SWANS CREAM PUFF - masam manis f

Breaking

Oct 24, 2012

SWANS CREAM PUFF

Assalamualaikum

Pertama sekali ita nak ucapkan terima kasih kepada yang ucapkan tahniah pada Masam Manis untuk ulang tahun Masam Manis yang ke 2.  Ita sangat-sangat menghargainya.. dan sentiasa berharap agar setiap perkongsian membawa seribu erti bagi kalian dan semoga ianya dapat di manfaatkan sebaik-baiknya. Ilmu yang Allah kurniakan cukup bernilai dan harus di kongsikan bersama, agar menjadi saham untuk bekalan kita di akhirat kelak..


Seperti yang ita janjikan semalam, hari ni ita akan tunjukkan bagaimana caranya nak buat swan puff. Buatnya tak lah rumit sangat, cuma nak kena pandai mengayakannya aje.

Resepi kali ni ita tak menggunakan resepi crispy puff yang ita gunakan semalam. Ita gunakan resepi dari Barbara Bakers untuk menyediakan Swan Puff kali ni. 

Resepi Crispy Puff yang semalam tu ita suka, tapi ianya tak sesuai untuk buat swan sebab dia naik tinggi. Untuk swan ni ita tak nak dia naik tinggi sangat sebab kalau dia terlalu kembang nanti kita tak dapat pula corak berombak pada kepaknya tu. 


Sebelum ita terlupa, ada pertanyaan tentang Crispy puff yang ita sediakan semalam. Ada yang kata mereka dah pernah cuba resepi dari Little Japan Mama tu tapi tak menjadi, katanya puff tu lembik dan tak naik. Rasanya pula manis. 

Macam ni lah kan.. tentang perasa tu.. terpulang lah pada kita, jika kita suka manis kita letaklah gula, jika kita tak suka manis sebaliknya kita suka yang lemak masin kita letaklah garam..  sebab citarasa ni bergantung pada kita yang membuatnya sebab kita yang nak menikmatinya.. kan.. 

Pada ita resepi Crispy Puff tu sedap! suami ita pun kata sedap.. sebab suami ita ni memang fav dia Cream Puff, jadi jika orang yang suka kata sedap.. sedaplah tu kan.. Tentang adunannya dikatakan lembik atau tak naik.. cuba lihat yang ita buat tu.. naik sangat sampai pecah semua corak yang ita buat di atasnya.. dan pada ita dia naik sangat cantik! dan perfect! jadi jika nak kata resepi tu tak jadi.. kita tengok balik.. kenapa orang lain buat jadi.. kita buat pula tak jadi.. mesti ada kesilapan kita di mana-mana..


Bila kita memasak terutamanya bila kita nak buat sesuatu resepi yang bersukat, baca resepi betul-betul terlebih dahulu. Fahami bahan apa yang akan kita gunakan dalam resepi tersebut. Contohnya jika terdapat penggunaan baking powder apa tindak balas yang akan berlaku pada adunan kita nanti, begitu juga penggunaan soda dan telur. Jangan main buat aje.. bila tak jadi mula salahkan resepi.. 

Bahan-bahan yang kita gunakan terutamanya telur mestilah yang baru.. Tepung pula mestilah di ayak terlebih dahulu. Penggunaan tepung juga berbeza fungsinya mengikut kandungan tepung tersebut.. jangan pula pandai-pandai ubah resepi.. nanti bila tak jadi.. resepi juga yang di salahkan.. Kesian pada orang yang bersusah payah kongsikan resepi tersebut.. bukan kita nak menghargai perkongsian mereka, sebaliknya kita hentam lagi.. aduyaiii.. sebaliknya kesalahan itu sebenarnya adalah berpunca dari sikap kita yang sambil lewa bila memasak..


Tentang cream puff ni, yang paling utama kita hendaklah jaga kepanasan ovennya. Oven mestilah di panaskan pada suhu 200C ~ 220C, dan oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum kita mula membakar. Masa membakar pertama dalam 20 ~ 25 minit. Ianya bergantung kepada jenis oven dan jangka hayat oven tersebut. Oleh itu pastikan kita fahami fungsi oven kita.

Jangan sesekali buka pintu oven semasa proses pembakaran berlaku.
Selepas 20 ~ 25 minit, terus turunkan suhu oven pada 100C dan teruskan membakar selama 20 ~ 25 minit lagi. Api atas dan bawah di gunakan pada proses pembakaran puff ni. Jika oven ada kipas bolehlah on kan kipas ianya akan membantu lagi proses puff kita mengembang dengan cantik. Selepas 20 minit pertama jika puff dah terlalu perang segera tutup api atas dan bakar dengan api bawah sahaja dalam 20 minit terakhir.


