Apa khabar rakan-rakan yang ita hormati dan kasihi sekalian.
Harap-harap semuanya sihat, ceria-ceria selalu dan sentiasa berada di dalam
rahmat Allah SWT.
Alhamdulillah ita sihat, cuma mood memasak macam hilang
sekejap di bawa terbang oleh debu-debu pasir di padang yang tandus..
Bila dah lama tak ke dapur, mulalah terasa malas.
Bahan-bahan memasak pun banyak yang dah lapuk.. aiii.. macam lama sangat dapur
tu tak berasap kan??
Tak pe lah kan.. bagi ita sedikit masa untuk ita kumpulkan
kembali tenaga, semangat dan mood memasak.. esok lusa ok lah kot..
Terima kasih Duminah
Sebenarnya dah rindu sangat nak berblog semula, tapi bila
balik internet pulak bermasalah, serta merta mood pun hilang. Aduyaiii… bilalah
masalah internet di rumah ni nak selesai.
Siasat punya siasat, setelah berbincang dan mencari punca
masalah baru lah tahu yang masalah berpunca dari kabel bawah tanah rumah ita
ni. Tu lah masalahnya kalau semua wire di konsilkan dalam tembok batu, segala
kerosakan dan kecuaian pihak kontraktor tidak dapat di kenalpasti. Jalan
penyelesaian terpaksalah di buat semula talian baru. Nak buat pon mengambil
masa.. tah bila lah kontraktor ni nak datang dan buat semula pendawaian kabel..
sabar aje lah kan..
|
Terima kasih Rifa Ib
Aik! Ita ni dah semakin kuat membebel kan? Semalam pun
Dalili dah berbunyi, “amboiii, mak.. sejak balik umrah ni makin kuat
berleter..” hihi bukan berleter lah.. tu tazkirah namanya.. haha sabarje le..
Dalili
Ok lah tak mau bebel banyak-banyak
Diam tak diam.. dah 41 tahun dah usia ita sekarang..
Haaaaa??? 41 tahun.. dah mula melangkah ke era kilauan emas.. Alhamdulillah, semoga semakin meningkat usia semakin mematangkan ita dan apa-apa juga tindakan atau keputusan yang akan ita buat.
|
Terima kasih Ryan Numeiry
Selalu ita terfikir dan menyoroti kembali 42 tahun yang lampau. Apalah yang telah ita lakukan
dalam diri ita. Apakah sumbangan ita pada keluarga, terutamanya pada suami,
emak, ayah serta anak-anak tersayang..
Apakah layak ita berada di kelompok anak-anak soleha?
Apakah ita sesabar Nabi Ismail yang sentiasa sabar dan taat
pada ayahnya Nabi Ibrahim serta patuh pada penciptaNya.
Apakah ita layak mendapat tempat di sana sebagai isteri soleha?
Seperti Siti Khadijah yang sentiasa berada disisi Rasulullah
SAW, memberikan semangat dan sokongan.
Sangup mendaki Gua Hira yang tinggi semata-mata untuk
menghantarkan bekalan buat suami tercinta.
Atau seperti Siti Hajar yang taat kepada suami walaupun
terpaksa ditinggalkan di padang pasir yang kering dan tandus.
Atau layakkah ita menjadi ibu mithali buat ana-anak tersayang?
Sebagaimana Siti Hajar yang berlari antara Safar dan Marwah demi mencari seteguk air buat penghilang dahaga anak kesayangan.
|
Terima kasih Liza Haw
Berapa banyak pula amalan yang telah ita kumpul untuk di
hisab di sana kelak?
Ya Allah, bila mengenangkan semua itu terasa takut pula nak
mula melangkah kehadapan, terasa banyak sangat banyang-banyang yang mengikut
dibelakang.
