Assalamualaikum
Salam buat semua rakyat Malaysia walau di mana sahaja anda berada..
Semoga sentiasa ceria , bahagia dan banga menjadi anak Malaysia.
Terima kasih Malaysia
Pasti ramai yang dah ternanti-nanti resepi kek Kerana Mu Malaysia ni kan. Maaf lah ye semalam ita tak dapat nak masukkan N3 pasal kek ni. Mula ingat nak masukkan petang, bila semua minta ita tunjukkan step by step macam mana nak buat kek Kerana Mu Malaysia ni, ita jadi serba salah pulak! Sebenarnya ita tak de ambil gambar masa buat step by step tu... Maklumlah masa ita buat ita tak terfikir nak ambil gambar step by stepnya tu.. Ita ingat mudah aje kan buat kek ni.. rasa-rasanya kalau tengok pun dah tau dah macam mana cara nak membuatnya.
Tapi sebab semuanya bertanya dan minta tunjukkan , jadi ita terpaksa delay untuk masukkan resepi dan cara membuatnya. Hari ni ita cuba terangkan bagaimana cara ita buat kek ni dalam bentuk rajah. Ita harap semua fahamlah ye cara yang ita terangkan. Kalau tak faham bolehlah bertanya, ita harap ita punya waktu untuk menjawab semua pertanyaan.
Idea buat kek ni tercetus semasa ita menghantar anak ita Amirul pulang ke asrama baru-baru ini. Melihatkan asramanya yang di penuhi Jalur Gemilang yang di gantung oleh para pelajar berkibaran megah di setiap sudut dan penjuru, terbit semangat kemerdekaan yang membuak-buak dalam diri kami sekeluarga. Melihatkan Dalili yang riang berlari-lari sambil mulutnya tak putus-putus mengalunkan irama Jalur Gemilang dan Kerana mu Malaysia, lantas suami ita mencadangkan ita membuat kek kemerdekaan.
Ita pula jenis yang pantang di cabar.. haha
Tapi disebabkan ita masih lagi rasa kepenatan, sebab Hari Raya, macam-macam alasan lah yang ita berikan.. Ini tak de itu tak de.. Dalili pula punyalah seronok bila dapat tau ita nak buat kek Kerana mu Malaysia. Tak sabar barangkali nak melihatkan hasilnya.
Satu hari tu suami ita pulang bawa balik patung askar yang ita rasa-rasa agak payah nak jumpa saat ini.. Patung mainan zaman abang ita dulu-dulu.. mana lah dia dapat patung kecil ni.. Dah ada patung askar alamakkk.. nak kena buat lah ni.. ita mula lah cari alasan lain.. emmm... apa pulak kali ni.. emmm... tak de pulak bendera Jalaur Gemilang yang kecil.. yang ada jual semua besar macam mana nak buat.. hehe alasan...
Esok di bawa balik pulak bendera kecil-kecil tu.. aduhhh.... memang sah.. sah.. lah kena buat ni..
Malam tu sambil mengalunkan lagu jalur Gemilang dan lafaz Bismillah ita mulakan cabaran yang di galas.. Akhirnya siaplah kek yang ita buat.. Janji Ditepati.. tapi tak tau lagi jadi ke tidak yang kat dalam tu..
Nak potong nak kena tunggu suami dan Dalili pulang dari sekolah. Kesian adik-adik kat FB pun terpaksa jenuh menunggu kak ita potong kek tu kan.. haha
Bila potong aje.. WWWwwwaaaaaa... semua terjerit dan mulut terlopong... nasib baik tak de lalat.. haha dgn ita-ita sekali terlopong.. ngeeee... suami ita pula terkebil-kebil.. antara percaya dengan tidak.. haha.. tak sangka.. begitu hasilnya.. bangga sekejap jadi anak Malaysia. Dalili dah terlompat-lompat sambil melaungkan lagu Jalur Gemilang..
Bagaimana dah bersedia menyahut cabaran??? jom kita mulakan..
