Happy Birthday Adam - masam manis f

Breaking

Jun 13, 2013

Happy Birthday Adam


Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Semoga hari ini memberikan seribu keindahan dan kebahagian buat kita semua.. di bukakan pintu rezeki dan di berikan kasih sayang yang melimpah ruah..

Kepada yang menyambut ulang tahun, ita di Masam Manis ingin mengucapkan selamat ulang tahun buat anda semua.. semoga tabah dan ceria mengharungi kehidupan.. semakin bertambah usia, semakin mematangkan diri dan semakin kreatif berfikir.. berfikiran positif, mara kehadapan dan jadikan kenangan silam sebagai pengajaran untuk lebih berjaya lagi di masa hadapan..



Bercakap pasal hari ulang tahun, semalam adalah hari ulang tahun buat adik Adam, Selamat ulang tahun Adam... semoga menjadi anak yang solleh dan menjadi kebangaan mama dan papa. Untuk birthday Adam, mamanya telah orderkan kek Thomas and Friends untuk adam, karektor animasi kesukaan Adam.


Memang nampak sangat Adam mengemari karektor cartoon tersebut sehingga Adam boleh perasan yang ita tak meletakkan nombor pada figurein Thomas dan kawanya.. hehe kanak-kanak kan.. memang lucu, suka betul melihatkan gelagat Adam yang benar-benar sangat teruja dengan kek ulang tahunnya. Nampak Adam seorang kana-kanak yang cukup cerdik dan sangat peka. Semoga Adam terus ceria dan membawa harapan mama dan papa.





Sebenarnya mama bukan orderkan kek untuk Adam sahaja, untuk berlaku adil mama juga orderkan kek untuk Dhia, adik comel Adam, walaupun ulang tahun Dhia pada bulan Feb yang lalu. Untuk Dhia mama, orderkan kek Barbie Doll kesukaannya.
'Pastikan Barbie Doll tu warna purple dan pink ya kak ita.. kerana itulah warna kesukaan Dhia..' kata mamanya lagi..



Jelas naluri keibuan yang terungkai.. sebagai ibu sudah semestinya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Perlu bersikap adil supaya tiada hati yang terluka. Ita juga pernah mengalaminya beberapa tahun yang lalu.. ketikan Amirul dan Azrul sedang membesar. Pulak mereka agak rapat dan akrab. Jadi sebagai ibu ita cuba memberikan yang terbaik untuk mereka.

Kini mereka dah pun remaja, semestinya cara mendidik juga berbeza, bila kita terlalu mengawal mereka akan kata mereka dah dewasa dan bukan akan-anak lagi yang perlu di jaga dan di belai.. Biar mereka belajar untuk menilai baik dan buruk.. Bagi mereka setiap apa yang mereka tempuhi adalah pengalaman yang akan mematangkan mereka..


Cuma, sebagai ibu ita cukup bimbang jika mereka tersilap arah.. maklumlah darah muda. Semua nak di cuba..
'jangan tersalah memilih kawan nak..' pesan ita berkali-kali.. 

'Nak didik anak ni ibarat menarik helaian rambut dalam tepung.. rambut tak putus dan tepung pun tak berselerak..'
Terngiang-ngiang pesanan mak pada ita setiap kali ita suarakan masalah anak-anak kepadanya. Pengalaman emak membesarkan kami 8 beradik amat ita perlukan untuk ita mendidik anak-anak ita pula.. Walaupn mungkin keadaan kami berbeza.. ialah mak membesarkan kami dalam era 80an.. sedangkan anak-anak ita sekarang dalam era dunia maya yang cukup berkembang pesat.. namun ita percaya.. nasihat ibu bapa adalah yang terbaik untuk kita..









31 comments:

As-Syifaa Bahri said...

owhhhsemmm kak...sangat kagum..

As-Syifaa Bahri said...

Owwhhhsemmm kak...sangat kagum kak

nin9landers said...

Thumb up kak ita

Ummi said...

