WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE - masam manis f

Breaking

Apr 30, 2013

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE


White Chocolate Macadamia cake pada ita adalah kek yang sangat lembut.. cair di mulut begitulah ungkapan yang diperkatakan pada kek yang satu ini.
Kek yang tidak terlalu berat dan tidak muak untuk dinikmati.
Kek span ringan bersama serbuk badam di lapisi krim salted caramel bersama kekacang macadamia yang segar dan di saluti lelehan ganache coklat putih yang lemak berkrim.


Bila ita dapat catalog SR hari tu, ini adalah antara kek yang di sarankan oleh anak dara ita untuk ita cuba. Katanya nampak menarik dan pasti sedap.
Sekali imbas melihat kek itu dah dah dapat agak apa bahan yang di gunakan. Ita pasti ianya sama sahaja seperti kek yang lain.


Ita olah resepi mengikut selera ita dan keluarga.
Sedap hasil gabungan kek badam yang lembut dengan krim salted caramel. Bila di hiasai pula topping ganache putih tu, rasa kelainan pada kek ini yang tersendiri.
Pulak bila kita tergigit cebisan kekacang macadamia yang lembut tu.. rangup-rangup lembut.. rasa kacang juga lain dari kacang biasa.. padanlah harganya sedikit mahal.

Kek ini pada ita boleh dibuat komersial bagi mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dirumah.


WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE

Mula-mula kita sediakan dahulu kek span badam

KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja.

SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

Sekarang kita sediakan cream

SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim



CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar

GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata


KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti


40 comments:

Mrs Hakim said...

Assalam Kak Ita..terima kasih berkongsi resepi...semo0ga Allah berikan kesihatan dan diberikan kekuatan kepada Kak Ita utk menghasilkan resepi yg lebih menarik..Jazakallah...

nin9landers said...

as salam kak ita...tq kak for the resepi..saya mesti buat ni..luv u kaka

Unknown said...

Assalam Kak Ita.. sedap sangat kek tu.. baru ada idea untuk buat kek untuk hari jadi anak saya.. thank a lots kak Ita. just nak tanya mana nak dapat corn syrup tu kak Ita.. kalau kat kedai bakery cuma ada glucos syrup atau saya lupa namanya warna syrup tu gold sikit.. macam honey.. adakah itu corn syrup?

Indah78 said...

Salam akak..saya dah lama mengikuti blog akak..kreatif sungguh akak menghias kek..saya kagum dengan akak lebih-lebih dgn keikhlasan menerangkan cara-cara membuat kek, mendekorasi kek dengan jelas..lebih lagi bila akak boleh mencadangkan sesiapa yg ingin memggunakan resepi utk pendapatan sampingan..ikhlas betul akak..terharu saya bila baca..apapun saya doakan agar akak berjaya dan sentiasa bahagia bersama keluarga akak..amiin

mimie said...

wahhhhhh....... cantikkk cakenya kak.

Sweet red cherry said...

salam kak Ita..

cantik sangat kek tu dan pastinya rasanya pun sedap sekali..saya memang kagum dengan kek yang kak ita buat..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.ita,tgk gambar pon rasa nk geget2 laptop ni,nampak sedap sgt!


P/S;Klu ada yg berminat dgn pemanggang ajaib..jemputlah singgah ke blog saya ya.tQ

Cendana Kasih said...

wah,,.sedap..tp nk membuatnye kena betul2 rajin mcm Ita.. bg pemalas mcm saya,biarlah beli kat SR jer

Ina H said...

Salam Kak ita,
TQ sbb kongsi ilmu. Teruja tgk kek akak. X sbr nak try buat. Kalau nak ikut nak try semua kek yg ada kat blog akak. Stumble upon blog ni pun masa dlm pantang ari tu. Tak blh tahan tgk kek akak ni. Mencabar kesabaran. Mcm nak buat mlm ni gak. Silap2 esk bekpes kek lunch kek dinner pun kek gak. Hehehe

Ann Ishak said...

teringin saya nak buat tapi ada perasaan takut jugak, takut tak jadi seperti yang akak buat

Unknown said...

kak ita sedapnya....buat kan semangat saya nak belajar buat kek...

http://danyliana.blogspot.com/2013/02/turun-berat-badan-dengan-herbalife.html

Kuazue Mohamad said...

mak aih kak ita..sedap nya nmpk..

