Buah apalah ni.. - masam manis f

Breaking

Jul 6, 2012

Buah apalah ni..

Assalamualaikum


Pernah nampak buah ni? Buah apalah agaknya ni kan..
Pasti ramai yang mengaru-garu kepala macam kurang pasti.. Buah duku ke??

Kalau nak tau inilah buah sentul atau nama saintifiknya Sandori koetjape. Buah sentul adalah buah yang jarang di temui. Pohonnya berasal dari Semenanjung Malaysian dan Indocina, namun semakin pupus dek arus pembangunan dan agak sukar ditemui sekarang ini. Di Malaysia, dikatakan pohon sentul banyak tumbuh di pantai timur terutamanya di Kelantan.


Selain sentul ada yang memanggilnya buah kecapi atau buah stia. Buah sentul seakan-akan buah duku, berkulit tebal dan mempunyai isi yang berulas-ulas. Namun isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal. Kulitnya pula agak tebal dan amat payah untuk di kupas. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan bertukar ke warna coklat kekuningan apabila telah masak. Di Malaysia terdapat 2 jenis buah sentul. Satu yang mempunyai kulit tebal dan satu lagi berkulit nipis. Di katakan yang berkulit tebal lebih masam dan kelat, berbanding dengan yang berkulit nipis yang manis rasanya. Rasanya seakan-akan isi buah koko atau buah durian belanda. Selepas di kupas ianya hendaklah segera di makan kerana jika di biarkan isinya akan bertukar warna ke merah kecoklatan.


Pohon sentul merupakan pohon yang rimbun dan besar seakan pokok balak. Pohonya boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Batangnya pula boleh mencapai ukurlilit sehingga 90 cm. Pohonya mempunyai getah yang berwarna putih susu seakan susu getah.

Kayu pohon sentul di katakan mempunyai mutu yang baik. Ia boleh digunakan untuk membuat kayu rumah, perabut dan lain-lain lagi bahan pertukangan. Kayunya dikatakan mudah diselengarakan untuk kerja-kerja pertukangan tangan.


Pelbagai bahagian pokok ini di katakan mempunyai khasiat dan digunakan dalam perubatan tradisional. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengubati demam. Serbuk kulit batangnya dikatakan dapat mengubati masalah cacing gelang. Akarnya pula untuk masalah kembung perut, sakit perut atau diare serta dikatakan dapat memulihkan kesihatan wanita selepas bersalin.


Di Kelantan biasanya buah sentul di jadikan jeruk. Buah yang dijadikan jeruk tidak dibuang kulitnya, hanya di kupas kulit luarnya sahaja dan terus dijerukkan  dan dimasukkan ke dalam botol untuk di jual.

Selain itu masyarakat Kelantan juga memakannya dengan cara mengupas kulit luarnya, kemudian buahnya di cincang-cincang di sekelilingnya supaya senang dipecahkan. Buah sentul juga di makan bersama budu yang dicampurkan dengan sedikit gula dan cili api, dan popular dengan nama Colek Sentul.

Selain daripada itu buah sentul juga biasa di letakkan di dalam masakan, seperti Gulai Lemak Ikan Duri Bersama Buah Sentul.



Rujukan :
http://id.wikipedia.org/wiki/Kecapi_%28buah%29
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=304&cat=

41 comments:

mykitchen said...

Salam perkenalan akak...
Kalu di kelate kulit nipis tu kami pgl buah stia..manakala yg kulit tebal buah sentul..

Nur-nba said...

Salam. Kak Ita, Nur tak pernah makan buah ni.. Pertama kali melihatnya.. Rupanya seperti buah duku.. Tq for the info..

rahel said...

Salam Kak Ita..
Dulu kat kampong kita puas makan ni buah sentul...masam manis rasanya dan dagingnya tu pun kadang kami jadikan asam dan masak dengan singgang ikan..bila ternampak gambar sentul kat dapur akak ni memang kecur2 je liur...dah byk kali telan liur ni sambil jari menaip...

cikNor said...

dah lama Nor tak tengok buah sentul ni,dulu masa kecik2 selalu gak mkn tu pun masa time balik kg kt kedah...masam-masam manis sedap cicah ngan kicap...

