Johor Junior Chef Challenge Peringkat Saringan - masam manis f

Breaking

Mar 18, 2013

Johor Junior Chef Challenge Peringkat Saringan



Alhamdulillah..
Johore Junior Chef Challenge telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program yang cukup gemilang ini.
Tahniah juga kepada penganjur yang telah bertungkuslumus bagi melancarkan lagi program supaya semua yang terlibat berpuas hati dengan perancangan yang telah di atur.
Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, guru-guru yang bertungkus lumus siang dan malam untuk memastikan anak didik mereka mara ke peringkat akhir dan akhirnya berjaya!
Tahniah juga kepada semua murid-murid dan pelajar- pelajar yang terlibat. Kerjasama yang diberikan cukup hebat dan anda harus berbangga dengan kebolehan diri..


Program yang berlansung selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17 March ini telah berlansung di Politeknik Ibrahim Sultan Masai dan acara kemuncak berlansung dengan jayanya di Kip Mart Masai.

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di Johor termasuk peringkat rendah dan menengah. Mereka di bahagikan kepada 3 kategori.
Kategori Brilliant terdiri dari murid darjah 4 hingga darjah 6
Kategori Exellent terdiri dari pelajar menengah rendah  tingkatan 1 hingga tingkatan 3
Kategori Intelligent terdiri dari pelajar menengah tingkatan 4, 5 dan 6

Semua murid-murid berkampung dan di kuarintin di asrama Politeknik selama 3 hari 2 malam. Pelbagai program telah di atur untuk mereka antaranya, demontrasi table setting, fruit carving dan lipatan.
Bengkel motivasi dan lawatan sambil belajar ke KFCH College di Taman Dato Onn.
Makan, minum tempat tinggal dan pengangkutan pelajar juga turut disediakan. Malahan setiap kumpulan pelajar sekolah di sediakan seorang mentor untuk menemani mereka dan memastikan setiap keselamatan murid-murid di bawah jagaan mereka terkawal.

Program di anjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Kementrian Pelajaran Tinggi Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan  KFCH College. Penaja pula adalah Maggi, Nestle, Gardiner, Kip Mart , Iskandar Johor dan lain-lain lagi.


Peringkat saringan telah berlansung di dapur Politeknik Ibrahim Sultan Masai.
Jom kita intai-intai dapur mereka

Besar dan selesa kan dapur mereka. Lepas ni kalau ada adik-adik kita yang ada impian dan cita-cita untuk menjadi tukang masak terkenal macam Dato' Chef Wan boleh lah mendaftar di sini.

Sebenarnya, ita telah di minta oleh pihak sekolah Taman Daya 2, untuk mengajar 3 pelajar mereka yang terpilih dan salah seorang dari mereka adalah Dalili. Ia adalah satu cabaran yang cukup hebat pada ita kerana ita di beri hanya 2 hari sahaja untuk mengajar mereka menyediakan 3 hidangan. Dan menurut makluman ita 2 daripada pelajar tersebut kata cikgunya tidak pernah atau tidak tahu selok belok di dapur termasuk tidak tahu menggunakan bahan memasak. Pada ita itu adalah normal kerana kebanyakkan ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak terutama yang kecil di dapur membantu mereka memasak, kerana bimbang keselamatan mereka. Ita pun macam tu juga...  Dapur bukanlah tempat yang selamat untuk kanak-kanak seusia mereka bermain. Bermulah cabaran ita...

Macam nak pecah jugak kepala ita memikirkan apalah yang ita nak ajarkan kepada mereka nanti..
Cabaran ke 2 kerana ita tak tahu tentang syarat pertandingan yang sebenar kerana ita hanya berpandukan kepada apa yang cikgu sampaikan sahaja. Apa yang cikgu kata, perlu sediakan 1 set hidangan makanan barat dan 1 hidangan sampingan, appetizer. Bahan asas yang di sediakan adalah, ayam, daging, sausage dan telur. Ini adalah bagi peringkat saringan. Jika berjaya ke peringkat akhir, kena sediakan 1 set makanan sarapan pagi barat contoh, sandwich, scramble egg, omelette, sausage hidangan over easy berserta hidangan sampingan dan hiasan meja juga di ambil kira.

Berlaku pula beberapa miscomunication antara penganjur dan guru-guru apabila apa yang disampaikan oleh penganjur kepada guru-guru pada taklimat tidak tepat atau maksud lain, penganjur cakap lain dan penerimaan cikgu pula lain. Dan sudah pastilah penyampaian pada ita juga lain..

