Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua rakan dan taulan. Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah di hari Jumaat yang barakah ini.
Pasti ramai diluar sana yang tertunggu-tunggu resepi yang dikatakan bakal meletup ni.. rasanya telah pun berada di pasaran dan dijangkan bakal hits.. ye ke??
Pada ita walau apapun resepinya ianya lebih kurang sama sahaja dari, lapis cheezy, cheezy pesona, melty harshey ia adalah dalam himpunan dessert yang sama. Ita namakan dessert ni adalah dessert recycle. Kenapa ita namakan ianya begitu.. sedangkan dessert ni dikatakan dapat melelehkan air liur..
Sebenarnya, semasa ita mengikuti bengkel kek Chef Amer, beliau selalu akan masukkan lebihan kek, whipping cream atau cheese ke dalam bekas kecil, diletakkan buah-buahan, kekacang, oreo atau coklat untuk menambahkan kesedapan disamping dapat mengoda nafsu sesiapa yang melihatnya. Dari situlah timbul idea daripada mereka-mereka yang mahir membuat kek untuk dijadikan sebagai dessert yang enak! lepastu pelbagailah nama yang diberikan supaya ianya nampak gah dan buatkan semua insan tak tidur malam selagi tak dapat resepi idaman. Lebih-lebih lagi bila dicanangkan ianya enak dan lazat tak terkata.. bayangkan bila ianya di limpahi cheese, dengan ganache chocolat dan lelehan bluberry filling atau strawberry filling yang memang siapa yang mendengarnya bakal meruntum iman.. aduyaiii...
Kerana banyak sangat dapat permintaan hari ini ita akan kongsikan resepinya.
Sebenarnya ada pelbagai teknik dan gaya pengolahan Melty Hershey. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja bahan yang anda rasakan menepati selera.
Ini antara bahan-bahan yang anda boleh gunakan
- Kek span coklat atau kek span vanilla atau apa-apa kek span yang dirasakan bersesuaian
- Biskut marie atau biskut oreo atau gabugan antara kedua-dua biskut tersebut. Biskut marie pula anda boleh pilih samaada nak gunakan yang berperisa original , vanilla, cappuchino atau coffee.
- Kekacang, almond, pecan, hazelnut, atau lain-lain kekacang yang dirasakan bersesuaian.
- Boleh juga gunakan biskut ladyfinger
- Cip Coklat Hershey kalau tak ada lain-lain brand pun boleh..
- Boleh juga gunakan cokat lain, seperti Ferrero Rocher, Malty Square, M&M atau yang sewaktu dengannya.
- Atau boleh gantikan dengan parutan keju atau parutan coklat masakan susu atau coklat masakan putih
- Untuk kerangupan, boleh juga letakkan empingan jagung atau cornflakes, kokocrunch dan yang sama dengannya. Kalau guna Honey Cornflakes lagi sedap!
- Untuk menambahkan lagi kesedapan atau menarikkannya lagi, anda bolehlah hiasakan dengan potongan buah-buahan segar, tapi biarlah buah-buahan yang dipilih bersesuaian dengan bahan-bahan lain yang anda gunakan. Contoh buah-buahan, strawberry, kiwi, peach, bluberry, black berry, semua kawan-kawan berries lah kan.. boleh juga kalau nak letak pulp oren. Semuanya terpulang pada selera dan atas permintaan.
Untuk Fillingnya pula anda boleh gunakan ganache coklat, atau blueberry filling, strawberry filling, kiwi, buttersctoch, karamel atau apa-apa yang dirasakan sesuai.
Bersama ini ita sertakan beberapa resepi sebagai panduan untuk penyediaan Melty Hershey, ada yang menggunakan cheese dan ada yang tidak menggunakan cheese sebaliknya digantikan dengan whipping cream.
Anda juga boleh pilih samaada nak yang menggunakan halal gelatin atau tidak mahu menggunakannya. Tapi pada ita kalau diletakkan dalam bekas macam ni, tak perlulah di letakkan gelatin.
Untuk lapisan dasar anda boleh pilih samaada nak gunakan kek atau biskut. Atau gabungan kedua-duanya seperti yang ita buat.
Boleh juga sekiranya anda tidak mahu meletakkannya, tapi pada ita lagi enak bila diletakkan kerana ianya rangup bila di gigit dan menyedapkan lagi Melty Hershey anda.
Atau anda juga boleh gunakan ianya sebagai filling untuk diselang selikan dengan cheese, lagi umpph!
