BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE - masam manis f

Breaking

Feb 4, 2013

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE




Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung setia dapur maya Masam Manis ita ni. Semoga semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu disamping keluarga dan juga rutin seharian. Walauapapun tugas dan tanggungjawab yang tergalas, lakukan dengan ikhlas kerana Allah beserta hati yang lapang.

Apa perancangan suri rumah kita hari ni? Nak masak apa ye? nampaknya ada yang dah mula merendam ayam yang kejung dari peti ais, lambat mencair aisnya tu.. lambat pula dapur tu berasap... ada menjerit anak-anak bila melihat tiada menu istimewa untuk hari ini..

Cuaca di Johor Bahru ni dah mula mendung semula, setelah beberapa hari panas terik melanda. Pagi dah hujan yang rasanya tak taulah bila nak reda.. hujan macam ni memang lambat lah redanya.. Tapi kata orang hujan itu sebagai tanda rezeki dari Allah, kita harus sentiasa bersyukur.. Teringat pesan ustazah ketika ita di bangku sekolah. " kalau hari hujan jangan lupa angkat tangan dan berdoa pada Allah agar di murahkan rezeki dan dimakbulkan segala hajat.. sebaiknya di awal-awal turun hujan..". Dan itulah yang selalu ita praktikan dan ajarkan pada anak-anak.. semoga diberikan taufik dan hidayah dan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat..


Lama juga rasanya ita tak buat kek kan?
Ialah sejak ita dah mula rasa berat badan ni naik mendadak.. Bimbang pula jika tak terkawal payah pula turunya. Lebih-lebih lagi bila usia dah masuk angka 40an ni, kata orang pemakanan harus lah dijaga.. kurangkan yang manis-manis dan juga yang berlemak.. Tapi kadang-kadang memang payah juga nak kawal nafsu makan lebih-lebih lagi bila kita hidup dengan insan yang suka merasa masakan.. hihi

Tapi ita bukanlah makan banyak sangat pun.. janji ita dapat rasa aje cukuplah.. ialah kadang-kadang bila lihat rakan-rakan sediakan hidangan yang lazat-lazat terasa juga nak mencuba.. Lebih-lebih lagi sekarang ni kami sekeluarga cukup berhati-hati bab makan.. Takut sebenarnya bila makan sembarangan.. Silap haribulan macam macam penyakit pula timbul..


Berbalik pada resepi kek hari ni, sebenarnya dah lama nak buat sejak terpandang cik adik kita Duyung Sweet Laling mencubanya kalau tak silap tahun lepas.. lama dah kan..
Bila mengenangkan ianya menggunakan pisang tu yang lambat sikit nak buat sebab ita ni tak pandai sangat makan pisang mentah, kalau pisang goreng atau pisang rebus memang ita suka. Tapi anak-anak dan suami memang suka makan pisang. Maka semalam merajinkan diri juga mencuba..

Kepada yang berhajat boleh lah mencuba untuk birthday kek atau kek hantaran. Resepi ni ada pengolahan dari ita dan ita juga sertakan sekali resepi asal dari Duyung sebagai rujukan kawan-kawan.. Boleh kan Duyung.. akak kongsikan di sini..


BANANA CHOCOATE MOUSSE
Rujukan : Duyung Sweet Laling

Kek Span Coklat

Bahan A
30 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
1 sudu teh coklat emuco
4 biji kuning telur
100 gm gula halus
130 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tarta
65 gm gula halus

Panaskan ketehar pada suhu 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inci
Leserkan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan

Campurkan tepung, soda dan baking powder kemudian di ayak ~ ketepikan
Larutkan serbuk koko dan coklat emulco bersama air panas ~ ketepikan
Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur, gula halus, bahan tepung yang telah di ayak, minyak dan esen vanilla, kacau rata
Kemudian masukkan larutan koko tadi dan sebatikan adunan.
Ketepikan

Dalam bekas pemutar, putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih
Tambahkan krim of tarta dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang, kakau dan bertanduk.

Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup balik dalam adunan dari bahan A ( adunan koko)
Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata.

Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
* kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake
Bila kek dah masak, sejukkan atas redai
Potong kek yang telah sejuk kepada 3 kepingan ~ ketepikan

Chocolate Mousse


250 gm Krim putar bukan tenusu Non Dairy Whipping Cream
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu besar Nescafe atau Paste Moca
1 sudu besar halal gelatin
4 sudu besar air panas

Larutkan gelatin dalam 4 sudu besar air panas
Caranya ~ etak air panas dalam cawan dan taburkan gelatin di atasnya, biarkan ia kembang dan melarut. Jika masih tak larut panaskan secara kaedah double boiler.

