Maaf sekali lagi kerana lewat ita bersiaran, sebenarnya dah tak sabar dan rindu sangat nak bersiaran. Namun, apakan daya, line internet di area rumah ita masih lagi bermasalah.. Mungkin ada rahmatnya kerana Dia minta ita berehat sepenuhnya sebelum mula bersiaran kembali.
Sebenarnya kepergian ita ke tanah suci adalah berseorangan. Pada mulanya perancangan ita ke sana bersama suami, bersempena hadiah ulang tahun perkhawinan kami yang ke 18 tahun dan jatuh pada 6 June. Sebagaimana yang kita ketahui, walau seteliti mana perancangan yang telah kita atur, perancangan dari Allah juga yang kita akur. Akhirnya berangkatlah ita berseorang ke Tanah Suci di pagi subuh yang hening dengan menaiki pesawat MAS MH 8000 dari KLIA ke Madinah.
Ita akur dan pasrah dengan kentetuannya, Ita pasti perancangan dari Allah adalah yang terbaik buat hambanya. Berbekalkan semangat dan keazaman yang mengunung tinggi dan cita-cita yang dah lama tersemat di sudut hati, ita bertekad untuk pergi juga walaupun terpaksa bersendirian. Ita pasti Allah sentiasa berada disisi, memberikan ita perlindungan dan pertunjuk.
Pelbagai perasaan bermain dalam benak fikiran, gembira, terharu dan sedih meninggalkan keluarga tersayang bersarang di hati ini. Namun demi cinta ita pada Ilahi dan kekasihNya, ita cuba pendamkan perasaan itu jauh-jauh.
Penerbangan dari KLIA ke Madinah mengambil masa selama 7 jam. Sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, airmata ita terus berjurai turun hingga tak tertahan-tahan..
Cuaca di Madinah agak panas dan suhu sekitar 42 C. Alhamdulillah walaupun cuaca agak panas dan terik namun, ita dan para jemaah yang lainnya dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Kami berada di Madinah selama 3 hari 2 malam.
Penduduk di Madinah pula sangat baik, peramah dan sentiasa mengukir senyuman.
Madinah
Atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai penduduk seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar atau kota".
Kota ini terletak di tengah-tengah lembah yang subur, dikelilingi oleh bukit-bukit batu. Cuacanya adalah ekstrim iaitu kalau panas terlalu panas dan kalau sejuk ia terlalu sejuk. Rasulullah S. A.W meminta penduduknya selalu bersabar sebagaimana sabdanya :
" sesiapa daripada umatku yang sabar menanggung kesusahan Madinah, aku akan memberikan syafaat kepadanya di hari kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya"
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad S.A.W. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad S.A.W. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid Ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah S.A.W, setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah beliau dari Mekkah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangun sejak saat-saat pertama Rasulullah A.A.W. tiba di Madinah, ialah di tempat unta tunggangan Nabi S.A.W. menghentikan perjalanannya. Lokasi itu adalah tempat penjemuran buah kurma milik anak yatim dua bersaudara Sahl dan Suhail bin ‘Amr, yang kemudian dibeli oleh Rasulullah S.A.W. untuk dibangunkan masjid dan tempat kediaman beliau.
Awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 m × 50 m, dengan tinggi atap sekitar 3. 5 m Rasulullah S.A.W. turut membangunnya dengan tangannya sendiri, bersama-sama dengan para shahabat dan kaum muslimin. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiangnya dari batang kurma. Sebagian atapnya dibiarkan terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa pencahayaan di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit pencahayaan dengan membakar jerami.
Kemudian, pada salah satu sisi masjid, dibangun kediaman Nabi S.A.W. Kediaman Nabi ini tidak seberapa besar dan tidak lebih mewah dari keadaan masjidnya, hanya tentu saja lebih tertutup. Selain itu ada pula bahagian yang digunakan sebagai tempat orang-orang fakir-miskin yang tidak memiliki rumah. Kebelakangan, orang-orang ini dikenal sebagai ahlussufah atau para penghuni teras masjid.