Untuk filingnya ita gunakan resepi Japanese Crispy Puff yang ita sediakan semalam. Kan ita dah kata resepi tu dapat banyak dan sesuai untuk 2 aduan puff, jadi hari ni ita masih lagi gunakan resepi yang sama. Ita tunjukkan cara bagaimana nak buat Swan aje lah ye.. untuk cara-cara penyediaan adunan boleh rujuk cara penyediaannya dari resepi ita yang lepas-lepas.. sama sahaja kaedahnya.

Kepada yang belum sediakan filling, buat filling atau cream kastardnya dahulu, sebaiknya sehari sebelum kita sediakan puff, simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin
Macam mana? dah boleh kita mula kan sekarang..
Kita semak dahulu resepi di bawah.

Krim Kastard
By : Little Japan Mama

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
 

SWANS CREAM PUFF
By:   Barbara Bakers

Puff Pastry
1/2 cawan butter tanpa garam ~ 115 gm
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula ~ ita letak secubit gula jika tak suka puff manis jangan letak gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur ~ A saiz satu biji telur anggaran 60 gm



Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati

Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

Sediakan dulang pembakar
Lapik dulang dengan baking paper


Mula-mula kita buat kepala swan kita dahulu.
Ambil sekeping kertas baking paper atau kertas minyak
Lukiskan huruf S atau no 2 di atas kertas sebagai leher swan kita nanti
Terbalikkan kertas dan letakkan atas loyang
Masukkan sedikit adunan ke dalam piping bag dan letakkan nozel bulat kecil
Kalau tak ada potong sahaja bucu piping bag kecil
Paipkan atas loyang membentuk huruf yang telah kita lukiskan tadi
Kemudian paipkan sedikit di hujungnya sebagai kepala swan kita nanti
Setelah siap masukkan dalam oven pada suhu 170 C dan bakar selama lebih kurang 10 minit atau sehingga kepala swan kita kekuningan
Bila dah masak, sejukkan sekejap
Cairkan sedikit coklat masakan dengan kaedah double boiler ~ sikit sahaja
Masukkan dalam piping bag dan potongkan hujungnya kecil sahaja
Paipkan bentuk mata dan paruh swan kita tu tadi
Biarkan coklat  mengeras
 
Untuk membuat badan swan gunakan nozel bentuk bintang yang besar
Masukkan dalam piping bag dan masukkan adunan kita tadi
Paipkan atas loyang yang di alas dengan baking paper bentuk air mata atau berudu
Panjangnya lebih kurang 3 cm
Masukkan dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 210 C
Bakar selama 20 ~ 25  minit guna api atas bawah dan jika ada kipas on kan kipas
Selepas 20 minit turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 20 minit ~ 25 minit dengan menggunakan api bawah.
Setelah masak sejukkan atas redai

Untuk membuat swan, potong puff kita tadi kepada 2
Bahagian yang atas pula kita potong kepada 2 untuk di jadikan kepaknya
Paipkan kastard atau cream kastard di atasnya
Boleh letakkan buah-buahan segar jika suka
Kemudian letakkan kepaknya di kiri dan kanan
Akhir sekali letakkan leher atau kepalanya

Sekarang swan kita sudah siap untuk di hidangkan


CREAM PUFF SWANS
By:   Barbara Bakers

Choux Pastry

1/2 cup (1 stick) unsalted butter
1 cup water
1/4 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons sugar
1 cup all-purpose flour
4 large eggs

Pastry Cream
3/4 cup granulated sugar
1/3 cup flour
1/4 teaspoon salt
2 cups milk
3 egg yolks, beaten
2 tablespoons butter
1 1/2 teaspoons vanilla bean paste or vanilla extract
1/2 cup whipping cream


Pastry:
Preheat the oven to 425º. Line a sheet pan with parchment paper.
In a large saucepan, bring butter, water, salt and sugar to a boil over medium-high heat. Remove pan from the heat and add the flour all at once. Stir quickly until all the flour is incorporated, about a minute. Return to the heat and cook, stirring constantly, for another minute or two.
Transfer the dough to the bowl of an electric mixer. Beat at medium speed for 1 minute to cool the dough down a little.

Add the eggs one at a time, beating well after each addition; beat until the dough loses its “slimy” look, and each egg is incorporated. (You may only need 3 eggs, depending on your climate.) The dough should be thick, but should fall slowly and steadily from the beaters when you lift them out of the bowl.

