KEK MENTEGA MARMAR SUSU - masam manis f

Breaking

Dec 14, 2012

KEK MENTEGA MARMAR SUSU

Assalamualaikum


Hari Jumaat datang lagi.. Semoga Jumaat kali ni, memberikan seribu maanfaat pada kita semua, memperoleh rezeki yang barakah dan kebahagiaan yang berpanjangan..

Beberapa hari hujan turun tanpa henti, kedinginan hingga ketulang sum-sum. Setiap kali bagun pagi.. aduh.. terasa liat nak mencapai tuala.. buka tutup.. buka tutup kepala paip.. uh.. sejuknya macam air dari peti ais dinginnya..

Dah berapa hari heater rosak.. tak berfungsi.. kena pulak musim hujan cam ni..
"makkk... sejuknya.. macam mana nak mandi.. tak ada air panas.." suara Dalili menjerit dari biliknya..
Anak-anak sekarang cukup manja..

Ita segera terkenang masa silam, seawal pukul 4 pagi telah dikejutkan..
" cepat bangun.. nanti lewat ke sekolah.."
Dalam kepekatan subuh dan dingin pagi.. ita , kakak dan adik, menyusur ke perigi.. embun jantan baru turun..
" nanti jangan lupa angkat air.. mak nak cuci pingan.." pesan emak sambil menghulurkan baldi kosong.

Tak pernah pula nak bersungut..
Lepas mandi, bibir naik lebam kebiruan.. menahan kesejukan
Anak-anak sekarang.. tak pernah merasa susah.. semuanya di depan mata.. beruntungnya badan..


Hari ni ita sediakan sebijik kek yang mudah dan ringkas cara penyediaannya.
Baru-baru ni ita menerima kiriman email dari seorang adik..
"kak ita, boleh tak akak buatkan kek yang mudah dan ringkas, seperti kek yang terjual di pasaraya.. saya bercadang untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan"

Alhamdulillah.. sejuk perut ita mendengarnya.. sesejuk dan sedinginnya air di telaga 30 tahun yang lalu..
9/10 peratus rezeki datangnya daripada perniagaan.. masih terngiang-ngiang lagi celoteh ustazah di sekolah..
" bila besar nanti awak nak jadi apa? " soal ustazah
Terkebil-kebil mata ini memandang wajah ustazah..


Resepi kek ni ita ambil dari buku Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah. Kek ini boleh ita katakan adalah dari jenis butter cake. Teksturnya lembut, gebu dan sedikit padat. Bukan seperti kek span yang lembut, gebu dan ringan.

Sebenarnya ita tidak beberapa meminati kelompok kek dari jenis buttercake. Mungkin rasanya yang agak lemak dan bau butter yang padu buatkan ita cepat muak bila memakannya. Cukuplah sekeping, kalau makan 2 , 3 keping ada ita tak bangun.. pasti sakit kepala ita ni akan menyerang lagi.. lebih-lebih lagi bila diletakkan perasa moca dalam aduan tersebut..

Tapi ita pasti, ramai diluar sana yang mengemari kek ini. Kek yang lembut, harum dengan bau moca dan koko buatkan sesiapa yang mengemarinya sentiasa mengulang-ngulang ke dapur..


Sebenarnya banyak lagi resepi yang menarik didalam buku ni. Resepinya ringkas dan cukup mudah disediakan dengan bahan-bahan yang sangat minima.

Insyaallah jika ada kesempatan ita akan kongsikan lagi lain-lain resepi yang menarik!


KEK MENTEGA MARMAR SUSU
By: Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat manis
100 g susu cair
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh kapucino emulco
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
Kepingan badam sebagai hiasan

Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Pukul mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Kemudian masukkan susu pekat manis
Pukul sehingga adunan sebati
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.

Ambil 1/4 adunan
Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
Kacau rata
Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata

Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
Diikuti adunan coklat kapucino
Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
Hiaskan dengan taburan kepingan badam

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.


MILK MARBLE BUTTER CAKE

Ingredients:
250gm butter
200gm castor sugar
4 eggs
290gm self-raising flour
50gm sweetened condensed milk
100gm evaporated milk
1 tbs choc emalco
1tsp cappucino emalco
1 tsp essence vanilla

Decoration:
Almond flakes/slices

Method:
Beat butter and castor sugar till well combined
Add in eggs, 1 at a time followed by condensed milk
Mix well
Add in self-raising flour and milk alternately
Mix well
Scoop out 1/4 of batter and mix in cappucino and choc emalco
Add in and mix essence vanilla into the balance 3/4 of batter
Pour the vanilla batter into 8" baking mould follow by cappucino choc batter
Create marble effect
Sprinkle almond flakes evenly on top
Bake in preheat oven at 150C-170C for 1 hour or till completely bake

32 comments:

Mas said...

gebuu....
terliur lak tengok...he3

Mas Sani said...

terima kasih kak kongsi resepi...sy memang tercari-cari kek yg bahan2nya mudah sahaja hehe...
kek yg akk hasilkan tu pun nampak sgt gebu n cantik je...

norinaomar said...

kak ita,saya ni ada masalah dalam menyukat bahan, contohnya resepi yang guna gram..saya kalau nak cari resepi mesti nak cari yang guna sukatan cawan..ada cara tak nak convert gram kepada cawan,atau nak tak nak memang kena follow je dan guna penimbang?

