SUP DAGING MERAH - masam manis f

Breaking

Jul 10, 2013

SUP DAGING MERAH


Assalamualaikum

Salam Ramadhan semua..
Pasti ramai yang sedang memikirkan menu untuk berbuka puasa pada petang hari nanti.
Hari pertama puasa kebanyakkan suri rumah ingin menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga tersayang. Selain inginkan fadilat di bulan Ramadhan, menyediakan sendiri hidangan buat santapan keluarga sewaktu berbuka atau bersahur pasti akan memberikan lagi rahmat untuk si isteri, "berganda-ganda pahala jika kita menyediakan hidangan untuk mereka yang berpuasa.."ingat lagi pesan emak setiap kali kami sama-sama sibuk di dapur menyiapkan hidangan pada bulan puasa.


Hari ini ita ingin kongsikan satu menu hidangan yang sedikit ringan untuk permulaan puasa kami.
Sup Daging Merah adalah menu yang menjadi pilihan ita untuk santapan kami.  Menu ini amat sesuai sebagai hidangan berbuka puasa atau bersahur.

Kita boleh gandingkan dengan nasi putih atau jika suka yang tidak terlalu berat kita boleh hidangkan bersama roti.

Mungkin bahan-bahan dari resepi agak banyak, bagi mereka yang bekeluarga kecil bolehlah buat setengah daripada bahan-bahan yang di perlukan.


SUP DAGING MERAH
Oleh : Pak Engku
Rujukan Buku : Santapan Gulai Tradisi

Bahan
1 kg daging
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ kisar
1 biji bawang besar ~ belah 4
2 helai daun pandan
2 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
3 camca besar rempah sup daging
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 batang saderi ~ hiris kasar
4 biji kentang ~ belah 4
1 batang lobak merah ~ potong kecil
1 sudu kecil serbuk cili Baba's
4 camca besar minyak masak
100 gm bawang goreng
1 liter air
garam secukup rasa

Cara Penyediaan
Daging di hiris kasar dan direbus dengan daun pandan sehingga empuk.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serta buah pelaga hingga naik bau
Tuangkan air rebusan tadi, masukkan daging. Renih sehingga daging betul-betul lembut
Kemudian masukkan rempah sup, serbuk cili, lada hitam, kentang danlobak merah
Taburkan hirisan daun sup dan garam secukup rasa.
Apabila sudah mendidih, masukkan hirisan batang saderi dan bawang goreng.



Menu hidangan daripada Pak Engku tidak pernah mengecewakan selera kami sekeluarga. Ita harap kawan-kawan juga sudilah mencuba untuk keluarga di bulan Ramadhan ini.


11 comments:

Momylicious said...

nampak lezaat kak Ita..

salam kenal,

Mas said...

selamat berpuasa kak ita...
wahhhh...sedapp tu klu cicah ngan roti....terliurrrrr tengok tau

atie @ ejay said...

assalam kak ita..
mm nampak menyelerakan,nanti boleh lah masuk list :)

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyerrrrr....

tun_telani said...

Selamat berpuasa kak ita sekeluarga.. maafkan salah silap tun sblm ini :)
tun pun tgh perap daging tu. ingat nk bakar je, hasben xsihat kene la layan tekak dia.

tata | bonitafood said...

Masya Allah... Ini lezat sekali untuk berbuka Kak Ita :D. Selamat menunaikan ibadah puasa buat Kak Ita dan Keluarga. Semoga menjadi bulan penuh berkah, aamiin.

FaKArePa!n said...

Terliurnya kita tengok...
slurrppppp..

Bersahurlah Kamu Kerana Sahur Itu Sunnah

Rozita Ceritaita said...

akak ni memang rajin kan... bila la boleh jadi mcm akak... any thanks ye kak resepi kek kukus asam manis yang sedap tu... dah jadi bahan untuk jualan dah sekarang ni..

anieyyusoff said...

Salam ita...sedang jalan2 cari resepi utk masuk list :) boleh masuk senarai ni..nampak sedap..tq

Unknown said...

Sedapnya...saya pun buat menu daging tp stew..hehe...cecah roti...lepas ni nk try yg ni plak la...

Unknown said...

Sedapnya...saya pun buat menu daging tp stew..hehe...cecah roti...lepas ni nk try yg ni plak la...

Post Top Ad

test