Kini semua orang boleh memasak.. - masam manis f

Breaking

Feb 24, 2013

Kini semua orang boleh memasak..


Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat yang ita kasihi sekalian.. lama tak bersiaran terasa rindu pula nak ke udara. Namun masa dan kesihatan tidak mengizinkan. Ita mohon ampun dan maaf andai lama membuatkan rakan-rakan ternanti-nanti resepi terbaru dari dapur Masam Manis.

Semenjak dua menjak ni ita tak berapa sihat, keadaan cuaca yang tak menentu di Johor Bahru ni memburukkan lagi kesihatan.. bertambah-tambah lagi ita terpaksa menyiapkan beberapa tugasan yang telah di janjikan. Bila dah berjanji terpaksalah ditunaikan.. janji ditepati.. tak gituuu..

Ita juga mengambil kesempatan di masa yang terbatas ini, untuk memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana banyak sangat email dan msg yang ita tak sempat nak balas. Insyaallah jika ada kesempatan ita cuba balas setiap msg dan email yang diutarakan.


Berbalik pada entry ita kali ini, ita nak bawa semua rakan-rakan meninjau-ninjau bengkel Meriahnya Nasi Arab Siri 1 kelolaan Oliez Academy bersama Chef Ustazah Wan Habsah. Bengkel yang berlansung dengan jayanya sehari di Mom Bakehouse telah dihadiri oleh beberapa peserta yang berminat untuk mengetahui rasia penyediaan Nasi Arab yang enak dan lazat dari pakar masakan..

Di kesempatan ini ita juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Siti Zaleha selaku penganjur dan Chef Ustazah Wan Habsah kerana telah sudi mengundang ita turut serta memeriahkan lagi bengkel yang cukup istimewa ini. Semoga setiap ilmu yang disampaikan memberikan maanfaat yang cukup besar kepada semua. Ita juga berharap setiap peserta mempratikkan setiap ilmu yang di ajarkan oleh Ustazah agar kita sama-sama dapat menghidangkan suatu menu yang cukup istimewa buat suami dan anak-anak tersayang...


Seperti biasa Ustazah akan mulakan kelas dengan memperkenalkan diri beliau dan pengalaman beliau. Merupakan seorang graduan dari Mu'tah University Jordan dan mendapat ijazah dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah Sarjana (M.A). Beliau juga merupakan pendakwah bebas dan penceramah kepada krusus kekeluargaan Islam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di UiTM Shah Alam.

Sebenarnya pengalaman Ustazah cukup hebat, latarbelakang keluarga yang terlibat secara lansung dalam bidang perniagaan, membuatkan Ustazah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan yang dimilikinya. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kehebatan wanita ni, jangan lupa untuk menyertai bengkel kelolaan beliau.


Sebenarnya seronok menghadiri kelas Ustazah, setiap penerangan dijelaskan secara terperinci, supaya semua boleh memasak untuk keluarga.. Dengan resepi yang lengkap, panduan serta tip-tips dan beberapa pertua di dapur ita rasa selepas ni semua dah boleh merancang untuk memulakan perniagaan katering.


Sebenarnya kelas Ustazah kali ini berlansung 2 sesi. Nasi Arab di sebelah pagi dan pada waktu petang pula di ajarkan kaedah penyediaan ayam goreng dan bagaimana nak buat tepung goreng ayam ala-ala KFC yang rangup. Kerana masa yang cukup terbatas dan sebenarnya kesihatan ita pun tak mengizinkan untuk ita tunggu hingga ke petang. Walaupun ita rasa terkilan kerana tak dapat mengikuti kelas penyediaan ayam goreng namun ita cukup puas hati kerana dapat ilmu baru pada hari ini.

Banyak sangat ilmu memasak, panduan dan petua serta doa-doa yang baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu dan suri rumah diajarkan oleh Ustazah. Insyaallah ita akan pratikkan setiap ilmu yang Ustazah ajarkan dan ita ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, semoga Ustazah di murahkan lagi rezeki dan sentiasa di berikan kesihatan yang baik untuk terus mencurahkan ilmu.

Jom kita intai-intai gelagat para peserta..


Hidangan yang di sediakan wow!! tangkap leleh
  • Nasi Mandhy Ayam
  • Salatoh Adi
  • Sambal Harrah
  • Kambing Tandoori
  • Idam
  • Nasi Kabsah
  • Red Roasted Mandhy
  • Fruit salad
  • Syurbah
  • Ayam bakar 

Terima kasih kepada semua.. semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari ilmu yang di pelajari. Ampun dan maaf andai ada yang terkurang atau ada antara tutur bicara yang menguris perasaan.. Ita seronok dapat mengenali anda semua.. semoga kita dpat bertemu lagi di bengkel yang lain pula..


Ustazah Cooking Classes
Fatha Marketing
No 6, Jalan Hilir 4
Taman Ampang Hilir
6800 Ampang Selangor

Tel: 013-9802465 / 013-9062465
email : wanhabsah01@yahoo.com
http://yeshalalmarketing.blogspot.com./
http://kedaiarabustazahonline.blogspot.com./

Untuk mengetahui kelas-kelas lain boleh hubungi Pn Siti Zaleha di talian : 0197550154



N3 berbayar

11 comments:

NinaAz said...

Salam kak ita. Menariknya nasi tu. Sy xpernah mkn nasi arab. Hihi

Hafizah Mohamad said...

bestnya kak ita boleh join kelas masak...fiza pun dok tgh cari kelas masakkan ni...terima kasih sbb share info ni...nanti boleh la fiza koling2...he he he

aima said...

seronoknya dapat belajar...bljr nasi rab lagi tu....bestttttttttttt

Unknown said...

akak bestnya dapat belajar nasi arab.. kat jb takde ke kak?

Unknown said...

akak.. lama sangat akak takde kat blog.. at least tau akak sihat syukur alhamdulillah..
bestnya dapat belajar nasi arab.. kat area jb takde ke kak?
kalau ada kelas kat jb ni nanti akak inform bole?

Kniedaz said...

Salam Kak Ita, semoga cepat sembuh ya...ya Allah, kecur air liur melihat gambar-gambar Nasi Arab dan lauk pauknya...bagus betul bengkel seperti ini...

Unknown said...

nasi arab memang best dan kenyang..

Grand Dish Cafe said...

Salam Kak Ita...terima kasih kerana berkongsi info ni dengan semua. Berminat rasanya nak join kelas ni..thanks again.

ilovekampungku said...

wow....bestnyer..terliur kejap

AdanyaKauUntukku said...

kak ita...thanks for sharing the info
btw....ila rasa alamat blog tu salah.......kena buat ' . ' kat belakang .com tu......kalau tak nanti tak boleh nak carik...hehheheh

Unknown said...

slm,saya wan zakris anak saudara ustazah habsah,
saya tinggal di putrajya
menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

1.nasi mandhy
2.nasi maqlubah
3.nasi kabsah

Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
sesuai makan untuk 5-7 org
-wan zack 017-2479884 prefer whatsap

ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

Post Top Ad

test