RUSIAN BLACK AND WHITE CAKE - masam manis f

Breaking

Mar 19, 2013

RUSIAN BLACK AND WHITE CAKE

Assalamualaikum


Hari ni baru dapat menarik nafas lega.. setelah beberapa hari ni terlalu sibuk dengan pelbagai program. Lepas ni dah boleh sambung semula segala tugas yang tergendala. Entahlah sejak dua menjak ni terasa  jadual ita terlalu padat. Banyak sangat tugasan yang menanti. Hinggakan kadang kala terasa nak berehat aje dari mengupdate blog ni.. bila mengenangkan rakan-rakan yang sering menjadikan blog ita teman penghibur, ita gagahkan diri untuk mengupdatekan seberapa kerap yang ita termampu.

Kesibukkan membuatkan ita terpaksa menolak beberapa undangan. Baru-baru ini ita telah di undang untuk muncul dalam satu rancangan women talk show di TV7. Bella merupakan rancangan untuk wanita yang keudara setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 11 am ~ 12 pm dan pada hari Ahad dari pukul 1.30 pm ~ 2.30 pm. Ita terpaksa menolak kerana jadual ita yang sangat padat dan ita juga memegang tanggungjawab sekolah SK Taman Daya 2 dalam Johor Junior Chef Challenge. Terima kasih ita kepada Penerbit Rancangan Bella, Fakhrunnisa Hamdan atas kiriman email dan undangan ini, akak minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat memenuhi undangan ini dan semoga kita akan dapat berkerjasama di masa akan datang.

Ita juga terpaksa menolak beberapa tawaran majalah untuk memuatkan resepi kerana ita tak cukup masa untuk berbuat demikian. Maaf sangat-sangat.. sebab memang tak termampu rasanya. Terima kasih kerana mempercayai bakat ini.. Insya Allah jika ada rezeki kita dapat berkerjasama semula..


Hari ni ita nak kongsikan kek yang ita sediakan untuk hari ulang tahun anak ita Azrul. Walaupun Azrul berada di asrama, ita tetap meraikan ulang tahunnya di rumah sebagai mengigati kembali detik kegembiraan kami sekeluarga menerimanya sebagai cahaya mata yang di anugerahi Illahi.

Sebenarnya kami dah berjanji untuk turun ke Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun Azrul pada hari minggu yang lalu. Namun kerana ita terikat dengan pertandingan memasak Johor Junior Chef Challenge, kami terpaksa membatalkannya. Mujur Azrul anak yang tidak mudah ambil hati.. Insya Allah minggu ni katanya ia akan pulang, dan pasti kami akan raikannya bersama.

Ok lah tak mau cakap banyak lagi.. nanti berjurai pula air mata ni..
Kita terus aje pada resepi yang akan ita kongsikan.


Kek ini adalah kek yang cukup popular di FB satu masa dahulu. Ita pun pernah buatkan kek ni untuk birthday Amirul tahun lalu di SINI. Tapi sedikit berbeza dari segi rasanya dan kejadiannya. Masa tu ita buat kek berbentuk bulat. Kali ni ita buat pula bentuk empat segi.

Ita kategorikan kek ini sebagai kek yang mewah. Mewah dengan rasa coklat kerana menggunakan kek coklat moist sebagai kek span asas. Sebagaimana yang ita pernah nyatakan kek ni sangat lembab, gebu dan dari kelompok kek yang berat. Kek ini juga penuh dengan rasa cheese. Bagi peminat cheese pasti sukakan rasanya yang mewah dengan harum moca. Bertambah-tambah walla..!! bila dilimpahi coklat ganarche yang berkilauan..

Bagi mereka yang menjaga bentuk badan.. awas!! anda tidak boleh menghampirinya.. kerana punahlah diet anda.. pasti tak boleh berhenti bia menikmatinya tau!!


Jutaan terima kasih kepada mereka yang mencetuskan idea yang menarik hingga terlahirlah kek yang sangat mewah ini. Resepi ini ita ambil daripada beberapa resepi yang ita google di internet. Ita olah mengikut cara ita sendiri. Kepada yang nak mencuba boleh lah mencubanya.. manalah tau teringin menyediakan sendiri kek untuk buah hati tersayang..