Untuk resepi kek ni ita masih lagi menggunakan resepi Rainbow Cake. Anda boleh gunakan apa-apa juga jenis kek yang di rasakan bersesuaian dan menepati selera anda dan keluarga. Boleh juga jika nak menggunakan resepi Red Velvet Cake.
Ita buat satu adunan setengah untuk kek ni. Kek merah ita letakakn perasa strawberry manakala lapisan biru ita letakkan bluberry paste. Ita tak berani nak letak warna banyak-banyak.. ita takut rasanya akan bertukar. Jadi warna ita tu tak cukup mengancam rasanya.. Kalau anda nak buat nanti bolehlah lebihkan warnanya atau cari warna yang berdekatan dengan warna Jalur Gemilang.
Untuk creamnya pula ita gunakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich kotak warna biru. Sukatannya pula 2 cawan non dairy cream campur dengan 1 cawan susu. Kalau tak suka susu boleh gantikan air atau jus. Tapi pastikan jus tu tak de warna sebab nanti tak dapat pula warna putih.
Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan terlebih pukul tau! janji ia nampak lembut. kalu terbalikkan bekas tu dia tak jatuh.
Kalau nak gunakan buttecream pun boleh atau apa-apa cream lain yang dirasakan sesuai dan menepati selera anda dan keluarga. Jom kita lihat resepinya
Untuk resepi ni ita buat 1 1/2 adunan
Ita buat satu adunan dahulu. Bahagi kepada 3 bahagian dan bakar.
Kemudian buat pula 1/2 lagi adunan dan bakar.
Ita tak buat sekali gus 1 1/2 adunan kerana ita bimbang jika adunan terlalu lama menunggu masa untuk di bakar.
KEK KERANA MU MALAYSIA
Resepi ni untuk satu adunan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
1 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh blueberry paste
pewarna merah dan biru
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Letakkan pewarna merah dan strawberry emulco
Kacau rata.
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata.
Kemudian potong setiap kek kepada 2 lapisan setiap satu
Kita akan dapat 6 lapisan kek. Boleh jika nak gunakan ke enam-enam lapisan. Ita hanya gunakan 5 lapisan sahaja kerana bimbang kek terlampau tinggi. Jadi terpulang pada budi bicara masing-masing samaada nak buat 5 atau 6 lapisan
Untuk 2 keping lagi lapisan potong tengahnya menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc atau 5 inc 1/2. Ambil bahagian luar kek yang di potong sahaja.
Bagi adunan biru kaedah yang sama juga di gunakan
Letakkan pewarna biru dan paste blueberry
Kemudian bakar dalam loyang 8 inc
Bila dah masak dan kek telah sejuk. Potong kek menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc. atau boleh juga guna ukuran 5 inc 1/2
Ambil lapisan yang dalam sahaja.
Sekarang kita mulakan proses untuk melapis kek.
Boleh rujuk pada rajah di bawah
Untuk setiap lapisan ita sapukan atau pancitkan sedikit jus lemon untuk melembabkan kek dan memudahkan kita meratakan cream.
Ita masukkan cream ke dalam piping bang untuk memudahkan proses meletakkan cream atas kek.
Setelah kek mengeras dan dikeluarkan dari peti ais boleh lah kita sapukan sekali lagi dengan krim untuk proses deco.
Ratakan kek supaya licin dan kemas
Untuk lapisan atas ita gunakan nozel no 133 untuk rumput
Untuk bahagian bawah ita gunakan teknik sisik ikan, hanya menggunakan sudu kecil.
Masukkan adunan yang telah di warnakan kedalam piping bag
Kemudian dot-dotkan bulat sebesar guli
Tarik dengan sudu kecil
Ulang semula proses hingga habis.
Proses ni nak kena buat cepat sebab cream mudah mencair.
Kemudian decolah kek menggunakan kreativiti masing-masing.
KERANA MU MALAYSIA
29 comments:
TQ KAK ita kongsi step by step ni. dapat banyak tip baru untuk menghias kek.. suka tengok hasil tangan yang kemas sangat ni
waaa... rajinnya kak ita ni.. kreatif sungguh.. cantik kek tu.. sayang nak makan :)
wahhhhh semanggat merdeka kak cantik x pernah ada yg buat...
