Apabila musim perayaan menjelang tiba, pelbagai perancangan yang di atur daripada segi bagaimana dan apakah persiapan yang harus dilakukan untuk menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah. Ini kerana pada masa ini lah ramai yang mengambil peluang berkunjung ke rumah saudara atau kenalan yang sukar di temui pada hari-hari biasa.
Dengan itu, bagi memastikan segalanya berjalan dengan baik, keadaan dapur haruslan dititik beratkan. Ruang ini bakal menjadi zon penting kerana selain dijadikan tempat menyediakan juadah makanan, dapur juga berfungsi sebagai zon berkumpul dan berinteraksi para tetamu yang hadir.
Justeru pastikan ruang dapur rumah anda berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk menerima kehadiran tetamu. Jom kita inta-intai 10 langkah menyediakan ruang dapur sempena musim perayaan yang bakal menjelang.
Pastikan Kaunter Top Bersih
Keberadaan kaunter top begitu penting di ruang dapur. Menjadi ruang kerja dan menempatkan seleksi rempah ratus yanag dijadikan bahan masakan. Pastikan permukaan kaunter top di bersihkan daripada sebarang kekotoran. Di samping itu bersihkan panel tahan percikan agar tidak kelihatan berminyak dan seterusnya menjadikan permukaan dapur kemas dan teratur.
Usah Abaikan Ketuhar Gelombang Mikro
Bahagian ini sering dilupakan. Tetamu mungkin terkejut melihat keadaan ketuhar gelombang mikro yang berminyak dan tidak di bersihkan ketika berkunjung ke ruang dapur. Justeru pastikan ketuhar gelombang mikro sentiasa berada pada tahap terbaik.
Ketuhar
Meski jarang digunakan, anda harus memastikan ketuhar anda sentiasa tampil dengan keadaan baik. Kerana peralatan ini banyak digunakan ketika menyediakan juadah persediaan menyambut lebaran. Tidak dilupakan pastikan permukaan hadapan ketuhar tidak berminyak dan melekit selepas digunakan dengan melakukan satu langkah pembersihan yang mudah.
Peti Sejuk
Peti sejuk menempatkan banyak bahan makanan basah yang berat ketika musim perayaan. Oleh yang demikian anda harus menitik beratkan kebersihan dan keadaan alat eletrik ini.
Pastikan rak dalam peti sejuk sentiasa bersih. Keluarkan dan cuci dengan menggunakan sabun. Kemudian keringkan ia sebelum menempatkan semula di dalam peti sejuk. Memandangkan ia sering digunakan, sentiasa pastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat sebaik selepas ia di buka.
Cuci Tong Sampah
Jangan biarkan tong sampah penuh dengan bahan buangan. Ketika hari perayaan, lebih banyak bahan buangan yang dihasilkan. Justeru anda boleh menyediakan ekstra beg plastik untuk melancar pembuangan sisa makanan. Pastikan juga anda membersihkan ruang dalam tong sampah yang mungkin terkandung sisa makanan yang melekat. Anda juga boleh menyembur dengan penyembur pembersihan bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Mesin Pencuci Pinggan
Pastikan mesin pencuci pinggan berfungsi dengan baik. Jangan abaikan bahagian pengaliran dan bersihkan sisa makanan yang tertinggal. Pastikan juga tiada kaca yang pecah atau perkakas yang tertinggal di bahagian bawah permukaan. Akhir sekali bersihkan luar mesin dengan sabun dan span.
Perkakasan Dapur
Perhatikan perkakasan dapur dan susun dalam keadaan yang baik. Pastikan setiap set pinggan mangkuk, sudu garfu dan semuanya lengkap. Tidak dilupakan elakan adanya bahan pantri seperti minyak memasak, makanan dalam tin dan sebagainya yang sudah rosak berada dalam simpanan.
Keselamatan Kanak-kanak
Kehadiran tetamu pada hari raya memungkinkan ramai anak kecil turut berada diruang dapur. Dengan itu anda haruslah menetapkan satu zon selamat di ruang dapur bagi kanak-kanak. Elakkan meletakkan perkakasan yang tajam dan berbahaya di ruang bawah yang mudah di capai. Anda juga wajar menyediakan kit kecemasan dan pemadam api di kediaman. Apa yang pasti malang tidak berbau.
Peka Dengan Makanan Alergi
Bukan semua tetamu yang hadir boleh menikmati minuman berkabornat maupun makanan dari pulut misalnya. Oleh yang demikian, anda harus bersedia dengan menyiapkan makanan alternatif buat tetamu seperti mengantikan air meneral dengan air berkarbonat dan mengantikan pulut atau lemang dengan nasi impit. Dengan demikian , mereka masih boleh menikmati juadah ketika berkunjung ke kediaman anda.
Jadual Memasak
Memandangkan pada waktu hari raya anda akan memasak dalam kuantiti yang lebih banyak daripada kelaziman, anda harus merancang masa memasak anda agar dapat menyiapkan juadah pada masa yang diinginkan. Misalnya bahan tumisan untuk penyediaan juadah boleh di sediakan lebih awal. Nasi impit boleh di sediakan awal dan lain-lain lagi yang tidak menyukarkan tugas anda. Ini bertujuan memudahkan perjalanan kerja anda di dapur dan menjadikan semua perkara lebih terurus.
Rujukan : Majalah IMPIANA Julai ~ Sept 2012
Gambar Koleksi : Google
Aug 11, 2012
10 langkah penyediaan ruang dapur
Tags
# DECO-DECO
# TIPS DAN PETUA
About Azlita Aziz
TIPS DAN PETUA
Labels:
DECO-DECO,
TIPS DAN PETUA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
No comments:
Post a Comment