Bangga menjadi anak Malaysia dan rakya Malaysia.
Semoga Malaysia terus harum di persada dunia dan terus aman dan sentosa.
Keunikkan Malaysia kerana penuh warna-warni, rakyat yang berbilang kaum hidup dalam harmoni dari dahulu hingga kini.
Sebenarnya banya lagi khazanah yang tersimpan di bumi Malaysia yang belum kita terokai. Setiap negeri di bawah payung Malaysia, pasti tersimpan seribu khazanah yang masih tersimpan dan harus dikambur untuk tontonan generasi terkini.
Jika semalam ita perkenalkan dengan kedai Roti Salahuddin yang merupakan antara kedai roti yang tertua di bandara Johor Bahru. Kini ada satu lagi kedai roti yang juga telah beropersi di bandaraya Johor Bahru sejak tahun 1930 an lagi.
Kedai kepunyaan Hiap Joo Bakery and Biscuit Factory ini terletak di no 13, Jalan Tian Hiok Nee di tengah-tengah bandaraya Johor bahru.
Kedai ni milik Hiap Joo dan menurut salah seorang waris yang masih meneruskan perniagaan keluarga ini, kedai ini telah berusia lebih dari 100 tahun. Menurut beliau lagi kedai ini pada mulanya di bina oleh British dan kemudian di ambil alih oleh datuk dan nenek moyang mereka pada zaman itu.
Kalau kedai roti Salahuddin terkenal dengan karipuff, kuih suji dan bunnya. Kedai Hiap Joo ini pula terkenal dengan kek pisangnya. Disamping itu ia juga ada membuat bun, kaya dan biskut. Seperti kedai Salehuddin kedai Hiap Joo juga masih menggunakan kaedah lama membakar roti, iaitu menggunakan arang kayu, dan dibakar dalam ketuhar tradisional yang di panggil "sabak"
Kerana hari ini hari minggu, jadi kerja-kerja memasak roti tidak dijalankan pada hari ini. Ita hanya dapat melihat mereka menyediakan kek pisang yang walla... sedapnya!! lembut dan gebu.. dan rasa tidak terlalu manis.. kek pisang asli yang di bakar secara tradisional.
Antara loyang yang digunakan.. wuiii.. dah lama ni dah bertahun digunakan.. |
Kerja-kerja membuat kek , roti , kaya dan biskut dilakukan oleh mereka anak-beranak sahaja, memandangkan ini adalah perniagaan tradisi keluarga.
longokkan arang kayu yang digunakan |
Menurutnya lagi, sebelum ini mereka mempunyai 8 buah dapur kayu, tetapi sekarang hanya 2 sahaja yang masih berfungfsi kerana lagi 6 sudah meletup! hihi maksudnya dah rosak.. suspen aje kan..
Kek dan roti yang di bakar mula dikeluarkan dari ketuhar bermula pukul 12.30 dan yang terakhir di keluarkan pada pukul 2.30 petang.
Mereka juga menjual sendiri kek dan roti di hadapan kedai untuk para pelanggan. Kepada yang teringin menikmati kelazatan kek pisang yang di bakar menggunakan dapur arang kayu.. jangan lupa berkunjung ke Bandaraya Johor bahru dan alamilah sendiri keenakan dan kelazatan kek buatan asli yang kekal dari dahulu hingga kini.
7 comments:
salam kak ita. ..salam hari malaysia... suka dengar cerita sal ni ... rasa cam pernah ternampak kek pisang cam ni...hihi.. semoga berjaya untuk cabaran cupcake tu ya.. :))
Waw...salam hari malaysia...
Rajin sungguh akak upload pic bakery..kagum sangat tengok orang dulu2 berniaga kan..gue suke cerita ni..
Salam Ita, Kek pisang kat kedai ni memang sedap. Lembut sangat. Memang masih mengekalkan cara tradisional. My ex finance manager, Mr Soo introduce this kek pisang to me. Pernah terserempak dengan Ita and family shopping kat Giant Menara Pelangi(yang ada Metro) tapi segan nak tegur you.
menarik.teringin nak p kedai ni
saya nak tanya kalau bahan2 yang digunakan di dalam kek dan rotinya halal?
Salam. Skrg tgh viral org dok tanya status halal kek kedai ni. Boleh dptkan pencerahan.
Pergi ke kedai ni tadi, tak nampak Sijil Halal Jakim. Bila tanya pekedai, jawapannya "no pork no lard".
Post a Comment