Siri Blogger Masakan - masam manis f

Breaking

Jul 11, 2013

Siri Blogger Masakan



Assalamualaikum

Bersyukur ita ke hadrat Allah S.W.T kerana telah merealisasikan buku masakan ita yang pertama bertemakan Siri Blogger Masakan, akhirnya menjadi kenyataan.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang selama ini menyedari bakat anugerah yang Allah S.W.T kurniakan ini dan yang menggalakkan ita untuk menghimpunkan hasil kerja ita dalam sebuah buku.

Menyedari ita bukanlah dari kalangan mereka yang mahir akan selok belok masakan, yang terlibat secara langsung dengan dunia masakan atau ada ilmu dan kemahiran dalam bidang kulinari, ita berasa diri ini amat naif dan tahu.. di mana asal usul.. bak kata pepatah pipit itu pipit juga lawannya..


Idea untuk mengilhamkan buku masakan ini tercetus apabila pihak My Resepi membuat survey di ruangan sembang. Dari situlah munculnya nama ita antara senarai nama blogger masakan yang menjadi pilihan ramai. Oleh itu pihak My Resepi telah mempelawa ita untuk membuat buku resepi Siri Blogger Masakan ini.

Sebenarnya terdapat 5 buku yang harus ita sediakan. Oleh kerana faktor kesibukan, ita hanya dapat menyiapkan 3 buku dahulu buat masa ini. Mujur pihak My Resepi dan MPH memahami kesibukkan yang ita lalui.

Sepatutnya buku ita harus di keluarkan pada awal tahun, namun ianya tertangguh kerana kesukaran ita merakamkan gambar akibat faktor cuaca yang tidak menentu di Johor Bahru. Hujan yang turun setiap hari memburukkan lagi keadaan dan perancangan yang telah di atur. Rupanya bukan mudah untuk membuat buku.


Memandangkan buku resepi ini adalah buku Siri Blogger Masakkan, jadi resepi di dalam buku ini bukanlah sepenuhnya milik ita. Ianya adalah dari koleksi resepi yang telah ita cuba. Ita olah semula dan ita ilhamkan mengikut citarasa ita dan keluarga. Sebagaimana yang ita katakan sebelum ini, ita tidak mempunyai kemahiran atau asas dalam bidang kulinari, ianya adalah lahir dari minat dan bakat yang Allah S.W.T kurniakan.

Oleh itu ita ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger, rakan-rakan di FB yang telah banyak berkongsi resepi, ilham dan kemahiran masing-masing.
Ita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang sangat-sangat memahami, kepada anak-anak yang tidak pernah mengeluh bila ibunya ini terlalu sibuk berkarya. Kepada kedua ibu bapa ita yang sangat-sangat memberikan ita sokongan, galakan dan nasihat setiap kali ita sandarkan segala permasalahan ini di bahu mereka.

Buku Siri Bloger Masakan ini telah pun menjengah di pasaran. Anda boleh dapatkan di semua kedai buku MPH di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang sukar nak dapatkan dari kedai buku, bolehlah dapatkan dari MPH Online
Buku ini dijual dengan harga RM 9.90 senaskah. Terdapat 3 buah buku dengan tajuk
  • Siri Blogger Masakan : Kek
  • Siri Blogger Masakan : Manisan
  • Siri Blogger Masakan : Biskut Raya

Sekali lagi ita merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak My Resepi yang telah mempelawa ita, kepada pihak MPH sebagai penerbit Mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

Sepuluh jari ita susun, mohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan, resepi yang tidak menepati citarasa, atau apa-apa kelemahan  dalam kelahiran karya pertama ita ini. Sekiranya ada antara resepi yang anda tidak berapa pasti.. anda boleh terus berhubung dengan ita di azlita_aziz@yahoo.com atau di FB ita azlita aziz atau di azlita masam manis untuk sebarang kemuskilan. Insyaallah ita akan cuba menjawab setiap pertanyaan yang anda kemukakan.

Seboleh-bolehnya ita inginkan kelahiran karya pertama ita menjadi peneman anda memasak di dapur.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu atas kecuaian dan kelemahan diri ita sendiri.

Wasalam...
Azlita Aziz

66 comments:

Unknown said...

Salam Ramadhan kak Ita
Alhamdullilah.. Tumpang gembira ssgt
Kakkk. Sungguh merendah diri kak Ita. Ayu lagilah tak ada asas utk bt biskut. Kek dan lain2.
Tapi ats galakkan sahabat blogger. Ayu kuatkan azam..