CA said...

Salam Kak Ita

Macam biasa..sokmo terbaik..admire sentuhanmu...

Subhanallah..kurniaan Allah...:)

Unknown said...

Askum kak, sgt cantik kek akak. Tq ye saya mintak izin utk share resepi ni dgn org lain plak nanti.

Anonymous said...

terbaik kak ita...cantik dn pasti sedap!

Unknown said...

menggoda sungguh kak ita kek nya..

Unknown said...

AsSalam Kak Ita,
nak tanya, bahan untuk sponge kek tu di campur semua termasuk tepung? Atau tepung tu last skali dengan cara kaup balik skali dengan minyak?

Azlita Aziz said...

salam s Liana

Tepung tu campur sekali dgn semua bahan dan pukul speed tinggi hingga ia putih dan gebu

kemudian baru masuk minyak dan kaup balik rata

faa.rosli said...

Frvret faaaaaa!!!!

Unknown said...

salam Ita, cantik sangat kek ni terkedip2 mata akak nengok kan memang terer lah rasa nya akak tak mampu lah nak buat macam gini sbb bahan pun ada yg tak faham jugak heee

Ina H said...

Salam Kak Ita,
Dah buat kek!
Tp x secantik kek akak la.
Cream x cukup sbb ms tgh layer kek
anak sy dtg mkn cream tu. Sbr aje la.
Dah tu nak kena stop lak sbb nak nursing bb. Anyhow, sy happy sbb dpt siapkan kek.
TQ akak. Bila tgk kek akak berkobar2 rasa nak bake. TQ sbb share ilmu. Terima kasih cikgu!

umi batrisyia said...

salam kak...mavelosss kek nyer... leleh air liur tgk depan pc ni haa... nak tanya krim tenusu tu sam ke ngan whipping cream tu...

Anonymous said...

kek feveret ni kak ita...
hurmmm...satu hari nnti nak cuba la jugak...tp tataw bila la harinya tu...memang tabik spring kat kak ita...

Unknown said...

Terima kasih sangat-sangat Kak Ita..

mochalicious said...

Marvelouuussss! Yummy!

mochalicious said...

Marvelouuusss! Yummy!

Cerita Dari Dapur said...

Assalam'mualaikum...
Alhamdulillah kak,saya dah pernah cuba resepi kak ita ni,memang t'baik...sedap,terima kasih banyak2 kerana sudi kongsikn resepi ni di blog jasamu ku kenang...

Vitamin Terbaik said...

Sedapnya. Mcm nak buat jer tp macm rumit jer..hehehe

Unknown said...

Da Buat...Sedap...1 hari 1 Slice...Kacang Beli yg da siap coating...Memang patut la ramai yg meminati kek ni...Terima Kasih share resepi...

Grace's Corner said...

Thank you so much ita. I love yr blog. Always my fav to search for recipes. Hope u post more exclusive cakes

MNsolo said...

Can someone please give me the english recipe version?
I wanna make this soo bad!:)

Unknown said...

memang sedap kek ni.. lazat. saya memang suka kek ni.
Jom follow blog saya, shafeezamasayu.blogspot.com

Bella Donna said...

Salam kak if non dairy cream kita guna UHT boleh x

nur aishah said...

berapa harga kacang macadamia tu kak

Unknown said...

Tq kak ita..

Unknown said...

Tq kak ita..

Unknown said...

Salam kak. Dah buat. Mmg sedap Sgat. Smoga murah rezki akk n family. Tq

Dalucian said...

salam kak, badam tu kena sangai(goreng tnpa minyak) dulu ke)?

Shashida said...

K.ita.. corn syrup tu kalau xde boleh ganti kn dgn yg lain ke?

Unknown said...

Memang terbaik resipi n saya dah cuba

Post Top Ad

test