NASI AYAM CUKUP RASA - masam manis f

Breaking

Nov 15, 2012

NASI AYAM CUKUP RASA

Assalamualaikum




'Mee Maggi cepat di masak sedap di makan'
'Mee Maggi cepat di masak sedap di makan'
'Mee Maggi cepat di masak sedap di makan'

Pasti ramai yang masih ingat iklan Maggi yang di terbitkan pada tahun 1983, di mana 3 orang kana-kanak berjalan mengelilingi meja sambil membawa tongkat dan mengetuk dram, sementara menunggu ibunya menyediakan mee Maggi sebagai hidangan. Melihat kanak-kanak itu menghirup kuah maggi seakan perut kita turut mengalunkan lagu yang cukup sinonim itu...

Maggi dan kehidupan kita memang tidak dapat dipisahkan. Sejak ia diperkenalkan, produk oleh Nestle ini terus mendapat tempat di hati kita, malahan ianya menjadikan kerja memasak menjadi lebih mudah dan ringkas.


Ita mula mengenali Maggi dengan produk pertamanya mee segera Maggi perisa kari. Mula-mula macam jakun sedikit lah kan.. sebab biasa proses menyediakan mee kari mengambil masa yang cukup lama, dari penyediaan bahan-bahan hinggalah penghidangan. Tapi dengan Maggi tak sampai 5 minit dah tersedia satu menu hidangan yang membuka selera dan cukup menyelerakan. Apa yang paling utama pada ita waktu itu ianya mengenyangkan dan mudah disediakan.

Bermula dari hari itu, product Maggi sentiasa jadi peneman setia ita di dapur. Lebih-lebih lagi bila tinggal berjauhan daripada keluarga tersayang. Bila rindu masakan mak, ita segera capai sebungkus Maggi. Hilang kerinduan masakan ibu, bila dapat menghirup semangkuk mee Maggi. Kenangan berebut-rebut makan mee Maggi bersama adik dan kakak mulalah berlegar-legar dalam ingatan.. hingga mak terpaksa memasak berbungkus-bungkus mee Maggi kerana tak cukup... maklumlah keluarga kami yang ramai pastinya tak cukup mee Maggi sebungkus..

Kesian mak... tapi mak masih mampu tersenyum..
Kini barulah ita tahu.. dengan Maggi, mak tak payah bersusah payah menyinsing lengan di dapur..


Kini, giliran ita pula sebagai isteri dan ibu. Pastinya ita juga ingin menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan buat keluarga.
Teringat pesan arwah nenek, "kalau nak pikat suami.. kenalah pikat seleranya dahulu.."
Bila isteri menyediakan juadah yang menyelerakan, pasti suami tak makan diluar.. kerana ingatan sentiasa pada sentuhan air tangan isteri yang menambat selera..

Bila ita penat seharian dengan tugas di rumah yang tak pernah berpenghujung.. pasti anak-anak akan kata.. " Maggi kan ada..."
hehe.. gelagat anak-anak memang buatkan ita sentiasa tersenyum.. " betul tu... Maggi kan ada..."


Bersesuai dengan kehidupan kita sekarang yang inginkan semuanya serba ringkas, cepat, mudah dan yang paling utama menjimatkan, kini Nestle memperkenalkan lagi produk terbaru mereka yang semestinya untuk memudahkan kerja memasak kita di dapur, menjimatkan masa, menjimatkan belanja dan yang paling utama menjadikan makanan kita lebih sedap dan lazat.

Kenapa tak percaya?
Trust me.. 


Hari ini ita inginkan kongsikan satu resepi Nasi Ayam yang mudah dan ringkas. Dengan produk Maggi, nasi ayam ita kali ini cukup menyelerakan dan membuatkan anak-anak dan suami makan bertambah-tambah.. sampai licin pinggan dibuatnya..

Ita menggunakan 3 produk MAGGI Culinary Solutions iaitu :
1. Maggi Cukup Rasa
2. Maggi Sos Tiram dengan sebatian makanan laut
3. Maggi Stock Pekat Ayam

wow!! memag sedap! dan kerja menyediakannya pun menjadi cukup mudah! bayangkan tak sampai sejam, semuanya dah terhidang di atas meja..
Bau aromanya juga cukup menambat selera hingga anak-anak tak sabar-sabar nak merasa..

Apa tunggu lagi..
Dapatkan produk Maggi Culinary Solutions di pasaran, dan tambahkan lah se Cukup Rasa dalam setiap hidangan anda.. pasti ianya menjanjikan aroma yang cukup memikat dan menyelerakan..

Ciri-ciri
Penambah perasa semua dalam satu untuk setiap hidangan
Disediakan dengan bawang dan bawang putih yang segar
Ianya mudah larut

Kelebihan
Senang digunakan, dan memberikan rasa yang cukup enak!
Menjimatkan belanja
Menjimatkan masa

Manfaat
Memudahkan penyediaan hidangan untuk keluarga dengan lebih enak dan sungguh istimewa
Menambahkan rasa kesegaran untuk setiap hidangan dan yang paling utama ianya menjimatkan belanja untuk ramuan segar
Memberikan kesenangan semasa menyediakan hidangan dan amat sesuai untuk pemerapan.