Kek ni pada ita dah cukup cantik coraknya. Oleh kerana itu ita tidak menghiasnya terlalu mewah kerana tidak mahu spoilkan kejadiannya yang pada ita dah cukup unik!


Untuk resepi kek span coklat, ita menggunakan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake. Boleh lihat cara-cara dan kaedah penyediaan beserta step by step penyediaan di SINI

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak


Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan
Untuk kaedah mencairkan gelatin boleh rujuk di SINI, untuk cara dan step by step penyediannya.






Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata




Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek


Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar
Kaedah mencurahkan garnache dan step by step boleh rujuk di SINI

Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula
Cara dan kaedah mengalihkan kek dari redai ke lapik kek boleh rujuk di SINI

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
Untuk kaedah dan cara memotong kek sila rujuk di SINI
Untuk kek bentuk bulat boleh rujuk di SINI kaedah dan cara penyediaannya dengan step by step.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Azrul dan 
Selamat Mencuba






80 comments:

cheq da said...

kemas dan nampak sedap...

Mat Gebu said...

Saya memang kena jauhkan diri dari kek akak.... >______<

Unknown said...

Woi terpegun..cantik...teruja untuk mencubanya..terimakasih Ita atas perkongsian ini...

Nour Aien said...

cantiknyaaa kejadian kek ni :) terima kasih kak ita tak x pernah lokek berkongsi ilmu.

Unknown said...

sempurna sgt bg saya..

rahel said...

waw...tantik naaa....semestinya menjilat jari...
selamat hari jadi Azrul..

cikNor said...

waaa...cantekkknyaaaa...lg cantik bentuk petak cam gini...saya suka, saya suka :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik sangat2 ita...

farabella_rizal said...

Cantik dan semetinya sedap kek ni..

Rina Audie said...

masya Allah cantiknya kek ni kak ita....tak jemu memandang mata ini melihat hasilnya.
Terimakasih kak ita yang telah sudi menunjukkan cara membuat step by step....
bertambah lagilah ilmu saya berkat kak ita...
makasih kak ita

ZarinAziz said...

nyum nyum!! tengok pon dah tau kesedapannya..bertuah suami dan anak2 Kak Ita hari2 dijamu dengan pelbagai masakan yang sedap..

Kak Ita janganlah sedih2 ye..lagi beberapa hari je lagi Azrul nak balikkan..:)

Unknown said...

kak ita..sirap glukos tu camna akak buat..blh share tak nisbah gula dan air.
.

Unknown said...

Subhanaallah,tak
tercapai akal saya rasa kek ni.. mesti sgt2 sedap. U are gifted, k.ita.

susumanis said...

awesome sgt sgt ni...yummmm..sanah helwah to azrul ya

Uda said...

wow....cantik, bebila nak try!!!!

Ita Rossi said...

cantik dan nampak sedap!

mimie said...

assalammualaikum kak ita...
terima kasih sekali lg...
ini cake yg harus mimie cuba..

dan selalu suka low light fotography kak ita tu... ^_^

~~miera icey~~ said...

assalamua'laikum kak ita....kak ita...sy nie peminat blog akak...kak ita...nak tanya...kenape coklat ganache yg sy buat berminyak ye...sy panaskan whipping cream br masukkan whipping cream td dlm bekas yang ade coklat...lagi satu kak...macam mane nak potong kek sekata? sy selalu potong senget...kekadang nak merudum semangat bile kek yang nak dibuat tak jadi...

Unknown said...

perfecto aduh mmg kelazzz kek ni kemas licin dan pasti rasa nya mabeles ni

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum semua..
Terima kasih ya..

Bagi pertanyaan Miera icey
Mira guna jenama coklat masakan apa ya?
Whipping cream pula jenama apa?
Kalau dah berminyak jangan tambah butter lagi

cara potong kek untuk buat kepingan atau potong kek setelah siap?

Untuk cara potong kepada kepingan miera boleh rujuk di sini : http://fromintankitchen.blogspot.com/p/blog-page.html

Untuk potong kek yang dah siap pula kena panaskan dahulu pisau utk memotong kek tu..
Guna pisau yang nipis dan mata pisaunya kecil
Jangan lupa lap mata pisau setiap kalai lepas potong supaya kek tidak comot

fizza said...

sy bukan penggemar kek. tp bila nengok kek akak sy jd terliur. wahhhh cantiknya!!! mesti sedap rasanya.

