CHICKS SUGAR COOKIES - masam manis f

Breaking

Oct 4, 2012

CHICKS SUGAR COOKIES

Assalamualaikum


Anak lah ayam..
Anak ayam turun sepuluh..
Mati seekor..
Mati seekor..
Di makan Dalili.. 
Tinggal lah sembilan...ya a aw.. ya a aw

Amboiii... menyanyi-nyanyi pulak kak ita hari ni.. dah lah suara tak de ni..

Apa khabar rakan-rakan sekalian.. 
Semoga semuanya sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga tersayang..
Ita masih lagi kurang sihat, demam tak kebah lagi..
Suara pun dah mula nak hilang..
Sakit tekak dah menyerang dan ada tanda-tanda akan di serang batuk.. huhu

Perubahan cuaca yang tak menentu, stress dan faktor permakanan yang tak menentu mungkin penyebab ita di serang penyakit. Kepada rakan-rakan di luar sana , jaga kesihatan ye.. Maklumlah sekarang ni macam-macam penyakit ada dipasaran.. kalau kita tak jaga kesihatan inilah padahnya..

Terlebih dahulu ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong ita dan Masam Manis. Sentiasa memberikan kata-kata semangat dengan komen yang sentiasa positif dan membina. Terharu sangat-sangat.. 
Maaf ye kerana kadang-kala ita tak sempat nak membalas setiap komen. Niat hati memang nak balas semua komen tapi atas faktor masa dan kesibukan ita tak dapat nak membalasnya.. Ita harap rakan-rakan dapat memahaminya. Insyaallah jika ita ada kelapangan ita akan balas...
Besar harapan ita agar ukhwah yang terjalin sentiasa berkekalan hendaknya.


 
Oleh kerana ita masih lagi tak berapa sihat, kita terus ajelah kepada resepi yang akan ita kongsikan hari ini. 
Hari ni ita buat Sugar Cookies. Kebetulan hujung minggu ni sekolah Dalili akan mengadakan karnival. Para pelajar di minta oleh guru untuk menyediakan apa-apa sahaja yang boleh di jual pada hari karnival tersebut.
Dalili meminta ita buatkan cookies dan cup cake. Jadi ita pun mulakanlah projek mengukis sikit-sikit ni kerana bimbang tak sempat pulak nanti..

Resepi sugar cookies ni ita ambil dari sebuah blog masakan luar negara. Tapi ita lupa pulak nak salin linknya. Hari tu ita google-google jumpa, terus print resepi. La ni.. dok cari balik tak jumpa lah pulak linknya.. 
Ita ada ubah suai sikit resepi mengikut citarasa ita dan keluarga, ita kurangkan gula kerana takut terlalu manis. Biasa kalau resepi minah salleh ni dia manis sikit.

Sugar Cookies ni sesuai untuk di jadikan door gift, hantaran atau apa-apa buah tangan untuk majlis yang dirasakan bersesuaian. 
Terpulanglah kepada kita nak buat design yang macam mana. Kalau untuk kanak-kanak ita rasa pastilah design kartun comel-comel yang memikat hati dan menambat selera.

Ada yang teringin mencuba?
Jom ikut ita masuk dapur, ita tunjukkan bagaimana caranya nak membuat sugar cookies yang comel ni.. yok!



CHICKS SUGAR COOKIES

225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.

Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan

Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.
 

Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap 
Susun doh atas dulang pembakar

Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.

Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya.


Jika ingin simpan cookies sebelum di letakkan Royal Icing, simpalah di dalam bekas kedap udara.

Untuk Royal Icing sebenarnya ada 2 kaedah yang boleh di gunakan.
1. Kaedah menggunakan putih telur dan perlu di bakar semula
2. Kaedah menggunakan meringue powder tak perlu di bakar.

Hari ni ita nak menunjukkan kaedah yang ke 2 iaitu menggunakan meringue powder.
Sebenarnya ini adalah pertama kali ita menggunakan kaedah ni. Jadi masih lagi perlu banyak praktis supaya dapat menghasilkan permukaan icing yang licin dan rata.

Meringue ni kita boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Kalau jenama Wilton tu agak mahal sikit. Ita beli yang dah dipeketkan harganya dalam RM 22 dengan berat 200gm. Tapi dapat buat banyak kali lah kan, sebab satu adunan pun pakai tak banyak sangat dalam 1/3 cawan aje. Itu pun ada lebih banyak untuk adunan cookies yang ita buat.
Rasa-rasa ita kena buat 2 adunan cookie untuk dapatkan jumlah yang sama banyak dengan jumlah resepi royal Icing ni. Atau boleh juga buat 1/2 daripada adunan Royal Icing ni. Tapi payah jugak kan nak sukatnya tu..
Tapi tak pe.. kalau Royal Icing ni terlebih ia boleh di simpan dan boleh diguna semula. Tahan lama menyimpan, kalau masukkan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais boleh tahan selama 1 bulan.