Setelah itu berkali-kali masjid ini direnovasi dan diperluas. Renovasi yang pertama dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab pada tahun 17 H, dan yang kedua oleh Khalifah Utsman bin Affan pada tahun 29 H. Di zaman modern, Raja Abdul Aziz dari Kerajaan Saudi Arabia meluaskan masjid ini menjadi 6.024 m² pada tahun 1372 H. Perluasan ini kemudian dilanjutkan oleh penerusnya, Raja Fahd pada tahun 1414 H, sehingga luas bangunan masjidnya hampir mencapai 100,000 m², ditambah dengan lantai atas yang mencapai luas 67,000 m² dan pelataran masjid yang dapat digunakan untuk salat seluas 135,000 m². Masjid Nabawi kini dapat menampung kira-kira 535,000 jemaah.
Masjid Nabawi ini sangat cantik dan berdekorasi moden. Namun, para jemaah tidak dibenarkan merakamkan gambar dalam masjid Nabawi. Setiap jemaah yang ingin masuk kedalam masjid akan diperiksa dengan teliti oleh pertugas di pintu masuk.
Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu bakar Al-Shiddiq dan Saidina Umar Al Khattab ~ gambar dari google |
Makam Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W. dimakamkan di tempat wafatnya, iaitu di tempat yang dahulunya adalah kamar Ummul Mukminin Aisyah ra., isteri Nabi S.A.W. Kemudian berturut-turut dimakamkan pula dua sahabat terdekatnya di tempat yang sama, iaitu Saidina Abu Bakar Al-Shiddiq dan Saidina Umar bin Khattab.
Kerana perluasan Masjid Nabawi, ketiga-tiga makam itu kini berada di dalam masjid, iaitu di sudut tenggara (kiri depan) masjid.
Aisyah sendiri, dan banyak lagi shahabat yang lain, dimakamkan di pemakaman umum Baqi. Dahulu terpisah cukup jauh, kini dengan perluasan masjid, permakaman Baqi jadi terletak bersebelahan dengan halaman Masjid Nabawi.
Raudah ~ gambar dari google |
Salah satu kawasan di dalam Masjid Nabawi iaitu di ruang yang terdapat di atara rumah kediaman Siti Aisyah dengan mimbar Rasulullah S.A.W
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Kawasan yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku adalah sebuah taman dari beberapa taman di syurga dan mimbarku terletak diatas kolamku"
Raudah terletak di bahagian kiri selatan masjid, lebih kurang 5 m di belakang Mihrab Imam solat fardu di Masjid Nabawi. Ciri yang paling utama ialah, warna karpetnya putih kehijau-hijauan dan sangat berlainan dengan warna karpet keseluruhan karpet di dalam Masjid Nabawi yang berwarna merah.
Raudah terletak di sebelah kanan makam Rasulullah S.A.W. Terdapat Mihrab Nabi (di mana Rasulullah S.A.W selalu menjadi Imam di Mihrab ini. Sekarang ianya masih digunakan untuk solat Jumaat) terdapat juga Mimbar Utama dan tangga menuju tempat Muadzin.
Para ulamak menggalakkan kita beribadah dan memperbanyakkan berdoa kepada Allah ketika berada di Raudah. Doa-doa yang dipanjatkan dari Raudlah ini diyakini akan dikabulkan oleh Allah S.W.T
Bagi jemaah wanita pula, terdapat waktu tertentu untuk menziarahi Raudah.
Perkuburan Baqi ~ gambar dari google |
Perkuburan Baqi
Menurut catatan sejarah, orang yang pertama dimakamkan di sini adalah ‘Utsman bin Mazh‘un, seorang sahabat dari kalangan Muhajirin yang terkenal saleh dan hidup sederhana, yang meninggal dunia pada 5 H/626 M. Sedangkan Ibrahim, putra pasangan suami-istri Rasul Saw. dan Mariyah Al-Qibthiyyah yang berasal dari Mesir, adalah orang kedua yang dimakamkan di sini. Di makam ini pula terdapat makam para isteri Rasulullah S.A.W : Aisyah binti Abu Bakar As Shiddiq, Saudah binti Zam‘ah, Hafshah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyah binti Al-Harits, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, dan Shafiyyah binti Huyai.
Sedangkan keluarga beliau yang dikebumikan di sini, selain putera-puteri beliau, antara lain Abbas bin Abdul Muththalib, Hasan bin Ali, dan Ali Zain Al Abidin. Sementara di antara para sahabat yang dimakamkan di sini ialah Utsman bin Affan, Abdullah bin Mas‘ud, Abdurrahman bin Auf, dan Saad bin Abu Waqqash. Di antara Imam empat mazhab, hanya Malik bin Anas yang dimakamkan di sini.