Tahniah!!!

~~miera icey~~ said...

kak ita, mira guna coklat compound collata...whipping cream anchor...mira memang tak letak butter...

info untuk potong kek jadi kepingan memang sangat membantu! terima kasih akak! :)

Mas said...

perfect....
cantikkk sangattt

Sweet red cherry said...

kek yang sangat cantik kejadiannya..bila la agaknya dapat buat kek yang sebegini cantik..

Lisa Donna said...

Assalamu'alaikum, Kak Ita. Seperti biasa, cake-nya selalu cantik dan rapih :)

Nur-nba said...

Salam. Cantik benar kek Kak Ita ni.. Teringin juga nak tengok Kak Ita beraksi di kaca tv dan ditemuramah.. Mungkin ada peluang di lain masa. Happy Belated Birthday buat Azrul.. Moga berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2013..

Qasey Honey said...

hppy belated besday Azrul...
cantik betul kejadian kek ni..tliur dibuatnya...QH amik resepi yer kak...nk try juga nti..nk rasakan kesedapan kek ni..

MamaHawra said...

Assalam..
Dah lama sangat ikuti blog ni sebab suka sangat tengok gambar makanan yang sangat cantik! Terima kasih juga sebab Ita sudi berkongsi resipi dengan kami. Moga Allah berikan ganjaran pahala atas usaha dan penat lelah Ita berkongsi ilmu dengan pembaca blog ni. :)

Ita ada mention tentang sirap glukos untuk buat ganache. Beberapa hari lepas saya ada ke kedai bahan kuih untuk cari bahan ni, tapi yang saya jumpa Liquid Glucose. Sama ke dengan sirap glukos atau lain? Glukosnya berwarna jernih. Bagaimana pula dengan corn syrup? Adakah ianya boleh digunakan?

hAniEy IzhAr said...

Cantiknya kek ni dan nampak sedap..;)

nin9landers said...

As salam kak ita......sya pun rasa mmg kena jauhkan diri dari makan kek ni...huhuhuhu...tpi nak juga buat dan rasa....tq kak ita share this resepi....

Hanya Allah dpt membalas jasa2 k.ita pada kami semua...aminn

y@tipruzz said...

Peminat setia blog akak! Dan as usual sy sgt teruja dgn kek2 akak..ure really my inspiration! Tq kak!!

Unknown said...

kek ni memang sedappp...

Ayu Sabudin said...

adore u kak ita...kek ni buat sy terliur..mohon share ye kak..n note utk sy juge..tQ kak..semoga akk bahagia n happy dsamping keluarga tercinta.

puteribidasari said...

Salam kak Ita, boleh tak kalu kite gantikan gelatin tu dgn serbuk agar2?kat tempat aina susah sgt nak cari gelatin halal

Azlita Aziz said...

Wasalam Puteri

Tidak boleh kerana fungsinya tidak sama

Azlita Aziz said...

Salam MamaHawra

sirap glucose dan liquid glucose sama

corn sirap tidak sesuai
Boleh juga gantikan sirap kencana

Ina H said...

salam akak, saya dah cuba buat kek akak tu. first time buat utk kek birthday sendiri.BERJAYA!!! terima kasih kerana sudi kongsi ilmu. nnti saya nak cuba lagi kek yg cantik2 dan sedap2 kat blog akak ni. terima kasih

Estie Dekalisa said...

haiii Azlita..

what an inspiring cake !!
im intended to make one, too..
thanks for sharing :D

Pretty Choc said...

Well done Ita!

Normah Wahid said...

Lovely la kak ita ni...menggoda semuanya..

Normah Wahid said...

Lovely la kak ita ni...menggoda semuanya..

Anonymous said...

Salam kak ita...saya dah cuba resipi ni...Alhamdulillah jadi...tapi taklah secantik dan sekemas buatan kak ita...terima kasih banyak2 sudi kongsi ilmu.....saya akan cuba resipi2 yang lain...sumanye menarik...:)

Anonymous said...

salam kak ita..saya dah cuba resipi ni...Alhamdulillah jadi...tapi taklah sekemas dan secantik buatan kak ita...terima kasih banyak2 sudi kongsi ilmu...saya akan cuba resipi2 yang lain...sumenya menarik... :)

"oLoPoDoDoTs" said...