Cmacomey said...

sy nyer kek dok dlm oven lg...nengok kek akak, dah rasa kat tekak ni.baunya pun....ummmm....

eijah said...

akak, sblm ni xmint pon wat kek..n kt umah pon xde mesin untuk kek..so, kalu pukul adunan ngan tangan, ok ke kak?

gadisBunga™ said...

kek cantik dalam gambar yang cantik, dah cukup untuk buat saya pegi secret recipe petang ni!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita..

Bila tengok kek Kak Ita ni terkenang, inilah ala2 kek yg dibuat mak kita dulu2.. betul, anak skrg bertuah, untungnya sy celik mata nak ke sekolah mandi air paip tapi penat jugalah sebab kena ceduk dari baldi atau tempayan. Tak dapat dibayangkan kalau kena angkut air dari perigi. Kalu pergi rumah makcik yg berduit sikit yang bilik mandinya ada air pancut (hehehe.. shower) huh, jakun betul rasanya.. ekeke..

errrr.. Kak Ita, bila ustazah tanya cita-cita tu, apa Kak Ita jawab????

Defarah said...

salam kak ita...kalau guna microwave camner e'k?..tak berapa mahir lagi la h menggunakan microwave nie....

Unknown said...

kak ita,sy nak jawab soklan kak Mas Sani(ye ke kak,sy 24,klw salah,maaf la yer)..bukan jawapan sebenarnya,cuma nak bantu jer..
kak Mas Sani try tgk group Jom Masak kat FB..dalam album Koleksi Info & Tips.ada ditunjukkan macam mana nak convert cawan kepada gram..boleh jgk diaplikasikan utk tukar gram kpd cawan..sebagai panduan..

rahel said...

Adededeee...sedapnya kek mentega tu Kak Ita...dah petang ni memang teringin sangat nak makan kek mentega sambil menghirup teh panas...matap banget...

asmahyusof said...

Thanks kak ita...asz suka sgt kek nie..:))

MamaFaMi said...

Macam terbau-bau kek Ita ni dari sini tau...

Uda said...

lama tak buat kek butter....bila tengok kak ita buat.....terliurlah pulak!!!!!

Kak Nik Ja said...

salam ita...betullah...kek2 yg senang2 baru ade semangat nak buat...hihi
rumah mak akak di kampung masih ade lagik tau perigi...so akak masih berpeluang lagik mandi perigi di dalam rumah!!syoik!

iamnorzi said...

bestnye kak ita,.. Norzi simpan dulu, nanti ada masa norzi buat kak.. <3

Jehan said...

salam kak ita..saya dh try buat kek ni..hasilnya mmg marbeles..thanks kak ita..:-)

Unknown said...

salam perkenalan..bw kat sini jap..cantik la kek masam manis ni..saya dah pernah cuba ikut resepi strawberry tiramisu cake..sedap..tq..http://ibuayah-loveofmylove.blogspot.com

~A i s h a h~ said...

Saya nak cuba la nanti...
Saya buat butter cake last week tak jadi...
Mungkin resepi dia tak ngam...
Ni kak Ita punya sure jadi...

Unknown said...

cantiknyer kak itaaa....tq..nak cuba gak nanti...

norhayati said...

Assalam ita

mcmana nak pandai buat kek & masak mcm u...nak masuk kelas masakan mmg xda masa...asyk keja...u masuk kelas katne ya? im in KL my dear...

nss said...

Suka butter kek. Pagi raya ni nk try yg ni lah. Mengancam itu gambar ;) tq kak ita. Salam Aidil Adha to all

Unknown said...

As Salam... Hari ni nk buat kek marble ni... Selalu buat kek follow dr resepi ni mmg sdp dan menjadi,,..thanks kak Ita. :)

{ finieViolet} said...

Kek dr resepi akak mmg best tp sy guna majerin pelangi je.. Not bad la sedap dan berlemak gitu.. Dgn adunan rasa kopi n serbuk koko.. Sy derhaka cket..sy bubuh serbuk koko... Hihi tp menjadi.. Nice.. Thanks kak share ilmu...😄

Unknown said...

Slm kak ita, maaf nk ty.
Pukul mentega n gula tu smpai kembang ke?
Adunan tu pun pukul smpai kembang ke?
Maaf tanya. Newbie ni. Hihi

Azlita Aziz said...

wasalam, pukul sampai sebati aje pun dah ok

Voluptous Mommy said...

2 kali buat kek guna resipi ni... sangat sedap... sy selalu akan kurangkan gula dlm 20-30 gram... terima kasih kongsikan resipinya.. :)

Unknown said...

Dah buat memang sedap sgt2

Anonymous said...

Salam...

Kalau guna tepung gandum campur serbuk penaik boleh tak?

zahirah ardy said...

I tried yet another of your recipe. My mother loved it so much she ate a quarter of the cake! Thanks a lot. May Allah bless u

Unknown said...

As slm.Telur tu biasanya Ita guna size A @ B...tq

Unknown said...

Boleh

Unknown said...

Boleh

Post Top Ad

test