Perkuburan ini adalah untuk penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal di Madinah. Rasulullah S.A.W semasa hayatnya sentiasa menziarahi perkuburan ini, sama ada siang ataupun malam hari. Baginda sering mendoakan supaya diampunkan dosa mereka yang dikuburkan di sini.
Diriwayatkan oleh Al Tarmizi daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W setiap kali melintasi perkuburan ini baginda akan memberi salam dan berdoa maksudnya :
" Selamat sejahtera wahai ahli -ahli kubur, semoga Allah mengampunkan kamu semua"
Menurut sesetengah ulama, bahawa tanah perkuburan yang paling baik sekali ialah Tanah Perkuburan Baqi
Namun demikian jemaah perempuan tidak di benarkan memasuki kawasan Pemakaman Baqi.
Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Madinah_al-Munawwarah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_an-Nabawi
http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Nabawi
51 comments:
alhamdulillah.. kak ita dah selamat menjalani ibadah umrah. mesti duk teringat2 lg berada di haramain.
bila dah sekali pergi. nak pegi je lg. dah tak nampak tempat lain yg best..
Alhamdulillah,akak sy pn baru blk 13 jun yg lps..mmg seronok sgt dpt peluang pegi sana..smpai skrg ni pn rasa rindu sgt... :)
Selamat kembali ke tanahair Ita.
Selamat kembali kak ita..doakan saya juga akan dijemput oleh-Nya suatu hari nanti :)
salam kak ita
alhamdulillah ..............
selamat kembali ke tanahair. Seronok tgk kak ita berpeluang ke tanah suci. Insyaallah satu hari nanti hanim nak juga menjejak kaki ke sana. Mesti banyak pengalaman suka duka kak ita kat sana kan.....
salam kak ita
alhamdulillah ..............
selamat kembali ke tanahair. Seronok tgk kak ita berpeluang ke tanah suci. Insyaallah satu hari nanti hanim nak juga menjejak kaki ke sana. Mesti banyak pengalaman suka duka kak ita kat sana kan.....
salam kak ita,
cantik permandangan kat sana... Syukur kak Ita Selamat sampai ke tanahair...
Salam
Syukur kak ita dah selamat sampai ke tanahair... Cantik betul permandangan kat sana...
Alhamdulillah dapat jemputan dari Allah untuk menziarah kedua-dua tanah suci dengan dipermudahkanNya.
alhamdulillah dah selamat kembali semula ke tanah air... syukur segalanya dipermudahkan walaupun ita terpaksa pergi tanpa suami di sisi.... entah bila pula giliran akak ke sana... mudah2an ada rezeki satu hari nanti... amin...
cantik sungguh pemandangan di sana ye ita...
Assalammualaikum kak ita,apakah kak ita..sukanya saya dapat ke Mekah, Insyallah saya pun nak ke sana juga...semoga kak ita sekeluarga dlm keadaan sihat.Amin
Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air kak ita, semoga mendapat Umrah yang mabrur.. Ameen..
Pastinya dalm seminggu dua ni mesti kak ita akan terkenang-kenang perjalanan hidup selama 2 minggu disana.. :))
Syukur alhamdulillah dan tahniah Ita....
Alhamdulillh dah selmt kembali... syukur kn dapat jejak kn kaki kesana...
alhamdullilah kak...
dah sampai kak ita ke tanah air....
sejuk tengok pic tu kak...
entah bila mimie bisa berkunjung ke rumah allah...
mudah2an suatu hari nanti,,aminn...
rinddddduuuu....dgn kak ita...ehee
salam..kak ita,stiap kali jijah p keja,leher tertinjau2 kot2 ternampak kelibat kat kLia,leh jmpe k.ita balik dri umrah..tapi xde rezeki nak jumpa.xapalah,bile bace apa yg akak tulis kat atas,air mata ni mleleh2 xsemena2..mungkin jugak hati terasa nak sgt2 pergi ke makkah..moga d perkenankan olehNYA..amenn...take care sis!
salam dek ita ku yg lawa dan manis.. syukur kehadrat illahi kerana dek ita kembali dgn selamat setelah ketanah suci..wpun keseorangan..tahniah kak ilah ucapkan... terkedu juga kak ilah mmbaca kisah permulaan dek ita..kuat juga hati dek ita... semoga kak ilah dpt kekuatan spt itu..aminnn..