Sedapnye... teringin nak buat sendiri.. terima kasih kepad apuan yang sudi kongsi ilmu...

Unknown said...

Assalamu'alaikum kak ita,salam kenal kak ya,saya endang dari dumai riau indonesia,saya suka lihat blog kakak dan sdh mempraktekkan beberapa resep dan hasilnya enak banget,terima kasih ya kak,semoga kak ita selalu diberi rezeki yg berlimpah

Unknown said...

Salam kenal kak,saya endang dari dumai riau indonesia..saya suka dengan blog kakak dan sdh mempraktekkan beberapa resep punya kakak dan hasilnya enak banget,terima kasih ya kak,semoga kakak diberikan rezeki yg berlimpah dari Allah SWT

Unknown said...

saya menggunakan akun anak saya Dyah Ayu...

Anonymous said...

Oh my goodness! That's just so so beautiful. Please I need this recipe in English :-)))
Anyone can help me. I must make this.
Thank you, Nadja

Anonymous said...

Oh my goodness! That's just so so beautiful. Please I need this recipe in English :-)))
Anyone can help me. I must make this.
Thank you, Nadja

Uni Cake said...

Aku terpesona dengan foto-fotonya nan waw kak...

Unknown said...

Salam kak,
nmpk sdap la kek nie, jdi ingt nk try resepi nie..tapi sy nk tanye skit, agak-agak kalo xde gelatin xpe ke utk kerim keju mocha tu? sbb tmpt sy nie rasenye mmg xde..
Terime kasih!

Unknown said...

Salam kak... sy mmg da lame tgk resepi nid.. tp masih blm ade kakuatan tok mencubanye... kalau gelatin uh agak2 bp sudu ye.. sbb sy jarang sukat gne gm...

haikal said...

salam akak,blh x saya nak tau cane nak tempah kek dar akak? apa id fb akak yer..nk add la ..tq

wawa said...

salam,akak,sy sangat2 la suka tgk setiap kejadian kek akak.mohon share ya kak.akak pya kek awesome!

wawa said...

salam.akak,sy sgt2 la ska tgk stiap kejadian kek akak.stiap kek akak memg awesome!mohon share ya kak?halalkn ya kak?hehe..

izzat hazard said...

Assalam , kak ita , saya dah lama jenguk2 resepi di dalam blog akk ni , semuanya menarik , insyallah dlm minggu ni saya nk try buat kek ni untuk hari jadi adik sedara. saya nak tanya kak ita masa buat keju mocha tu, kalau letak mocha paste means taknyalah lagi nescafe segera tu ye ? atau kena letak dua2 sekali ? harap kak ita bls ye , saya menunggu akk bls komen saya ni =)

izzat hazard said...

Assalam , kak ita saya selalu jenguk2 blog kak ita ni untuk cari resepi , semua hasil tangan kak ita mmg cantik. Minggu ni saya nak buat kek harijadi untuk adik sedara , saya nak cuba buat kek ni untuk pertama kali , saya cuma nak tanya kak ita. Masa keju mocha tu ,kalau ltk mocha paste means takpayah ltk nescafe segera lagi? ke kena letak dua2? harap kak ita dapat bls dan dpt tlg noob mcm saya , saya menunggu kak ita bls komen saya ini , terima kasih =)

Azlita Aziz said...

Salam Izzat
ya betul tu, kalau dah letak pes moca tak payah letak bancuhan air Nescafe lagi.

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam k.ita. Rose mohon share n try respi ni ye.nmpk cam sedap je.tq kak

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam k.ita. Rose mohon share n try respi ni ye.nmpk cam best je.tqvm kak

myzun said...

As salam kak..alhamdulillah...pertama kali cuba buat kek ni menjadi..dan sangat2 sedap..my son tak kasi bagi kat neighbour...thanks so much for the lovely recipe...

Unknown said...

Assalamualaikum, kak... kek ni mmg sedap.. sy ngajar student2 sy buat cake ni, berpuas hati.. dpt hasil yg cntik dan sedap :) tq ya kak sb share resepi dan step by step

mamaDhia said...

As salam akak, sirap glukos tu wajib letak x? Kalau nk ganti, ganti dgn apa ye bagus? Thanks akak :-)

mamaDhia said...

