Hello class... lots of suprises - masam manis f

Breaking

Jun 17, 2013

Hello class... lots of suprises


Sekali lagi Chef Amer melangkah kaki ke bumi Johor Darul Takzim. Kali ni ke gelanggang bengkel Kek Komersial 1 dan 3 yang berlangsung 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Kedatangan Chef memang amat dinanti-nantikan warga Johor dan tak kurang juga jiran sebelah yang datang dari Singapura. Awal-awal lagi kelas dah full house. Pendaftaran yang melimpah ruah buatkan Pn Siti kita tak menang tangan dibuatnya.


Aduyaiii.. sudah berapa kali ita katakan.. daftar awal supaya nama tak tercicir dalam senarai.. Rayuan dan rengekkan peserta membuatkan Chef dan Siti serba salah.. dan akhirnya.. kebabowww.. sampai penuh sesak.. hinggakan payah benar ita nak merakamkan saat manis bersama Chef Amer kesayangan ibu-ibu dan suri rumah tangga ini.


Kedatangan Chef kali ini penuh dengan kejutan..
Bukan sahaja peserta dikejutkan dengan dijamu ikan bakar hasil air tangan Chef yang tidak dapat di sangkal lagi kelazatannya.. Malahan Chef juga terkejut apabila kami mengejutkannya dengan sambutan ulangtahunnya.. yang ke berapa??? biarlah rahsia....


Waa... sayangnya Chef dengan kami di selatan tanah air.. terharu dibuatnya.. bila dihidangkan dengan ikan bakar ketika menjamu selera. Manja betul orang selatan ni kan... sesekali nak bermanja-manja apa salahnya kan Chef..




Kelas kali ini cukup meriah, semua peserta memberikan komitmen yang terbaik. Senda gurau dan usikan dari Chef sedikit pun tidak berbekas di hati malahan ianya disambut gelak tawa yang semakin menghangatkan suasana.




Seperti biasa kelas akan dimulakan dengan mukadimah yang panjang lebar dari chef. Ya, biar diterangkan betul-betul supaya jelas, kerana memasak juga perlukan skil dan sedikit kemahiran supaya hasil yang akan kita perolehi berbaloi-baloi.


Gedebak.. gedebuk.. Chef memulakan demonstrasi masakan dengan bebelan dan lawak jenaka yang tak kering gusi dibuatnya. Itulah Chef Amer.. seorang pelantun masakan yang sangat mesra alam.. hehe.. Setiap peserta mendengar dengan tekun, sesekali mencatat sesuatu di atas resepi yang diberikan. Terdengar juga soalan-soalan yang ditanya.. ada masa chef cukup serius berbicara.. dan kadang kala loyar buruknya tu yang tak kering gusi kita dibuatnya..

Hari itu juga kami membuat kejutan untuk Chef. Bila Siti minta ita buatkan kek.. jantung ita berdegup kencang.. hari-hari yang ita lalui seakan bom jangka yang entah bila akan meledak. Aduhh.. cukup terseksa bila mengigatkan tarikh yang semakin hampir. Ialah kita ni siapalah kan.. berbanding Chef yang cukup besar namanya di pentas masakan. Apalah rasa kek ita ni nanti.. OK ke.. KO.. ke.. itulah persoalan yang berputar ligat..


Menatang kek dari rumah melangkah ke akademi degupan jantung ita semakin kencang.. aduh.. lebih gementar dari saat diijabkabulkan.. Bila Siti kata kita suprisekan Chef ketika makan tengahari nanti.. ita tarik nafas lega.. Ingatkan habis di situ.. rupanya ita tak dapat berikan tumpuan ketika Chef menerangkan.. nak ambil gambar pun terasa berat sangat tangan ini nak menekan..