Apapun. Tahniah sekali lagi...

Unknown said...

Alhamdulillah..akhirnya!tahniah kak ita..semoga terus sukses..nk g cari segera buku kak ita...teruskan berkarya..

Unknown said...

Alhamdulillah..akhirnya!tahniah kak ita..semoga terus sukses..nk g cari segera buku kak ita...teruskan berkarya..

ilahjy said...

Salam dek ita lawakusss..
Berbesar2 Tahniah Buat Mu Dek. Inilah Yg Selalu Kak Ilah Doakan Tunggu2kan....ita Terbitkan Buku Masakan Selaras Dgn Kemahiran Yg Ada...kak Ilah Seperti Yg Ita Sedia Maklum Dgn Cara Sendiri Telahpun Membukukan Resepi Dan Kerjatgn Mu Dek. Sbb Rasa Syg Sgt Dgn Bakat yg Allah Swt Tlh Kurnian Itu.. Tp Buku2 Kak Ilah Tu Cuma Sekadar Print Dan Di Bindingkan Dikedai Biasa.. Senang Nk Rujuk Ketika Nk Masak... Akan Ku Cari Dimana Jua Buku2 Ita Itu Sampai Dpt...amin...

Unknown said...

Tahniah kak ita...sy akan cuba dptkan secepat mungkin buku2 resepi kak ita..dan sy doakan semoga kak ita sentiasa diberi kesihatan yg baik.kesenangan masa..supaya dpt siapkan lg 2 buku tu..segalanya dgn izin Allah swt..inshaa Allah

Unknown said...

Tahniah kak ita...sy akan cuba dptkan secepat mungkin buku2 resepi kak ita..dan sy doakan semoga kak ita sentiasa diberi kesihatan yg baik.kesenangan masa..supaya dpt siapkan lg 2 buku tu..segalanya dgn izin Allah swt..inshaa Allah

Unknown said...

tahniah kak ita.....ayu suka tengok masakan kak ita...sedap sedap sedap...hehehehheee....salam perkenalan ayu orang baru dalam dunia blog nie... jemput singgah dan follow page ayu www.qaysaasupplement.blogspot.com

Suliana said...

Tahniah kak ita. Kita akan cari buku ni di mph utk sokong kak ita :-)

Anne Yusnizah said...

Congrats Ita.....will get one.....

Anne Yusnizah said...
This comment has been removed by the author.
E-na Zarina said...

Congrats sis!! PROUD OF U...:-)

E-na Zarina said...

congrats sis!!! proud of u...:-)

Unknown said...

Alhamdulillah. .alfu mabrouk utk kak ita..syukur mudahan ilmu yg akk kongsi penuh barokah nya kak..ramadhan kareem...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Alhamdulillah. .alfu mabrouk utk kak ita..syukur mudahan ilmu yg akk kongsi penuh barokah nya kak..ramadhan kareem...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita..

Sesungguhnya dunia maya ini telah merubah diri kita. Kalau dulu kita tak tahu serba serbi tentang dunia kulinari kini kita telah menjadi sebahagian dari itu walaupun tanpa sijil dan diploma dalam bidang itu. Kata orang tua, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. semoga usaha Kak Ita diberkati oleh-Nya, aminnnn.

K.Nor said...

salam ramadhan ita.. tahniah dr k.nor.. melangkah maju setapak lagi kan..

slmt berpuasa dr k.nor buat ita sekeluarga.. mekasih sudi berkunjung balik ke dapur secubitgaram :)

reeyana said...

Congrats Kak...happy to hear this..I'm your silent reader a.k.a your fan!! banyak dah amik resepi kat blog ni and semuanya menjadi..u deserve this Kak Ita..semoga kejayaan Kak Ita berterusan..amin..

AhliaSaleh said...

Salam kak ita...beribu2 tahniah dgn kelahiran buku siri blogger masakan ini...usha kak ita akn dihargai..smg lbh berjaya..insyaAllah sy akn dptkn buku2 kak ita ni:)

Gee® said...

Syukur alhamdulillah...

Unknown said...

I was so excited....went to MPH Penang last Monday to but the book...but so frustrated the book still not in the store yet....looking forward to have the 3 sets....congratulations to Ita

Unknown said...

Wahh..Kak Ita..dh ade buku...Alhamdulillah...sy silent fan Kak Ita..stiap hari wajib tgok blog ni..
InshaAllah..mesti beli tiga2 buku ni.. :)

dapurCikWan said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa kak ita.. :) tahniah di atas kejayaan penuh makna tu.. harap kak ita juga tabah menghadapi ujian2 yang tak terduga tu..

