PUDING TAPAI RINTIK CENDOL - masam manis f

Breaking

Jul 6, 2012

PUDING TAPAI RINTIK CENDOL

Assalamualaikum


Selamat tengahari semua..
Ada yang kurang sihat ke hari ni?
Kalau yang tak sihat tu kenalah rajin-rajin makan ubat. Permakanan pun kena jaga juga. Almaklumlah sekarang ni cuaca tak menentu, kadang hujan kadang panas terik. Musim buah-buahan juga merancakkan lagi penyakit-penyakit untuk menyerang tubuh badan. Ditambah-tambah lagi udara yang tidak sihat dengan masalah jerebu dan pencemaran. Oleh itu pandai-pandailah kita menjaga kesihatan tubuh badan supaya kita tidak di serang penyakit yang berbahaya.


Bercerita tentang masalah penyakit, baru-baru ini ita menerima perkhabaran yang tidak baik tentang kesihatan mak cik ita. Doktor mengesah bahawa beliau telah mengidap Breast Cancer, satu penyakit yang amat membimbangkan kaum wanita. Berita ini memberi satu macam troma untuk kami sekeluarga, namun kami pasrah dengan kentuan yang maha esa. Ita berharap mak cik ita tabah, sabar dan reda dengan segala dugaan yang datang.


Walaupun ita tidak lah terlalu rapat dengan mak cik ita ni, namun setiap kali Hari Raya, pasti rumah beliaulah yang pertama sekali kami kunjungi. Memandangkan emak dan bapa ita sangat rapat dengan mereka. Kakak-kakak dan abang ita juga pernah menetap di rumah beliau semasa zaman persekolah kerana beliau suami isteri adalah guru, jadi beliau dan suaminya lah yang banyak memberikan ilmu dan mendidik kakak-kakak dan abang ita.


Bukan keluarga ita sahaja yang rapat dengan beliau malah sepupu-sepapat ita juga ramai yang di bela oleh beliau semasa zaman persekolahan memandangkan beliau hanya ada seorang anak sahaja. Oleh itu anak-anak buah lah tempat beliau suami isteri menumpang kasih sayang.

Ita memohan kepada Allah supaya diberikan kesempatan kepada mak cik ita untuk pulih dan sihat seperti sediakala. Agar beliau dapat menjalani kehidupan sehariannya dengan ceria.


Hari ini ita nak kongsikan resepi puding. Sebenarnya resepi ini pernah kongsikan  dalam majalah SAJI bulan Jun. Ita dapat idea untuk membuat puding ni hasil rujukan ita pada sebuah buku masakan oleh Nunung, seorang pakar masak dari Indonesia.

Resepi asal Nunung menggunakan tapai ubi, sebaliknya ita gantikan dengan tapai pulut. Pada mulanya ita agak ragu-ragu untuk membuat puding ni. Sedap ke rasanya?? itulah perkara yang selalu bermain dalam kota ingatan ita setiap kali ita ingin mencuba sesuatu yang baru.

Melihatkan puding yang cantik dengan tekstur warna yang menarik, ita kuatkan juga semangat untuk mencuba. Kebetulan pada masa ita buat puding ni ita menerima pangilan telefon dari editor majalah SAJI yang meminta ita muatkan beberapa resepi untuk di sisipkan dalam majalah mereka. Wah! macam langkah kanan pula kan..
Ita pun bercadang untuk kongsikan resepi ni dalam majalah SAJI untuk keluaran Jun. Kebetulan pula majalah SAJI inginkan sesuatu yang baru dari ita yang tidak pernah ita kongsikan dalam blog atau mana-mana majalah. Maka tersisiplah resepi Puding Rintik Cendol dalam majalah SAJI untuk bulan Jun yang lalu.


Terima kasih ita juga buat rakan-rakan yang telah dapatkan majalah SAJI dan yang sentiasa berikan ita sokongan. Bagaimana pula dengan bulan Julai ni?? dah dapatkan majalah SAJI bulan Julai? ada bloger kesayangan ita tau di dalamnya.. Jangan lupa juga untuk menyertai peraduan bersama Chef Amer. Hadiah menarik pasti menanti anda. Hadiah yang cukup istimewa kepada mereka yang amat meminati dunia masakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyambar senaskah majalah SAJI di pasaran.