Bersama ini ita sertakan beberapa apisan dasar untuk pilihan, anda boleh pilih salah satu dari lapisan dasar dibawah.
Lapisan Dasar 1
80g biskut marie
50g mentega ~ cairkan
Biskut marie di hancurkan
Gaulkan bersama mentega cair
letakkan dalam bekas sebagai dasar
Lapisan Dasar 2
150 gm campuran biskut marie dan biskut oreo
30 gm almond flakes atau apa-apa kekacang atau boleh gantikan dengan cornflakes
90 gm mentega ~ dicairkan
Campurkan biskut dan kekacang
Tambahkan mentega dan gaul rata
Letakkan dalam bekas sebagai dasar
Lapisan Dasar 3
Biskut lady finger secukupnya
Air nescafe untuk merendam
Rendam biskut dalam air nescafe dan letakkan dalam bekas sebagai lapisan dasar atau boleh juga sebagai filling di selang selikan dengan cheese.
Lapisan Dasar 4
Kek span coklat atau kek span vanilla
Air nescafe atau jus lemon
Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar
Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembabkan kek
Untuk filling anda boleh gunakan filling yang ada di jual di kedai jual bahan kek seperti bluberry, strawberry, butterscotch, karamel dan lain-lain
Atau ganache coklat seperti resepi di bawah
Ganache Coklat
150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut
Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Biarkan sejuk
Sedia di gunakan
Ini pula adalah antara resepi cheese yang boleh anda cuba. Pilih salah satu resepi di bawah yang anda rasa bersesuaian dengan selera atau bahan-bahan yang ada di dapur rumah anda
Resepi Cheese 1
250g cream cheese ~ suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
15g gelatin
60ml air
1 sudu teh jus lemon
50g buah blueberry tin
25ml syrup blueberry atau bluberry filling
Tuangkan 60 ml air ke dalam cawan kecil, kemudian taburkan gelatin di atasnya biarkan gelatin kembang.
Dengan kaedah double boiler cairkan gelatin ketepikan
* untuk resepi ini anda boleh memilih untuk tidak menggunakan gelatin
Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
masukkan yogurt dan putar lagi.
Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
Masukkan adunan ke dalam piping bag
* Adunan Cheese 1 sudah boleh di gunakan.
Caranya
Anda boleh gunakan mana-mana resepi dasar di atas. Kalau tak nak letak bahagian dasar pun tak apa.
Letakkan bahagian dasar di dasar bekas atau gelas pilihan anda
Kemudian letakkan cheese berselang seli dengan filling blueberry dan bauh blueberry
Ambil belakang sudu dan marblekan
Hiaskan atas nya dengan parutan cheese atau coklat putih atau filing blueberry dan buah blueberry
Simpan dalam peti ais supaya ia dingin
Resepi Cheese 2
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream ~ pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2 sudu besar + 1/2sudu teh gelatin Halagel
2 sudu besar air hangat
Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelati
Sediakan cawan atau bekas kaca kecil
Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas
Tuangkan adunan ke dalam piping bag
Paipkan dalam bekas kecil
Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
Jika menggunakan biskut, jangan lupa untuk celupkan biskut dalam susu suam terlebih dahulu.
Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.
Resepi Cheese 3
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla
ganache coklat secukupnya
Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
Cairkan coklat masakan putih secara double
boiler juga dan ketepikan
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik.
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
Kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
Masukan adunan kedalam piping beg
Sediakan bekas kecil
Pilih mana-mana dasar dalam resepi di atas
Selang selikan dengan ganache coklat
Hiaskan cheezy anda dengan mana-mana bahan yang anda suka boleh letak kekacang, parutan coklat, cip coklat, buah-buahan, coklat hancur, atau juga crunch
Resepi Cheese 4
By : Auni Azalia
250g krim keju
4sudu besar susu pekat
3sudu besar susu segar atau susu cair
1sdt jus lemon
Jika anda tidak sukakan krim keju anda boleh gantikan dengan
250 ml Non Dairy Whipping Cream
Pukul semua bahan hingga gebu
masukkan dalam pipng bag
sama juga seperti kaedah yang lain, anda boleh pilih mana-mana resepi dasar
Kemudian selang selikan cheese dengan filling pilihan
* Ada resepi yang menggunakan Marshmellow, tapi ita tak kongsikan di sini sebab ragu-ragu tentang kandungan gelatin yang digunakan untuk membuat marshmellow.