Masa yang ditunggu-tunggu, ita semakin cemas bila melihat Siti menatang kek sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang tahun.. Merah padam juga muka chef walaupun berselindung di sebalik jambangnya itu.. Mungkin malu... segan... atau terharu.. Ita pula?? aduh.. semakin berdebar-debar.. Suasana yang gamat dengan tepukan serta sorakan buatkan ita semakn gementar.. lambat pula chef nak membuka kotak itu.. Dengan penuh sopan santun reben dibuka, diikat pula pada pisau yang membuatkan semua berteriak.. adoiii... cepatlah chef dah tak sabar dah ni..


Chef menjengah ke dalam kotak.. kemudian menutup semula.. "ini kerja siapa ni..?" takutnya ita.. takut kalau Chef marah.. serentak mereka bersuara " kak itaaaa...."
"Terima kasih kak ita.. untuk pengetahuan semua inilah kali kedua saya potong kek.. kali pertama ketika hari perkhawinan saya... kek tu pun saya buat sendiri.. haha..." terdengar ketawa yang penuh makna..




Ita cuba merakamkan detik itu dengan penuh sebak.. Melihat Chef memotong kek yang ita buat.. terasa bangganya ita.. Sifu yang ita kagumi memotong kek anak didiknya.. Terima kasih Chef kerana sudi potong kek yang ita buat.. bisik ita dalam hati.. Inilah ilmu yang selama ini Chef curahkan pada ita.. dan  ita amat-amat menghargainya..

Chef menyuapkan kek ke mulutnya.. kali ini ita tak mampu berkata hanya debaran menunggu apakah ita lulus dengan cemerlang.. " nalarekek.. ( betulke apa yang ita tulis ni..) itulah yang Chef katakan  Alhamdulillah.. lulus jugak ita.. lepas ni ita dah boleh ambil ijazah pula lah ya.. kan Chef... ^__^


Terima kasih Siti, terima kasih Chef Amer dan terima kasih semua...




13 comments:

salamirz said...

aduyai kak ita..
nak resepi kek utk chef amir tu blh? hehe

Cik Puan Diksu said...

Cam best je kak. Ada resipi share kak.

Liza said...

kalau kak ita buat kek apa pun gerenti sedap..nnt akk share resepi boleh?

A.B.M said...

wahh bestnyaa.
teringin nk pergi kelas masakan camni. :)

March An Nuur said...

terliur dibuatnye. .hihi...sy terlepas pandang dan peluang ni....

March An Nuur said...

terliur tgk kek tu...

AhliaSaleh said...

Sonoknye...tahniah kak ita..dpt pujian dr sifu chef amer (",)

ummiaisyah said...

bertuahnya semua org kt situ!!! dpt mkn kek sedap kak Ita!!

Ummi said...

Waaahhhh...meriaaahhhh! Jelezzz dgr makan ikan bakar Chef tu Ita oiii...xpa nnt Chef dtg Ktn, bulan November (adeeii..lambatnyaaa) insyaAllah, akak nak suh dia bakar kambing pulak...hahahahha..

Ita, kek Ita pastinya terbaik...duk buat hari2 pastinya Chef pun percaya...tahniah Ita atas keberanian...kalau akak, jangan haraplah....hahahahha

Aisyahhumaira_store said...

wahhh.bestnye..tingin nak g klass chef ngn jumpe kak ita :)

Qasey Honey said...

bestnya pegi kelas cmtu..leh jmpa kwn2 n mnmbh ilmu..tringin nk pegi juga tp kebiasaannya kelas chef amir ni selalu tserempak time QH outstion..huhu..

chefamer said...

Terima kasih Kak Ita krn kek durian power tu, saya sangat terharu hingga haru biru krn walau pun Kak Ita tak mkn durian, tetapi berkorban bau utk menyiapkannya. Memang sedap..! Terima kadih juga kpd semua peserta krn sudi habiskan 40 ekor ikan kembung & 12 ekor ikan senangin bakar yg saya sediakan...walaupun pesertanya dlm 34 orang sahaja...

Unknown said...

salam kak ita...di musim durian ni teringat pulak kek durian yg kak ita sediakan utk chef amer...nk try buat kek durian kak ita, resepinye ade ke dlm blog ni kak?

Post Top Ad

test