PUDING TAPAI RINTIK CENDOL
Ilham dari: Nunung 

100 gm cendol
100 gm tapai pulut
sedikit pewarna pink
Campurkan tapai pulut dengan pewarna pink, kemudian cuci bersih, ketepikan
~ Cuci ni bilas atau lalukan dekat air sahaja untuk buang lebihan warna pink. Jangan bimbang kerana rasanya masih ada. Proses ini hanya untuk dapatkan rintik-rintik pink sahaja dalam puding.

Lapisan Hijau

1/2 paket agar-agar serbuk agar-agar
180 gm gula pasir 
900ml santan dari 1 biji kelapa
Secubit garam
3 biji kuning telur dipukul
300g tapai pulut ~ dikisar
Pewarna hijau secukupnya
1/2 sudu teh paste pandan


Satukan agar-agar, gula, santan dan garam, kacau rata.
Kemudian masak hingga mendidih. Kecilkan apinya.
Ambil sebahagian adunan agar-agar lalu campurkan kedalam kuning telur sambil dipukul rata. Kemudian masukkan kembali kedalam baki agar-agar tadi.
Masukkan tapai pulut yang dikisar kemudian kacau rata
Ambil 1/3 adunan dan campurkan dengan cendol dan tapai pulut yang diwarnakan pink ~ Ketepikan.
Warnakan lebihan adunan agar-agar pulut dengan warna hijau dan paste pandan.
Tuangkan 1/2 bahagian adunan hijau kedalam loyang persegi berukuran 10cmx20cm dan biarkan ia mengeras.


Lapisan Karemel

3 sudu besar gula pasir
250ml air panas

Panaskan gula dalam periuk kecil hingga kekuningan dan menjadi karamel. Tuangkan air panas dan kacau rata. Ketepikan.

1/2 paket agar-agar
200ml air
3 sudu besar gula pasir

Masak semua agar-agar, air dan gula  hingga mendidih. Tuangkan karamel kedalam agar-agar
Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian.

Tuang 1 bahagian di atas puding hijau.
Biarkan mengeras.
Tuangkan agar-agar cendol di atasnya.
Biarkan mengeras.
Kemudian tuangkan semula puding karamel dan lebihan puding hijau secara berturut.
Biarkan ia sejuk dan simpan di dalam peti ais.
Keluarkan puding dari loyang dan hidangkan.




29 comments:

Person who adores cooking.... said...

Salam jumaat Kak Ita...
Aduhaiii cantik, kemas, bersih, warna pun sejuk mata memandang....tergoda saya.

Gee® said...

Nak puding cantik tu sepotong...

AbbotCottage said...

Cantiknyaaaaa...sayang nak makan...cantik...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita,
mcmana nak elak lapisan puding tu terpisah dengan lapisan satu lagi?

ari tu hanim buat agar2 lapis, bila nak potong abis semua terburai.
hu hu hu hu hu sadis sangat

tergoda tengok puding tapai rintik cendol kak ita ni

Unknown said...

aduhaii..meleleh ayaq lioq..hehehe

aTiE said...

Assalam kak..
tertarik ngan resepi nih..
cuma nak tanya pasal ni "Campurkan tapai pulut dengan pewarna pink, kemudian cuci bersih, ketepikan"
maksud akak tapai yg dlm bungkusan daub (contoh) tu gaul ngan warna pink n basuh mcm kita basuh beras?? bukan kalo basuh nng lendir or air tapai tuh hilang?? maybe rasa pon hilang???

Norlela Sulaiman said...

salam ita. cantik nyer puding tu..insyaallah nk cuba nti..tq yea:)

ameris said...

aduhh cantiknya kak ita puding ni.

Unknown said...

Salam...

cantiknya puding tapai ni... sayang betul laa kalau nak makan... cantik sangat!

laskar pelangi said...