Sy bangga dengan kak ita! teruskan usaha.. ;)

CT Delima said...

Assalamualaikum Azlita

Tahniah!! Semoga apa yang kita lalui susah senang dihagai selamanya.. nanti CT akan dapatkan buku ita buat kenangan abadi.

salam Ramadan Al Mubarak buat Ita sekeluarga

fazianbatrisyia said...

Salam Ramadan buat kak ita sekeluarga.

Tahniah atas kelahiran buku2 resepi kak ita. Kak ita sentiasa merendah diri, sy suka sifat kak ita tu...semoga kak ita terus berkarya merancakkan dapur kami & pilihan kepelbagaian koleksi buku di pasaran. Tahniah sekali lagi.

Ummi said...

Assalamualaikum Ita cayang..Salam tahniah dan rasa syukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan Ita untuk terus berkongsi dan kami mengutip idea dan ilmu yang Ita lahirkan...Akak sangat berbangga dengan usaha dan kreativiti yang Ita kongsikan. Semoga ianya membawa pulangan seribu rahmat buat Ita dan seluruh ahli keluarga, Ameen.

Nak pesan kat Najiha la pi cari kat MPH KL, kat Ktn xda MPH...huhuuu

Siti Hajar Ahmat said...

Thaniah Kak Ita. Semoga dengan penerbitan buku2 ini akan menyuntik lagi semangat Kak Ita untuk berkarya.
All the best!

strawberi said...

tahniah kak ita

mesti bli..wajib!!..hihi
kalo la dpt yg ade sign kak ita..mesti lg best

Ain Fajar said...

assalam dan tahniah buat k.ita..
sy mesti dapatkan buku2 k.ita.sy sendiri rase berbangga dgn kejayaan akk..

AmyZainudin said...

tahniah kak ita.... suka sgt tgk resepi2 akak....tahniah..tahniah

Rozita Ceritaita said...

tahniah kak... terima kasih juga sebab sudi menghasilkan sesuatu yang berharga dari akak untuk kami simpan... tentunya akan selalu berada di tempat saya mencurahkan kasih sayang pada keluarga.. DAPUR.. hari ni jugak nak ke MPH Kuantan..

Jen Jen Areff said...

tahniah kak. admire akak dlm masakan. selamat berpuasa. salam ramadhan

sabar dubai said...

Tahniah kak ita....yg dtunggu da tiba...insyaallah akan dptkn secepat mungkin...slmt berpuasa kak ita

Unknown said...

Salam Ramadhan kak Ita..

tahniah... nanie tumpang gembira bila blogger masakan favourite nanie dah keluarkan buku sendiri.. Wajib beli ni! :)

Liza said...

tahniah kak ita, wow bestnya..dah lama Liza tunggu buku dr kak ita...tak sabar rasanya nk g beli...

Salam Ramadan buat kak ita n family...

ladylily"s Kitchen said...

salam kak ita....tahniah & selamat berpuasa juga.... camner nak dapatkan buku-buku ni?saya dah lama tau follow kak ita...

Ita Rossi said...

Tahniah Ita.
Memang dah tunggu2 buku ni sejak ita bagitau dulu. Alang2 menyeluk pekasam...teruskan usaha dan selamat maju jaya. lepas ni tentu ramai lagi blogger yang akan ikut jejak langkah ita.

Kasturi Nusi said...

Tahniah kak ita...x pyh la sudh saya print resepi kak ita kn...mesti cari buku ni...

Liza Hashim said...

Salam kak ita.. tahniah ats kelahiran buku2 ni.. harus saya dapatkan dipasaran.. heheh.. terima kasih juga coz selama ni blog kak ita menjadi inspirasi saya memasak.. moga Allah membalas segala jasa kak ita..

Norsa'adah Ahmad said...

Tahniah kak ita :) semoga karya kak ita meletop2 di pasaran.

jha said...

Assalam.Tahniah Ita! Akak tumpang gembira. Semoga Ita sentiasa dilimpahi rahmat dan terus share resepi2 dan gambar2 yang cantik2 dgn kami. Selamat berpuasa.

Unknown said...

Congrats...sukernyer saya ita da ada buku lg senang nk refer n saya mmg suker collect buku2 masakan nih dan mncubanya...resepi2 dr ita mmg semua yg sya cbe mnjdi sepenuhnyer...Alhamdulillah. ..