Ita diberitahu bahan asas disediakan dan lain-lain bahan sampingan kenalah di sediakan sendiri. Tapi rupanya sebaliknya.. program masakan ini diadakan secara Black Box iaitu apa yang disediakan itu lah yang perlu di masak. Bayangkan macam mana paniknya ita dan guru-guru apabila masakan yang kita ajarkan pada anak-anak bahan-bahan nya tidak ada di sediakan pada hari tu.. panik.. panik.. macam mana nak ajar mereka dalam masa tak sampai beberapa minit.. aduyaiii.. akhirnya pasrah dan berserah..

Inilah antara makanan barat yang telah ita ajarkan kepada mereka iaitu, Chicken Stew yang di makan bersama Maggi, sebagai mengantikan pasta ( kerana mengikut arahan kena guna produk Maggi) dan Tuna Tomatto Chery sebagai apptizer.

Alangkah paniknya ita bila di beritahu, tiada tuna di sediakan, maggi pun tak ada.. bawang Holland pun tak ada, daun ketumbar pun tak ada.. daun bawang pun tak ada..  biskut tak ada.. bawang putih habis.. capsicun, karot pula habis..tak sempat di ambil.. roti pua tak cukup.. bayangkan aduyaiii.. macam mana berdebar perasaan ita waktu itu.. kerana memikul harapan guru-guru dan pihak SK Taman Daya 2. Ita hanya mampu berdoa agar murid-murid ini di berikan kebijaksanaan dan keajiban pada hari itu..

Alhamdulillah mereka bijak menggantikan bahan yang tiada dengan yang ada.. contohnya tuna di gantikan dengan telur.. apa yang malangnya.. ita tak ajar pula nak rebus telur.. jadi mereka tak tahu berapa lama harus merebus telur.. telur pula hanya di ambil 2 biji sahaja.. masa yang di berikan untuk mengambil bahan masakan 10 minit sahaja, selepas itu mereka tidak boleh mengambil apa-apa bahan lagi.. 

Walau apapun cabarannya ita bersyukur sangat bila mereka terpilih untuk mara ke peringkat akhir.. Tahniah anak-anak SK Taman Daya 2, anda memang bijak!!

Jom kita intai aksi-mereka di dapur..

Aksi mereka pada waktu perbentangan masakan kepada juri..
Waa.. berdebar-debar tu bila juri nak merasa.. sampai berdoa-doa.. janganlah ayam tu tak masak.. hihi


Sesi memasak dilakukan 2 pusingan, pusingan pertama di adakan pada pukul 11 am dan kumpulan ke dua pada pukul 2 pm. Tak sempat tunggu keputusan ita terus berangkat pulang kerana nak hantar pula abangnya balik asrama.

Dalam perjalanan cikgu telefon dan memakhlumkan mereka berjaya mara ke peringkat akhir.. Syukur Alhamdulillah..

Satu lagi cabaran menanti.. esok



9 comments:

Shiela said...

Tahniah buat Dalili and team. Saya tumpang bangga dan gembira yer ita.. Chomel jer Dalili.. U go girl!!..

Unknown said...

comelnya dalili , lil chef :)

aDisH.sHidA said...

betul2 mencabar kan...tahniah kepada dalili dan kekawan nya..tahniah jugak kepada akak sbg tenaga pengajar

semoga team dalili menang di final

Mat Gebu said...

Kak....saya cuma nak komen satu jee...Tahniah pada akak, sebab menjadi sumber inspirasi pada anak2 ini...Dalili juga....pakcik mat tumpang rasa bangga <3....

rahel said...

Waw...gue tumpang gumbira....tahniah buat Dalili...semakin mantap....

Unknown said...

comel Dalili paling kecil didalam kumpulan tapi kecil2 cilipadi tu rasa nya mesti lebih mantop dari yg besar sbb ibu nya hebat kan Ita semoga mereka berjaya nanti aminn..

Delima Zamrud said...

Wahhhh tahniah kecik2 cili api but mmg hebat lah :)

Ummi said...

Waahh....tumpang gembira untuk Dalili dan sekolahnya...dan lebih2 lagi Fasilitatornya Ita....huiisshh, cantik2 masakan dan hiasan tu...org tua pun xleh nak terfikir nak wat camtu... Ita, you've done well for the school...! Suka tgk Dalili pakai topi Chef tu dah sampai ke kening...hehe, ciaann..besauu sikit cap tu eh....hehe, tp comeeyyy!

Congrats to Dalili & gang dan of course, mama Dalili jgk laa...terbaiiikk!

roslina said...

salam puan ita, x sangka saya rupanya bercakap dgn tuan pnya blog fromintankitchen pd hari pertandingan jjcc di psi hari tu..saya slalu jgak jenguk blog pn ita ni..bru nak blajar membaking..dlm hati saya msa tu muka ni mcm familiar tp x leh nk recall time tu pnah tgok kt mana.. anyway congrats to your team dapat runner up.

Post Top Ad

test