Well done sis!!! good work and beautiful and delish cake!
fulammak...mavelous lah akak.....tgn superpower....bangga sye jadi follower akak..hihi
bila tgk kek smlm da dpt bayang camana akak wat..tp was2 lg...bila tgk cara2 ni baru faham dgn jelasnya...mmg kretif sgt k ita ni...klo guna kek span @cotton ciskek pun sedap agaknye kan....bila la nak rajin n kretip cam akak... :) well done..good job.. bravo utk k ita ;)
sangat menarik dan menyelerakan.. namun hanya mereka yang punya kesabaran yg tinggi je mampu buat.. hehehe...
salam kak ita..waaaaaaaaaaa(((menganga molot neh)))kretip btoi lah..tabik psring 44kali!!toing!mintak sket..tahniah kak!moga tros sukses&berkongsi step2 by step dcni!take care!
Salam Ita,
penjelasan yang detail...faham dah ..tapi belum ada kerajinan nak buat macam Ita hu hu
kak ita, gorjesnya kek merdeka akak.
Meloponggggggg + juling @____@ .......kali ni tak pengsan, sebab kalau pengsan tak dpt nak nikmati keindahan kek ciptaan akak...
Well done Ita- marvelous! Mmg impressed dgn ketekunan & kreativiti Ita! Cuma next time kalau bilangan jalur tu 14, lebih perfect lagi tapi besor sgt lak kek nya kan.
salam kak ita...hebatnya kak ita...yg tu jer blh fiza kata buat kak ita...teliti sungguh kak ita buat kek tu...kalau fiza pun guling2 gumbira jika berjaya buat camtu....he he he...rasa sayang la pulak nak makan bila tgk jalur gemilang tu....tp nampak sedap la...=)
Itaaaaaa.... sy sangat kagum!!!
Wah! Patriotiknya! Saya suka.
Kek jalur gemilang. First time jumpa. Tahniah di atas creation yang patriotik ni.
Sayangi negara kita ;)
bila baca step by step...huhuuuu memang perlukan ksbaran yg tggi tuk hasilkn kek secantik tu...akk mmg seorang yg kreatif!
perhhh...memang A la tengok kek kak ita ni...
cantikk sangat..
TQ kak atas perkongsian cara2 membuatnya...
anak murid paham...he3
insyaAllah...nnti nak try...
Salam kenal Kak Ita
Cantik nian fotonya. Bikin air liur menetes. Mohon ijin untuk link blognya ya kak.
akak da best!gedboom!vavavooom!gojess laa kaak!
selamat hari merdeka!
Assalam Ita cayang, xleh kata apa dah! Mmg terbaik dr Ita..ntah2 Chef terbilang pn x trbuat ni Ita..akak salute abis dgn kerajinan n kreativiti Ita.. :)
Huwaaaaa semangat patriotik!!! I'm proud to be a Malaysian too!
First class kek akak ni...hats off to your creativity and patience!
Semoga kak di limpahi rezeki.. sebab tak kedekut ilmu.. welldone kak!:)
cantiknya kek akak...siap bg penerangan satu2... semoga Allah limpahkan rezeki akak sekeluarga.. Aminn
cantiknya kek nie, agak2 boleh ke sy buat camni....hehehe
Very creative dan cantik deco.
Selamt Hari Malaysia!!!
Aslmkm Ita. TQ so much for great idea! Along dah buat untuk Merdeka Raya baru2 ni kat opis. Mehlah komen....hehe... malu lak sbb comot jer Along buat tu.
memang kreatif la kak ita ni.. kagum sungguh
Hi sis, follow ur entry. i designer @MOA. sorry for short notice. Nak pinjam ur cake pic utk promo event @moa ye. i'll credit ur blog also. if not proper, plz mention ye. here my contact 0193063558 shifa, tq :)
beli kat mana askar dan jalur gemilang yg kechik tu...
Post a Comment