Kalau dapat ita putarkan kembali putaran masa yang beredar,
mahu sahaja ita kembali dan memulakan kehidupan yang baru.
|
Terima Kasih Ita Izuan
Tapi itulah perancangan yang telah di atur. Semuanya telah
berlalu dan tidak akan berulang semula. Apa yang pasti setiap yang berlaku ada
kebaikan dan keburukannya, lebih mematangkan, semakin mendewasakan dan
membuatkan kita semakin bijak berfikir. Sebagaimana Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 1:
"sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian meminta untuk disegerakan.."
|
Terima kasih Iza Iskandar
Betapapun hari demi hari akan terus berganti, tahun demi
tahun akan terus berlalu, malam demi malam pula akan datang silih berganti.
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan
akan berakhir dengan keberanian, dan kegelisahan akan ada sinar kedamaian.
Sesungguhnya setiap kesulitan itu akan tetap muncul kemudahan. Semoga hari-hari
yang mendatang menjanjikan kedamaian dan kebahagian.
|
Terima kasih sarina Puteri Hamzah
Jutaaan terima kasih pada rakan-rakan yang sentiasa berikan
ita sokongan, tidak kira ketika ita suka atau berada didalam kedukaan.
Sesungguhnya persahabatan yang terjalin ibarat air sungai yang mengalir, tidak
akan kering jika tidak sampai musim kemaraunya.
Terima kasih atas ucapan Hari lahir yang tidak putus-putus
ita terima seawal pagi hari. Maaf andai ada yang ita tak sempat lagi
membalasnya atau mungkin ada yang ita terlepas pandang. Terima kasih juga buat
rakan-rakan yang layangkan kat ucapan, juga yang mengalunkan halua telinga ita
dengan dendangan lagu Ulang Tahun, semuanya cukup bermakna buat ita. Semoga
doa-doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan oleh yang Maha Esa. Hanya pada Nya
jua ita memohon agar kalian juga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dibawah
lindunganNya.
|
Terima kasih Azrinna Basri |
Terima kasih Ainul Fitri |
Terima kasih Noorazniah Mamat |
Terima kasih Norhayati salleh |
Terima kasih Yasemin |
36 comments:
Selamat kembali dari umrah Ita, tahniah atas semua yg Ita capai selama 41 tahun ini. Tak perlulah kita kenang perkara yg lepas, teruskan pandang kehadapan. Mungkin kakzana belum wish apa2 dan disini kakzana harap apa yg Ita impikan selama ini telah tertunai. Amin.
Selamat Hari JAdi KAk ITa,
Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang sempurna olehNya.. InshaAllah.. AMINNNN..
Assalam Ita.
Happy birthday...Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat.
salam dek ita.. banyaknya hadiah birthday ita.... kak ilah tumpang gembira dgn kelahiran ita 41 tahun yg lalu.. kak ilah dah mula bergerak ke angka 50 tak lama lagi 46 dah.. esok pula ulang thn 24 kak kawen... mmg cepa tmasa berlalu kan dek ita...
apapunn kak ilah lagi sekali amek ksempatan..nak ucap selamat hari lahir.... semoga dpt meneruskan masak memasak... semoga ita bahagia dan sihat selalu disamping keluarga..aminnn
Happy belated birthday Kak Ita.. maaf Ani terlambat wish.. Semoga Kak Ita sentiasa di dalam lindugan dan keberkatan allah swt.. Aminn
Happi Birthday kak ita...semoga sentiasa dalam keberkatan dariNya...
Selamat ulangtahun kak ita...semoga dengan pertambahan satu angka lagi ni membuatkan kak ita lebih bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. semoga kak ita dan keluarga dilindungi Allah selamanya... ^_^
salam pagi ahad..selamat harilahir buat kak ita..dah masuk 4series ye..jijah tahun depan msuk lew 4series..uwaaaa!!jijah doakan akak skeluarga sentiasa di bawah payung rahmatNYA,smoga akak terus berkarya didapor hensem akak tu..moga dapat berjumpa ngan akak 1hri nanti..take care!!
assalamualaikum kak..
saye baru je jalan2 kat blog akk ni.. setelah diperkenalkan oleh kawan saye.. dan saye da terpesona dgn sume resipi2 dessert akk ni.. esp. apom cornetto.. hehehe..
slamat ulangtahun yg ke 41 ye kak.. hehe..
