NASI KOMOK / KHAO MOK GAI - masam manis f

Breaking

Oct 28, 2012

NASI KOMOK / KHAO MOK GAI


Kalau dahulu mak-mak kita selalu bawakan bekal untuk bapa kita ke tempat kerja.. tapi zaman sekarang ni ada lagi ke suami yang nak bawa bekal ke office ??
Kebanyakkan lelaki sekarang dah tak mau lagi isteri bawakan bekalan.. mereka lebih suka makan di mamak. Adakah sebab malu.., nak ringkas atau mengikut trend semasa..

Di kawasan perumahan ita ni banyak sangat orang Nepal, yang ita seronok tengok orang Nepal ni, mereka selalau bawa bekal ke tempat kerja. Setiap pagi bila ita hantar Dalili kesekolah, nampaklah mereka berbaris ke tempat kerja dan setiap orang pasti akan menjinjing tepen di tangan.. Mungkin untuk jimat memandangkan gaji mereka yang kecil atau mereka lebih suka makan makanan yang di masak sendiri.


Mungkin ada sesetengah daripada kita menyatakan pendapatan mereka yang kecil dan taraf hidup yang tinggi memungkinkan mereka terpaksa menjinjing bekalan ke tempat kerja.
Itu pendapat masing-masing..

Ita ada satu cerita yang ita nak kongsikan pada kawan-kawan. Rasa-rasa ramai yang sudah mengenali penyanyi Hetty Kos Endang, beliau yang cukup popular dengan lagu Kasih, adalah biduanita yang cukup terkenal bukan sahaja di kepulauan Indonesia, malahan hingga ke Malaysia dan Singapura. Ita juga adalah salah seorang peminat beliau dan amat meminati suara beliau yang pada ita cukup lunak di dengar di cuping telinga.


Dahulu suami ita bekerja di bawah Pak Yusuf Fisal iaitu suami kepada Hetty Kos Endang. Suatu hari sewaktu mereka sedang mengadakan discussion tibalah waktu lunch, tiba-tiba datanglah Hetty Kos Endang bawakan bekalan makanan tengahari untuk Pak Yusuf Fisal. Suami ita kata dia sangat terkejut, tak sangka Hetty kos Endang yang begitu sibuk, mampu menyediakan bekalan buat suami tersayang.. Bila suami ita ceritakan pada ita, aduh.. rasa macam sebak pun ada.. ialah seorang biduanita popular begitu menjaga kebajikan suaminya.. Mulai hari itu ita pun berangan-angan untuk melaksanakan tangung jawab ita sebagai isteri sebaik mungkin.. dan berharap agar mendapat reda Allah..


Hari ni, ita bukanlah nak bercerita pasal bekalan, sebaliknya nak menghidangkan juadah yang baru ita cuba. Ita beberapa kali terpandang Ayu menyediakan juadah ni. Dalam hati tertanya-tanya sedap ke?? oleh kerana nak tau sangat tentang keenakkan resepi yang telah di kongsikan oleh Kak Azian ni maka hari ni ita merajinkan diri mencuba. Kebetulan anak-anak bujang pun ada.. jadi semakin rajinlah maknya di dapur.

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam, begitulah sebagaimana yang di nyatakan berkenaan nasi ini. Mungkin inilah rupanya nasi Beriani Siam. Tapi pada ita, nasi ini lebih terarah kepada nasi ayam atau nasi ayam penyet, memandangkan cara penyediaannya yang hampir serupa. Apa yang membezakan nasi ini daripada nasi ayam yang lain adalah pengunaan rempah Komok di dalam penyediannya. Mungkin rempah ini agak asing dan sukar bagi kita untuk menemuinya di pasaran. Tapi jangan bimbang kerana kak Azian telah bebesar hati untuk kongsikan cara penyediaan rempah Komok bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah tersebut.

Bagaimana? ada yang teringin mencuba? tak salah jika sesekali kita bertukar selera, mana tau ianya menepati selera kita dan keluarga dan mungkin juga menjadi hidangan yang disukai ramai..


NASI KOMOK / KHAO MOK GAI
Di kongsikan oleh : Kak Azian
Rujukan : Ayu

Sebelum kita memasak Nasi Komok ni kita perlulah menyediakan rempah Komok terlebih dahulu. Sebenarnya rempah Komok ni ada di jual mungkin di utara, atau di sempadan Thailand. Tapi bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah komok bolehlah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azian.

REMPAH KOMOK
2 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Semua bahan di atas di satukan, campurkan sedikit air gaul rata untuk di jadikan pes.


NASI KOMOK

1 ekor ayam ~ dipotong 4 dan cuci bersih
5 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar, cuci dan toskan
4 sudu besar minyak ghee / minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang serai ~ dititik ita tambah
5 ulas bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
3 batang akar ketumbar ~ hiris sikit untuk buang tanahnya dan cuci bersih
3 sudu besar Rempah Komok / guna resepi di atas
200 ml susu cair
8 cawan air
garam secukup rasa
1 kiub ayam ~ ita tambah

Pijarkan minyak sapi dalam periuk
Tumiskan bahan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih , buah pelaga dan serai hingga harum.
Masukkan bahan yang di hiris dan masak hingga ia layur
Kemudian masukkan pes rempah komok dan masak hingga garing.
Sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
Setelah garing, masukkan air dan akar daun ketumbar
Biarkan air rebusan mendidih
Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa
Rebus hingga ayam separuh empuk
Angkat ayam dan toskan

*Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk di buat sos cili

Masukkan beras ke dalam periuk nasi
Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
Kemudian masukkan susu cair
Perasakan garamnya jika kurang.
Tanaklah nasi seperti biasa.