Jom kita intai-intai pula resepi Royal Icing dan bagaimana cara nak menyediakannya.

ROYAL ICING

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon


Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
Tambahkan air dan jus lemon dan pukul dengan speed sederhana.
Adunan akan menjadi seperti dalam gambar 2
Teruskan memukul dengan speed yang sederhana hingga adunan mengental seperti gambar 3.

Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.

Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.

Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!

Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.

Sediakan piping bag secukupnya.
Untuk bahagian dalam boleh juga menggunakan botol sos yang lubangnya kecil.
Sediakan nozel lubang kecil untuk layout dan sedikit besar untuk bahagian dalam

Sediakan juga gelas. Lapik dasar gelas dengan tisu basah supaya icing tidak cepat mengeras.
Letakkan royal icing dalam piping bag dan letakkan dalam gelas yang telah dilapik dengan tisu basah tadi seperti dalam gambar.
Sekarang kita dah bolehlah mula melorek atas cookies.


Buatkan layout dahulu atas cookies, dan biarkan ia mengeras ~ gambar 1
Ini bertujuan bila kita letakkan lapisan dalam ia tak mengalir ke luar.

Kemudian paipkan pula bahagian dalam ~ gambar 2
Ratakan dan jika ada gelembung udara bersihkan dengan spatula atau lidi ~ gambar 3
Hentak-hentak sedikit cookies supaya ia rata ~ gambar 4

Buatlah kaedah yang sama untuk bahagian yang lain pula.
Jika nak letakkan mata atau sebagainya, tunggu sehingga icing mengeras baru letakkan mata atau bahagian-bahagian lain.
Jika icing ada terlebih, simpan didalam bekas kedap udara. Tutup kemas dan masukkan dalam peti ais. Ia tahan selama 1 bulan.

Tunggu sehingga icing benar-benar keras barulah di simpan sugar cookies kita ni didalam bekas kedap udara.
Atau boleh terus masukkan dalam bekas plastik kecil untuk door gift. Atau boleh juga masukkan dalam botol kecil, hiaslah botol dengan riben dan amat sesuai sebagai buah tangan.



Macam mana menarik kan?
Apa tunggu lagi dah boleh lah ambil tempahan..
Selamat mencuba dan selamat berniaga
Semoga bertambah-tambah rezeki..

Kepada rakan-rakan ita diluar sana yang mungkin ada mengambil tempahan membuat sugar cookies ni. Boleh lah tinggalkan link blog anda untuk di hubungi oleh rakan-rakan yang nak mengoder, di ruangan komen di bawah.

Ita tak ambil tempahan ye.. ita tunjukkan sahaja cara membuatnya.

Mai secawan...



59 comments:

Anonymous said...

Cantiknya...sis ita mmg kretip betoi. sentuhan tangan menjadik sokmo....mcm nak gigit² cookies tu melalui screen komputer ni...
terbaek!!!!

luvmum said...

terima kasih kak..ilmu yg sangat berguna..akan dipraktikkan.

Unknown said...

so cute,kak ita...

ibh_sue said...

Asslmkum kak ita.
Heheee. . Nasib dah sound awal2 x ambik tempahan. Klu x dah nak order dah. Oooo. . Ni la dia kejadiaannya. Comei2 sekut akak tu. Terbaikkkk la kak.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cute.. Kak Ita sangat (sebut 100X) kreatif!!!

Dalili jual sebiji berapa sen?? Ntah2 semua Dalili yang makan tak?? agagagaga... ;-p

Chah said...

Terbaik kak ita!!! Kalau x salah saya utk kelas fancy cookies yg deco guna royal icing ni mmg agalmahal 250 gitu...erkkk akak siap demo free lg...ai like...

Puan Eka said...

kreatif betol..suke tengok..hehe

Gee® said...

Aloloooo.... cumiLnya anak ayam Dalili tu... secumiL mamanya... hehehe

CT Delima said...

As'salam Azlita

ya aw ya aw..dah ya, sihat dah ker tuuu.. samalah ct ni dok taip laju, nak bercakap macam orang bisu aje hehehe.

cantik dan sangat kreatif, suka tengok kemas dan teratur. Oh ya Tahniah dari ct ya tak sempat nak wish tu hari. sampai demam2 eh Ita, take care dear. rindu nak jumpa entah bila akan terlaksana :)

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Sukaaaa...so cute anak ayam tu Kak Ita, betul betul kreatif sekali tangan Kak Ita, boleh dipinjam kah ^^

ameris said...

gambar 1st yg ada itik tu mula2 saya ingat fridge magnet... rupa2nya tu kukisnya.. tipah tertipu laaa

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Ita...