Amie said...

Besar tinggi pokok sentul ni. Masa kecik2 dulu selalu ikut budak lelaki lempar kayu, atau lastik buah sentul atas pokok...

Hesti HH. said...

Langsung ngiler lihat buah ini Kak Ita. Kalau di Indonesia namanya juga kecapi, tapi kalau di daerahku namanya sattulu.

ibh_sue said...

Aslmkum kak.
Sue mula2 jumpa buah ni rasa pelik gak. Ingat buah duku beso. Tp, klu x jumpa mmg sue x tau la ini buah sentul. Heee

atie @ ejay said...

salam kak ita..saya panggil buah setul.kalau yg lg tebal kulitnya lupa panggil apa.. ada org buat jeruk lada buahnya,kalau ke klate time musimnya banyakla nampak jeruk buah ni.. tp yg ati paling suka, kulitnya tu after buang kulit luar, celur sekejap ramas sikit buang airnya then campur dlm gulai atau masak lemak kuning ikan tu...waaaa bestnya!!:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Di Kedah ia dikenali sebagai SETOL, disebut SETOI... ada dalam salah satu entry saya :-)))

Tapi frust sebab tak pernah rasa lagi, hihi

Aisy Nasiha said...

penah makan...buah ni ada di kwsn kampung saya...best makan dgn garam kicap beramai2...

Kamsiah yusoff said...

salam
biasanya dibuat jeruk,bersekali dgn kulitnya yg telah dikupas...sedap..

Hitsugaya Hadi (æ°·) said...

waaahhmm fevret niii .. org Qlate panggil 'woh stor' .. haha,, sedak2 ..!

tika hapsari nilmada said...

Hi Ita...
I'm so familiar with this fruit. In Indonesia we call it buah kecapi. Beda sedikit lah dengan manggis (mangosteen) :)

liemaopurut a.k.a ana said...

tak penah rasa pun buah ni kak... teringin nak merasa ;p

A.B.M said...

salam..
akak punya gambar sgt tempting lah!
akak guna lens camera ape ye?
:)

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Buah yabg unik, jarang2 ditemui.

LiNa_Pg said...

Aduh lamanya xjumpa buah ni.Sy pun panggil sentul,tp kt png lain sket jd sentoi lak.Sdp tu wt menyicah

Hany Gallery said...

Assalam. Teringat ms kecik dlu, kat kg saya ada pokok sentul ni. Saya suka makan, biji pun ditelan. Kulitnya boleh juga masak lemak. Skrg ni dah susah nak dpt dah, sayang sekali.

Nisa-mom said...

Dear Ita,di Indonesia kita sebut ini buat kecapi.. rasanya asam manis.. :) Kalau sudah tua, kulit luar akan berwarna gelap,dan biasanya daging nya berasa manis. sejak bermukim di US, saya tidak pernah lagi melihat buah kecapi. Kadang jadi rindu kampung halaman..

aisha said...

salam kak ita,

wua nampak buah sentul ni, teringin sgt2 pulak nak mkn..dulu kecil2 slalu sgt mkn, skrg cam susah je nak jumpa..isi yg sgt manis, dan kulit ye slalu, buang nipis, dan cicah garam..terliur2 tgk gmbr2 sentul akak ni...;p

LidiaSuraya said...

Ehhh x pnh jumpa pun buah ni.. :)

Anonymous said...

salam kak ita

tgk buah sentul teringat zaman budak2 time kat kg dulu

Niza said...

Susah nak jumpa buah ni.. sedap buah ni masam masam manis...

watachiwa said...

buat sayur lemak kulit buah sentul ni best. letak petai,isi ikan selayang

Salmi Khairil said...

buah sentul..ermm masam tapi sedap..

Gee® said...

