Photos of the week - masam manis f

Breaking

Sep 17, 2012

Photos of the week

Bila anak-anak pulang bercuti, kami sekeluarga akan keluar jalan-jalan.. menghabiskan masa bersama-sama. Kerana bagi kami inilah peluang keemasan untuk bersama . Peluang sebegini memang sukar di perolehi memandangkan anak-anak dah semakin meningkat remaja dan semakin sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Biasa kami suka ke pantai, pergi makan-makan bersama, lepak-lepak sambil bercerita masalah mereka dan masalah kami sekeluarga. Perancangan masa depan dan perancangan anak-anak untuk menempuhi hari seterusnya..

Ita pula suka merakamkan gambar anak-anak sebagai kenang-kenangan..
Kenangan untuk mereka soroti kembali apabila mereka dewasa kelak..
Disamping ita cuba untuk memperbaiki skill photography ita di luar..

Semalam kami ke Tanjung Balau. Kami berkomvoi, naik 2 kereta.
Cuaca sangat baik, tapi terlalu panas.
Panas yang bahang seolah tiada angin berhembus walaupun kami berada di persisir pantai..





20 comments:

Marsita Yahya said...

Salam Ita,
cantik kereta mini tu...hem hem title tang foto tu salah eja ta...

Ummi Anie said...

nice la gambar2 kak ita ni.paling cute...kereta mini tu...hehehe....

ameris said...

cantiknya akak shoot gmbr. bila nk buat entry ttg tips fotografi lg.

icaland pelangi indah said...

aduhai..rindunye tanjung balau. dah bertahun rasanya tak pergi. kalau tak tjg balau la tempat saya lepaskan tekanan setiap minggu setelah penat bekerja. tgk ombak yg menghempas pantai..keindahan ciptaan Ilahi yg cukup indah dan menenangkan. tekanan akan pergi bersama angin yg lalu.
ahh...rindunye detik itu.
selalu juga saya berangan nk bergambar dlm semak mcm Azrul tu. tp suami tak bg takut ada ular katanya. semua gambar yg kak ita ambil cantik2. suke sgt!

deena said...

Minat la tgk kete mini k azita ni... Gmbar semua cantek...

dilla nadila said...

menariknyee :)

Unknown said...

cantik semua gambar2 tu manis dan hensem anak2 Ita

rahel said...

Amboiiii...bukan main lagi anak dara tu berposing depan keta mini....sanagt cantek la kak..

Kak Sam said...

cantikk

Shiela said...

terpesona melihat keindahan itu.. model cilik tu sangatlah chomelnyerr..

CT said...

cantik, gambar anak pompuan ddk atas keta tu sgt cantik...cm klasik

cikja said...

harap2 terserempak kete ni kat p.gudang...:)

Puan Eka said...

cantiknya keta mini tu....

Aida Lela said...

Salam..

sangat klasik gambar no 5 tu. CANTIK. Boleh framekan gambar tu :)

*rasa nak pinjam kereta buat photo shoot sendiri..hehehhe

FloraYIP said...

Very nice Pictures!!

Mat Gebu said...

Gambar last tuu.......cantik!!!

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Cantik kereta, cantik gambar...pendek kata semua cantik kak ita....suka sangat...

Kongkang Malaya said...

Salam Kak Ita,
Saya memang sentiasa kagum dengan foto2 makanan Kak Ita, tu memang tak syak lagi :D

Sekarang kagum juga dengan foto2 Kak Ita di luar. Love how you capture the moods and the moments.

Foto2 diluar Kak Ita guna settings manual juga ke?

Unknown said...

kak.. di tjg balau rupanya pic dlm fb kak Ita.

kak mmg pandai shoot gambar..

terbaikk

A.B.M said...

owh. kat tanjung balau ke kak ita.
dekat je tu ngn rumah saya.
sy asal dri felda sungai mas, kota tinggi. :D
hihi

Post Top Ad

test