AYAM GORENG

Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa

Ayam yang telah kita toskan tadi, kita gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Kemudian goreng terendam di dalam minyak panas
Setelah kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya

Ita perapkan ayam bersama rempah ayam goreng


SOS CILI

1 cawan air rebusan ayam
6 biji cili merah
4 biji cili padi ~ jika inginkan pedas
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar cuka ~ boleh juga perahkan jus lemon
garam dan gula secukup rasa
Sedikit cili sos ~ ita tambah
Sedikit kicap manis ~ ita tambah

Kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam tadi
Masukkan dalam periuk dan masak hingga kuah agak pekat
Ita tambahkan sedikit cili sos dan sedikit kicap manis
Bila kuah telah pekat perasakan dengan garam dan gula
Boleh tambahkan cuka atau perahan jus lemon


SUP KOMOK

Lebihan air rebusan ayam tadi, ita jadikan sup untuk di makan bersama Nasi Komok sebagai kuahnya. Ita cuma perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun ketumbar.


Jutaan terima kasih ita pada kak Azian dan Ayu atas perkongsian resepi ini. Kepada rakan-rakan yang lain selamat mencuba! ^_^



25 comments:

Suhaina said...

Beautiful clicks.

MéuzAngelo™ XXIII said...

kalau saya ade bini dan dia sediakan bekal makanan, selamba je bawak.. nk malu ape.. jimat sikit duit kan.. hehe [link blog saya]

Granny Hani said...

Saya selalu makan nasi komok ni. Kat negeri saya yg bersempadan dgn siam ni pun byk di jual. Saya suka nasi ni.Air lada/sos tu kena lebih manis nya..dan daun ketumbar/bawang goreng kena taruk byk sikit...

Nina Mirza said...

Mmmm .... berselera tengok!
Masa Nina keje dulu selalu bawak bekal ke ofis ;)

Ira Rodrigues said...

Oh My God, I like your tiffin, your picture in this post and how much energy you putting the effort to cook the whole dishes. Bravo Ita!

Lisa Ho said...

Wow... I love the tiffin too n the series of photos here...
Simply gorgeous.
and the lauk...alamak, meleleh I tengok. Beautiful :D

Lisa Ho said...

I love the tiffin too...photos telling me of a beautiful story.
and the lauk...makes me hungry
Beautiful n delicious lauk.

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita...
Sedapnya nasi komok tu....

Anonymous said...

nampak sedap. Boleh cuba nanti walaupun baru 1st time dengar nama nasi ni...thanks sis share resepi... :)

Hanim said...

assalamualaikum...suke sy ngan mangkuk tingkat tu, klasik jer n brg lama hehehe. cuuuun ah gmbr...

Gee® said...

1St time tengok & dgr pasal nasi komok... mengancam!

Anonymous said...

salam kak ita ...meleleh tengok lauk pauk tuu...pastu tiffin tuu...antik sangat dan last sekali pisau yang potong daun sup tuuu...buat sha jadi seriau...hehehe...muahssss

Kak Am said...

Antiknya mangkuk tgkt tu ita..! antik juga photo mngkuk tgkt atas motor tu.., mcm zaman dulu-kala pulak ya..! heee..

ZulyKurus said...

Alahai bila lah dapat saya dapat sediakan Nasi Komok untuk suami terchenta <3 Kak Ita, saya reader baru blog kakak. Terima kasih sebab sudi kongsi resipi, berbagai tips dan trick dari dapur. Semoga Allah swt sentiasa memberkati usaha kakak Amin...

Nisa-mom said...

I've been following your blog for long, but not much of leave message. But today, you are bring a beautiful pictures to us to see. I love it. You are a very talented food photographer. In this story, what I agree is home food is always best,no matter how much money you make or not. Nothing compare with home food, healty and delicious too.

Anna Qawina said...

lama x buat nasi ni...tggu rempah komok sampai la..x rajin nk buat rempah sdri..hihi

Jane Chew said...

I love this so much. Will try this out today as I have all ingredients in hands. Thanks for sharing this wonderful recipe. Hopefully both my kids will love it.

Unknown said...

Say BYE to snail mail! Free iPads await YOU, Astro users!! Klik http://bit.ly/UXF4cl for information.

Ayu said...

Assalam ita,
waduh..beberapa hari tak jenguk blog, banyak yang terlepas..bila tengok live feed jit, link dari blog ita on this post..terus kita kemari..
terimaksih sudi mencuba recipe nasi komok yang telah dishare oleh azian ni ya..macam mana rasanya ok tak ita?..harap kena dgn selera ya...

Nikee Me said...

salam kak ita,sy dr kelate biasalah menikmati nasi komok ni selalu juga member belikan rempah komok di siam,kalau di siam makannya berulamkan daun ketumbar tu,rasanya ala nasi ayam sahaja bolehlah sesekali tukar selera...

mykitchen said...

salam kak ita...rempah kamok ni byk djual kat kelate...time kak ita blik kelate bleh lah beli nanti...yg buat sndiri dgn rempah asli berbeza kak ita....rasa sgt lain bg sy...

fazian.batrisyia said...

hb sy sekali sekala mahu juga bw bekal...kdg2 by request, kdg2 sy siapkan apa yg sempat...roti sapu kaya pun jadilah...

mAsTuRa said...

Baru jer try wat nasi komok nie...tapi xda daun ketumbar...xkick laa rasa...apa pun memang best nasi nie..harua cuba lg ngan daun ketumbar sure lagi sedap...apa pun tq kak ita share resepi nie...

Nastyna said...

Yay Jumpa pun resepi ni...thanks so much kakak. Saya membesar dgn makan nasi ni, rindu sangt.

Unknown said...

Gorgeousnye gambar2 dan resepi blog akak ni..hope i can be like akak satu hri nanti..hmmm..

Post Top Ad

test