Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Sebagaimana yang kita sedia makhlum, bila sebut Aidil Adha, pasti ingatan tertumpu pada ibadah Korban selain daripada ibadah haji. Ita pasti ramai antara kita yang melaksanakan ibadah korban tahun ini.
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
Rujukan : Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia JIM
Sambutan Aidil Adha tidaklah semeriah sambutan Aidil Fitri. Di Johor ita rasa, sambutannya biasa sahaja dan bersederhana. Lebih-lebih lagi sambutan Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Jumaat, jadi semua umat Islam melaksanakan 2 sembahyang berjemaah pada hari ini, iaitu solat sunat Aidil Adha dan Solat Jumaat.
Selepas solat hari raya , barulah proses ibadah korban di mulakan.
Kalau di Kelantan, biasanya ibadah korban di lakukan di rumah secara bergotong royong, sebaliknya di Johor ibadah ini dilaksanakan di surau-surau atau di masjid.
Resepi ni ita rujuk dari i Resepi. Cara penyediaan resepi Nasi berian gam asli Muar Johor.
Cara memasak nasi beriani gam ni, ada sedikit kelainan dari nasi minyak. Cara menghidangkannya juga ada sedikit kelainan.
Nasi beriani gam ni, memang cukup terkenal di Johor, setiap kali kenduri kendara atau majlis perkhawinan pasti akan di hidangkan nasi beriani gam selain daripada nasi minyak. Biasanya orang Johor lebih suka nasi Beriani Gam jika di bandingkan dengan nasi minyak, mungkin disebab kan nasi beriani gam lebih enak dengan aroma yang menyelerakan buatakan mereka lebih mengemarinya.
Resepi yang dikongsikan oleh i Resepi ini pada ita cukup menyelerakan. Lauk berianinya cukup sedap hingga buatkan anak-anak menjilat jari.
Bau aroma nasi beriani juga cukup memikat hingga tak sabar-sabar anak-anak nak menikmati hidangan ini , hingga buatkan ita tak sempat-sempat nak posingkan menu ni..
Terima kasih i Resepi di atas perkongsian resepi yang cukup menyelerakan ini.
Untuk penyediaan Nasi Beriani Gam, sebaiknya kita sediakan lauk Beriani dahulu. Kerana kita akan masak nasi kita bersama lauknya ini nanti.
Macam mana dah bersedia nak belajar cara-cara penyediaan Nasi Beriani Gam yang asli ??
Jom ikut ita masuk dapur ..
NASI BERIANI GAM ASLI MUAR
Rujukan : i Resepi
LAUK BERIANI GAM
Bahan-bahan untuk lauk Beriani
1 kilo daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm
5 biji kentang ~ belah dua
8 biji telur rebus keras
Setengah cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
2 biji bawang besar Holland ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ kisar
10 ulas bawang merah ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
6 sudu makan pes rempah beriyani
Segenggam gajus
Segenggam raisins
Air secukupnya
1 cawan Tairu / Yoghurt ~ jika tiada perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit
Garam dan gula secukup rasa
1 atau 2 sudu makan tomato puri
1 keping gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah
Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Masukkan daging , kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang.
Biarkan ia merenih
Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt
Biarkan ia merenih sebentar
Kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa
Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
Masak hingga daging mesra.
NASI BRIYANI GAM
Bahan-bahan untuk Nasi
5 cawan beras basmathi
1 cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
setengah sudu teh koma koma / saffron
4 ulas bawang putih ~ hiris halus
10 ulas bawang merah ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus
3 sudu makan pes rempah beriyani
segenggam gajus
segenggam raisins
5 cawan air
garam secukup rasa
Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan
Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
Kecilkan api.
Masak beras sehingga separa masak
Peralatan yang kita perlukan
Alat kukusanKain muslin ~ untuk mengalas kukusan
Kain kapas yang agak panjang untuk ukurlilit periuk kukus
Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air
Alaskan periuk mengukus ( tingkat 2) dengan kain muslin , buat 3 layers
Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus dan raisins dan koma-koma / safron
Tutupkan pengukus
Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
Celupkan kain kapas dengan kanjiLilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi.
Pastikan iktannya agak kejap.
Supaya wapnya tidak keluar.
Letak atas api yang perlahanMasak sehingga lebih kurang 1 jam
Buka lilitan dan buka tutup pengukus
Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.
* Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat
* Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus
Untuk pinggan perseorangan
Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan
Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi
kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi
taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya
Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil
Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar
Untuk hidangan
Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan
PENCUK NENAS
1 biji timun ~ potong kecil
1/2 biji nenas masak ~ dikupas dan dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ dihiris
1 batang cili hijau ~ dihiris
1 sudu besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Satukan semua bahan ke dalam bekas
gaul rata dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan
Ita juga sediakan satu lagi lauk tambahan untk hidangan ini.
AYAM MASAK MERAH LADA HITAM
1 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 batang serai ~ dititik
1 cawan lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar
10 ulas bawang merah ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ di kisar
2 sudu teh lada hitam ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 sudu besar tomato puri
2 biji tomato ~ di potong baji
1 keping gula Melaka
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris
Air secukupnya
Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng ayam separuh garing
Toskan ayam setelah di angkat
Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk
Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau
Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing
Tambahkan air jika terlalu kering
Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah
Renihkan
Masukkan gula Melaka dan ayam
Biar ayam mesra bersama kuah
Masukan garam dan gula secukup rasa
Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat
Taburkan daun ketumbar
Gaul mesra
Sedia dihidangkan
20 comments:
Salam Aidil Adha Ita.Kak Ros nak ucap terima kasih untuk resep swans puff.Dah cuba buat pagi tadi dan dan masukkan N#nya. Jenguk la angsa kak Ros yang tak secantik Ita punya tu jika sudi ya. Thank u again sebab kak Ros copy paste resepinya.
Salam, Kak Ita. Pakcik sy antara pelopor nasi beryani. Cara hidangan nasi beriyani yg dinyatakan tu dipanggil beriyani laut. Sesetengah tukang masak (dulu) ada yg tidak menghidang cara begini, ia dipanggil beriyani darat, itu yg sy tahu sejarah nasi beriyani ni. Apapun kagum sungguh dgn cara Kak Ita mmperkenalkan cara msk beriyani gam ni, melekat jer mata mcm kena gam kat screen, hihi.
salam ziarah... akak nak cuba buat juga la... tapi akak nak letak sikit serbuk cheese CHEEZE MAZ... hehehe... rasa tradisional + cheese...
As-salam sis & salam aidiladha..
Sungguh menyelerakan bila melihat nasi beriani gam ini, pasti suatu hari ingin mencuba..
Assalamualaikum Ita... selamat menyambut eidul adha...
Slmt Hr Raya Ita yg manis...
Assalam Ita,
teruja sungguh akak menjenguk koleksi resepi2 ita! tahniah dan terimaksih krna berkongsi ilmu. akak nak tanya bab mengukus daging dalam bekas pengukus yg biasanya kita isi air dan di atasnya nasi beriani sp yang ita ajarkan di atas. maknanya kita tidak bubuh air ke?
Salam Aidiladha buat Kak Ita sekeluarga..Teruja tengok menu ni.. ♥
tqs ita, my hubs belikan i 2 kg rempah beryani hj sernan time dia balik muor hari tu....dok tanya bila nak masak nasi beryani nye! i nak guna remaph beryani tu for kuah kacang pool sebenarnya. anyway tqs for sharing here!
...and saffron my daughter beli frm mekkah...mmg kena buat nih:p
saya dah cuba just tak gam kn je.. mmg sgt sdp!!!! tq for sharing..
Salam perkenalan.tq tuk resepi ni.halalkan ye.saya dah ambil dan paste kat blog sye
Assalam kak Ita. Salam perkenalan dr saya yg jauh di perantauan ini ya. Wah meleleh air liur tgk gmbr² makanan dlm blog kak Ita tambah² bulan puasa sungguh mencabar.
Btw, boleh saya tahu rempah beriani jenama apa kak Ita guna utk resepi ini ya. sy ingat nak cuba & angkut bawak balik sini.
Terima kasih ye Kak Ita & Selamat berpuasa
Ain
Dapatkan resepi nasi briyani dam india selatan yang lazat di www.facebook.com/salmahnaina
saya ambil resepi sahaja yang lain tidak ye... :)
alhamdulillah sedap
Assalam ita, kalau x ada rempah beriani johor ..rempah apa yg boleh guna sedap nya sama
As salam, boleh Kak ita bgtau pakai rempah briyani brand apa ye?
Salam kak, sy mtk izin cuba resipi ni ye..mohon halalkan..sy byk try resipi akak
Menyelerakan 🤩
Post a Comment