SubhanAllah...MasyaAllah...Ita, terbaiiikkk hasil seni tgn mu...Fuuhh, pitaaamm bila akak teliti..mcamana la Ita gentel sorang2..berapa lama la duk berdiri, pastu duduk, pastu berdiri...adeeeii.. Tahniaaahh Ita, nnt akak nak tempah kek fondant rimau belang laaa...hehe

*sempat lgk tu letak ayat Ehsan to Iffa...hahaahaha... Akak tgk main2 jer, jarang sempat sbb blk petang bz kat dapur...huhu

Yatie said...

cantiknya kek utk Adam....kagum betul dngn Ita dari dulu lagi..begitu teliti orangnya....

kalau Papa Adam baca tulisan Ita tu...mau tak sabar trus nak makan kek ni...he3...(Ehsan.)

Unknown said...

MasyaAllah...cantik ciptaan akk...ilham dr Allah..tahniah ye...:-)

Unknown said...

MasyaAllah...nice cake...congrate kak Ita

fazianbatrisyia said...

alamak cutenya ada train....bby sy pn dah suka tengok cartoon skrg...da pandai sebut - bear, rabbit, bird

hudanor said...

Salam ya Allah teruja saya dengan kek akak ni, saya nak mintak tolong akak nov ni birthday anak bujang saya ingat nak order kek yg sama mcm ni sebiji, boleh ker??

ryailyanti said...

Salam.. wahhh cantekknya kek yg akak deco nie... sayang je nak makan

ryailyanti said...

salam... wahh canteknya akak deco kek nie.. sayang plak nak makan..

Unknown said...

salam kak.. kek memang terbaekk..
tapi bab dialog ehsan tu.. cair teruss. macam nak share je..

Rina Audie said...

apapun yang dihasilkan oleh kak ita entah kek dengan cream ataupun fondant selalu cantik. Kak ita memang bertangan dingin...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya hanya mampu terkaku depan pc

Gee® said...

1st class !!

Bila Aida memasak said...

nama anak sy pun adam jugak dan dia minat sgt ngan keretapi tu...kalu dekat ngan kak ita, mahu nak tempah...huhuhu

Unknown said...

terharu sya baca kak ita..terima kasih sekali lagi sbb sudi buatkn kek tok adam ngn dhia.tp syg sbb x dpt share keratan rentas kek tu sbb techer adam x amk gmbr lak.yg lawak nye..train tu die simpan nk bwk blk uma nk keraskn hehehe...pape pun thanx a lot ye kak :)

siti khodie said...

teruja

siti khodie said...

sempat lagi yer kak ita buat yat :)

zas said...

hebatnya akak..i wanna be like u :D

rahel said...

Terbaik dari dapur Kak Ita.....caaaaaaaannntik.

zila norazila said...

Suka tgk hasik kek ciptaan akk..semunye berseni..:)

Chah said...

Gojes...mabeles...ohsem...!!!

Sweet red cherry said...

salam kak ita..

sangat cantik kek hasil tangan kak ita..terbaik..

tonsulaiman said...

salam kak ita...terbaik..alhamdulillah..camane ye akak bahagikan masa antara buat tempahan kek, kek utk makan sendiri+ masak, ngemas etc..pheww..tak terfikir saya..

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Bukan setakat cantik. Tapii sempurna. Deko kek thomas tu macam sedang bercerita. Picture last sekali tu sempat lagi terselit dialog adiputra tu..hehe..

t3ngt3ng said...

Hi Ita, nak tanya sebelum cover cake with fondant, cake yang dah cover ngan frosting tu kena masuk dalam fridge ke? Will the cake sweat? Then lepas decor ngan fondant, cake tu just leave it at room temperature ke kena masuk dalam fridge? Thx!

t3ngt3ng said...

Hi Ita, nak tanya sebelum cover cake with fondant, cake yang dah frost tu kena masuk dalam fridge ke? Will it sweat when you cover it with fondant? Then lepas dah decor tu cake kena letak kat room temperature ke masuk dalam fridge ye? Thx!

Qasey Honey said...

cantik kek fondant akak..kemas..

Unknown said...

akka..owsome nya..anak sya suka thomas.cam ne nk tempah kek ngan akak? my son beday will be this 29 aug..

✿.。CikPuan Su。.✿ said...

Salam kak ita...

mcm mane nk buat tempahan dgn akak???
plsss... let me know how to contact u akak... email me momlittlemonster@gmail.com..

nk buat tempahan birthday cake untuk 21 Julai ni inrpired by akak.. huhu

Post Top Ad

test