Kek Asas 1 Kek Coklat Lembab - masam manis f

Breaking

Mar 15, 2013

Kek Asas 1 Kek Coklat Lembab

Assalamualaikum

Terdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gunakan mana-mana kek span yang kita suka, tak kiralah kek vanilla, coklat, pandan atau berperisa seperti kek oren atau kek strawberry. Semuanya bergantung atas citarasa kita atau permintaan para pelanggan.



Apa yang pasti, setiap kek yang kita sediakan mestilah serasi antara satu sama lain, iaitu antara kek dan mousse atau krim yang akan kita gandingkan bersama nanti. Contoh jika kek yang kita hendak sediakan kita nak hiaskan dengan buah-buahan, kita gunakan kek span asas vanilla, fresh cream, coklat urai dan buah-buahan. Jika kita nak berperisa coklat pula kita boleh gandingkan kek span coklat bersama mousse coklat yang kita boleh letakkan perasa moca atau nescafe dan di salut pula dengan ganache coklat yang kita tambahkan sedikit pes moca atau pes kekacang sebagai contoh pes Hazelnut dan Nutella

Pada ita pula kek coklat juga enak dan lazat jika di gandingkan bersama bubbery dan fresh cream manakala filling strawberry di gandingkan pula dengan kek span vanilla dan buttercream. Semuanya terletak atas kita yang bijak menganding dan mengayakan setiap kek yang ingin kita sediakan. Alangkah indah dan seronoknya jika kita dapat menyediakan sendiri kek hiasan untuk hari ulangtahun anak-anak atau suami tercinta.

Hari ini ita akan kongsikan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake.
Kek yang lembab dan sedikit padat dan berat. Kek yang sesuai di jadikan asas kek hiasan yang mewah dengan lapisan krim keju dan di salutkan pula coklat ganache.. waa.. pasti berpinar-pinar biji mata melihatnya dan sudap pasti anak tekak mula menari-nari riang.. wallaaa.. sedapnya..


Sebenarnya kek ni kalau tak letak krim pun dah sedap dan mewah dah..
Apa yang perlu kita salutkan sahaja dengan curahan garnache  ya Allah enaknya kejadian dan ciptaan mu.. hingga tak terungkap dengan kata-kata.. Alhamdulillah..

KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake




Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla


Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas


Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati


Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon


Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.


Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.




Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.



Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi.

Untuk oven ita pula ita hanya gunakan api bawah setiap kali membakar kek dan kek pula ita akan letakkan di rak bawah sekali. Ini adalah kerana suhu api atas pada oven ita adalah lebih panas dari api bawah. Jika ita menggunakan api atas dan api bawah, kek akan keras pada sebelah atas dan mudah merekah serta hangus .

Kek ini boleh di bakar dan boleh dikukus, masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1 jam 1/2
Sama juga seperti cara membakar, kukusan tidak boleh dibuka semasa kek sedang dikukus
Kek yang dikukus lebih moist, tapi tidak tahan lama
Kek yang dibakar lebih tahan lama dan lebih sesuai sebagai kek hiasan.
Boleh juga menggunakan kaedah Steam Bath



Kepada yang tak nak di lapiskan dengan krim bolehlah terus curahkan garnache coklat atasnya setelah kek di sejukkan.
Bagi yang nak di jadikan kek hiasan boleh lah potongkan kek kepada beberapa kepingan berdasarkan ketinggian kek yang kita inginkan..

Nanti kita sambung pula bagaimana cara nak menyediakan lapisan krim dan garnache coklat.



74 comments:

Roses_Leo09 aka Hanim said...

hanim suka sangat ngan kak ita
tak lokek nak beri tunjuk ajar ilmu yang kak ita ada ......
tq ............

Rozita Ceritaita said...

saya lebih suka yang kukus kak..lebih lembab lebih sedap...

mimie said...

assalammualaikum kak ita...
mimie bisa bayangkan betapa kak ita sibuknya ambik foto step by step tu..
terima kasih kak ita...
jazakillah khoiron katshiron..
semoga allah membalas dengan seribu kebaikan...amin...

Nieda Ramly said...

tunggu ita tunjuk cara nak hiasa pula.tak sabar ni...

munamuni said...

terima kasih, atas perkongsian ni kaak ita :)

Love2cook Malaysia said...

You should open a cooking/baking class soon dear!

Anonymous said...

suka tengok gambar gambar yang Ita paparkan

akmahika said...

sedapnyerr..nyummy2!!

Mas said...

betul kata love tu kak ita ^_^

Kak Rose said...

ita, terima kasih kongsikan ilmu... sangat2 hargainya.

hAniEy IzhAr said...

dah boleh mula buat ni.. terima kasih..;)

afid said...

salam k.ita, kalau blh nnti buat toturial mcm mn nk angkat kek dr redai ke atas papan kek lepas curah ganache tu ye..tq:)

hafza said...