Ada pertanyaan. Resepi apa pula yang ita gunakan.
Ok bersama ini ita terangkan kaedah yang ita gunakan.
Mula-mula sediakan bekas kecil pilihan
Untuk resepi yang dalam gelas tu ita gunakan lapisan dasar 2
Ita letakkan campuran biskut oreo, biskut marie perisa capuchino dan juga Honey Cornflakes.
Cairkan butter dengan api yang perlahan jangan sampai butter jernih tau! cukup sekadar ia mencair sahaja, dan gaulkan bersama biskut marie, oreo dan Honey Cornflakes yang telah dikisar (kisar jangan halus sangat)
Bila dah siap letakkan dalam bekas, tekan-tekan supaya ia rata. boeh simpan dalam peti ais sebentar sementara kita siapkan cheesenya.
Bagi yang dalam kotak pula ita menggunakan kek span coklat dan juga lapisan dasar 1, cuma ita tambahkan Honey cornfakes sedikit supaya rasanya lebih crunchy bila dinikmati.
Ita gunakan kaedah domino sebagaimana yang dapat anda lihat dalam gambar ita di atas.
Susun kek span yang di potong kiub dan selang selikan dengan biskut marie dan cornflakes yang ita telah gaulkan bersama butter cair.
Untuk yang dalam gelas, ita gunakan resepi cheese 1
Ita tak marblekan. Ita cuma layer-layerkannya sahaja antara cheese 1 dan filling bluberry
Atasnya ita hiaskan dengan buah bluberry dan filling bluberry
Untuk yang dalam bekas kotak pula, ita masih lagi gunakan resepi cheese 1, tapi kali ini ita tak menggunakan filling bluberry sebaliknya ita gunakan ganache coklat. Ita juga letakkan sedikit non dairy whipping cream yang ita pukul kaku dan campurkan sedikit dengan ganache coklat untuk memarblekannya.
Atasnya pua ita hiasakan dengan parutan coklat masakan putih dan buah strawberry sebagai hiasan.
Anda bolehlah hiaskan atasnya dengan cip coklat Harshley atau M&M atau apa-apa coklat yang anda suka. boleh juga kalau nak letakkan kekacang.
55 comments:
nampak AMAT sedap!
wow menyelerakan
wow menyelerakan....
thanks 4 sharing Kak Ita sayang!
ini le dessert yg hot tu yea....mmg mabeles nmpknya! bertuah kalo jd kretif ni..buat apa pon menjadi..sayang kak Ita!
salam kak ita...akak ni rajin , kretif gitewww ...semua nampak lawo dan sedaaap sangat..chaiyok akak ...
Assalammualaikum....
Nampak menarik sgt melty hershey yg akak buat..
Assalammualaikum kak ita...
SubhanALLAH... akk ni mmg jenis pemurah... segala resepi yg akk kongsikan di sini dh rmi yg cuba n ada yg buat biz termasukla sy...
Semoga ALLAH SWT merahmati n membalas budi baik akk...
pengsannnnnnnn
pengsannnn
tgk pn da taw sedap..tp asenye cm susah je buat sbb xnmpk step by step..blh x kak ita tunjukkn care nk buat dgn step by step..al maklum la..org baru nk blaja
Pengsan sebelum menjamah Melty Hersey....Kak Ita mcm tau2 je yg Rahel tengah cari resepi ni...kebetulan banget ni..ada belen kek span coklat dlm esbok...so bole la gue try nanti...mekasih untuk resepinya ye kak...cayang akak...klu dekat nak singgah peluk ketat2...hahahaha..
Ya allah meruntum jiwa kak ita.......nk nanges tgk..terliurrrr
saya sokong dengan fatin shafina, dari tadi dok study resepi ni..masih blurrr
try google pun masih tak berjaya..help us kak ita..nak sangat buat ni
sangat sedap n menyelerakan.....
ni akan membuatkan faa jadi melty faa...huwaaaa
as salam ita..akk nak minta izin share ye..sngt sedap n menyelerakan..
Assalam
Terimakasih berkongsi resepi..x sabar nak cuba
Wohhhh...resepi recycle chef amer...okiess..dah tau..cuba campur2 ja...oraitsss... kena beli vanilla chef amer nie..stock abis dah...br cedap
waa sedapnyeee...