Harap Ita lekas sembuh ye..

Dalam gambar pertama tu kan, mesti itik tu cakap.. ish cantiksssnya aweksss ni semua... hehehe...

Ita ni memang creativelah. Hasil kerja Ita memang cun cun belaka.

Agak-agak kan, resepi royal icing Ita ni kan, boleh tak digunakan oleh insan-insan yang bertangan panas macam mama ni? Mama kalau pegang royal icing, nanti cair...

nam@along said...

OMG....comel sangat..:)

Cendana Kasih said...

salam kak Ita...chantekkk sangat,.. saya copy dulu respi...nk buat utk door gift anak sedara nk kawin ujung tahun ni...sblm tu, makciknyer ni kena test dulu lah yer...hehehe

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
waduhhhhhh tak taw nak kata apa daaaaa....cantik yg amat, suka tngk hasil kerja Ita...semuanya menjadi dngn jayanya..cantik dan kemas sangat...tngk biskut ni buat hati yatie tak keruanlah....nak rasa dan nak wat perhiasan kat balang jek rasanya....

CikPuanIsteri said...

knapa la akk xambik tempahan..nani baru j berhajat nk mnmpah tuk buat door gift..hehehe

Unknown said...

Assalamualiakum Ita
speechless ni tengok hasil kerja Ita yg sangat cantik dan menawan lagi kreatif ,smeoga cepat sembuh ya dan memasak lagi dngn resepi yg menawan hati semua..

Unknown said...

asslm Kak Ita...mmg terbaikkk la...cantik n kemas hasil kerja akak...

Sukma said...

CANTIK & KREATIF,,,....BERAPA HARGA SATU YA,...?

khairiah khaizu said...

cantiknya ita.....rajin bebenor la ita....dh sihat le tu kan, ke sakit2 pn buat biskut gak..huhu

hanim said...

Thanks for sharing...comel dan sangat menarik

Unknown said...

aS SALAM AKAK
teruja nya nengok ayam dalili 2
heehehhe
paper pown moga akak sihat hendaknya yer
jangan lupa makan ubat yer

Mrs Hakim said...

cantiknye kak ita...dh tak payah tgk blog lain lah..blog kak ita ni serba srbi lengkap semua maklumat.. kak ita jgn lupe ye tunjukkan mcm mane buat coklat gune coklat tranfer sheet tu ye...kalau kak ita masukkan entry tu dlm blog..makin ramailah yg nk cube buat..

ilahjy said...

fulaMAk FULAPAK... memang lah hati tak keruan dibuatnya.. coeml2 belaka.. dengan tocang yg tercotet..mata yg cantik adu aduh aduhhhh mmg tak terkata dibuatnya... BERIBU BERJUTA2 TAHNIAH hasil kerja kali ini... dlm penat2 balik dr kl dgn segala dugaan batuk dll ...tahniah ya.. nanti jadikan hadiah buah tangan utk KONVO YAAA hehehehhee mengada2 akak kamu sorg nie

Hanis Zulaikha said...

wow...cantek sgt2x la cookies tu..macam mainan pun iye...xnmpak mcm cookies sbb tlalu cantek...kreatif sungguh kak ita nie...

jemputlah singgah di blog hani juga...
http://wadahberbicara.blogspot.com/2012/10/mee-goreng-simple.html

Umie a'iesya said...

bile lah nk jadi cam kak ita ni :) huhuhuhu

Master-X said...

kak ita..comei sgt cookies..thanks for sharing.. :)

Don't Afraid to Try said...

kak ita,

sangat2 kagum dengan kak ita....kreatif sgt ok...

rahel said...

Salam Kak Ita...
tak tau nak cakap ape...memang cantik dan telah menawan hatiku...suke banget..

Marsita Yahya said...

Terbaekkk hasilannya seperti biasa...
Jemput ke blog akak ya...
www.my-mintroom.blogspot.com

sabar dubai said...

salam kak ita..mcm sayang gilerrr je nk makan...hehe...cantik giler aaaa kak ita..

Nur-nba said...

Salam..Kak Ita sangat berseni orangnya.. Cantik sungguh cookies ni.. Tak sanggup nak makan.. :) Jangan lupa makan ubat ye kak... Nur pun masih belum baik betul...sakit tekak dan selesema.

Ct De'light Homemade said...

sangat kreatif idea ita.

Azrey Rozie Eiman said...

comeyyyy!!