Alahai..tergoda sungguh tengok puding tu.Kreatif betul.Dah macam bukan puding.Hihi:) Lapisan by lapisan tu sempurna je..Kalau saya buat,mesti tak jadi kemas camni..:))

Rozie said...

terpesona dgn persembahan akak

Art'tien said...

Salam kak ita. Cantik & kemasla puding tuu..nak tanya utk Sukatan setengah peket agar2 tu yang berapa gram yea...

liemaopurut a.k.a ana said...

kak ita....nak beberapa potong bole?? hehehe cantek la kak....sayang nye la nak makan puding tu ;p

Mel said...

It really look so gorgeous and pretty, especially in the center of the pudding! It just drenched me away looking at this perfect pudding you have made! Do you mind to tell me what camera you are using? Excellent shots here.

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Kemas ja lapisannya. Spt biasa, tabik utk gambo akk..Cantikkk

Anonymous said...

salam jumaat akak...tergoda tengok puding tuuu...canteeek saaangattt...ahaksss

RYOVZHVR said...

salam kak ita , amboi... cantik dan kemas je puding ni.. nak sepotong!

Ummi said...

Assalam Ita cayang....ambooiiihhh x puas memandang puding tapai Ita ni taauuu, cantik betul kejadiannya...tengok dalam majalah hari tu x byk gambar, ni lg puas explore....mesti sedap ni eh...guna tapai pulut eh... Kalau laaahh akak diberi kesempatan, naknyaaaa cuba...huhu. Happy weekend buat Ita sekeluarga, muaaaahhhhh!!! ^____^

https://gereenlove.blogspot.com/2012/08/assalamualaikum-hai-ni-dah-2-hari-batuk.html?m=1 said...

assalamualaikum..saya singgah copy resipi sambil jalan2 cari kawan..

fazian.batrisyia said...

Kak Ita...cantiknya puding tu...mesti rasa pun punyalah sedap...Nampaknya mood memasak Kak Ita dah kembali....yeay...boleh jamu mata dengan masakan yg cantik2 dipandang & rasanya mestilah sedap kan...

mimie said...

segarnyeeeee .....
menyelerakan sangat kak...
mimie biasa buat guna tapai ubi...
ramadhan karang, puding2 nih laris manis kat rumah...
matur syukran dah share rsepi kak .. ^^

Nur-nba said...

Salam.
Kak Ita, sedih membaca perkhabaran tentang penyakit yang menimpa makcik Kak Ita. Semoga beliau tabah mengharungi dugaan Allah dan sabar.. Baik sungguh dia kan.. Mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakitnya tu..

Cantiknya puding ni.. Tambah2 ada ceria di atas.. Bertambah berseri.. :)

Unknown said...

salam,kak ita..selama ni sy jd silent reader jer...sy nk bg cadangan je,sebagai ikhtiar tuk breast cancer mak saudara kak ita tu..try beli hayat acai berry..rm39 tuk sepuluh botol tuk 5 hari..sy x try lg tp dari apa sy baca,acai berry ni banyak khasiat..insyaAllah dengan izin Allah,blh menyembuhkan takpun boleh mengurangkan..apa2 kita kena berikhtiar...try kak ita buka laman web hayat acai berry nih...
rasa-rasanya semua majalah yg ada kak,semua sy beli..mmg cantik2 semua...

monasrie said...

seperti biasa...kak ita memang terbaik...cantik sungguh kombinasi warnanya..memang sy tergoda..

Faeez said...

Cantiknya pudding ni...... Mesti nak cubalah resepi ni :)

KR ONLINE SHOP N SERVICES said...

nampak resepi ni dalam majalah SAJI jun 2012...oleh masam manis

Unknown said...

hasil kerja tangan akak memang tak pernah menghampakan mata yang memandang..sangat kemas and cantik..really salute dgn idea akak dalam setiap entry yang akak keluarkan.insyaallah will try this during ramadhan nie..wish you all the best in cooking world..

Unknown said...

mbak, mau tanya ya, dalam proses lapisan hijau, tapai pulutnya dikisar, dikisar tuh diapakan??? saya dari indonesia.
Thanks,
Mega

Azlita Aziz said...

Di blend Mega Nanda

Post Top Ad

test