Kak....Ini godaan terlampau sangat2 ...hahaha...
tak bole nk kata aperr..mablesss
slm Kak Ita cygg...
tergoda habis la bile tgk kesemua gmbr yg cntik tu..nk try jugak nti ni..mabelessss
Tk kak Ita..resepi yg mengancam dan di tunggu2.mohon copy ye kak...
tersangat lah cantik photo photonya...terbaik:o)
kak ita.. terbaiklah!!!
.mohon share ye..kt fb tau.. tq sooooo much!
kak ita...mohon share tau...
share link akk kt fb as my references....
terbaiklah!!! TQVM... :)
kak ita..mohon share ye..
TQVM...
Hi, really loved just looking at your beautiful bakes, do you think it is possible to translate the recipe with the cherry toppings and email me? Would really love to try it out.. Thanks! - Jocelynyip.me@gmail.com
betul2 tergoda dah ni.. hehehe.. mintak satu!!
x dapat dinafikan ke kreatifan kak ita........
masyaAllah sedapnyaaa kak....
dah follow up blog ni sjk setahun lalu..ble suggest pd rakan2, ooh bkn sy je yg tahu! kwn lelaki pun suke..sgt kagum dgn kak azlita!! semua resepi menjadi..! thanks krn sudi berkongsi resepi2 begini =)
Memang tergoda ... sedapnya ..
cdapnyerrr,,,nk cubaa wat...antara byk2 resepi yg mn paling cdap & disukai ramai ya??
As'salam Azlita
Belum cuba dan merasa dah menelan air liur hehehe. kompom memang sedap!
memang betul2 tergoda... dapat sebekas sebagai desert... terlupa terus nak minum petang.. hehe..
Betul2 meruntun jiwa utk mencuba.. betul kata akak resepi recycle. Menggunakan bhn2 lebihan kek.. ate dr membazir.. tq sudi kongsikan resepi...
Nampak sgtlah istimewa. Dah tentu mesti sedap kan...Aduyai tak tahan dpt tgk aje...
tqvm atas info dan ilmu yg dicurahkan. semuga sentiasa dalam keberkatanNya.
pengsan tgk dessert ni kak. Nanti sy nak cuba eh..tq
salam kak ita,minta izin untuk share.thank you k
Hai Kak Ita!
Sedapnya yum yum!
Mohon share ya?
Link blog kitorang: http://yummyappetizersdelicious.blogspot.com/
Thank youuuuuuuuuuuuu
alhamdulillah..
akhirnya dapat juga resepi yang diidam2kan..
semoga perkongsian Ita disini amat bermanfaat jika dibuat untuk keluarga tersayang... hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Ita. Didoakan seoga Ita sekeluarga semakin sukses dalam apa jua bidang yang diceburi...
Salam kak ita..tq so much atas resepi y sgt details ni..:) love u kak ita..
Mudah n menarik
Mudah n menarik
Yg mn lg sedap chese 1/2/3/4.? Blh bg suggestion x?
Nampak mcm sedap...
Saya memang follow blog kak ita.Blog yang sangat menarik dan gambarnye pulak..tengok pun dah buat kita laparrr..Saya banyak try resepi dari blog kak ita..menjadi.Terima kasih banyak..atas resepi.Moga semakin murah rezeki kak ita.
saya memang follow blog kak ita.Blog yang sangat menarik dan gambarnye,tengok pun dah buat kita laparrr.Banyak resepi dari blog kak ita,saya dah cuba...menjadi... Terima kasih atas resepi.Semoga makin murah rezeki kak ita.
Nice one! Penuh ilmu dengan post ni. So much variety. Tq kak. :) Jazakillahu khair.
saya nak cuba buat nnti...~~ P=
tq kak ita...
Salam kak..saya ada 3 soalan nk tanya..1.masa kita tuang coklat tu..kene biarkan dye sejuk dulu ke? 2.crispy rice saya jadi lemau lepas tuang coklat(mungkin sbb saya tuang panas2 ke?) 3. Esok pagi nak mkn, coklat jd keras..xcair.saya xmasuk dlm peti ais pun.(compound black coklat+whipping cream)..t.kasih klu blh tlg jawab.. hehe
salam butik manja..
ni resepi mana ni... dlm resepi tak ada pun guna crispy rice..
ganache choc tak akan keras..
mungkin salah buat..
baca resepi betul2.. mulakan dengan bacaan Bismillah.. insyaallah mesti jadi..
Resepi nieh klo buat biase nyer tahan bape lme erk klo simpan??
Post a Comment