Asslm kak...hepi befday ;)
Salam.. Apa khabar Kak Azlita? Maaf agak terlewat untuk wish.. Semalam agak sibuk kerana ada Hari Terbuka di sek.
"Happy Belated Birthday buat Kak Azlita".. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik untuk akak, kebahagiaan yang berkekalan dan dirahmati Allah sentiasa...
Harap lepas ni talian internet di rumah akak dah ok.. Tak sabar nak tengok juadah2 enak dan mempesonakan hasil kreativiti akak.. Take care sis!! :)
assalamualaikum...
alhamdulillah dah selamat sampai ke tanah air yer kak....dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 41...semoga akak dan family sentiasa dirahmati Allah selalu......
selamat harijadi Kak Ita sayang...semoga kak Ita sekeluarga sentiasa dalam rahmat-Nya..
Salam kenal dan Selamat ulangtahun kak Ita... Semoga sentiasa sejahtera dan dalam lindungan Allah... Nice & Inspiring blog... Keep it up Kak Ita :) ...
assalamualaikum ita..
Wish u a Happy Birthday semoga sentiasa dalam keadaan sihat ceria..dan di rahmati Allah..:))
Selamat harijadi Kak Azlita...
hepy besday K.Ita...:)
semoga panjang umurnya...dan sentiasa dimurahkan rezeki..........
A'kum...Kak Ita
Selamat Hari Lahir, moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan agar dapat mengingatinya selalu dan mwlaksanakan tanggungjawab terhadapnya sebaik mungkin....amin :)
As-salam..
Selamat hari lahir, moga panjang umur & dimurahkan rezeki
happy birthday kak ita, semoga berbahagia di samping keluarga ye..
Assalam Ita cayang...maaflah akak x bersiaran sabtu dan ahad kelmarin, jadi terlepas entry dan notification di FB jgk...adeeii.. Harap akak masih belum terlambat.. Selamat Hari Lahir buat Ita, semoga sentiasa diberi kebahgiaan, panjang umur dan murah rezeki serta kehidupan diberkati Allah swt. jua hendaknya...amiiin...
Salam sayang dr akak, muaahh!
assalamualaikum,
selamat hari lahir..suka sangat ngan blog ni..suka sangat ngan sbb dapat belajar wat cake :)
Happy Birthday Kak Ita. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
I wish ur the happiest birthday..on this yaer..love to see u keep blogging..sis..Alhamdulilah..<3
Selamat ulangtahun kelahiran Kak Ita.. ;))
Selamat panjang umur dan semoga senantiasa didalam lindungan dan rahmat dari Allah SWT.....
selamat hari ulangtahun kelahiran kak Ita. Semoga di berikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan ......
Amin ..........
Selamat hari jadi Kak Ita!!!!
tak terlambat ucapkan selamat ulangtahun. semoga dirahmati ALLAH. amin
selamat hari lahir ita
semoga berjaya di dunia dan diakhirat!
Alhamdulillah K'Ita dh selamat menunaikan ibadah umrah
& selamat Hari Lahir kak Ita yer
Assalamualaikum Ita,
Maaf terlewat wish birthday Ita..sabtu dan ahad Yatie busy sangat....line tenet pun slow memanjang..btw Selamat Hari Lahir buat sahabat kesayanganku,moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan dan moga hidupmu sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin...
Kak Ita...Selamat Hari Ulangtahun...Semoga diberkati usia dan mendapat keredhaan Allah. Bila agaknya dapat kita bersua muka ye...Teringin rasa nak jumpa kak ita live..
assalamualaikum kak ita...salam perkenalan...kita minat akak sesangat...sbb blog akak paling istimewa...:)
Assalamualaikum....firstly happy besday kak ita smuga panjang umur dan dimurahkan rezeki...usia hanyalah angka yang penting kelihatan muda dan berseri tu penting hehehe....
Assalamuaikum...firstly happy besday kak it smuga panjang umur dan dimurahkan rezeki...usia itu hanyalah angka yang penting sentiasa kelihatan muda dan berseri hehehe...
Post a Comment