

Terlebih dahulu, ita dengan rasa rendah diri, menyusun 10 jari, memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, seandainya dalam masa kita bersahabat, mungkin ada kata-kata ita yang menguris perasaan, ada coretan ita yang merobek hati nurani, atau ada perlakuan ita yang mengundang api kemarahan dan kebencian antara kita, maaf ita pinta. Sesungguhnya ita hanyalah hambanya yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
"Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
~ Surah An-Nur

Dalam Hadis yang lain , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberikan kelapangan kepada seseorang dengan harta bendamu, tetapi kamu dapat memberikan kelapangan kepada mereka dengan muka yang berseri-seri dan budi pekerti yang baik"
~ Riwayat Abu Ya'la

Halalkan segala-gala yang telah dikongsikan dan telah menjadi darah daging dalam sekujur tubuh ini. Yang juga telah dikongsikan buat hidangan kaum keluarga dan teman-teman. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat ganjaran dan pandangan yang baik juga dari Allah SWT

Sebelum ita mengakhiri coretan ini, doakan kesejahteraan ita disana, semoga ita diberikan ketenangan dan kelapangan, diberikan kesihatan yang baik, dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sempurna.
Doakan ita selamat pergi dan selamat kembali..


Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai perkara yang mengembirakan dan hilangkan perasaa takut ini dengan kenteteraman..

Ya Allah, sejukkan gelora hati ini dengan salju keyakinan dan padamkan gelojak api di jiwa ini dengan air keimanan..

Ya Allah, berilah rasa damai bagi jiwa-jiwa yang keresahan ini suatu kedamaian...

Ya Allah, tunjukkan penglihatan ini menuju cahayaMu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalan Mu yang lurus dan dibawah pertunjukMu

Ya Allah, lenyapkan segala keraguan, hancurkan segala kebatilan yang bersarang dengan sinaran kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu..

Ya Allah, hanya pada keagunganMu segalanya terasa lapang..

Salam sayang buat semua...

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga




~ semua gambar dari Google

77 comments:

zila norazila said...

semoga kak ita deberi kesihatan yg baik disana..selamat pergi dan juga kembali..aminn

ummiaisyah said...

selamat beribadat utk kak ita dan keluarga..semoga dipermudhkn semua urusan..

norhanim md zain said...

as salam ita semoga di permudahkan segala urusan..selamat pergi dan kembali...amin...

Gee® said...

Semoga ita dapat menjalani ibadah umrah ini dlm suasana yg tenang dan sempurna.... juga selamat pergi dan selamat kembali... amin.

CT Delima said...

AS'salam Azlita

Alhamdulillahhh...tiada apa lagi yang dapat CT ungkapkan hanya merasakan rasa syukur yang teramat sangat, sebab Ita terlebih dahulu sampai ketahan suci sebelum CT. Namun itu jugalah keinginan CT selama ini.

Doa dari seorang kawan mu dikejauhan semoga Ita diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan disana ..Insya'Allah..Aminnnnn

Nuwairani said...

amin...semoga semuanya selamat di sana...

mashitah said...

salam kak ita,
sejuk hati saya membaca blog nie, Insyallah saya pun ingin menjejaki ke tanah suci...saya doakan kak ita dpt keberkatan di sana ...Amin

Shahriah Abdullah Novelis said...

Aminnnn... Selamat pergi dan kembali Kak Azlita cayangggggg... moga segala urusan di sana di permudahkan Aminnnnnnn....

Dapur usang said...

aamin semoga segala doa mu dikabulkan dan selamat jalan dgn penuh keimanan dan dipermudahkan segala urusan mu disana

fazian.batrisyia said...

Semoga mendapat umrah yg mabrur....& dimudahkan segala urusan ibadah...Rindu Kak Ita...nanti share experience ye...(Sy dah dapatkan majlah AROMA)!

-icha03- said...

semoga slmt pergi dan slmt kembali
semoga dikurniakan kesihatan yg baik
take care kak..
:)

aJa said...

Alhamdulillah.

semoga kak ita sihat sejahtera dan dibawah lindunganNya.

selamat pergi dan selamat kembali.

Nur-nba said...

Assalamualaikum. Buat Kak Azlita, "Selamat menunaikan ibadah umrah". Semoga semua urusan akak dipermudahkan olehNya..

Puan Eka said...

semoga perjalanan kak ita dan keluarga dirahmati Allah SWT

selamat pergi dan pulang..

AMIN

ucubakery said...

Amin..semoga k.ita diberi kesejahteraan , kekuatan,kesabaran, ketenangan di sana sepanjang menjalani ibadah umrah disana..
selamat pergi dan selamat pulang ketanah air...

Kek Kawin said...

Aminnn...semoga dipermudahkan segala urusan disana dan selamat pergi dan kembali...amin

rahel said...