NorMala Bahar said...

cantiknyer.. nak makan pun sayang..

Puan NisaKhaidir said...

klo kak ita bukak kedai bakery ni surely berduyun2 tempahan. :) seriously it can melt every single viewer. hehehe.. thanks kak ita for sharing this, inshallah one fine day nisa pasti cuba. dengan resipi dan guidance yang very details. -Nisa

Uda said...

cutenye.....rajin betul.....kalau nk tunggu icing tu mengeras, biskut tak lemau ke....?

Unknown said...

Kreatif sangat....

Maya said...

salam,sori kak ita nak tanye macamane nak elak kan biskut tu lemau sementara nak tunggu icing nye mengeras...ada tips tak?

Maya said...

salam,sori kak ita nak tanye mcmane nak elak kan biskut tu lemau sementara icing nye mengeras?ada tips tak?

zila norazila said...

salam syg kak ita..
he hhee patutlh dalili kurus kan ..mkn ank ayam jew upanya..mak ayam dia x mkn,..he hheee sry kak joke jew..uitsss pinjam tgn akk bole x..kretip sungguh..terkesima ku memandang..:)

Akak Kembang said...

Kak Ita, yang gambar angry birds tu plak pleaseee...

Mazatul Suzana said...

mmg kreatif dan berseni
bilalah dpt buat mcm tu gak

asmaniah said...

Asslm sis.. sis ade amik order ke tuk cookies yg cute ni?

asmaniah said...

Asslm sis.. sis ade amik order ke tuk cookies yg cute ni?

mama leen said...

comel sangat kak ita... suka2

Unknown said...

wahhh...cantiknyaa cookies..mcm kak ita..hehehe terima kasih sudi share mcmana nak bt cookies nie =)

Unknown said...

salam sis, sy nak tnye.. sy ade buat cookies dan bhasil.. masalahnya sy da decorate dan sementara menunggu ianya kering, cookies sy da masuk angin...even xswitch on kipas pun tetap masuk angin.. ade juga try lepas decorate terus simpan dlm bekas kedap udara tapi icing xkeras pulak.. ape yg sy tertggl buat?? sy ade simpanan cookies lg yg xdecorate..mohon ptolongan sis...

Bakery Girl said...

HOUSE OF CAKES BY CTIE BAKERY'S
H/P : +6013 - 397 0684
Email : ctiebakerys@gmail.com
FB : House of Cakes by Ctie Bakery's
https://m.facebook.com/HouseofCakesbyCtieBakerys
Instagram : ctie_bakerys
Twitter : @ctzaki84 (ctie_bakerys)
Blog : http://ctiebakery.blogspot.com/
Follow ye link ct. Tqawati blog ctie Bakery's

Unknown said...

Lawati blog Ctie Bakery's
HOUSE OF CAKES BY CTIE BAKERY'S
H/P : +6013 - 397 0684
Email : ctiebakerys@gmail.com
FB : House of Cakes by Ctie Bakery's
https://m.facebook.com/HouseofCakesbyCtieBakerys
Instagram : ctie_bakerys
Twitter : @ctzaki84 (ctie_bakerys)
Blog : http://ctiebakery.blogspot.com/

Follow ye link ct. Tq

Unknown said...

Lawati blog ctie bakery's

HOUSE OF CAKES BY CTIE BAKERY'S
H/P : +6013 - 397 0684
Email : ctiebakerys@gmail.com
FB : House of Cakes by Ctie Bakery's
https://m.facebook.com/HouseofCakesbyCtieBakerys
Instagram : ctie_bakerys
Twitter : @ctzaki84 (ctie_shops)
Blog : http://ctiebakery.blogspot.com/

Follow ye link ct. Tq

Iela Fazielah said...

tq ita atas resepi n petua.. mencari sgt... i copy paste n cuba ye.... tq

FAWIDA said...

Salam k.ita. 1 adunan dpt brp keping biskut?

FAWIDA said...

Salam k.ita. satu adunan bole dpt brp keping biskut?

Unknown said...

Slm
Area sabah yg mo bt tmphn fancy cookies bole hbgi sy
Amy (0178375360)

Azimah Mohd said...

Alhamdulillah...dah lama mencari resepi ni..akhirnya jumpa jgak..mohon share ye kak ita :D TQ

Unknown said...

moga rezeki k.ita makin bertambah ...sakute k,ita

Unknown said...

Assalam. Nak tnya klau nak tempah cookies plain shj bole ke? Saiz sederhana besar pelbagai bentuk.

Nuniahaira said...

Berapa lama icing tu mengeras..Saya tunggu lama sgt, tak keras2. Putus ada😓

Post Top Ad

test