Using a pastry bag fitted with a 1/2″ tip, pipe out 12 swan heads. (You’re aiming for something between a numeral 2 and a question mark, with a little beak if you’re skilled and/or lucky.)
Remove the tip from the bag and pipe out 12 swan bodies. These will be about 3” long, and about 2” wide. One end should be a bit narrower than the other.
Use your fingers to smooth out any bumps of points of dough that remain on the surface. Bake 15 minutes, then reduce the heat to 375º and bake until puffed up and light golden brown, about 25 minutes more. Try not to open the oven door too often during the baking.
Let cool on the baking sheet.

Pastry Cream:
In a medium saucepan combine the sugar, flour and salt. Gradually whisk in milk. Cook over medium heat, stirring constantly, until mixture starts to boil. Cook for 2 minutes until thickened.
Remove from stove. Slowly whisk 1/4 cup of the hot mixture into the beaten egg yolks, and immediately add egg yolk mixture to the hot mixture in the saucepan. Cook for 2 more minutes, stirring constantly. Remove from heat and add butter and vanilla. Transfer pudding mixture to a medium bowl. Cover with plastic; refrigerate until well chilled, about 1 hour or overnight.
When pudding is chilled, whip cream to form soft peaks and gently fold in to pudding. Keep covered and chilled until ready to use.

Assemble Swans:
Take a swan body and use a very sharp knife to cut off the top 1/3rd to 1/2. Cut the removed top down the center to make two wings.
Dollop or pipe pastry cream into the body, insert head, and then add wings. Sprinkle with powdered sugar if desired.

Amat sesuai untuk dihidangkan di meja raja sehari..

48 comments:

zinnur'ain the love of my life said...

kreatif nya kak ita ni ... saya suka semua hasil kerja kak ita ...

Puan Eka said...

memang cantik..
jinjang betoi leher swan tu..
suka eka tengoknyer..hehehe

ngan kemasnyer...
perfect

A.B.M said...

omg!
sgt temptinggggg!
:O

Suzie Saufi said...

Cantiknya swan Kak Ita...kalah Chef Fazlee punya swan dalam masterchef....nak buat jugakkkk....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

adoilaaaaaaa... no komen!

kagum sungguh, tabik spring toing3! ngan kak Ita.

Kita pnah tngok org lain buat tak secantik yg ni, mcm sedang berenang2 di tepian tasik.. ;-)))))

mimie said...

tau dah sekarang.....
tak susah rupenye kan kak...
terima kasih kak itaaaaaaaaaaaaaaa
#teriak dr kota dumai... ^_^

Suzie Saufi said...

Cantiknya swan Kak Ita..kalah swan chef Dato Fazlee dalam masterchef....nak trylah nanti....

Unknown said...

Cantiknya swan Kak Ita..nak try la nati..kena tunggu angin rajin datang dulu..

Gee® said...

sangat teruja...cantek!!

mamyharraz said...

kagum sgt hasil keje kak ita.
teliti..hasilnya cantik!

Unknown said...

cantik nya ... teruja nak buat ..tahniah ita dan selamat ulangtahun ke 2 Masam Manis..

ninazsyafinaz said...

Im drooling dah nih..telan liur telan liur..thank you kak for the tips untuk membakar nih..saya pernah buat sekali ..tak naik langsung

sipoh said...

masyallah cantiknye ..daya creativiti yg sgt tinggi..

ismi nisa said...

sedapnya tengok...rasa nak tengok je x nak makan sebab cantik sgt...akak, nak tnya la sy penah buat cream puff...ikut step by step...tp dia jadi bantat la...x kembang mcm akak punya...kenapa ye?tak tau salah kt mane..

::bOnie:: said...

Ya Allah..cantiknyer..kreatif sungguh...ishhh bole xnie kalu saya yang wat...takot xjadik swan..jadi len karang...ishh..ishh..tabikk springg!!!

leen said...

cantik betoi swan akak tu...and tahniah atas ulang thn ke dua masam manis...kak ita..memang terbaik...

::bOnie:: said...

Ya Allah, cantikknyer..kreatif sungguh....xsamapi ati nk mkn kalu da cantekkk sangat cmnie....aduhhh....=)

Unknown said...

..cantik swan puff kat ita..leher dia halus betull..ehhehe.. nanti cubalah

Nur-nba said...

Cantiknya kak... ♡♡ Tak berkelip mata tengok swan ni.. Sayang rasa nak makan.. ♥♥

keymekeymoo said...

salute dengan kak ita ! :)

nam@along said...

cute nyer cream puff swans..memang terbaik la ita nie...