As'Kum Kak Azlita cayangg.. Syukur Alhamdulillah.. akak telah selamat kembali Syukur kak.. :) Sha yang belum pernah ke sana hati ni sayu aje melihat tiap gambar yang kak Azlita kongsikan buat kami semua...
Insyallah sha sebenarnya dah lama menabung untuk ke sana dan hanya tinggal tunggu masa yang sesuai Insyallah.. sama juga seperti Kak Azlita.. sha terpaksa tangguhkan nak menjejakkan kaki ke tanah suci dek kerana suami yang belum lagi dapat kelepasan cuti panjang... Insyallah satu hari nanti sha pasti akan kesana jua.. *harapan meninggi gunung.. sebak dan sayu*
Kak Azlita selamat kembali kedunia blogger ya kak.. berehatlah secukupnya... sha tunggu N3 akak seterusnya..
sayang akak... muahh...
masya allah... tahniah akak, sgt terharu baca entri ni.. sgt bertuah sapa yg sampai.. sy belum sampai lg.. i'allah, makin kuat cita2 nak ke sana lps baca akak tulis nie.. take care ya kak ita..
As'salam Azlita
Alhamdulillah...Rindu dengan perkabarn dari Ita ni hehehe. syukur Ita selamat semasa disana, sesungguhnya setiap insan memang mempunyai niat untuk menjejakkan kaki kesana termasuklah diri CT juga. Namun belum sampai waktunya untuk CT dan suami agaknya, bersabarlah dulu. Insya'Allah bila sudah sampai masanya kami akan menyusul juga..aminnn
menjadikan saya pun tak sabar nak ke sana, bila lah agaknya..
Alhamdulillah Ita dah selamat sampai ketanah air,sabak dan sayu membaca tulisan Ita,walaupun akak dah lama kesana tapi bila baca tulisan Ita rasa macam baru je balik dari sana,mudah2an ALLAH murahkan rezeki utk kesana lagi, dan akak jugak rindukan masakan Ita yg sedap2 tu..
Membaca catatan rakan taulan yang pulang dari Tanah Suci ni..sesungguhnya rasa rindu yang amat sangat untuk pergi lagi dan lagi..Semuga diberi peluang menjejaki lagi Tanah Suci ini.
Alhamdulillah ita sudah selamt pergi dan selamat kembali..Insyaallah ade rezki nanti pergi berdua pulak yek!! mokwo belum sampai..tapi memang terlalu teringin nak pergi...belum ade rezki nampaknya!
salam kak ita cayang.Sihat ya kak dan
alhamdullillah sudah selamat kembali ke tanahair ya..
Bila melihat gambar makam Rasulullah SAW, Raudah dan perkuburan Baqi kat Madinah mmg mengamit memori Sha dekat sana, semoga Sha dapat kembali kesana lagi bersama anak anak dan suami sebagai tetamu Allah...Amin
Alhamdulillah Ita dah selamat kembali ke Tanah Air. InsyaAllah kalau ada rezeki, Ita boleh pergi lagi bersama keluarga tersayang.
Selamat kembali puan...alhamdulillah, berehat cukup2 dulu yea...
Selamat kembali ke Tanah Air Kak Ita..
rindu dekat kak ita!
semangat merundum untuk mencuba resepi2 baru....
moga2 dapat menjadi tetamu Nya lagi dan lagi...insyaALLAH....
:)
alhmdlh. slmt kembali. rindu mskan k ita :-)
Alhamdulillah Sis ita dah selamat kembali ke tanah air. Sangat² terharu membaca entri ini, bertuah sangat² sis dh berjaya menjejak kaki ke sana di mana tempat impian setiap hamba Allah....
InsyaAllah muga impian saya dan suami juga kesampaian...ulang tahun kita dekat²...saya 3 june...1995.
Alhamdulillah...dah selamat sampai. Bestnyer dapat sampai ke Tanah Suci Mekah & Madinah...
salam Kak Ita.
selamat kembali. smg akk n family sihat. alhamdulillah sronok tgk akak smpi ke tanah suci. mudah2an rakan2 akk yg lain pun dpt menjejakkan kaki ke tanah suci.
rindu kat akak!
A'salam Kak Ita cayanggg ....