Semoga segala doa mu dikabulkan..selamat menunaikan ibadah umrah..semoga sentiasa diberi kekuatan iman..

amal salleh said...

semoga selamat pergi dan blik serta dpt buat amal dengan tenang :)

Unknown said...

salam Ita,semoga diberi kesihatan yang baik disana dan dipermudahkan urusan umrah Ita,doa kan akak supya dpt sampai lagi kesana ya memang tiada tempat yg lebih bahagia selain dari Mekah dan Madinah...rindu nya ..

Kak Rose said...

Semuga segala urusan ita akan dipermudahkan. Amin..

semuga satu hari nnti kak rose akan sampai juga kesana dengan izinnya.

Ayu said...

Semuga, perjalanan pergi & balik dan urusan disana diperrmudahkaa ya ita..
Amin ya rabbal alamin..

Cheq Sue said...

semoga kak ita & keluarga dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan dada semasa di sana... ^^

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga dipermudahkan... Amin..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak ITa...Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya...

SIHAT DAN CANTIK said...

Semoga Kak Ita sihat dan dapat menjalani Ibadah Umrah dengan sempurna....

dapurCikWan said...

selamat beribadah kak ita ;) semoga selamat pergi dan selamat kembali.

IELA said...

aminnn... semoga segalanya dipermudahkan untuk kak Ita. Selamat pergi dan kembali...

Martika Diyana said...

Assalammualaikum Kak Ita... Semoga akak tenang menjalankan ibadah.. saya doakan akak sihat selalu.. selamat pg dan balik

sabar dubai said...

selamat menunaikan ibadah di tanah suci nnti yerr kak ita...dan semoga segala urusan akan dipermudahkan amin...

sabar dubai said...

selamat menunaikan ibadah di tanah suci nnti yerr kak ita...dan semoga segala urusan akan dipermudahkan amin...

Aku Along25 said...

kak ita, smoga selamat pergi & selamat pulang. tidak lupa, yang paling penting dapat mengejakan ibadah di Tanah Suci. Insya-Allah.

zuwaidah said...

semoga dipermudahkan segala urusan di sana, moga perjalanan selamat pergi dan kembali. amin

Ummi said...

Amiiiinn....Alhamdulillah seronok akak mendengar pemergian Ita dan keluarga untuk menunaikan umrah dibulan Rejab, bulan Allah ini, semoga keampunan dipinta akan diredhai dan diberi ketenangan ketika menunaikan ibadah... Selamat pergi dan selamat kembali jualah doa dari akak mengiringi pemergian Ita... Salam sayang...semoga bertemu lagi..

Unknown said...

Alhamdulillahhh...tiada yang dapat yati ucapkan selain rasa syukur yang teramat sangat, kerana Ita terlebih dahulu dijemput menjad tetamu Allah s.w.t.
Semoga ita dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah umrah dlm suasana yg tenang juga selamat pergi dan selamat kembali.

khairiah khaizu said...

Alhamdulillah...moga ita selamat pergi n selamat kembali....semoga doa ita dimakbulkan

Love2cook Malaysia said...

Wish you a safe journey kak...:)

Mat Gebu said...

Moga selamat pergi dan kembali..dan dipermudahkan segala urusan...ameenn..

lelakiterindah said...

syukur alhamdulillah, semoga kak ita selamat pergi dan selamat pulang....aminnn

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga saya pon 1 ari nanti dapat menjejakkan kaki ke sana jugak...insyaAllah

Nina Mirza said...

Buat Kak Ita tersayang ....

Syukur Alhamdulillah.. Tahniah kak!!
Nina tumpang happy mendengar berita ini dari kak Ita. Terharu rasanya.....
Moga kak Ita sekeluarga diberi kesihatan, kekuatan, ketabahan, ketenangan dan juga keberkatan disana nanti.
Dengan harapan kak Ita sekeluarga dapat menjalani ibadah ini sebaiknnya. Moga dipermudahkan segala urusan dan semuanya lancar dan selamat.
Amin ....

Pasti akan merindui Kak Ita..
Salam sayang,
Nina Mirza

Anonymous said...

alhamdulillah..semoga selamat pergi dan kembali..

*Mrsfarahzaki * said...

Alhamdulillah..untungnya kak ita dah di jemput ke sana (= jangan lupa doakan kami semua..

RamRamCute said...

semoga semuanya dipermudahkan ye kak ita..selamat pergi dan kembali .... :)

Yatie said...

Syukur Alhamdulillah, moga Ita sekeluarga di berikan kesihatan yg baik dan dapat melakukan ibadah dngn penuh ketenangan. Moga setiap amal ibadah di terima Allah dan mendapat umrah yg Mabrur. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin...moga selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan segala urusan..

ninazsyafinaz said...

Selamat mengerjakan ibadah umrah untuk Kak ita..semoga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah.