Sementara itu satukan serbuk koko dan gula dan ayak

Dalam bekas pemutar, putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental
tambahkan serbuk koko, gula, paste moca dan pukul kelajuan perlahan
Akhir sekai masukkan larutan gelatin

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya ~ Duyung tak sertakan resepi tapi boleh rujuk resepi ita di bawah

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek

Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing

* Untuk mengeakkan pisang mudah lebam, rendam pisang dalam perahan air lemon




Ini pula adalah kaedah dan cara ita menyediakan Banana Chocolate Mousse Cake ni

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette

40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Bahan Ganache Coklat

150 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
gau rata.

Mousse Chocolate

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin
30 ml air
120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek

Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras
Sedia dinikmati bersama keluarga tersayang
Selamat mencuba!



46 comments:

Unknown said...

Salam akak ita cayang..pagi pagi dah bersiaran gambar kek ...sha love cake...kek kak ita cantik sangat mesti best berjiran ngan akak ..muahsss dari sha

damiarissa said...

slm kak ita...
dh lama teringin nak cuba buat cake mcm ni..
tp xterbuat2 jugak...hehehe...
cake k. ita cantik sesangat...mcm yg jual kat kedai..

DSY said...

urm kempunan & tgk air liur .....ita mmg rajin.

DSY said...

urm kempunan & tgk air liur .....ita mmg rajin.

Mas said...

mengancammnya kek tu kak...
tak jemu2 mata memandang..

Gee® said...

Cantiknyaaa... sdh terasa2 kesedapannya... nyam2x

Joceline Lor said...

Very Nice Cake。。。。。。

Uda said...

alahai.....cantiknya....mesti sedap tu!!!!

Mama Eiza said...

Cantiknyer kek tu...
Biler dh tgk teringin plak nk cuber resepi ni...tq kak ita.

Ina Mohamed said...

kak ita, cuaca panas betul kan 2-3 hari lepas. Alhamdulillah hujan turun semalam dan hari ni. lebat betul pagi td, bestnya. nk menjelang tghri dh berhenti.boleh la jemur baju kt luar, hehehe.

cantiknya kek k.ita. mcm kt kedai tau. nampak perfect. rasa mcm sekarang jgk nak pegi buat. hahaha...belum tentu jd cantik sama cam k.ita. tp tu la semngat bila tgk kek cantik mcm ni. :) hehe, panjang pulak komen.

Anne Yusnizah said...

Sangat cantik kek ni, one of my favourite juga kalau pi secret resepi tu. nak tanya resepi ita untuk mousse coklat tu, 30ml tu air panas ke? yg dilarutkan bersama 6g halal gelatin

mykitchen said...

Mcm kat secret recepi..perfect sgt...

mykitchen said...

Mcm kat secret recepi..perfect sgt...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

nak pengsan tengok kek kak ita ni
hu hu hu hu hu ...........

sabar dubai said...

Salam kak itaaa sedapnye tgkkkkkkk.....

Unknown said...

salam kak ita.. cantik n kemas betul kek akak nie... lapar dibuatnye.... bila la saya nak buat kek yg kemas mcm akak ni...huhuuhu... masih byk yg kena belajar... akak.. mintak tips sikit yer nak buat kek cantik cam nie....

- AZIE - said...

sedapnya kak..cantik dan kemas pulak tue

nin9landers said...

Salam kak ita....saya adda from selayang...saya dah lama jdi silent reader akak..sya sgt terharu dgn akak...bika tgk setiap cerita dan resepi yg akak upload saya rasa nak nangis sebb ur writing benar2 make me touching.....

Maaf lambt perkenalkan diri....saya berkira nak buat kek ni bila makan satu slice kt horizon hotel di sabah....sedap tahap dewa...tgk2 arini akak kongsikan resepi disini...buatkan sya lg bersyukur yg amat sgt akak memudahkan pencarian saya...saya syg akak sesangat dan akan selalu doakan kesihatan akak sekeluarga....aminnn

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ita buat apa pun semua menjadi dengan sempurna... bila agaknya nak buka kedai kek? heheeee.. mesti ramai peminat ita nnt... kek ni pun salah satu kek yg teringin nak cuba.. tp kena pndamkan dululah sbb mcm takde keupayaan nak buat kek yg renyah2...

Yatie said...

perghhhhhhh..tak terkata apa daaaaa..cantik....menarik....deBoommm...kek Ita ni...geram je tngk.,..

Anonymous said...

suka tgok gbr2 kek akak ni. sgt2 teliti dan precise. xd comot2. potong kek pun kemas. wish ada talent mcm akak.

have a good day!