Unknown said...

Congrats dear...saya lar org yg pling suker skali dgn terbitnya buku2 masakan dr ita nih...lg senang nk refer n bwk kt dapo...hehee

RUSNITA BINTI MOHD YUSUFF said...

as salam. tahniah kak ita,
blog masam manis ni la peneman di kala sy nk msk, thanks

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tahniah Ita.. akak pasti akan dapatkannya..

Selamat berpuasa buat Ita sekeluarga..

Nur-nba said...

Tahniah Kak Ita.. Pasti ramai yang akan berusaha untuk memiliki buku2 masakan ni termasuk Nur. Perkongsian resepi di dunia maya memang banyak manfaatnya..

Selamat berpuasa buat akak sekeluarga..

Qasey Honey said...

slm kak Ita cyg...

TAHNIAH kak..bangga dgn pncapaian akak skrg ni..idea2 akak mmg mgagumkan rmi org..insyaAllah nti QH nk dptkn buku resepi akak ni..

slm Ramadhan n slmt mjalani ibadah puasa buat akak skeluarga

Rina Audie said...

selamat kak Ita. Turut senang dan bangga atas keluarnya buku resep kak Ita ini. Semoga mendapat tempat dihati para pembaca dan khususnya penggemar resep kak Ita ya....

Unknown said...

Yeahhh!!! Tahniah kak ita.alhamdulillah akhirnye..
Akan sy beli buku akak.

Unknown said...

Yeahhhh!!! Alhamdulillah akhirnye..akan sy dptkan buku kak ita.syukur.

Unknown said...

salam..
kak ita, sy nk tanye kalo akak terima tempahan jugakk.

Unknown said...

salam..
kak ita, sy nk tanye kalo akak terima tempahan kek..
btw, i really adore your creativity.. perut asek berbunyi je kalo browsing blog kak ita niiii..

HONEY LEMON said...

salam Ita...
Saya dah beli buku Ita..thru MPH online...Anyway..congratulations atas usaha Ita yang tak pernah jemu untuk mencurahkan ilmu Ita.Semoga Ita sentiasa bahagia dunia dan akhirat walaupun bayak cabaran perlu Ita tempuhi dalam dunia blogger ni.I'm proud of you...Congrats again...

me said...

Congrats Ita ..! I really admire your work ..

me said...

Congrats Ita ..! I really admire your work ..

Unknown said...

tahniah kak ita ..saya dh beli 3 siri terus.tp gbr x cantik sgt la mcm dlm web..maybe kena tgk setting printer or maybe nak minimize kan kos sbb kos gbr yg cantik HR lg tinggi...sy beli sbb suka tgk gbr..nak mcuba ntah bile ntah rajinnye hehe

Hanie said...

Tahniah kak ita sebab dah produce buku masakan sendiri.. Alhamdulillah beli kat MPHOnline masa time tgh offer dpt harga RM15 jer utk ketiga2 buah buku... semoga segala perkongsian ilmu kak ita ni diberkati oleh Allah... Ameen...

iamnorzi said...

Tahniah kak ita..sememangnya akak berbakat..tahniah x terhingga..seronok tgk kejayaan akak..

Unknown said...

tahniah.....selamat maju jaya....jemput singgah ke blog saya..tq

Unknown said...

Tahniah kepada saudari dan moga success slalu...

Unknown said...

Tahniah kepada puan..semoga berjaya dalam ape jua bidang yang diceburi..dtglah melawat website sy..www.myhealthynote.com

Farha IbuCergas said...

Haaaa.... inilah buku yang saya beli!!! hehehe.. best2.

Mama Iman & Hannan
IbuCergas

Anonymous said...

wahhh enaknya...
Lumayan nih nambah" resep kue kering nih..
cantik banget kue nya nih :)

http://mpokergm.com/v/447496717

tantiatia said...

INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA

KharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
Link Alternatif Kharismapoker :
www.khpk288.net
www.kharismapkr.com
www.kharismaqiu.com
CS nya yang ramah , siap melayanani anda 24 jam
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
Contact resmi kharismaPoker :

Telp :+85588278896
BBM;dc7cdd80
WA: +85588278896

nadhillahhehe said...

Alhamdulillah kaak! Sukses selalu ya kakk, terimakasih banyak untuk artikel2nya yang keren!

Jason Lesmana said...

baca ini juga ya :

BolaCamar
MansionDomino
BolaPalem

Post Top Ad

test