NASI AYAM CUKUP RASA

Sup Ayam
1 ekor ayam ~ di potong dan di cuci bersih
air untuk merebus secukupnya
3 inc halia di hiris
1 batang serai ~ diketuk
3 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar Stock Pekat Ayam Maggi

Masukkan semua bahan kecuali ayam ke dalam periuk
Tutup periuk dan rebus hingga air mendidih
Setelah air mendidih, masukkan ayam
Biar hingga ayam empuk
Keluarkan ayam dan ketepikan
Ambil separuh air sup ayam untuk menanak nasi


Nasi Ayam
4 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam / Sup Ayam
1 sudu besar Maggi Sos Tiram dengan sebatian makanan laut
1 batang serai ~ dititik

Masukkan beras kedalam periuk nasi
Masukkan air rebusan ayam atau Sup Ayam, 1 batang serai dan Maggi Sos Tiram
Kacau rata dan tanak nasik seperti biasa.


Ayam  Goreng Maggi
1 ekor ayam ~ yang telah direbus
2 sudu besar Maggi Sos Tiram dengan sebatian makanan laut
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar madu
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Dalam satu bekas, satukan semua bahan kecuali ayam
Gaul rata
Lumurkan pada ayam dan perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak secara terendam hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan



Sos Cili
6 batang cili merah
10 batang cili padi
1/2 cawan air Sup Ayam
1 sudu besar Sos Tomato Maggi
2 sudu besar Sos Cili Maggi
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
sedikit perahan jus lemon

Satukan semua bahan kecuali jus lemon dan kisar
Masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus lemon
Sedia dihidangkan



Wanna win a trip to LEGOLAND, Malaysia for your family? Come and join me in this MAGGI ” Good To Great” Campaign and you stand a chance to win a trip to LEGOLAND, Malaysia worth RM1,500  and you also stand a chance to win a set of complete MAGGI  Culinary Solutions products with just few simple steps.

images.jpg


HOW TO JOIN & SUBMIT? 

1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.com with email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB

RULES & REGULATIONS :

1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.

THE PRIZE : 

1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg

maggi.jpg
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.

http://www.cookingmomster.com/?p=3748



7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita.. samalah kita.. stok maggi kena sentiasa ada di rumah, dari mee segera, sos cili, sos tomato, sos tiram segala jenama maggi dan yang wajib ada sekarang cukup rasa, cepat dimasak sedap dimakan!!

emma marini said...

Best juga contest maggie ni...tapi tak berapa pandai masak..heeeee.

ilahjy said...

salam dek ita lama tak bual..salam tahun baru ye... sudah semestinya ada dirumah kak juga hehe.. teringat masa mula2 mee segera kak makan masa tu tahun 1973.. kak darjah 1 dah ada mee segera.. jenam CINTAN ..kalau x salah kak.. kak pergi ziarah moyang..di yan kedah.. ada sorg cucu moyang tuu lelaki dia dah besar dlm tingkatan agaknya,..dia makan mee segera tuu langsung tak ajak sama kak ilah..dia mkn sorg2 sbb dai masak sndir.. budak darjah 1 yg terleleh air liuq ni langsung dia tak peduli.. lepas tu kak balik umah nenek (anak moyang yg sulung yg bela kak ilah) terus nagis nak makan benda tuuu teus nenek belikan. terus makan sampai 2 peket sekali gus. amek kaww.. kedekut sgt pak long tuuu sampai sekrang kak ingt lagi..sampai hati dia huhuu saja ingt kenangan lama disini..pasal mee segera..hehe

Edazman said...

A'kum kak ita, terubat rindu pd kak ita bila dpt baca celoteh k.ita pagi ni....samalah ngan eda, kat umah stok maggi mesti ade....

Unknown said...

salam maal hijrah kak ita..wow dah jadi duta maggi ke? Memang cepat dan mudah.Yang pentingnya rasa mengancam...

CT Delima said...

As'salamualaikum Azlita

Salam tahun baru Maal Hijrah. Stok maggi sebulan hanya sebungkus aje dirumah. tu untuk masa2 dalam saat genting aje tak lebih dari sebungkus hehehe.

Tapi bila balik dari jalan2 semuanya mintak buatkan nasi goreng berbanding maggi. Perencah maggi secukup rasa adalah penyedap nasi goreng, wallahhhh!! memang sedap.

Unknown said...

Salam kak Ita,

Minat jugak nak join contest..sebab memang banyak dan selalu guna produk Maggi..cuma kurang faham kenapa host nye cookingmomster? Bukan MAGGI? Sebab bila bukak website Maggi takde jumpa contest ni..mungkin akak ada jawapan?? Terima kasih dan syabas atas paparan hidangan yang lazat2..SuRi..http://resepiharihari.blogspot.com

Post Top Ad

test