Unknown said...

memang hebat lah kek ni menariksss sekali Ita dah lama teringin akak nak buat belum lagi sampai hajat dihati ..

mommy khalisya rania said...

sedapnye kak ita..nak try laa...tq kak ita 4 resepi :D

Unknown said...

slm syg kak Ita..aduhhh kak sgt tliur dbuatnya tgk kek akak yg sempurna..btul ckp akak..npe kita xcuba klau boleh buat sdri..xsmpurna xpe jnji puas hatikn :)

Hanim said...

Wow marbeless marbeless hehehe, pisang ape kak ita guna tu?

Azlina S said...

ni kek secret recepi.pandainya akak ita..kak ita buat kek anak2 suka makan ek...saya bake kek kwn2 yg tukang mkn.dorang x berapa suka makan kek sama ngan my husband.

mkn nasi yea...hehehe

Unknown said...

Salam, hebat resepi akak,mcm mana nak contect akak utk bincang sesuatu

afid said...

Salam k.ita,

saya nak tanya, mcm mana nak letakkan edible image kat atas kek? adakah ada cara2 tertentu, ataupon letak sahaja mcm biasa atas kek?

tq

inahar ali said...

waduh..ni mmg feveret akak..tp nk wat maleh..selalu beli jek kt secret recipe..hehe!

Rina Audie said...

sentuhan tangan kak ita memang mengagumkan. selalu cantik...
lelehan ganache coklat tu kak, sangat menggiurkan...

zuwaidah said...

Memang cantik sunggguh kek ini. Cermat dan teliti. Kalah secret recipe. Kek ita lagi terbaek.

Nor Suhaiza said...

mcm secret recipe

Unknown said...

bestnya...rase lapar plak.. ahaks

btw .. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

irdinaauliya said...

salam kak ita, kat mana nk dptkan halal gelatin tu?

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

Salam kak...

memang cantik kek ni..
pinjam resepi yeee...

yandin said...

Bestnyeer!!!!

bbfcumember 좋은 소식 said...

Thank you for the recipe, tried it and it's so delicious, all my family(11 member) gave 2 thumbs up....

Unknown said...

Salam.....kalau saya stay di jb, pasti saya pi rumah ita pi blajar decorate n buat kek. Saya sgt kagum dengan hasil kerjatangan ita. Terima kasih tak terhingga atas perkongsian ilmu ni. Maklumlah kalau nk pi kelas slalu kopak jugak poket ni. Allah sentiasa mudahkan urusan ita dunia & akhirat. Aminnnnn

sue_maya said...

Slm kak Ita...resipi kak Ita mmg best..ari tu buat utk 1st time mmg menjd sgt..satu ari je da abs...wajib buat sekali lg...

Anonymous said...

Kak Ita, sy slalu tgk post2 akak.. tringin nk bt tp sy student, duk umh sewa xde oven la.. nk bt kek kena tggu blk kg dlu.. Kalau guna kukus nk bt ni boleh x kak? agk2 suhu kena guna brp n brp lama nk siap?

Mary Beth said...

This chocolate banana mousse cake looks so delicious, if only I could translate to English ! Would love to make it.

Mary Beth said...

This chocolate banana mousse cake looks so amazing, if only I could have it translated to English ! Would it be possible to get it in English ?

Unknown said...

salam kenal bu ita,saya itje dari jakarta saya amat senang dengan semua resep yg ada di blog ibu,cuma sy kurang ngerti kalu resepnya dicantumkan dengan ukuran cawan,bisakah ibu mengartikan klu misalnya air 1/2 cawan berapa ml,dan kalau tepung atau gula ukuran di cawan berat berapa gram makasih banayak bu salam

Unknown said...

Slm kak, i love everything about ur blog. Bersemangat je nk bt kek kalau lawat web akk. Nk tnya skit bleh? Coklat ganache tu akk tuang terus jadi smooth sendiri or ada gna any technique?

Unknown said...

Esellamu allejkum do you have a reciption in english?

KAPAL JUDI said...

Artikel Ini Sangat Bermanfaat sekali ... Jangan Lupa Dibaca Juga Artikel berikut ini :D

Ini dia tempat Terbaik dan Terjitu KapalJudi88

Pastikan Agen Bola terbaik anda dari Judi Bola

Bandar Bola terbaik Dan Terpecaya Kapal Asia

1 Akun Untuk Semua Permainan
Referral Rolingan 0.1%
Cashback Hingga 15%
Referral 2.5%
Casino 0.8%

WA : +855 1537 8728
FB : Kapal Judi Faigk
Telegram : @KAPALJUDI
Fanspage : https://www.facebook.com/KAPALJUDI.NET/
Instagram : @kapaljudi88
Twitter : @KapalAsia88
Line : Kapaljudi

Post Top Ad

test