Cik Puan Izan❤ said...

alhamdulillah...semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...Aminn

Kak Nita said...

Salam Kak Ita,

Selamat berangkat!
Semoga selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan segala urusan,InsyaAllah...

Linda Syead said...

seronok menjadi tetamu Allah

Hesti HH. said...

Amiiiin, semoga segala urusan lancar, senantiasa diberikan kesehatan tuk menunaikan umrohnya...

Ida,Japan said...

Alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan akak & family ...see u sis

Natasha said...

alhamdullillah, syukur, didoakan selamat pergi dan kembali juga dipermudahkan perjalanan.aminnnnn........

Natasha said...

alhamdullilah..didoakan selamat pergi dan kembali dan dipermudahkan segala urusan ..amin.....

ZURA said...

Assalamualaikum, kak.....

Alhamdulillah, akak dpt menjejakkn kaki di rumah Allah(yg mana semua umatnya teringin ke sana, begitu jua saya). Semoga akak n keluarga dpt menunaikan ibadah dengan tenang dan tawaduk....

just4u said...

Salam Kak Ita. Ini pertama kali saya anta msg walaupun dah byk kali amik resepi drpd akak. Hehhehehe ^^

Di sini saya doakan perjalanan akak sekeluarga selamat pergi dan pulang. Saya juga doakan, semoga ibadat dan doa akak di sana dimakbulkan Allah. Insyallah.

just4u said...

Salam Kak Ita. Ini pertama kali saya anta msg kat akak, walaupun dah byk resepi saya amik dari akak..huuhuhuh..jgn mare yek ^^.

Di sini saya doakan semoga perjalanan akak sekeluarga selamat pergi dan pulang. Saya juga doakan semoga ibadat dan doa akak di sana dimakbulkan oleh Allah. Insyallah.

Aini Iskandar said...

Alhamdulillah syukur Dan tahniah untuk Kak Ita sekeluarga...
Semoga dpt menjalankan ibadat umrah dgn hati yg tenang Dan dipermudahkan segala urusan...

Aini Iskandar said...

Alhamdulillah syukur Dan tahniah buat Kak Ita sekeluarga..
Semoga dipermudahkan urusan Kak Ita disana Dan dpt mengerjakan ibadat umrah dgn hati yg tenang...

Anonymous said...

Alhamdullillah, dah sampai akak di tanah suci. Insyallah saya akan menyusul juga tahun depan.

hazliza said...

semoga dipermudahkan segala urusan..insyaallah..

Norzie hany said...

Semoga di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan di sana.Selamat pergi dan selamat kembali.

Ain Fajar said...

Alahmadulillah syukur dengan rezki Allah kepada k.ita semoga segala bejalan dengan baik hendaknya...seronoknya dpt pg tanah suci..

Rozie said...

Semoga selamat pergi dn kembali... doakn supaya kami pun boleh pi sana jugak..

Amie said...

Selamat pergi dan selamat kembali... moga dipermudahkan segala urusan di sana.

cikNor said...

kak ita,selamat menjalani ibadah umrah...moga mendapat keberkatan drp ALLAH swt

asyifamustaffa said...

As salam k.Ita,
selamat menunaikan ibadah umrah....moga mendapat segala keberkatannya....

moga selamat pergi dan pulang kak...

Shasha Mohamed said...

Selamat menunaikan umrah, semoga semuanya berjalan lancar.
Selamat pergi dan selamat kembali.
Jaga diri...

Unknown said...

Alhamdulillah kak Ita...semoga akak selamat mengerjakan ibadah umrah dan mendapat umrah yang mabrur..InsyaAllah. Semoga segala hajat dan doa yg dipohon dimakbulkan Allah hendaknya..insyaAllah amin.

Liza said...

alhamdulillah kak ita, semoga akk selamat pergi dan selamat kembali...Aaminn
Semoga semuanya dipermudahkanNya...

Wattie said...

Salam singgah,
Disini mengaminkan segala doa, semuga selamat pergi dan selamat kembali serta dipermudahkan segala urusan...
.

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Selamat beribadat utk kak Ita n family...semoga segala urusan akan dipermudahkan olehNya dan pulang membawa seribu kerahmatan....Amin...

Nini D.. said...

selamat menunaikan umrah kak..selamat pergi & selamat pulang ya..moga semuanya selamat.

ismi nisa said...

Semoga K.Ita diberi kekuatan dalam menjalani ibadah di tanah suci ...dan selamat pergi dan balik

ayedauni said...

Salam,

Selamat berkenalan &saya seronok baca N3 akak semua. Moga selamat pergi & pulang serta dipermudahkan segala urusan di sana.

fAtrinA said...

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang :)

Wana Yusuf said...

Alhamdulillah... semoga berakhir dgn kebaikan...

razak said...

Salam Puan Ita,
izinkan saya copy Coretan ini, terima kaseh

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.

Post Top Ad

test