Salam k.Ita, x sabar rasanya nak tgk tutorial seterusnya utk hias kek choc tu. terima kasih kerana share ilmu bg org mcm sy yg x smpt nk ikut kelas tp ada hati nak buat kek hiasan sendiri utk family tercinta. Anak2 dh lama suruh ibu depa buat sendiri.....tqvm.

Ami said...

Part kaup & balik kan Dgn spatula tu ikut Arah jam @ lawan jam ita? Akak selalu fail masa ni..

Kak Nik Ja said...

salam Ita...macam mana dgn masalah blog ita yg ita cakapkan dulu?? dah ok ka?? harap2 dah settle yek!
akak suka kek choklat kukus , lepas tu letak choc ganache...arrgh heaven!! tapi yg bakar pun sedap jugak...!! yang tak shedap ialah time nak basuh segala mak nenek perkakas baking tuh!!:P

lilieyz said...

Seronok baca blog ni dan kagum dgn cara kak ita ambil gambar dan kongsi ilmu.teruskan berblog ye kak:)

lilieyz said...

Seronok baca dan tengok gambar yang kak ita ambil. Sangat cantik dan menarik . Terus terliur nak makan kek skrg jugak .

Liza Hashim said...

Thanks kak ita kongsi tips berguna ni..

mykitchen said...

Ct nk join class kak ita nanti kalu open lh

Ami said...

Akak ada Cuba resepi moist choc cake beberapa bulan lepas tapi Keknya BANTAT! Di mana salahku ita?

SK Meals said...

Bestnya jd famili kak ita...blh mkn kek sedap2...tgk gambar je dah terliur...teruja nk buat...mcmana kak ita plan keje ye....kak ita kn bz? Cer share sket....

me ordinary said...

terima kasih kak ita,
tapi bole tao x, sambungan utk lapisan cheese n choc ganache da ada tak entry dalam blog akak?

Nell'z said...

Bagus banget coretan kak ita ni..penuh dgn informasi..

Nell'z said...

Bagus banget catitan k.ita nih..seng nk paham..

Unknown said...

Dah try buat kek ni minggu lepas. Alhamdulillah, jadi!! Dan rasanya mmg best. Thx for sharing!

Unknown said...

Yummy..

nor liyana said...

gmbr sgt cantek. kagum dgn kegigihan akak mengambil gmbr sambil memasak

Hairulamin Said said...

Pukul telur 2 brapa lama sis nk sampai putih..

Inspire Boutique ..SZI said...

Terima kasih kerana berkongsi resepi dan petua.. Patutla kek saya berketul2.. Main campak je tepung tu.. Lepas ni insyaAllah kek saya akan cantik macam kek akak.. Hihi

Kalau sudi, lawatlah page saya ye.. Nak kirim pinggan mangkuk prtmerion and royal doultan pun boleh.. Sementara saya kat UK. Kilang kat Stoke ni belakang umah je..:)

Unknown said...

salam ..kak ita blh tk jelaskn tentang sukatan sudu besar, sudu makan n sudu teh ?

mommy_rania said...

Panduan ilmu yg sgt berguna..tq kak ita..ALLAH aje la yg dpt balas ilmu free ni tp sgt bmanfaat

Ummi Nur said...

yummy..nampak saje dah tahu sedap..walla.nak cubala resepi ni.tkasih kak ita..

Unknown said...

Thanks kak... Saya nie baru nak belajar-belajar buat kek. Banyak resepi kek yang sy ambik dr blog akak. Dan semuanya menjadi.. alhamdulillah..

Unknown said...

Nak try pakai resepi kek coklat yang ni..

memang sedap sangat!!
nak tahu rahsia dia jom la tengok

http://kekcoklatsedap.weebly.com/

Eetee said...

Saya baru terjumpa blog Ita, walaupun dulu rasanya pernah terbuka blog ni tapi tak betul2 menyelongkar 'isi' di dalamnya...mohon saya share resipi di sini ya Ita...terima kasih banyak kerana berkongsi resipi dan tips di sini..

adilahsuliman said...

terima kasih k.ita atas ilmu yg sgt bermanfaat ni.ni first time sy komen kat sini haha

Cik Sya Ibrahim said...

Terima kasih kak ita atas resepi dan tips. Gambar pun sume cantik2. X sabar nk cuba resepi kek ni. :)

Unknown said...

i really like all the pictures..thanks for sharing this delicious recipe of chocolate cakes. Again..i like the pictures :')

dill said...

salam kak ita..

susu cair tu evaporated milk ke @ susu segar? sebab dalam gambar nampak cam susu segar je hehe

tqvm kak..

Unknown said...

assalam.. sy nk bt layer pd kek.. tp klu sy belah 2 kek tu,dy peroi x?? tkut nti kek tu peroi & pecah..