Ermmmm.... kaya dgn idea lah Ita ni....

cikja said...

dah berpuluh tahun tak makan sentul ni..biasa nk makn tak guna pisau..just baling kuat2 kat batu nanti dia pecah..huhu..

fAtrinA said...

Wahhh da lama xjumpa. Dulu masa kecik kat kg byk. Org ganu panggil 'buah sto' dan ''buah stia'. Xingat dah mana 1 hehe.

Nieda said...

Rupanya buah ni berasal dr Indochina dan Malaysia.
Kalau dari Vietnam saiznya sangat besar 4, 5 x besarnya berbanding buah dari Mlaysia.

Wani SK said...

salam kak ita.. baru je beberapa hari lepas ibu bawak balik yg sentul saiz besar .. kawan dia yag bagi.. wani ingilu pulak rasa nak makan sebab masam kan.. hihi.. teringat zaman budak2 kat belkaang rumah lama wani dulu ada 2 pohon sentul ni .. sekrang dah x de dah dek arus pembangunan...

Unknown said...

Sedapnya....
kecur liur dibuatnya...

Mmg best buah nie...
Kulitnya buang nipis2...
pastu dicincang2 dan disalut garam...
wah...bestnya makan...
sampai terpejam mata...

Biasanya saya jumpa buah nie di sebelah seberang perai..

*camera shot yg cantik...Tahniah yer Kak Ita...!

Unknown said...

Salam kak ita..

)oo buah ni.. Kat penang, kitorang panggil buah setei/stei (xtau nak eja macam mana :))
kat belakang umah nanie dulu ada pokok nya.. besar sangat..
Buah ni kalau makan dicicah dengan kicap+gula sangat la sedap.. :)

Lieya said...

Adoiiii kak... lama gile saya tak makan buah ni, dulu kat kg aku sepokok buah sentol ni, tp dah lama mati... sape nak tolong poskan??? Kasi hilang ngidam ni ha...

Ct Baizura said...

Betul kata Nanie Khairani.. kat penang kami panggil buah s-tey, dulu kecik2 dok kampung nak cari buah ni naik je bkt blkg kg, tp skrg semua dah tak dak sbb buat rumah flat dah. Cara kami makan buah ni tumbuk cili merah + kicap+ gula...uihhh sedap. lg sedap kalau buat jeruk...tp skrg tak tau nak cari jeruk s-tey ni kat mana...buah ni kat market tmn tun sardon ada tp ikut musim la.

Noni Ahmad said...

woh sto @ stapi. Lupa yg mana nama utk kulit tbl n besor, yg mana utk kulit nipis kcl... Sedap buat jeruk dgn air gula n cili mesin... Or cicah ngan garam + gula + cili api. Berasap!!

zara said...

sedapnya kak Ita, terliur zara.. mmg tgh cari buah sentul ni.. lagi 1 buah binjai.. puas cari dah.. tak jumpa lg.. almaklum la tgh mengidam macam2 nak.. kak Ita beli dkt mana ye?. Boleh zara g beli.

zara said...

Wah sedapnya kak Ita, zara tgh mencari merata tmpt tak jumpa lagi buah sentul dan binjai yg diidamkan.. kak Ita beli kat mana?.. leh kongsi dgn zara tmpt jual tu tak?.. tgh mengidam ni macam2 nak mkn.. bila tak jumpa tu yg frust sgt.

Unknown said...

salam..apakah perbezaan saiz antara setoi dan stia?Apakah setoi lebih besar dr stia atau sebaliknya?yg dinyatakan cuma perbezaan kulit nipis dan tebal.Masih lg umum dan tidak menggambarkan saiznya kerana ada yg berbalah mengenai saiz buah2 ni.Harap penjelasan..tq

Unknown said...

Aku x pnh mkn dgn tengok pun buah ni..kesiannye aku...

Unknown said...

Aku x pnh mkn dgn tengok pun buah ni..kesiannye aku...

red dandelion said...

Buat rendang setui sedap ni sis...mmg musim dinanti2

Post Top Ad

test