As salam akak, sirap glukos tu wajib letak x? Or nak ganti dgn sirap lain, ada cadangan x? Thanks akak :-)

Unknown said...

Assalam...sgt sedap..1st time rase nyer tgk kek secantik n sesedapp nie...tahniah buat akak...sgt sempurna, kemas n akak seorg yang teliti...

Anonymous said...

Salam Ita. Terimakasih banyak kerana sudi share recipe yg sangat memuaskan ini. Saya buat Sabtu lalu utk birthday cake kawan saya, tapi kerana tak cukup masa, saya tak pipe icingnya jalur2 macam Ita, cuma sapu dua lapis dgn krim keju dan dua lapis lagi dgn ganache, kemudian saya sapukan ganache di seluruh cake. Walau tak gorgeous mcm cake Ita, ada juga wow factor. Kawan saya happy sekali dapat cake yg sangat sedap ini. Thanks a lot, Ita!

Unknown said...

Salam Ita.. kek nie cukup menggugat keimanan sy tuk berdiet.. apa pun demi kek yg TERSANGAT menghairahkan nie sy sanggup ketepikan diet sya.

Unknown said...

Salam Ita..Kek nie TERSANGAT CANTIK ini amat menghairahkan tekak sy.. Ianyer telah mengugut keimanan sya untuk berdiet..Rasa xsanggup tuk meneruskan diet.. hahahah

Unknown said...

Cantik, kemas dan nmpk sedap.
Bila agaknye sy blh buat mcm ni?:)

Unknown said...

Cantik, kemas dan nmpk sedap je...
Bile agaknye sy blh buat camni? :)

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita.. terima kasih utk resepi kek ni.. saya dah try buat.. alhamdulillah cantik dan sangat sedap..

lidia said...

salam kak, nak tanya saya selalu ada masalah nk ptong kek, bole tak sy bakar kek ni dlm 2 loyang yg nipis? so sy tak perlu potong lg kek ni

Unknown said...

Salam kak ita,

Hari ni try buat kek ni, lepas letak lapisan kek atas coklat n cream cheese tu kek jadi senget pastu cream cheese habis mengalir keluar.bila buat lg lapisan ats smpai habis lg teruk rupa kek.semuanya cair keluar.sebenanrnya nak letak cream cheese dlm peti ais tu smpai brapa lama?xsemangat jd bila kek rupa buruk mcm tu.rasa je sedap.

Unknown said...

Assalammualaikum...skrg sya mmg suka wt kek...& blog yg mmg sya suka tgk semestinya blog anak...mmg Sgt membantu bg sya yg xpenah p mna2 kelas bakering...kek Russian black & white sya nk try wt utk bday ank sya yg ke3....28/12/2014...tima kasih akak utk resepi yg Sgt best ni.....

Unknown said...

Alamak silap taip la....blog akak bkn blog anak....sorry...

Unknown said...

kak ita...thanx a lot..xtahu nak cakap macamana sbb resepi dlm blog ni banyak membantu perniagaan saya...saya mohon akak halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan di sini....serious memang nak sangat jumpa akak n nak peluk erat2....Saya doakan semoga pahala yang diperolehi dari perkongsian ilmu ni berpanjangan hingga ke syurga....thanx a lot kak..May Allah Shower u with bless n His Love...Ameen

Unknown said...

salam kak..sy baru try resepi kakak yg ni..tp kek yg sy bake..merekah n xda sekata..rekahan besar pada bahagian tepi. tp sy menggunakan loyang 9inci dan pemanasan atas bawah pada oven. kurang pasti mana kesilapan yg sy lakukan..hehe. but despite the crack and uneven surface the cake is superb.
blog kak best sgt n very useful for newbie like me and i believe very informative too for those who been baking.thanks alot kak sbb sgt murah hati memberi tunjuk ajar..may ALLAH bless u always kak

Grimmy said...

Delicious and absolutely GORGEOUS!

Unknown said...

asalam kak ita.. sya xpandai buat kek tp nk cuba kalau buat kek ni,,, nk guna oven api bawah aje ke.. atau api atas bawah... nk kena una fan x?

Jaja said...

Assalamualaikum.kak ita nak tanye if kte buat kek ni kat luar tu blh buat fondant x? Ke.x sesuai..igt nak buat kek besday anak tp die nak spiderman plk. Mohon tunjuk ajar kak

Post Top Ad

test