Unknown said...

assalamualaikum.....k.ita
terimah kasih kerana sudi kongsi resepi kek coklat ni.....sangat2 membantu saya coz anak saya suka sangat kek coklat.....semoga k.ita murah rezeki dan sehat selalu...AMIN

Chenta Ariazu said...

Kalau tkde minyak jagung nk guna apa ?

Unknown said...

As salam Kak ita. Saya da 2 kali try kek coklat ni. Mmg menjadi Tapi kering la walaupun da letak 2 sudu besar susu pekat Manis. Guna hand mixer je. Ada petua ke?

Lya Abdul said...

Assalamualaikum kak ita..resepi ni sudah beberapa kali saya cuba, first time cuba masa tengah berpantang, time tu baru 2 minggu lepas bersalin..Memang sangat berbaloi, sedap sangat..TQ kak ;-)

Unknown said...

salam auntie sy nk tanya kalau sy nak buat kek span biasa menggunakan resepi nie 100gm coco powder tu perlu digantikan sukatan tepung menjadi 400gm atau xperlu ? tq kerana bagi tips dan pnduan ianya menyenangkan orang baru macam sy =)

Unknown said...

Mohon share...
Tp dah try buat dulu. First time buat kira ok la. Tukang tester kata ok haha

Unknown said...

Mohon share...
Tp dah try buat dulu. First time buat kira ok la. Tukang tester kata ok haha

Unknown said...

Saya suka blog akak

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ade resepi untk yg kukus x?

Unknown said...

Ade resepi coklt kekmoist yg kukus x?

Unknown said...

kalau air panas tak masukkan takpe ke kak ita. dah bakar kek....bila baca balik step by step baru perasan air panas x masuk huhuhuhuhuhu

Unknown said...

Slm kak,
Klu ganti tepung gandum dgn tepung kek kena pakai serbuk penaik n soda bikarbonat x?

Unknown said...

Slm kak,

Klu gnti tpung gndum dgn tepung kek bole?pastu kne tmbh serbuk penaik n soda bikarbonat ke?

Fieza Nelson said...

Assalammualaikum..
Halalkan saya cooy paste & guna resepi Puan untuk saya berniaga ya..
Terima kasih semoga Allah murahkan rezeki Puan sekeluarga..

Fieza Nelson said...

Assalammualaikum..
Izinkan & halalkan saya copy paste & guna kan utk berniaga resepi Puan ini ya..
Terima kasih & semoga Allah mirahkan rezeki Puan sekeluarga.

F.A said...

yg ni 1kg ker?

Unknown said...

Assalammualaikum Kak.... Terima kasih Kak sudi kongsi... Anak saya suka sangat kek nie.. Mmg sedap...😘😘😘😘

Unknown said...

Assalammualaikum Kak halal kan saya copy ye... Anak saya suka sangat kek nie.... Mmg sedap

pacificblue said...

Assalamualaikum..terima kasih diatas ilmu yg diberi....1st time nadh buat kek coklat menjadi.sedap kek nya.jazakillah..

Unknown said...

Slm...kak ita...nisa dh try buat semalam..jd. Sedap..cume sebb nisa xbpe suke kek yg moist sngt,jd nisa kurang kuantiti minyak jd 200ml,pastu yg air panas jd 150 ml je..tp kak kak ita,kalau xpakai air panas xboleh ke?maksudnye pakai air biase je,klw xpakai air panas kek nye xjadi ke?pastu ape fungsi air panas ntk kek ye?maaf bnyk pulak tnye..hihi

bunga&krim said...

kak ita,mana nk cari or nk beli bekas kole enamelwear @ayyan warna putih n yg ada corong letak air panas tuu

Unknown said...

terima kasih byk byk.. gambar step by step mmg membantu sgt for me :)

Unknown said...

terima kasih sgt2..gambar step by step tu sgt membantu.. :)

Unknown said...

Salam Kak. Mohon perkongsian ilmu di blog saya ya. http://magazinesbymeen.blogspot.my/
Terima kasih kak!

Za said...

Dah Cuba, sedap sesangat, terima kasih kerana sudi kongsi.

Only God Know said...

salam kak.

sy kalau nak buat kek coklat mmg akan pakai resepi ini. sedappppppp sgt.
masalahnya kek sy akan merekah beso kat tgh2 tu.
kenapa ya?

Unknown said...

salam kak.. kek ni bole buat kek coklat hantu tk?

Unknown said...

salam kak.. kek ni bole buat kek coklat hantu tk?

Unknown said...

Nak tanya susu cair tu fresh milk ke?

Unknown said...

Terimakasih KK Ita cake sedap snagat

Eh! Pop Media said...

Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.

Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada puan telah diberikan.

Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-pilihan-chocolate-moist-cake-paling-terangkat.html

Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

Unknown said...

Memang sedap dah try.. Tq sis kongsijan resepi.. Terbaik! ����

Adi said...

Kak ita air nya masukkan masa bila ye

Post Top Ad

test