Yatie said...

cantiknyaaaaaa....teruja melihatnya...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ita,marveles....

Cik Puan Diksu said...

SEDAPNYE...pandainye akak buat. terliur saya tengok.

monasrie said...

Cantik sangat.. dah lama nak try. tapi x tau cara. tengsssss byk yer kak ita..

mama leen said...

cantiknya kak.. suka.. sayang nak makan

Intan ~ Nur Azlina said...

Assalamualaikum,
kreatif betul kak ita ni...
suka tengok semua hasil kerja akak.

rahel said...

Tak sabar nak makan swans cream puff...enaknyaaaa...

CiK Nik @ keNek :) said...

Cantik gilllleerrr~~~!!!!!apasal lah akak nie creative sgt...geram i tgk u~!!mcm yg miles crepe tue..terus sy ngidam ok nk mkn miles crepe tue..nk buat?sure sure lah tak jadi...tangan takda seni...terpaksa beli...haaaiissshh....

betullah...klu dah wat tak jadi tue..salah diri sndr kots..tak perlu kots nk slah kan resepi etc..n kalu kita nk try resepi kat internet pun..kena lah pandai pilih blog2 yg dah popular and kita yakin..bkn main rembat jerk..

klu resepi2 kek or hasil2 seni mcm nie..mmg blog akak lah rujukan pertama saya..klu bab lauk pauk, blog mat gebu..mmg kamu berdua, sgt terbaek kots~!!

Unknown said...

kreatifnya kak ita... nampak sedap... tp macam sayang jer nak makan, sb nampak comel sgt swan nya ni... =)

Unknown said...

Beautiful work. I love your blog and have to use google translate to understand.

Unknown said...

Beautiful work. I love your blog and have to use google translate to understand.

Unknown said...

You are so talented. Such beautiful cooking skills

Hafizah Mohamad said...

cantiknya kak ita....fiza suka hasil keja kak ita...mmg kreatif....

Barbara Bakes said...

So elegant! Love how you filled them and the fragile neck and perfectly shaped head. Well done!

faa.rosli said...

sangat cantik..teringat citer barbie n swan lake..hohoho

~ sHa ~ said...

wowww fantastic! mmg terbaek la .. and congrate for your 2nd year blog's anniversary..

Unknown said...

Pagi ni terpanggil lagi nak buka blog kak ita...wow...barbara blake kata so..elegant...pass ni kak ita bertaraf international....congrat kak ita..Well done...

Hatijah Salleh said...

Assalak kak..

amboi.... terjuling-juling saya tengok karya akak ni... saya nak try... tapi agaknya mesti 7 hari 7 malam baru siap ni.... itu pun belum tentu jadik... thanks kak... keep up the good work!

Hatijah Salleh said...

akak... thanks sebab follow blog saya... terharunya... blog tu bukannya cantik sangat... jauh panggang dari api ngan blog akak. Thank ye kak...

fiziskandarz said...

Salam perkenalan. Tengah cari2 resipi otak2 terjumpa blog ni. Wahhhhh hebatnya resipi + gamba2 pun sangat creative :)

Unknown said...

Masih tak jd buat puff pastrinya. Tak naik je. Bila cmpr telur je adunan jd cair sgt. Smpi beli timbang digital. Nk dptkan berat telur yg betul. Ada tips lain tak nk buat pastrinya naik gebu.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam ziarah... cantik2 swan ni. ni yang akak x sabar nak buat juga ni... tapi akak nak letak serbuk keju / cheese CHEEZE MAZ...

Terima kasih yang kongsi resepi ni

analisa said...

MasyaAllah... Bedecak kagum sama karya2 kak ita...

Unknown said...

akak dah cuba, boleh jeling2 di http://cheezemaz.blogspot.com/2012/10/swan-cream-puff-dengan-serbuk-cheeze-maz.html

fazian.batrisyia said...

wahhhh...seperti berjiran dgn kak ita...nak tgk kak ita buat kerja cekap kat dapor...& hasil yg wallla...terpegun.

SCR said...

Slm! Swan cream puff tu cantik!!! Saya ada cuba buat swan cream puff hari tu dan semua ok. Cuma bila dah sampai ke majlis, tengkuk swan tu lembik. Mmg kena letak pada saat2 akhir atau ada tips yang blh saya guna utk mengekalkan tengkuk swan tu supaya tegak?

Tq

Sharina

Post Top Ad

test