Syukur Alhamdulillah kak Ita telah selamat menunaikannya dan selamat kembali ke tanahair untuk bersama keluarga dan kami semua..
Baru lah Nina tahu...
betapa beratnya rasa RINDU kan entry dan sentuhan dari kak Ita. Setiap hari terus menanti dan terus menanti. Dan hari nie HAPPY teramat sangat dapat berita dari kak Ita..
Take care kak
Salam cayang,
Nina Mirza
alhamdulillah kak ita da selamat menjadi tetamu Allah..kite rindu sgt2 dgn azan kt masjidil haram....ya allah harap2 dpt menjadi tetamu Allah lagi....sane panas mcm kt dubai...
Alhamdulillah..selamat pulang Akak..
salam ita..alhamdulillah...slmt kembali...terimakasih berkongsi cerita...best nyerrr..slmt berehat juga yea...
alhamdulillah kak ita sekeluarga dah selamat kembali... terima kasih dengan bingkisan ni... sebak dada melihatnya
assalamualaikum ita selamat kembali ya..rindu menunggu menu menu istimewa dr ita :-)
Alhamduliallh... selamat kembali ke tanah air.. Tahniah & syukur ke hadratNya atas terlaksananya Haji Kecil ke atas Kak Ita...
Selamat bersiaran semula...
Assalam Ita cayanggg...salam rindu dari akak, sori lambat datang sbb berkursus 2 hari ni... Alhamdulillah Ita telah selamat kembali...semoga dirimu dikembalikan kepada fitrah diri yang lebih baik hendaknya...amiiin....muaahh, muaaahh... x sabar nak tunggu entry2 menarik di dapur Ita...
Slmt kembali k.ita.. Baca entry ni rasa rindu nk pegi kt sana lg... Bestnye kan..
ALHAMDULILLAH...selamat kembali ke tanah air buat kak Ita.
asslm Kak Ita cayangku...alhamdulillah akak slmt kembali ke tanah air...terima kasih kak dgn perkongsian bingkisan dr Mekah tu...QH pon mmg ade psg niat utk ke sna..InsyaAllah bile ade rezkinye spi la ke sna nti...suka tgk gmbo2 yg akak kongsikan tu...cantik2 sggh pmandangan di sana...
Assalamualaikum Kak Azlita.. Syukur Alhamdulillah akak dah selamat sampai ke tanah air dan telah selamat menunaikan ibadah umrah.. Tak mengapa kak.. Akak tentu letih dan penat.. Dapatkan rehat secukupnya dan nanti bolehlah update entri2 menarik dalam blog kesayangan ramai ni..
Gambar2 akak ni mengingatkan kenangan Nur waktu di sana bulan lepas.. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesempatan untuk kita kembali lagi ke Tanah Suci untuk ibadah haji pula.. Amin.
Alhamdulillah..memang panas cuaca kat sana masa sekrng ni. saya ke sana bln 5 thn lepas pun temp dah 4O degree c. memang sangat merindui utk menjadi tetamu Allah lagi.. selamat berehat kak.
seronoknya. semoga nadiah dan keluarga juga diberi peluang oleh Allah untuk menunaikan ibadat di sana. doakan ye kak ita :)
assalamualaikum k.ita. selamat pulang ke tanah air. alhamdulillah k.ita sihat ehhh.. tapi slow2 bab bersiaran kay.. moga hilang semua kepenatan dulu.. :D
terima kasih sbb share kisah di sana. membuatkan saya lagi sangat teringin nak pergi.. :)
Alhamdulillah, akak selamat pulang. Berseorangan rupanya...Akak mmg wanita yg cekal...Dah terpilih jd tetamu Allah berseorangan kita kena redha & terima itulah percaturan terbaik utk hambaNya...Inginnya nak ke sana...
alhamdulillah, selamat sampai. moga dapat rehat yang secukupnya.
mudah2an saya juga dpat menjejakkan kaki di bumi ALLAH nanti, insyaallah!
assalamualaikum kak ita...
saya pun umrah pergi lebih kurang tarikh kak ita tp xde jodoh nak jmpa kak ita kak sana... sayu je hati bila buat tawaf wida' ..tak de perkataan dapat gambar bila dpt solat depan kaabah dan di raudhah... ..semoga berpeluang lagi mnjadi tetamu Allah..
Post a Comment